Wednesday 30 April 2008

Petang hampir senja dirumah Sharman

"Eh aku ada benda nak cerita ni.." Jelas Aji.

"Ceritalah, kau memang asyik ada je cerita" Aku.

"Since last month aku ada kenal sorang client ni, serious bagi aku dia memang gorgeous, so nice, smart, aku asyik ingatkan die je dan macam² lagi lah" Sambung Aji.

"Hihi..kau kalau aku suruh Wan pakai tube dengan skinny jeans pun kau akan cakap lawa,tul tak..?" Tanya aku sambil ketawa.

"Ahaha...Wan pakai Skinny?? muat ke weh..tapi kan kadang² aku tengok Wan tu lawa jugak, tapi die dah ada gf lah, siapa lah aku dihatinya..ahahaha" Jawab Aji sambil gelak.

"Kalau camtu kau try Pali lah, dia lagi lawa dari Wan ape, cube kau bayangkan dia pakai kebaya, mesti hot seyh...ahahaha" Tanya aku sambil terus ketawa.

"A'ah lah..Pali lagi lawa, nak-nak kalau pakai kebaya warna merah mesti lagi hot, tapi nanti aku nak kene bergaduh dengan Diana pulak..susahlah" Jelas Aji sambil ketawa sampai terbaring.

Sharman sambil sibuk membelek macbook yang baru dibelinya turut menyampuk.
"Aji aku single lagi..ok tak kau suh je aku pakai ape, aku akan ikut..ahahha"

"Ahahaha..dah² aku serius ni, tolonglah aku camna nak buat ni aku tengah malu gile ni.." Jelas Aji.

"Nape nak malu pulak, dah kau suke kat dia ajaklah dinner ke?? movie ke? jalan² naik motor ke..ahahah" Jawab aku.

"Tak pun hang ajak pekena Char Kuew Tiaw, pun best jugak" Sampuk Man.

"Aku malu sebab aku dah ajak kuar makan, aku dah ajak tengok movie, pastu pegi karaoke ke, macam² lagi lah aku ajak tadi.." Jelas Aji.

"Hah...thats good..so how about her??" Tanya aku.

"kau nak tau apa dia cakap" Tanya Aji semula.

"Hah apa dia?? Aku.

"Well, i memang suka kat u, i like ur way, i like ur job, i wish to go out with u for movie or something else, but i've to ask my husband kalau² die benarkan or mane tau kut² dia nak join kite sekali ke..ok tak"


"Ahahahah....Ahahahahaha......." Aku dan Man.

"Aku malu gile ni weh..esok dah la ade presentation dengan bos aku sekali camne ni.." Tanya Aji.

"Jom pi makan..aku lapar lah.." Jelas Mas sambil sms Wan tanya mana lokasi terbaik untuk makan hari ini.

"Hah...lepas makan resigned..ahahahah" Aku.

Kenapa Hari ini..

Hari ini aku kehabisan duit, macam mana nak teruskan hidup kalau tiada duit?? Siapa yang mencipta duit?? kalau aku tau duit itu amat penting sampai ramai yang sanggup bunuh membunuh kerana duit, sampai ada yang membawa negara ke kancah perperangan, sampai ada yang makan duit kawan, sampai ada yang pecah rumah dan banyak lagi sudah tentu aku akan berusaha untuk mencipta duit, tapi malangnya aku adalah manusia robot yang tidak ada 'invasion spirit'. Apa nak buat yang nyatanya duit telah berjaya buktikan yang dia adalah kuasa mutlak didunia ini, kuasa yang amat berkuasa hingga ramai yang cuba untuk menguasainya, aku pula adalah manusia robot yang telah terjerumus dengan kepentingan duit, tanpa duit kita tidak akan mampu untuk buat apa, kita tidak mampu untuk isi minyak kereta atau motor, kita tak mampu nak beli rokok, kita tak mampu nak beli tali gitar mahupun stick drum, kita tak mampu nak top-up handphone, kita tak mampu nak lepak minum² dengan kawan. kita tak mampu nak makan sweedish meatball lagi, kita tak mampu nak belanja gf² disekeliling kita, kita tak mampu untuk untuk berlagak dengan kemewahan yang kita ada dihadapan gf kawan² kita supaya gf kawan² kita akan rasa menyesal untuk bercinta dengan bf dia dan sepatutnya pilih kita sebagai bf mereka, supaya kita boleh belikan tas tangan berjenama Zaara mahupun eyeliner berjenama Lancome. Seraca rumusnya dunia telah pun merumuskan yang duit adalah amat berkuasa untuk menguasai kuasa lain, dan hari ini aku bangga sebab masih ada banyak duit lagi didalam bank aku hanya perlu ke mesin ATM untuk keluarkan seberapa banyak duit yang aku perlukan, sampai di depan mesin ATM petang tadi aku beratur dengan amat riak sekali untuk keluarkan duit, walaupun mengambil masa yang agak lama kerana ramai manusia lain beratur didepan aku. Tidak mengapa aku manusia robot yang penyabar, aku terus beratur dengan penuh bangga tapi, sampai saja kegiliran aku untuk mengeluarkan duit, tiba² aku hampa bercampur kecewa dan juga malu yang aku pun tidak pasti berapa malunya aku, kerana sebenarnya aku beratur dibarisan manusia² yang hendak menggunakan perkhidmatan cash deposit, Oh tidak kenapa boleh jadi begini?? aku alpa terus undur kebelakang dan jauhkan diri dari mesin cash deposit, sambil didalam kepala aku berfikir kenapa tiada orang mahu mencipta sejenis alat yang hanya perlu diletakkan didalam wallet dan alat itu mampu mengeluarkan duit seberapa banyak yang perlu tanpa kita bersusah payah beratur. Kenapa Thomas eddison tidak mahu mencipta alat ini dulu, aku bangga dengan kebolehan dia tapi aku benci dia hari ini.
Tidak sebenarnya kerana duit semua manusia akan lupa sampai beratur pun ditempat yang salah.
Aku pasrah.

Tuesday 29 April 2008

perperangan bakal bermula.

Aku kalah lagi hari ini, maaf.

Kisah bersulam #7.3



Kenapa Kuala Lumpur tidak seperti di Hamburg..??
picture taken on 9th feb 08 0843hrs

Kisah bersulam #7.2

Malam semalam aku terfikir kenapa ada manusia di dunia disini amat ingin untuk mengaggungkan bahasa orang lain, kenapa perlu untuk mengibundakan bahasa orang lain, aku gerun melihat kehebatan manusia di kementerian berfikir oh tidak mereka bukan
sahaja berfikir tapi telah pun merealisasikan impian dan hasilnya semakin ramai manusia² yang rasa dirinya tidak hebat, yang rasa amat tertekan, yang rasa rendah diri, rasa kecewa dan banyak lagi telah mengambil keputusan untuk membiarkan saja apa yang berlaku, langkah mudah yang telah diambil ialah tidak perlu memberikan minat kepada tempat untuk menimba ilmu, tidak perlu bersusah payah untuk menimba ilmu, apabila ilmu itu susah untuk dicapai walaupun tinggi hanya sejengkal dari kepala. Aku perlu salahkan siapa?? aku perlu tunding jari dekat siapa?? aku perlu lemparkan kegagalan ini dimana??
Nah...kau telah rosakkan generasi aku, kau cuma pentingkan anak² kau supaya mudah untuk menimba ilmu didunia yang lain, supaya dapat jadi seperti kamu bila dewasa kelak. Aku amat buntu memikirkan masalah ini. Prof Ungku Aziz..bantulah mereka.

Tiba²

"Geng, lu dah tido ke??"

"Belum lagi, nape??" Tanya Aku

"Aku masih pelik dan tak pahamlah, kenapa banyak perempuan² cantik bf diaorang tak handsome.."

"Ok lah weh aku nak tido..ngatuk gillerrr ni.." Jawab aku.
"

Lagi besar harapan lagi banyak dugaan.

Playlist aku sejak 105 jam yang lalu ialah

EXPLOSIONS IN THE SKY - Day one
YEAH YEAH YEAHS - Turn Into
MY BITTER END - To all things expendable
KELLY MUSIKA - I love u but.
BLACK HEART REBELLION - Silhoutte
JOHN ALAGIA - Honey come home.
TOE with AKIRA - 86
BJORK - Who is it
KATE NASH - Foundation
TELEBURY - Stars belong to us
I KILLED THE PROM QUEEN - Bet it all on black
JACK JOHNSON - If i had eyes
BUTTERFINGERS - 1000 tahun (KEMBALI)

Monday 28 April 2008

Kisah bersulam # 7.1

Malam tadi sekitar jam 2230hrs aku mendapat teks dari Zeera "Oit jom kuar minum, aku boringlah". Aku kata ok selepas buntu mencari jalan penyelesaian untuk masalah di kementerian pendidikan, "Aku ok je, jumpe kat mane". "Aku tunggu kat LesungKu now"
Sampai di LesungKu dia ajak naik keretanya dan terus memandu ke Mc'D kota Damansara,
"Eh napa tak lepak LesungKu je".
"Malaslah aku seksi sangat malam ni", "Tak paham aku korang² ni"

Sampai di Mc'D setelah duduk dimeja sambil menghirup Arabica coffe dan juga menarik asap dari American Eagle aku mendengar luahan dari seorang gadis yg memang tak reti kalau tak bercakap.

"Sorry lah dah lama tak contact kau, aku kursus kat S'pore, 2 hari lepas baru balik, amacam kau skang, geng² yang lain semua ok ke?" Tanya Zeera.

"Aku ok je, bebudak yang lain pun ok je, ala kau memang susah nak lepak dgn kite orang, nak buat mcmane..rite?? " Jawab aku semula.

"Eh aku nak kahwin lah, kau rase macam mane, ok tak" Jelas Zeera dengan memotong jawapan aku.

"Oh is it?? baguslah, keep on..ehehe" Jawab aku.

"Aku nak anak, aku nak kehidupan yang bahagia, aku nak happy selalu" Jelas Zeera.

"That was great, so bila kau nak kahwin??" Tanya aku semula.

"Aku pun tak tau bile, sbb calon pun takde lagi..ahahah..kau tolong carikan boleh" Jawab Zeera sambil ketawa.

"Oh Ok..nanti aku tolong carikan..itu pun selepas aku abis buat kajianlah" Jawab aku semula.

"Research?? pasal ape.. eh kau dah jadi pakar pemakanan macam wan jugak ke?? " Tanya Zeera kebinguggan.

"Kajian pasal kau lah..ahahaha"

Zeera seorang gadis yang aku tak tahu macam mana dia lalui kehidupan sebenarnya, tapi yang aku nampak dia adalah gadis yang tak reti duduk secara statik, tidak pandai menjadi pasif, dan terlalu banyak elemen² negatif dalam dirinya, seorang gadis yang menjadikan kehidupan sosial sebagai hobi yang paling diminati, tapi hari ini datang berjumpa aku dan cakap dia nak kahwin, nak ada anak. Aku ingatkan tidak ada perkataan Kahwin dalam kamus hidup dia, tapi ternyata jangkaan aku meleset, adakah manusia cepat berubah?? adakah itu satu lambang kegagalan terhadap kehidupan yang dicari??, adakah manusia jiwanya cepat pincang..??


"Zeera kenapa hari ni aku tengok ramai yang berpakaian seksi, macam kau kt Mc'D ni??"

Kisah bersulam #7

Apakah perbezaan diantara pengawal keselamatan dengan pegawai perancang??

Pengawal keselamatan - Manusia
Pegawai perancang - Robot

Sunday 27 April 2008

Jika #1

Jika aku Sid Vicious dan berada didalam kumpulan SEX PISTOL bersama² menyanyi I wanna BE anarchy!
No dogs body! Anarchy for the U.K it's coming sometime and maybe.
sudah pasti aku akan mati kerana sayangkan dadah.

Jika aku berada didalam diri Kurt cobain menyanyikan lagu² NIRVANA dan akhirnya membuat lagu bertajuk "I hate myself and want to die"
dan akhirnya aku mati dibunuh isteri sendiri Coutney Love tapi tiada siapa yang tahu.

Jika aku cuma Bob Marley menyayikan lagu "buffalo soldier" tapi akhirnya mati bersama² daun² indah.

Jika aku seperti Fredie mercury sudah tentu mashyur bersama lagu Bohemian Rhapsody tetapi malangnya QUEEN dan peminat menangis melihat pemergian aku kerana Aids.

Jika aku manusia bernama Carl Crakc sudah tentu Alec Empire dan pengikut ATARI TEENAGE RIOT benci dengan kehilangan aku.

Jika aku seorang supermodel Gia Marie Carangi sudah pasti semua orang akan berkata "To beautiful to die"

Jika aku Cliff burton..??

Nah..Jadi adalah lebih baik aku menjadi Eddy Vedder.

Bila Harga buku nak disubsidikan.

Petang ini di pusat coffee terkemuka ditepi Borders Pusat urban untuk manusia² cool menghuraikan segala gambaran yang terbuku dikepala, aku bersama² dan yang lain cuba turut serta membincangkan isu² hangat politik yang semakin kusam didunia disini. Semua kaget tapi tetap cool..!!

"Aku pelik lah kenapa bila aku tengok gadis² yang sweet,cute,gorgeous tapi bf diaorang semuanya gagal lah" Tanya Wan.

"Huh...apa maksud kau gagal?? kau tau ke bf² diaorang sekadar cukup² makan je time SPM dulu?" Tanya aku semula.

"Ishhh..nah kau tengok tu, that so pretty tapi tengoklah bf dia..gagal seyh..kenapa kita semua yang handsome lagi bekerjaya macam ni takde pun mane² perempuan nak melekat.." Jelas Wan sambil menoleh kearah sepasang kekasih berpegan tangan melalui alunan suara perbincangan.

"Oh..tu lah what to do, his luck dude. Kita memang orang tak suka nak buat macam mana??" Jelas Aku.

"Yelah..at least cari lah yang berpedoman sikit, ni dah macam kutu pecah rumah je" Jelas Wan.

"Kutu pecag rumah tu art lah, pasal tu awek² suke..kau mana tau" Jawab aku.

"Abis kita semua ni macam mana?? takde pun gadis² datang mendekati kita" Tanya Wan semula.

"Maybe diaorang takut kau makan diaorang kut Wan" Sahut Aji sambil ketawa.

"Ahahaha..mungkin jugak lah..tapi betulah benda ni aku dah banyak kali nampak, tapi as long tak kacau aku dah lah..ahaha" Jawab aku.

"Tapi kau tak sakit hati ke?? kau tak pernah terfikir ke kenapa jadi macam ni?" Tanya Wan.

"Adalah terfikir pertama maybe mamat tu ada banyak duit sampai mampu membeli Tol² yang ada kat malaysia ni, kedua maybe mamat tu Artis terkenal dimana lagu² lagi hebat dari Artic Monkey mahupun Black dahlia Murder. ketiga maybe that girl dah bosan nak ada bf yang handsome lagi jambu macam kau Wan, sebab bf² yang mcm tu susah nak jaga lah..mesti ramai perempuan² lain nak melekat, kau tengok lah diri kau sendiri, paling tak pun fries mesti melekat punya.." jawab aku sambil gelak..

"Ahahahaha, Wan jambu aaa" Sahut Aji.

"Cam Sial je fries yang melekat kat aku, tapi betul lah tu, reason² yang boleh diguna pakai, tapi kita semua macam mana pulak?? takkan nak duduk diam je tanpa wanita disisi..?" Tanya Wan lagi.

"Ala..buat masa kau suruh jelah Aji jadi gf kau..Aji cun ape.." Jawab aku..aahahah

"Hah..oklah tu Wan aku single lagi ape..nak tak??" tanya aji.

"Ahahaaha..gila.. ishh..Eh nak makan apa hari ini..?" Tanya Wan semula.

"Ahahaha...weh tak payah makan lah..minum je pasni kita jalan² tengok mana² gadis yang suka kat kau yang jambu ni Wan.." Jawab Aji.

"Ah..malas lah aku..cibai la korang" Jawab Wan Semula.

Aku cuma ketawa tetapi terus berfikir kenapa berlaku sedemikian rupa..oh tidak perlu ada diskriminasi dalam hal ni..let it be..
Aaarrhhgg tapi aku dan yang lain² teringin nak tahu..
ada siapa² yang boleh membantu.

Kisah bersulam #6

Tengahari yang kosong, minda aku yang juga kosong. Aku mampu nak berfikir. Jiwa aku keliru, aku tak berdaya hanya mampu menggerakkan jari, aku hilang kawalan. tiada siapa di sekeliling aku, semuanya sedang bersukaria tapi aku masih teguh disini,
Thats It. Aku nak balik...

Molekul indah

Pagi tadi aku jumpa kata² indah, hati aku marah bercampur suka, aku amat kelu bila melihatnya. Terima kasih kerana buat aku tersenyum, walaupun senyuman itu tidak mampu untuk bertahan lama.

Trilogi Bima Sakti pasti membantu aku nanti.

kisah dari Amsterdam.

Petang semalam ketika aku berjalan melepasi lorong² sesak dalam keadaan cuaca yang amat panas di satu tempat yang aku tak pasti tiba² aku teringat ketika aku berjalan di tengah² kota Amsterdam, aku amat kagum dengan kehidupan manusia² disana, walaupun musim sejuk menyeliputi atmosfera dimana matahari amat malu untuk mengeluarkan cahaya tapi aku tenang melihat semua manusia menjalani kehidupan dengan amat tenang, emosi aku telah diselamatkan disana, kenapa aku berkata begitu.
Didalam keadaan sibuk setiap hari tapi kota Amsterdam menjalani arus kemodenan dengan amat tidak bersalah, amat susah untuk melihat kereta² lalu-lalang tapi amat mudah untuk melihat manusia² mengayuh basikal mahupun berjalan kaki, disana tidak kira kanak², gadis², jejaka, orang² dewasa mahupun yang tua semuanya menikmati kayuhan basikal, meraka guna sebagai kemudahan untuk kesana dan sini. Basikal adalah nadi kehidupan disana, pengangkutan awam meraka adalah Tramp, dan tiada perkataan 'kesesakan lalu lintas' didalam kamus kehidupan mereka. Aku kagum, aku rasa amat tenang sekali, aku rasa amat kosong melihat keindahan budaya yang ada. Di dunia aku disini, basikal telah dilupakan, dan pasti ramai manusia akan membunuh aku jika aku cakap semua orang harus berbasikal untuk kemana² didalam bahang yang mencecah 40 darjah setiap hari, tapi takkan tiada jalan penyelesaian untuk masalah yang menimpa kehidupan budaya disini?? Yes basikal tidak relevan di dunia disini, tapi apa yang membuatkan semua orang berlumba² untuk memiliki kenderaan sendiri..?? adakah tu satu kepuasan apabila kita berjaya terlibat sama dengan kesesakan?? daripada menaiki kenderaan awam..Nah sistem transportasi di dunia disini amat mengecewakan. So aku tidak mampu untuk bersuara. Pandulah kereta sambil menyerap lagu dan bait² lirik dari band Search mahupun Radiohead, mungkin dapat membantu.

Kisah bersulam #5

Malam tadi ketika hendak tidur, aku cuba buat sit-up di atas tilam, konon²nya cuba untuk mengempiskan perut aku yang ada 6 ketul di tengah²nya.
Tiba² aku dengar ada suara berbisik ditelinga aku.

"Gemuk adalah lambang kemewahan..kau buat apa ni??"

Aarrgghh...!!! Tidak...

Kasut aku lagi sedap.

"Aku tak tau lah, hati aku dah tawar lah" Jelas Wan.

"Ha..napa?? what happened, gf kau dah ada orang lain ke?" Tanya aku.

"Ntahlah aku pun tak tau kenapa jadi sampai macam ni, tapi memang aku dah tawar hati" Sambung Wan.

"La..discuss lah elok², maybe got solution, kalau benda kecik takkan nak besar² kan, rite?"

"Hmmm..aku tak tau apa puncanya jadi macam ni" Wan.

"Pegilah jumpa dia, apa yang susah sangat" jelas aku.

"Hissh..kenapa aku jadi macam ni ha..?, aku rasa aku berselera je kalau nak makan, tapi kenapa sekarang aku tawar hati." Jelas wan lagi.

"Apahal kau ni..??? kau cerita pasal apa ni?? aku tak paham" Tanya aku.

"Tak..aku pelik kenapa aku dah tawar hati nak makan Mc'D" Jawab Wan.

"Makan kasut aku lah..best..cibai.."

Saturday 26 April 2008

Got some one out there..

Malam tadi di Darul Salam, Subang Jaya aku menghabiskan sisa² malam bersama² dengan beberapa manusia perempuan manis tapi yuppies bersama rakan² yang selalu aku bersama. Menikmati kepanasan malam sambil melihat manusia² lain lalu-lalang, order makanan, minuman, menonton kotak TV, bersembang, bercinta dan sebagainya. Dimeja aku ada hidangan tentang rumusan² perilaku yang berlaku disiang hari, rasa kecewa, rasa hiba, rasa gembira dan yang paling normal rasa tertekan. Masing² memberi hujah² untuk melengkapkan cerita² silam disiang hari. Aku duduk dengan penuh minat cuba memasuki kedunia masing²,

Tiba².



"Eh korang² ni semua takde gf ke??, asyik hangout sesama sendiri je.." Tanya Sheila.

"Woo..good question, tapi kami bukan Gay" Jelas Sharman.

"Yup, but we're not homophobic too, kami gembira dengan semua manusia disekeliling kami" Jelas Aku.

"Whateverlah..tapi takkan u all takde gf.." Tanya Sheila lagi.

"U takde bf?? why hang with us today" Tanya Aji semula.

"Eh my bf balik kampung, and u all semua noticed yang i ade bf rite" Jelas Sheila.


"Ahahaha..For me..ada gf tapi gf i ade bf lain, so..." Jelas aku

"Aha..samalah kami pun" Jelas Sharman.



"I've one tapi ntahlah macam takde pun." sampuk Wan.

"Oh..kesiannya anda² semua, pegilah cari yang baru" Jawab Sheila.

"Tak bolehlah..takde orang suka kat aku, dah lah tak handsome" Jelas Wan

"Tulah..samalah dengan i, Who am I to win ur heart Sheila" Jelas aku.

"Ahaha..dont say like that, korang semua dah semakin tua, need to do something, i takpe lah muda lagi." Jawab Sheila.

"Eh mana ada kami dah tua, kami muda juga sama macam u lah" Jelas Sharman.

"Relaks Sheila, dont worry about us, pasti ada manusia diluar sana yang akan memberi sepenuh kasih sayang dan amat menyanyangi kami satu hari nanti.." Jawab Aku.

"Apa² jelah jangan dah sampai umur 40 baru nak kahwin" Jawab Sheila.

"Life begin at 40, so apa nak risau" Jelas Aji.

"Euuu...!!! i'm sick and tired to hear that, dah lah malas nak dengar" Sheila.

"Mapley Maggi goreng dengan telur mata satu" Aji.

"Aha..Dua..dua.." Wan.

"Tiga lah" Sharman.

"AKu punye letak ayam.." Sambung Wan.

"ahahaha"

Aku juga semakin pasti kerana satu hari nanti akan wujud manusia yang dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap aku dan aku pasti kawan² aku pun akan berjaya seperti aku.
Terima Kasih Kak Liza, for the miracle words - "Got someone out there will love u, dont worry." Aku telah menerapkan nilai² itu kedalam hati semua orang.

Malam tadi ketika hendak berangkat ke dunia mimpi Jari aku gatal cuba untuk menghubungi seseorang, tapi tiada jawapan. Thats it. your words still strong Liza.

Aku memang tidak mampu untuk menipu.

Sabtu yang indah, sabtu yang gembira, aku bangun tidak seperti biasa, tapi aku harus bekerja, aaarrgh hapuskan segala rasa bersalah, aku hendak masuk kerja lewat, aku drive kereta seperti sabtu² yang lepas terus mengisi tenaga untuk kereta, dapatkan se-tin nescafe, sambil drive bersama Rayban dan menarik american eagle dibibir sambil menyerap alunan lagu serta bait² lirik Mardy Bum - Artic Monkey. Aku amat gembira mengharungi pagi sabtu yang terang dengan suasana yang amat bebas. Seperti aku hendak pergi berkelah ke tepi pantai Cran Sur Mer bersama² rakan atau seperti aku hendak keluar dating seawal pagi bersama gadis bernama Maya. Aku cuba menipu diri aku,tapi sebenarnya harapan aku agar tiada problemism ditempat kerja. Yelah aku sebenarnya kerja hari ini, mana mungkin untuk ke France menikmati pantai Cran Sur Mer, Siapa pula gadis yang bernama Maya??
Aku memang tak mampu untuk tipu diri sendiri. Terus abiskan American eagle, Tin of nescafe, pergi masuk kerja, tiada dakwa-dakwi.

Friday 25 April 2008

Oh Yes!!

Hari ini adalah hari senyum sampai ke telinga sedunia bagi pekerja² di MAS, aku pun turut serta walaupun agak sedih pagi tadi, hari in tidak seperti hari² lain, hari ini adalah hari gaji, dan yang berjaya buatkan semua manusia disini senyum sampai ke telinga adalah sebab MAS bagi bonus dan bagi kakitangan dari dept engineering serta cabin crew ada dapat wang saguhati pula, Yes we've made it..!! dan paling menggembirakan esok adalah sabtu, sudah pasti ramai yang akan memenuhkan pusat² membeli belah, pasti lipstik, blusher atau kasut gucci akan banyak terjual mesti ada yg memenuhkan kedai² aksesori kereta, pasti pemain cd mahupun speaker subwoofer akan disapu, ada juga yang akan memenuhkan kedai peralatan sukan, pasti banyak kayu golf atau raket tenis yang akan terjual, jangan terkejut jika ada yang membawa keluar set notebook atau flat skrin baru dari kedai komputer. Restoran² fastfood, mapley,cafe mahupun seafood tomyam akan dipenuhkan dengan manusia² yang hendak meraikan keluarga, saudara dan rakan². Beach club, the Ruums, Hardrock cafe, planet Hollywood, mahupun kelab malam Siva pasti akan sesak seperti traffic jamm di lebuhraya persekutuan setiap petang. So ada siapa² yang nak join aku shopping? makan? enjoy??

Oh tidak...aku lupa aku hanyalah robot so no time for that thing, aku kena kerja esok mahupun lusa ataupun sampai bila²..

harap maaf.



"Disaat kita sedang bergembira ingatlah orang² susah disekeliling kita"

Kisah bersulam #4

"Aku rasa dah bosan nak keja lah kat situ." Jelas Aji.

"Kenapa..aku rasa best je..yelah its an artwork, kau kan minat art" Tanya aku.

"Memanglah tapi keje sebagai pembuat storyboard ni boringlah, client nak macam² ikut kreativi aku tapi bila aku dah siapkan, mesti diaorang akan kondem macam², dah lah bagi dateline tak masuk akal." Jelas Aji.

"What to do, no.1 customer is always right, no.2 pls follow no.1, so nak buat macamane?? aku pun sama jugak kat tempat kerja ni, skang ni kena handle customer dari Arab Saudi, bosan gila.." Jelas aku pula.

"Tulah aku nak resigned lah. aku nak buat benda lain, aku dah malas nak jadi art director lagi, aku nak direct movie plak" Jelas Aji.

"Relaks lah, semua orang tengah tekanan, kalau kau jumpa wan cuba dapatkan solution dari dia" Terang aku.

"Ahh..mamat tu malas lah aku, kang suh aku makan carrotlah, cendawanlah, minum air tomatolah, sarang burung layang²lah, lalat lah, macam² lagilah. semata² nak hilangkan tekanan" Jelas Aji.

"ahahaha semalam aku dengan Pali tekanan, last² dia bagi solution pi William, apa lagi kuarlah nasi lemak ayam pandan lah, spaghetti lah, ribena laici lah..ahahaha, tapi dia belanja," Jawab aku dengan gembira.

"Oh yeke, where i've been yesterday?? oh..keje..keje..keje.." Tanya Aji.

"Relaks jom makan aku belanja, aku teringin potato salad lah" terang aku.

"Ha...ah bila kita tertekan dan ada orang nak belanja makan, memang tekanan tu akan berkuranganlah..Jom lah kat mana??" Tanya Aji

"Thats why lah Wan memang pakar dalam hal ni, jom lah mana² pun boleh."

"TGI Subang parade." Aji

"Ok kau roger Wan" aku

Pergi.

Hari ini aku dikejutkan dengan berita pemergian ayah Zafarul Nabil, seminit selepas membaca teks sms dari Zafarul Nabil, aku terus call dia, dalam keadaan yang amat hiba dia beri tahu yang dia akan ambil cuti untuk berberapa hari dan aku mengiyakan tanda paham aku terus suruh dia bersabar dan letak fon, aku tidak tahan mendengar kesedihan, aku tak mampu untuk menyerapnya masuk kedalam diri aku. Ayahnya telah pergi meninggalkan dia dan juga adiknya, Zafarul Nabil seorang manusia yang amat tabah tetapi sering dilihat sebagai manusia yang amat melucukan dan dengan jelas juga aku sering terlihat kesedihan di sebalik kaca matanya, aku paham dan amat mengerti kerana sebelum ini dia hanya tinggal berdua dengan bapanya yang dah lama menderita sakit, ibunya telah lama tinggal berasingan dengan bapanya di Kuantan.
Jelas aku sering terlihat kepincangan dalam dirinya dan aku pasti dia tidak minta untuk jadi begitu. Tetapi dialah manusia yang amat tabah dan banyak memberi bantuan kepada aku ketika keadaan di tempat kerja kami amat kritikal dan pada masa yang sama ayahnya sakit tenat, dan dalam masa beberapa hari ini aku dikejutkan dengan berita kematian, Mula² bapa mertua Adlina dan hari ini ayah zafarul Nabil, dan kebelakangan hari ini aku amat tertekan dengan atmosfera di medan perperangan. Namun setiap kesukaran yang berlaku pasti akan ada jalan penghujungnya, dan aku percaya satu hari nanti semua manusia disini akan berjaya.

"Nabil kuatkan semangat, u're the man we in here always stand behind u..stay strong."

mesej dari aku kepadanya.

Satu hari nanti

Bila aku mendongak ke langit, sering aku terlihat keindahan matahari dan bulan,

Bila aku menunduk kebawah, pasti akan berjumpa dengan bumi yang dipijak,

Bila aku merenung kedepan, masih tiada khabar berita,namun yang pastinya "gemilang"

Tetapi bila aku toleh kebelakang, berjuta ketajaman cuba menembusi aku, sedangkan aku hanya berjalan sambil menutup mulut..bisu tanpa Suara..

Biarkan....Biarkan...!!! Biarkan...!!!! Satu hari nanti kau pasti akan menoleh kebelakang juga...

Trilogi Bima Sakti akan kembali.

Hentakan paradigma.

jiwa aku menjadi kabut,hati aku berserabut,
fikiran dihentak,Aku dihentam,kekiri,kekanan,atas,bawah,depan mahu belakang
adakah ini petanda untuk aku berhenti terbang,
adakah ini peluang untuk aku berehat,
tiada siapa yang tahu,
ada yang gelak gembira kerana puas,ada yang bermuram durja kerana gagal,
ada yang ketawa kerana berjaya,ada yang bersedih kerana tidak mampu,
ada yang mengambil peluang untuk memukul sekuat hati,
ada yang mengambil ikhtibar dari apa yang telah berlaku,
ada juga yang duduk sepi dan menangis,
tidak mengapa kerana semuanya telah ku rasa,
paradigma tidak akan berjaya jika semua orang gembira
paradigma juga akan gagal jika tiada siapa pun yang bersedih.
aku akan terus...cuma tidak pasti mana arahnya...

yes..we're back
www.myspace.com/trilogibimasakti

Selepas senja

"Wan aku rasa tak best lah arini, aku betul² tertekan, camne ha?" tanya aku.

"Aku pun lah Wan, workload banyak gila, aku kena handle project baru" Sahut Pali.

"Rileks lah aku pun tertekan jugak, apa masalah kau ni" Tanya Wan semula.

"Macam² probs la Wanhard for me to expalained.." Jelas aku.

"Kau pulak apa problem, project apa yang kau dapat" Tanya Wan sambil pandang tepat ke muka Pali.

"Aku dapat project untuk manufacture prototype sistem kebakaran lah for building, masalahnya aku tak ada idea lah nak buat macam mana" Jelas Pali.

"Tapi aku lagi tak tau nak buat macam mana" Jelas Wan.

"Lahai, pakar pun takkan tak boleh tolong" Tanya aku semula.

"Aku bukan pakar motivasi, huuhh." Jelas Wan.

"Takpe lah, aku cuba fikir la nanti" Jawab Pali.

"Eh aku rasa aku tau lah camne.." Jawab Wan.

"Hah how lah.." Tanya Pali semula.

"Aku rasa cara nak buat tu senang je, why not kite drive thru dapatkan ayam goreng mc'Chicken. Aku rasa lepas makan idea mesti keluar punya." Jawab Wan.

"Ahahaha...Domino lah..layan BakedRice pun best jugak ni" sahut Pali.

"Hushhh..aku dah lama tak makan tomyam seyh.." Jawab aku.

"Ok, firasat aku berkata, jom william" Jawab Wan.

"Yes kau memang pakar, Lets move on." Jawab aku.

ahahahaha..

Adakah memenuhkan perut dapat mengurangkan tekanan.

Thursday 24 April 2008

No space for Myspace.

"Amin hari ini kerja banyak, no space for myspace, boleh tak" Jelas aku.

"Err..boleh, tapi kenapa bang" Tanya Amin.

"Tak payah tanya, siapkan kerja tu." Jawab aku.

"Ala tanya sikit pun tak boleh, takpelah." Jawab Amin.

"Kau marah ke Amin? aku bukan apa, kerja berlambak pastu just 2 of us today, so tak boleh main² ari ni." Jawab aku.

"Tapi bang semalam Amin ada reply satu msg kat awek ni, cun gila kalau Amin tak bukak myspace and reply melepas lah" Jelas Amin.

"Huh..yeke?? mana..tengok?" Tanya aku

"Tadi abang cakap tak boleh?? " Tanya Amin pula.

"Kejap takpa nanti kau jadi gila pulak..ahahha" Jawab aku.

"Cis tak guna"

Ofis aku seperti Arsenal

Yes, manusia² didalam ofis aku sama seperti team bola Arsenal, terlalu ramai player yang diimport ada yang datang dari France, UK, Australia, Hongkong, Singapore, Subang jaya dan banyak lagi, tapi sedihnya, mereka adalah manusia yang amat gagal didalam dunia aku, Adlina selalu cakap yang kami berada didalam rumah orang² tua Sri Kenganga. Aku betul² kecewa but what should i do..??

"Ala 25hb setiap bulan cucuk je dia bayar dah lah, kau nak fikir apa lagi" jelas Nazry.

"memanglah tapi elaun jaga orang² mana ada" Jawab aku.

"Apa nak buat dah kau yang pilih jalan macam ni, terima jelah" Jelas Nazry lagi.

"Ahahaha...kau pun sama jugak.." Jawab aku semula.

"So malam ni apa project??" Tanya Nazry

"Dah masuk, shopping lah abiskan semua duit." Jawab aku.

Anyone want to join me shopping tonite??

Oh tidak aku semakin tulus dan telus bercerita.

HP Laser Jet 2200

Pagi ini aku aku tersedar awal dari tidur, walaupun aku memang malas nak bangun tapi aku kerahkan jugak minda dan tenaga aku untuk bangun, dah nak sampai ke perut ofis aku terima sms dari Zafarul Nabil, dia tak dapat datang hari ini sebab ayah dia semakin teruk sakit, Adlina memang aku dah set dalam kepala takkan datang hari ini coz her father in-law meninggal semalam. What to do, its life semua orang akan pergi kesana jugak, so hari ini aku hanya ada Amin hope he will do the best for me. Perperangan semakin hampir aku harus bersiap sedia.
Tapi malangnya bila masuk saja ke dalam perut ofis keadaan menjadi tegang, aku pun turut same kejang, Arrghh..!! printer pula buat hal, ada musuh yang cuba membuat serang hendap, habis semua connection dihapuskan, aku betul² tertekan sebab satu ofis ni bergantung kepada printer ini, aku call IT dept untuk menyelesaikan masalah printer ni, seorang perempuan di IT dept cuba untuk bantu aku melalui telefon, Hana namanya..sorry Hana saya manusia yang amat celik IT sampai tak boleh nak settle kan masalah kecil. Her voice very stabil, aku dapat rasakan keyakinan pada diri dia dan secara tak sengaja keyakinan yang ada dekat cik or puan Hana..whatever datang masuk secara halus kedalam naluri aku. Satu-persatu arahan diberi dan satu persatu aku ikut dengan perasaan gugup yang lama-kelamaan menjadi i teguh,
hey memang lumrah lelaki ke bila dengar suara perempuan. I dont think so. Selepas aku berjaya menyelesaikan masalah printer yang tak guna ni, Cik Hana or Puan Hana ni cakap sekejap lagi dia akan call aku semula untuk pastikan printer tu betul² fixed. Well she do a right thing for, aku iya kan saja." Thanks for calling MAS HelpDesk, ill call u back".
At the same time aku terbau aroma nescafe yang sedang dibancuh oleh Mr.Andy O'Toole, yes the smells make me so comfortable. Aku tiba² bersemangat. aku mainkan lagu Explosion in the Sky, yes its a right song for me. Aku betul² membara untuk menjalani dugaan hari ini. Aku teruskan kerja aku dengan menghantar email report ke boss dimana setiap hari memang aku harus melaporkan apa yang telah berlaku semalam dan apa yang harus dilakukan hari ini, yelah perancang la kononnya, merancang untuk orang lain. Tak lama selepas itu Cik or Puan Hana call aku, dia nak tahu adakah printer ok, dan aku jawab "semuanya run smoothly thanks for ur help"
"so ada apa² lagi yang saya boleh bantu" aku cuba nak jawab "ill buy u a coffee this morning" nah..aku tak cukup kuat untuk itu, aku hanya biarkan ianya berlalu dengan mengucapkan terima kasih. Thats it, continue the work. Tapi aku check directory email Cik or Puan Hana ni, i dont have any clue about her, but should i email her? ntahlah, cukuplah tu. "start ur work now"
"who are u".."me is you, start ur work now" ok aku kalah, lupakan saja. Thanks for help me and thanks for ur confident.

Kenapa hari ini aku tulus untuk bercerita??

Wednesday 23 April 2008

tertekannya tekanan.

Bila aku tertekan atau rasa susah hati mahupun kecewa, aku sentiasa fikir yang kat dalam dunia ni ada orang yang lebih tertekan, kecewa mahupun susah hati dari aku. So when i'm in trouble, i will think about other people, tapi kadang² minda aku tak nak terima semua itu, dia cakap tak baik menipu, kalau kau ada masalah kau kena berjuang untuk menyelesaikannya.


"Eh when i see ur face, its feel like.." Aku tanya.

"What?? feel like want to kiss me?" Jawab Frank.

"Oh, i will..u want it now?" Aku tanya lagi.

"Oh..so gay..hey i'm in trouble lah. Jawab Frank.

"Why?? all of us got problem" jelas aku.

"I mau kahwin laa, tapi nobody want me" Jawab Frank.

"Wooho..rite, u're in trouble. u want me to help u out"? Tanya aku lagi.

"Wah..u can help ka..how aa, u can find for me aa" Tanya Frank.

"There your girl, just try your luck..ill support u from behind" Jelas aku sambil menunding jari kearah Amin.

"ahahaha..Ahahaha - both of us laugh..

Yes selalunya aku akan cuba cari material untuk gelak apabila aku dalam masalah. So anyone in trouble..i can help you.

Combat vs Faizal Tahir

Dulu waktu aku kecil aku selalu bercita² nak jadi askar, tapi percaya sebab waktu tu aku dipengaruhi dengan cerita² di kotak tv yang selalu tayangkan cerita pasal askar, seperti Combat, Missing in action, Rambo, Prebet badol, Sarjan Hassan dan sebagainya. Cerita² yang demikian banyak mempengaruhi kanak² seperti aku ketika itu, aku dan rakan² yang lain pasti akan main perang² pada waktu petang, memang nampak ganas, tapi at the same time ianya menguatkan semangat jati diri untuk menyayangi dan mempertahankan negara. Tapi sekarang tiada satu platform pun untuk kanak² dipengaruhi untuk membuat benda yang baik demi negara. Bukan untuk kanak² saja, untuk manusia² seperti aku pun dah tidak ada, apatah lagi golongan² ibu dan bapa kita. Tiba² Baru aku sedar yang ada benda baru untuk golongan kanak² mahupun ibu bapa..
Yess..!!! rancangan realiti, menyanyi dengan penuh semangat realiti. Suara tak sedap pun tak kisah, janji boleh nyanyi dengan penuh semangat mengoda, ustaz², guru disiplin, menteri kewangan dan lain² pun sibuk memberi sokongan ketika rancangan² realiti dipertontonkan melalui kotak tv masing², ada yang menyerap masuk bulat² kedalam kotak memori sampai mereka berusaha keras mahupun menyimpan dendam untuk menjadi penyanyi, ibu bapa pun ramai yang memberi sokongan dengan penuh harapan, walaupun dah sedia maklum yang anak mereka hanya mampu membuang masa didalam bilik air sahaja.
Tapi itulah semangat yang ada disekeliling kita, menyanyi untuk mempertahankan negra. Aku bangga disini, aku gembira disini, tatkala semua orang berlumba² untuk berjaya tapi kita berlumba² memalsukan realiti kehidupan kita.

tiba² aku teringat 1 sms yang aku masih simpan dari Liza

"Hi..i tgh tgk konsert Celine Dion..whoa power gila suara dia.."
"Weh malam tadi aku mimpi aku tengok show Kate Nash lah.." Jelas aku.

"Whoa..is it?? biar betul lu ni bro" Tanya Zafarul Nabil.

"Yelah, dia siap cakap lagu 'pumpkin soup' special for me, she know i'm in diet now and she asked me to eat soup not rice, coz rice can kill." Jelas aku.

"Ahh..merepek la lu ni bro.." Jawab Zafarul nabil.

"La..aku tak tipu kau lah..its true, Eh jgn panggil aku dengan nama 'bro' boleh tak?? Jelas aku

"Napa tak boleh panggil 'bro' pulak bro?? Tanya Zafarul nabil.

"Sebab aku bukan tipikal melayu, dah la aku malas nak layan kau, siapkan lah keje kau tu" Jawab aku.

"Bro nak tanya sikit boleh tak??" Tanya Zafarul Nabil.

"Apa lagi kau ni, dateline dah dekat aku nak cepat benda tu? Jelas aku.

"KATE NASH tu siapa sebenarnye" Tanya Zafarul Nabil.

"Oh Gosh..aku lupa nak bagi tau, dia kawan baik nenek tiri aku, pegi..pegi siapkan keje.."


Sorry Kate because knowbody listen to ur song..send my regards to ur sis Clare Nash.

"Thursday night, everything’s fine, except you’ve got that look in your eye
when i’m tellin’ a story and you find it boring,
you’re thinking of something to say.
You’ll go along with it then drop it and humiliate me infront of our friends.

Then i’ll use that voice that you find annoyin’ and say something like
“yeah, intelligant imput, darlin’, why don’t you just have another beer then?” - KATE NASH

Smaklig maltid

Disebuah pusat makan yang terkemuka sambil beratur di petang hari yang blues.

"Aku rasa aku tak makan kut, minum jelah" Jelas wan.

"Uishh..is it true? betul ke kau ni Wan?" Tanya aku

"Yelah, aku baru je lunch kat bangsar pukul 3pm td with my client" Jelas Wan

"Oh yeke..tapi macamane kau boleh ada client? tak penah dengar pun before this" Tanya aku lagi.

"Biasalah ingat Man je ke slalu jumpa client, ehehe, nope actually ada project sikit with my friend, dia nak bukak healthy cafe, kononnya nak buka kedai makanan sihat la. So dia mintak advise" Jelas Wan.

"So kau dah kenyang la ni..? takkan sikit pun dah tak boleh masuk" Tanya Man pula

"Serious shit..aku dah kenyang gila.." Jawab Wan

"Rugi lah.." jelas aku.

"Bang bagi meatball 10 pcs ye, extra sauce." Terang Wan kepada mamat yang jaga food kaunter.

"Oi kata dah kenyang.."? Tanya aku.

"Ahaha..Tiba-tiba perut aku bisik kat aku teringin nak meatball plak..isshh nak buat macamane, hati dia nak kene jaga geng..nanti dia merajuk" Jelas Wan.

"Huhuhu.. 5 pcs dah la weh..kata dah kenyang" Jelas aku.

"Mana cukup..eh kau ni banyak tanya pula..siapa pakar dalam hal ni?" Tanya Wan semula.

"Ok kau pakar..Eh macamane nak ajar perut kita boleh bisik kat kita ha.."? Aku tanya lagi

"ill teach you later..lapar ni" Jelas Wan.

"U are the best.."

Tuesday 22 April 2008

Oh..!!!

Perperangan semakin hampir..mampu kah aku??

Jane Eyre

Aku sangka kata² indah pagi tadi akan aku jadikan memori sampai malam ini, tapi aku silap kerana kata² indah itu hanya untuk mengaburkan minda aku.
Tahniah kau berjaya.

There was no possibility of taking a walk that day. We had been wandering, indeed, in the leafless shrubbery an hour in the morning; but since dinner (Mrs. Reed, when there was no company, dined early) the cold winter wind had brought with it clouds so sombre, and a rain so penetrating, that further out-door exercise was now out of the question.

Excerpt from Charlotte Brontë's Jane Eyre, beginning of chapter 1

How lah..!!?

"Ada ka patut dia orang nak aku buat kereta pakai minyak kelapa sawit, cuba bayangkan" Sharman merungut.

"Siapa yang suruh ni? Najib Tun Razak ke??" Tanya aku.

"Ahahah, adalah orang² yang tak pandai guna otak" Jelas Man.

"Kalau kereta pakai minyak kelapa sawit, jahanam lah hidup kita semua, kita nak masak pakai minyak apa pula?? ice cream nak buat daripada apa?? lepas ni mandi tak payah pakai sabun lah.."
tiba² kedengaran suara menyampuk dari belakang.

"Betul lah tu, kadar aktiviti jenayah pun akan riang gembira meningkat" Jelas Wan

"Kenapa pula??" aku tak paham.

"Yelah lepas ni orang rompak ladang kelap sawit la pulak..!!" Jelas Man.

"Best kan macam tu..tapi tak tau lah bau macam mana yang akan keluar dari eksos kereta tu nanti" Tanya aku.

"Harap² bau macam ayam goreng mc'D lah..ahahah" Jelas Wan lg..

Bintik Hitam.

Di satu petang yang berjiwa...

"Wan, my friend tanya macam mana nak kurangkan bintik² hitam di muka.." Tanya Dilla,

"Oh itu senang saja, suruh dia makan roti canai telur campur bawang, makan hari² selama seminggu, lama² hilang lah.." Terang Wan kepada Dilla.

"What?? kenapa roti canai pulak..Euuu..!!! too oily..lah" Tanya Dilla kepelikan..

"Tu lah ramai yang tak tau, apabila Roti telur bercampur bawang akan menghasilkan satu gas kasinorgen, gas ini akan berkumpul didalam liang² pada kulit, apabila semakin penuh or padat gas ini akan meletup dan seraca tidak lansung akan menghapuskan bintik² hitam dimuka.." Jelas Wan.

"Eh betul ke?? apa buktinya?" tanya Dilla kebingunggan..

"Lah..cuba u tengok muka i..licin tak?" Jelas Wan lagi

"A'ah licin lah.." Jawab Dilla.

"Ni semua sebab i makan roti canai campur bawang lah..Dilla penat i belajar tinggi² tapi u taknak percaya pun cakap i" Kata Wan

"Ok i akan bagi tau kawan i, tapi kan kalau dah makan roti canai hari² tak gemuk ke??" Tanya Dilla lagi.

"Gemuk tu lambang kemewahan..so siapa yang tak nak kemewahan.." Aku menyampuk..

"Woohoo..!!! kalau nak lagi best makan morroco kebab.." Wan.

Monday 21 April 2008

Why Basel not Lausanne.

Hari ini hati aku gembira menyerap segala kejadian yang berlaku disekeliling aku, namun apa yang pasti aku masih lagi mencari hala tuju yang harus aku lalui, berjaya atau tidak tiada siapa yang hendak tahu, apatah lagi membantu, siapa suruh aku wujudkan atmosfera aku sendiri, siapa yang suruh aku cipta hari² aku sendiri. Tapi setidak-tidaknya aku tak lari meninggalkan rintangan yang aku buat sendiri.

"Joe kenapa kau nak tinggalkan semuanya..kat sini?" Tanya aku

"Aku dah bosan kat sini, aku dah tak sanggup nak teruskan, aku doakan kau berjaya" jawab Joe

"Tapi kenapa Joe, why you too weak..? Tanya aku lagi.

"Aku manusia yang rapuh..ahahaha" Jawab Joe.

"Nasib baik kau tak mempengaruhi aku, tak mengapalah, semoga kau jumpe kehidupan baru di Lausanne." Jawab aku.

"Tak kehidupan baru aku di Basel" Jelas Joe pula.

"Whats the different? because the girl is same rite" Tanya aku.

Huhuhuhuhu..!!

Weltklasse-Führer

Kali pertama aku ke Zoo negara pada waktu itu masih lagi sekolah tadika, dan waktu itu aku takkan lupa juga kerana kali pertama dapat melihat kereta proton dengan mata kepala aku sendiri, aku amat bangga sebab dapat melihat keindahannya, aku terus menyedut segala apa yang aku lihat masuk tanpa ragu² kedalam minda aku ketika itu. Semua berlaku kerana ada manusia bijak yang cuba membuat kelainan dan pembaharuan. Aku bangga..aku terharu..aku rasa nak mengalirkan air mata sewaktu aku di Elmshorn, Jerman.


I really Stunden verpasste Ex-Premier Mahathir
"I really missed ur ex-prime minister Mahathir.." Jelas Alecja.

Oh, Sie kennen ihn
"Oh u know him..??" tanya aku.

Yerp..Natürlich ein guter Führer sein, wenn er junge i will ihn heiraten
"Yerp..of course his a good leader, if he young i will marry him.." jelas Alecja.

Wow..Das war eine großartige Erklärung, ich kann ihm zu bringen, wenn Sie wirklich wollen und ihn
"Wow that was a great statement, i can bring him to you if u really want him." jawab aku.

Sie verstehen nicht, was ich meinte .. ich weiß Stunden Premierminister Stunden Land besser als ..
"You dont understand what i meant..i know ur prime minister better than ur country.." kata Alecja.

Yeah... Und ich weiß, wenn er krank ist, Mädchen ihn heiraten
"Yeah i know...and if he is girl ill marry him" jawab aku.

Alecja adalah pelajar tahun kedua dlm jurusan ekonomi dan dia amat kagum dengan kehebatan Dr.Mahathir, panjang lebar aku bercerita tentang dunia aku dan juga dunia dia dan aku percaya ramai orang dekat luar sana amat bangga dengan kehebatan Dr.Mahathir,
he is a world class leader and i proud of him.

dan pagi tadi Alecja call aku


Hey..Ende dieses Jahres möchte ich Ihrem Land zu kommen, was denkst du?
"Hey..end of this year i want to come to your country, what do you think?? tanya Alecja.

Dont, Malaysia ist ein heißes Land
"Dont, Malaysia is a hot country" jelas aku

Seine gut, i like hot Land
" Its good, i like hot country" Jawab alecja.

Nein, was ich meinte, heute unsere politische Szene war so heiß,
"No what i meant, nowadays our politic scene was so hot." Terang aku lagi.

Wirklich? Oh mein i verpasst Mahathir
"Really?? Oh i missed my Mahathir.."

Eh..Ich kann euch zu seinem Brot Shop
"Eh i can bring you to his bread shop" Jelas aku.

Die Sie zum neuen Ministerpräsidenten?
"who's your new prime minister?" Tanya alecja lagi.

Seinen Namen vergessen, aber jetzt war er viel zu sehr mit seiner Tochter botique.
"forgot his name, but now he was too busy with his daughter botique." Jelas aku

Das war großartig, ich kann PRADA kaufen oder FENDI auf, die Hoffnung kann man den halben Preis.
"That was great, i can buy prada or Fendi at there, hope can get half price." Jawab Alecja

Ja, kann man zum halben Preis, aber nicht für oder PRADA FENDI, aber unser Blut
"Yes you can get half price but not for PRADA or FENDI, but our blood" terang aku.

Mmmmmm....

zzzZZZZzzzz..!!!

I love u aber seine zu hart ..

Semoga aku mampu tersedar esok pagi.

Viva La Aji


Hidup aku tidak lengkap, tidur aku pasti tidak indah, jika aku tidak bercerita tentang seorang lagi rakan aku yang sentiasa menerangi lorong gelap dunia aku. Azizudin atau lebih indah jika dipanggil Aji. Dia antara rakan aku yang jauh lebih muda dari aku, dia tidak sehebat manusia yang mampu mengalirkan arus elektrik, dia tidak mempunyai kepakaran tentang makanan mahupun dunia permotoran tapi dia ada dunia seninya sendiri, dia ada imaginasinya sendiri, Aji lebih suka bersikap tenang jika dia sedang berlapar, agak lama aku tak jumpa dia kerana dia sedang sibuk menyiapkan storyboard, Aji bekerja di sebuah firma yang bukan membela nasib orang yang salah atau tidak bersalah, tapi dia adalah pengarah seni untuk kerja² pengiklanan tv antarabangsa.
Dia selalu mencetuskan idea untuk membuat iklan² kormesil dan yang lebih membanggakan aku dan yang lain² ialah iklan² tv yang dia hasilkan kebanyakkannya dipertontonkan di luar negara, kita jarang dapat melihat hasil kerjanya, tapi jika ada yang ke benua eropah pasti dapat melihat keindahan mahupun kelucuan yang diwujudkan oleh dia didalam setiap iklan² yang ada. Aji adalah manusia robot yang mampu menerima apa jua cabaran dan dia banyak memberi inspirasi kepada dunia aku. dia juga adalah seorang yang kuat berjenaka. Tapi kebelakangan ini dia agak gemar tidur, oh maknanya dia sudah mahu lupakan hobi lamanya. Apa yang aku tau tiada siapa dihatinya melainkan kaset KIDCRASH yang aku pinjam.
Dia lebih kuatkan semangat aku kerana aku mempunyai rakan² yang istimewa dihati setiap manusia lain.

"Aji kenapa kau kuat tidur skang ni..??" Tanya Wan.

"Sebab tilam & katil yang aku tidur beli kat Ikea, its nice dude" jelas Aji.

"Kalau aku tumbuk muka kau best gak kan..?? Jelas Wan.

"Rileks Wan jom aku belanja kau Mc'Chiken deluxe..nak tak?" jawab Aji.

"Ok cantik aku nak double cheese burger skali ye.." Wan sedang ketawa.

"Tapi kopi kat Ikea terbaik lah..arabica tak boleh lawan.." Sharman menyampuk.

"Ok kita kita tapau semua burger² yang ada pastu lepak Ikea, amacam??" Jelas Wan

"Yes go Black Gold coffee..tapi jangan pakai gelas besar Wan..nanti bangla tu marah" tegur aku..

"Ala...sekali ni je..pastu kita tak buat dah.." jawab Wan


AHahahahahahah..!!!! ahahahaha!!!

Siapa Pali dihati kami.

Aku terus binggung tapi mujurlah lagu KELLYMUSIKA menenangkan aku hari ini, kadang² didalam menggapai kejayaan kita mungkin akan jatuh tersungkur, malah mungkin tidak mampu bangun lagi, tapi jadikan semuanya sebagai satu permulaan baru walaupun kita telah lama memulakannya. Oh tidak aku masih boleh berdiri, sebab apa?? mengapa??
hmmm..aku masih ada rakan² di sekitar lorong dunia aku, dan bila sebut pasal rakan, kali ini aku hendak bercerita tentang seorang lagi rakan aku, just call him Fadly or lebih mudah Pali, dia adalah rakan karib kepada tenaga elektrik dan ketika aku sedang menulis entri ini disertakan lagu yang penuh emosi aku dapat bayangkan dia memegang cahaya elektrik sambil angin bertiup kencang disekelilingnya, dia tidak sehebat Thomas Eddison mahupun alexander graham bell, tapi dia adalah seorang konsultan yang buat masa ini sedang sibuk berurusan dengan TNB, dia adalah genius dihati kami, dia adalah permata bagi syarikat tempatnya bekerja, dia amat penting bagi memastikan dunia kita diterangi cahaya lampu neon setiap hari. Dia jugaklah yang akan pastikan kita mampu berasa sejuk ketika panas, dia jugalah orang yang amat penting apabila kuasa bateri handphone kita terpadam. dia juga adalah permata indah bagi kekasihnya Diana.
Yess..!! aku gembira melihat mereka bergembira walaupun aku sentiasa terluka dengan rintangan yang terpaksa aku harungi.
Sekali lagi aku bangga kerana aku mempunyai rakan² yang amat penting kepada semua..

"Eh kau ada nampak mana aku letak handphone aku tak..??" tanya Pali

"huh..!! kau ni bila lah nak tenang..??" tanya aku semula.

"Ahaha..nak buat macamane, arus elektrik mengalir deras dalam badan aku.." Jawab Pali.

"Oh...aku dan yang lain² tetap sayang kau.."

Sunday 20 April 2008

Oh Asha.

"Asha, u lost or what?? where've u been..for long time.." aku tanya.

"Ada je kat sini, quite bz for everything. i'm getting married soon.." jelas Asha

"Oh really?? its good for you, who's the bad guy..??" tanya aku lagi.

"Oh gosh the bad guy is Vinod did u know him?" Jelas Asha.

"Nope..but i know him, dia akan menyusukan anak u nanti..ahaha" jelas aku sambil ketawa.

"Yeah he will..by the way how about u??" tanya Asha.

"Me..?? i'm getting my last day soon..i'm going to die..so be prepared with a bouquet of flowers." Jelas aku.

"Yes i will, hibiscus boleh??" tanya Asha lagi.

"Hey i bukan askar yang terpaksa naik helikopter Nuri, but my first man got Airbus A320.." jelas aku lagi.

"Hey my future husband is soldier la" Jelas Asha.

"Haha..kalau macam tu u need more flowers.." jelas aku lagi.

"Ohh i hate this coofee, i want fresh orange" Asha senyum.


Anyway Asha adalah manusia punjabi yang manis aku kenal sewaktu kami kursus bersama² beberapa tahun yang lalu, dia adalah pakar didalam bidang pemasaran, yes she work with my company, dia mampu memanipulasi setiap klien yang berurusan dengan dia melalui ruang kecantikan yang ada pada dia,
tapi sayang kerana bakal suaminya adalah seorang askar. Pity for her.

Tahniah dunia aku kerana mempunyai Airbus A320 untuk Perdana Menteri aku tetapi hanya ada helikopter Nuri untuk manusia² yang sentiasa menjaga keamanan dunia aku.

I vous hais

Aku kurang gembira hari ini, kerja semuanya tidak konsisten, aku semakin hilang kawalan, aku semakin hilang punca. Kenapa manusia robot seperti aku selalu menjadi mangsa, mangsa kepada keadaan.

"How to disappear completely, if you still around"

Aku rindukan zaman 20 tahun kebelakang, aku rindukan harga sebotol Coke yang cuma 50sen, aku rindukan nasi lemak yang hanya 30sen, aku rindukan kehijauan bukit di belakang rumah aku, aku rindukan The Cure "Friday i'm in love", aku rindukan Thundercat, aku rindukan Hero aku, Yes..!! aku rindukan hero aku..

Tiba² ada entri baru kedalam email memo aku, ianya berjaya hilangkan rasa kucar-kacir dalam jiwa. Aku buka memo aku, muka berubah bila membaca.

"Hey friend, remember me? free tak this morning, come have a cup of coffee with me. i'm at subang today. Text me ASAP!!" - love Asha.

Wow my old friends Asha ask for drink. Thats it aku tutup semuanya, aku tak hiraukan manusia² sekeliling aku yang sedang bersiap sedia hendak berperang,
Nah..aku ada perperangan lain. jumpa lagi.

i miss my dad..!!

Saturday 19 April 2008

Dari Majapahit ke Putrajaya

"Hari-hari kite akan terus berusaha utk bebas dari segala kemelut, aku tau kau bukan sengaja menempah derita, aku tau kau tak bermaksud utk mencari kesakitan, aku tau kau tau aku benci,tapi jika kau terus kuat berdiri dan mampu berjalan, aku akan pastikan kau berlari dan juga terbang tinggi bersama aku.."


Aku hanya manusia robot yang mengharapkan kerajaan aku memberi subsidi kepada harga buku² yang dijual.

Kisah bersulam #3

Aku baru balik dari Jamm session bersama rakan² yang lain, segala kemarahan telah dilepaskan, aku berpura² seperti semuanya telah dilepaskan. Aku terfikir sejenak sampai bila aku harus begini, perlukah aku rasa bosan?? sedangkan itu yang aku perlukan untuk memastikan dunia aku menjadi indah, yes aku ada band, band aku lagi sedap dari HUJAN, band aku lagi popular dari HUJAN, band aku lebih ramai groupies dari HUJAN, band aku bukan sahaja sudah tour di sekitar UK tapi kami telah pun tour ke seluruh dunia termasuklah Capetown dan Johanesburg malah Melbourne dan juga Perth. Band aku telah tour bersama² dengan band² besar dari luar. Band aku jauh lagi bagus dari HUJAN kerana kami ada originaliti, kami tidak tiru THE STROKE dan memperlahankan tempo muzik serta menukarnya ke bahasa melayu. dan yang paling penting band aku bukan homophobic. band aku terima semua orang disekeliling. Yes..!! band aku lagi hebat dari HUJAN yang vokalnya hanya mampu menyanyi secara mendatar.
So kamu semua boleh teruskan menyokong HUJAN kerana mereka rasa islam akan kalah kalau mereka tidak membenci golongan homo, kerana sudah ada mazhab baru yang dicipta oleh mereka sendiri dimana bermain muzik sehingga melalaikan orang lain adalah diwajibkan didalam islam mazhab ciptaan mereka.

HUJAN adalah gay yang berpura-pura membenci golongan gay.

Friday 18 April 2008

Joe #1

Joe if u go to UK please drop at West Yorkshire and send my regards to Nasra Zalia, finally i know where she is..please help me. Its for ur good..

"Wait, they don't love you like i love youWait, they don't love you like i love you Ma-a-a-a-ps, wait! They don't love you like i love you..."

YEAH YEAH YEAHS - MAPS

Gastralgia

"Eh kenapa blog ni boring..??"

"Up to me..its my blog pls dont ask.."

"Yup but its to bored, who want to read..??"

"i'm not asking u to read, i'm not asking anybody to read"

"Oh..so why u waste ur time??"

"Please dont care.."

"Nope, i need to taking care"

"For what..who are u?"

"because i was u..."

Gastralgia menyerang aku, dan aku masih tiada jawapan untuk itu.

Keheningan Elmshorn.

Beberapa bulan yang lalu ketika aku ke Hamburg,Jerman. Aku telah bertemu dengan beberapa 'survivor' nope what i meant beberapa manusia melayu yang telah memulakan hidup baru disana, sudah berkahwin, sudah mempunyai anak yang besar, dan sudah mempunyai kehidupan yang sempurna. Aku tertanya² apa yang berjaya mempengaruhi mereka untuk dapatkan dunia baru disana. Pak Mail adalah manusia yang berjaya, dia mempunyai kehidupan malah telah berjaya mempopularkan sukan sepaktakraw disana. berberapa hari aku menghabiskan masa dengan dia, katanya 'Hippies' telah berjaya mendorong dia kesana. dan apa yang lebih menarik dari tanah melayu sekitar tahun 70an dia telah melenyapkan dirinya ke Penang dan kemudianya terus ke Thailand, China, India, Afganistan, Iran dan seterusnya ke benua eropah. Apa yang lebih membakar semangat aku adalah cara dia berusaha untuk ke benua Eropah adalah dengan menaiki Lori, keretapi, malah berjalan kaki beribu-ribu batu. Terlalu perit bila aku dengar cerita darinya. Tapi dia berjaya membakar semangat aku dan yang pastinya dia berjaya membuka lebaran baru didalam dunia yang aku cipta sendiri. Aku pernah bercadang untuk kesana semula, aku ingin tuliskan perjalanan keperitan hidup Pak Mail dan rakan² didalam mencari kehidupan baru didunia yang baru. Ya aku pasti akan kesana lagi nanti. Elmshorn wait for me..!!

Thats it hari ini aku telah submit resume untuk kerja baru di Luthansa Technik, Germany.
Harap² kali ni tiada peluang yang akan menghalang.

@#$%

Ayen,
one day i will kill ur heart..pergi jahanam..!!

Kisah Sharman

Aku bosan, aku nantikan kata² indah dari Sharman. Dia taknak ajak pekena sweedish meatball ke..?? by the way Sharman adalah robot yang mampu membuat robot yang lain, malah saiz dan kekuatan robot yang dibina jauh lebih bagus darinya. Sharman adalah jurutera pembina robot, selepas pulang dari UK dia pernah terlibat didalam pembinaan rekaan beberapa model kereta terbaru dipasaran dunia sekarang, bagi aku dia adalah master didalam dunia permotoran walaupun dia tidak pasang enjin turbo dikeretanya mahupun mewarnakan kereta nya dengan warna hijau, dia adalah robot rekaan paling menarik aku pernah kenal, dia adalah kebangaan manusia² disini. Dia juga amat menyukai rakan aku Wan pakar pemakanan, kerana Man suka dipengaruhi dengan makanan.

Oh sungguh ramai manusia berjaya disekeliling aku..

Aku gagal lagi.


Dulu sewaktu aku kecil, aku rasa amat bertuah tinggal disini, everything is comfortable. Tapi sekarang aku rasa macam dalam neraka, yes aku adalah orang yang masih anggap neraka itu wujud. Kini aku rasa seperti hilang segala²nya disini. Aku tolak bulat² apa yang cikgu aku ajar sewaktu aku kecil dulu. Aku dah tak suka berada disini, aku dah benci berada disini, kita semua dah gagal, kerana kita ditakluki oleh orang yang gagal, Adolf Hitler pun tidak sekejam ini.
ada orang tanya, kenapa kita gagal, kita dah jauh maju kehadapanlah. Aku cakap tidak, kita hanya mampu bergaya dengan ketinggian KLCC, itu sahaja.
, seorang rakan ditempat kerja aku yang berasal dari Australia pernah memberikan gambaran yang amat jelas. Dulu tahun 1991 dia pernah melawat Malaysia, dan sekarang dia telah mulakan hidup baru disini, ternyata pembangunan yang berlaku amatlah pantas. Dia kagum tapi dia kaget sebab manusia² disini masih lagi jauh dibelakang. Corak kita ketinggalan, rohani kita tidak berjaya.

"I think The Curve is the best place..Adioss.."

"Yeah...ill try my best"

Maaf kerana aku masih lagi kabur didalam pencarian untuk menerangi dunia manusia² yang lain. Aku masih gagal untuk memanipulasi dunia orang lain. Tapi aku akan cuba yang terbaik jika diberi peluang. Sabar ya..

Pagi ini

Hari ini aku lewat lagi ke tempat kerja, aku tak tau lah sampai bila aku nak terus macam ni, setiap hari aku berjanji untuk datang kerja awal, dan aku berjaya datang lewat. Congratss...!!!
duduk saja depan pc aku macam blur, nope i'm not blur, tapi bored, so what should i do. kejap aku nak call someone.

"Hello Ding ada..?" tanya aku

"Ding..dia tak masuk lagi lah.." Jawab Zahra dengan lembut.

"Oh yeke, pukul berapa dia masuk" tanya aku dengan nada yang amat rendah.

"Tak pasti, emmm ada apa² pesanan" Tanya Zahra dengan tone yang amat lembut.

"Hmmm..nope its ok i call him back, thank you" jawab aku.

"Okay" Zahra jawab lagi.


Selalunya bila aku tak tau nak buat apa dipagi² hari aku akan cuba call Mr.Ding dan aku pasti yang Ding tak akan jawab fon sebab dia hanya available after 10am dan sudah semestinya Zahra yang akan jawab selaku asst untuk Ding, Zahra adalah gadis yang paling lemah lembut aku pernah jumpa, gadis bertudung, simple and nice. Riak mukanya amat manis walaupun berkaca mata dan yang paling penting bibirnya seperti pinjam dari Angelina Jolie, hey she so sweet ditambah pula dengan budi bicara yang amat lembut, dan aku hanya mampu gambarkan. Aku hanya manusia yang akan menjadi amat tenang bila mendengar suaranya. Perfection is the answer, tapi aku hanyalah manusia yang mampu mengambarkan keindahan, manusia yang tidak mempunyai keyakinan.

"Dah la, she engaged already.." sapa Adlina.

"Yes, aku pun ada dengar benda tu" Jawab aku.

"So sorry to hear that.." Adlina lagi.

"Even she still single..its hard for me actually..too hard" Jawab aku.

"Why..??" tanya Adlina lagi

Nah...Forget it.." Jawab aku.


So lupakan saja, just call 3**4 if u want to hear her voice, thats all.

Kegagalan paling berjaya

Sehari suntuk aku nantikan kata² indah, namun ianya adalah seperti cahaya palsu yang tak mampu menerangi ruang yang gelap.
aku adalah kegagalan yang paling berjaya.

Jiwa Azuan

Aku masih belum cukup berbisa, belum cukup liar,belum cukup kejam, tapi aku memang sedang berusaha kearah itu. Kawan aku pernah bagi tau bagaimana cara untuk jadi manusia kejam, aku tau dia hanya 'try ' saja, tapi aku masih tetap percaya. Wan adalah salah seorang rakan yang amat penting bagi aku untuk mencorakkan dunia aku sendiri, beliau adalah seorang pakar pemakanan, buat masa ini sedang bekerja partime sebagai penganalisa makanan di Kementerian kesihatan dan pada masa yang sama dia juga sedang sibuk menyiapkan tesis utk pengajian master bagi tahun yang terakhir. Kalau tak silap aku tesisnya berbunyi tentang kepentingan makanan untuk penjanaan minda yang cerdas. Ramai gadis² suka untuk berdampingan dengannya, ialah dia manusia bijak yang mampu memanipulasi minda² yang lemah dengan bercerita tentang pentingnya pemakanan sihat untuk kecantikan dalaman dan luaran, gadis mana yang tak suka dengan perkataan"cantik"??? so Wan adalah jawapan kepada segala²nya, dia juga mempunyai kelebihan untuk memanipulasi aku untuk lupakan segala masalah yang ada dengan makan.

tiba² bunyi hp aku berbip..


"Oit kalau dapat Mc'D punya fries dah best dah ni, aku tak boleh tidur lah.." sms dari Wan


"Aku bagi kau 2 minit untuk siap..." sambil senyum aku sent sms..

"Mann jangan buang masa tengok tv, aku menuju ke Mc'D Kota d'sara ni.." sms kedua aku kepada Sharman.

"Aku dah nak sampai dah ni, hang kat mana cepatlah.abis nanti" sepantas kilat Sharman reply.

Azizudin kerja, Fazli kat terengganu..nevermind.

Thursday 17 April 2008

Diet coke can kill

"Kenapa kau tak benarkan Nasi berada didalam perut kau??..r u diet.." tanya Wan

"Aku memang Gemok, nak buat macam mana.." jelas aku.

"Yelah tapi apa dosa nasi tu sampai kau taknak makan nasi.." tanya Wan lagi.

"Nasi Jahat, nasi boleh buat kita jadi malas, sebab bila kita makan, akan jadi kenyang gila, bila dah kenyang gila, kita akan malas, bila kita malas semua kerja tak nak buat.

"Abis tu makan apa yang tak kenyang..??" tanya wan lagi.

"Sandwich, meatball..ahahah, its a good package lah, semua ada kat dlm tu,karbohidrat,protien,vitamin, dan sebagainya, dan kita tak akan jadi malam lepas makan sebab tak kenyang gila.. dan sebab itu jugaklah manusia melayu malas, sebab makan nasi.
So jom kita ikut manusia Jepun dimana diaorang dah anggap nasi tu haram..ahaha" jelas aku

"So kita kena anggap nasi tu Babi la..Najis berat baru boleh..is it" jawab Wan

"Yeah its true..change our mind first.." aku jawab.

"Sape yang cipta nasi ek??"

Yes i'm on diet and i ask my friends diet too..

Kisah Silam #2.1


Aku tak tau macam mana nak terangkan, tapi pernahkah anda semua terfikir mengapa kita lebih mengenali Munshi Abdullah dari Hamzah Fansuri, apakah istimewa nya Munsi Abdullah yang pernah dinobatkan sebagai "First Malayan Journalist" dan mengapa tidak Hamzah Fansuri.
Inilah ideologi² kejam yang telah direka oleh manusia putih untuk memanipulasi kehebatan manusia melayu/islam, dan kita sampai sekrang tidak hendak ambil peduli pun.
Pernahkah anda terfikir yang mereka amat kagum dengan penciptaan pantun, lalu terus melupakannya kerana bukan mereka yang cipta, dan sampai sekarang pun manusia² disini lebih gemar lepak minum sambil urban-kan diri, bermain PSP or Myspace dari menyelami keindahan kata² termasuklah aku.

Hamzah Fansuri is the first to pen mystical panentheistic ideas into the Malay language. Please be informed.

Look what you've done

"Hello, eh boleh tak kau pass kat aku semua listing CRR & CCC to my memo..?? tanya Suria

"Alamak Su, aku rasa cam dah delete je semua tu.."

"What?? kenapa kau delete??" Tanya Suria lagi.

"Jap aku tanya Ad, dia yang delete, bukan aku.." jawab aku lagi.

"Ad, mane semue file HZ-AIR, Suria nak lah, and pls dont say it.." aku Tanya kat Adlina

"Yes..!! Yes..!! thanx for asking me, mana ada dah aku dah delete semua.." jawab Adlina.

"Oit korang gaduh dulu nanti aku call balik ye." Jawab Suria.

"Hari tu aku tanya nak delete ke tak, kau cakap takde kena mengena dengan hidup kau..so.." Jawab Adlina pulak,

"Yes memang non of my bussiness, tapi sekarang ini diaorang mintak, so how" tanya aku.

"Mana aku tau, aircraft going out already" jawab Adlina

"Itulah, i'm a GREAT FAILURE.. aku ingatkan semua dah settle, aku ingat kan kita dah betul² keluar dari neraka jahanam, tapi sebenarnya ada lagi problem.. selalu jadi macam ni, setiap benda yang tak penting akan jadi betul² penting selepas kita lenyapkan dia" ooh aku pening

"So How.." tanya Adlina.

Sambil tu Mr.Jagjeet lalu dan menyapa, "hi everyone..how do u feel today"

Aku bukak player dan putarkan lagu "Look what you've done". dan terus gelak.
memang sukar kehidupan ini, ada sahaja orang yang cuba merosakkan setiap keindahan yang ada. Aku hanya mampu pasrah sambil memikirkan jalan yang sempurna untuk menyelesaikan masalah.

Indahnya Jiwa

Dulu waktu aku kecil, aku selalu dongak ke langit, aku rasa ada dunia lain disana, ada kehidupan lain disana, tapi bila aku dah besar baru aku sedar sebenarya dalam dunia ini ada banyak dunia lain.

Ake pergi ke Nerakaku tadi tak sangka pula mike menulis pasal his creepy dream, dan tak sangka pula aku pun mengalami benda yang sama cuma waktu dan keadaan yang berbeza, walaupun sebenarnya kami mempunyai dua dunia yang jauh tak sama, tapi itulah kenyataannya. KEBETULAN rite.

Wednesday 16 April 2008

Kisah bersulam #2

sekarang ni setiap petang pasti Hujan, misi aku nak pastikan band Hujan jatuh tersungkur sampai tidak mampu untuk bangun lagi, biarkan mereka dengan "Pagi yang gelap"
aahh tidak perut kosong, kan best kalau kat rumah mak aku masak kuih Jemput² dah lama rasanya tak kena kuih tu, thats is enough for me for dinner.

Sampai je kat rumah aku terus masuk kebilik, buka baju dan terus melangkah ke bilik air, bila aku singgah kejap kat atas meja makan, kata² indah untuk aku hari ini adalah tersenggam indah didalam pinggan yang dipenuhi kuih jemput²..

"Mak hari ini puas teringin nak makan kuih jemput², bila sampai rumah je mak dah buat kuih jemput².." kata aku

"Hah tu lah dia, sehati sejiwa.."

aku rasa nak menangis, terus berjalan ke bilik air dan termenung.

"macamana rasanya hidup tanpa manusia yang bernama emak.."

Kisah bersulam

Aku jawab telefon,

"Hey Dude its me lah Johan" Johan is one of my friend, dia adalah pakar X-ray.

"Hey John Whats up..??" aku tanya

"I've got course at UK next month for two weeks" Johan berkata

"Ouh really, great man..!!" jawab aku.

"hey i'm jom lah join skali, lof of people at Camdenlock really missed u lahh.." bingkas Johan

"Huhu..i missed Heatrow Airport..tu je, itu pun sebab chocolate girl yang namanya Anna, thats all" jawab aku lagi.

"Hey Come on dude, takkan nak kerja je" jawab Johan pula.

"Tengoklah macamane nanti, aku betul² busy right now"

Tiba² ada cahaya terang menerangi mata aku, Oh know aku hanya bermimpi yang Johan call and invite aku. Nah lupakan sahaja, aku bangun keluar dari ofis sambil meneguk segelas air suam, its time for ziggaretten..!!
tak sampai 20 saat aku nyalakan rokok tiba² Johan sms and invite aku ke London next month.
sambil menarik asap kedalam rongga dan terus bergerak ke paru² aku hanya mampu tersenyum.

Johan antara orang yang sentiasa memahami dunia aku.

Kisah Silam

Huh..!!! terlalu bz hari ini, but i'm in a good mood today.

"eh nape name blog ni NotaBernoktah..?"

"ntah lah, maybe sbb aku dah tidak ada idea kut, dulu sebelum blog menguasai internet aku dah ada blog aku sendiri, jangan tanya dekat dan bagaimana nak baca, tapi blog aku tu namanya Nota Tanpa Noktah, setiap hari aku menulis, tanpa fikir penat dan letih, aku tak peduli, yang aku tau aku nak menulis. Tapi itu 6/7 tahun yang lalu, Zaman dimana aku terlalu ekstrim dengan semua benda, zaman dimana aku rasa semuanya tak betul untuk kehidupan aku, zaman dimana aku hendak rebel, tapi sekarang ni aku semakin alpa, semakin lupa, semakin sangsi untuk menulis, bukan sudah tidak ekstrim lagi, tapi sukar dikesan, aku adalah antara manusia yang telah ke pejabat Mastika untuk memaksa mereka menarik balik setiap kenyataan yang ditulis berkenaan dengan isu "black Metal". Aku antara manusia yang sering tidak berpuas hati dengan idealogi² kejam manusia lain. Tetapi sekarang aku tidak..aku seperti membiarkan sahaja apa yang berlaku. Gagal kah aku?? nah.. i'm in silent mode now and please beware one fine day i'll voice out.. eh yeke macam tu?? entah lah. Eh by the way siapa yang tanye pasal nama blog ni..?"

"ntah, maybe diri kau sendiri kut.."

Albert Einstein pernah cakap kalau roda nak terus berdiri dia haruslah kena terus berpusing, begitu jugaklah dengan kehidupan aku.
bersiap sedialah untuk dijahanamkan.

jiwa berkecamuk

Missmachine was 1 of the great album..
lets have a cup of coffee..while released everything by using American Eagle..

Aku pagi ini

Pagi ini aku melangkah laju, melangkah dengan penuh harapan walaupun malam tadi dihadiahkan kata² indah, oh tidak mengapa aku dah biasa.
dari kecil sampai sekarang aku memang tak pernah berjaya, aku loser..?? tak aku bukan loser tapi aku sering gagal.
its ok dude. try and try again.
Sungguh awal aku hari ini, ramai yang terkejut tengok datang kerja awal, today i was not me.
i was somebody else, aku adalah pekerja yang cemerlang. Tapi hari ini sahaja
mungkin saat ini, mungkin sekejap lagi tidak.. WooHoo..!!

Teramat Indah

"I pun tak tau lah, kenapa semakin hari semakin I rase jauh dari u, hati I semakin Kosong untuk u,
i'm so sorry..."

Yeah that its...
Akhirnya kata² indah muncul, thanx for text me..
aku capai gitar dan terus petik lagu "WishList" - Pearl jam

Nasra Zalia..!! dimana kau hilang..?? aku perlukan bantuan mu...

Sweedish Meatball



Aku baru bangun dari terlelap, 25 minit yang sudah cukup memberi makna..

"Eh kau tak nak makan ke??" mak tanya..

"nak makan lah ni"

aku baru pulang dari mimpi yang kosong, mimpi yang tak mampu bagi petanda. Aku tinggal dengan Mak aku, aku jugak tinggal dengan diri aku sendiri.
aahhh aku dah lama tak membaca, otak aku dah berkarat, aku bukan manusia normal, aku hanya jadian. aku robot sebenarnya, robot memang tidak ada masa untuk benda lain melainkan kerja..

oh ada kata² indah dari hp aku

"Oit Jom swedish meatball.." Pemilik stick drum

"huh..nak makan lagi ke..???" dlm hati...

"OK je..jap aku tanya yang lain" balas aku via sms..

Kita selalu mudah untuk melupakan, apabila kita tidak memerlukan..

Tanya Lagi

Petang yang redup, aku menghirup kopi kegemaran, oh tidak aku telah terjerumus kedalam kancah kepekatan kopi, oh tidak aku perlukannya setiap hari.

" eh aku rasa dah tak seronok kat sini lah.." dia cakap

"nape" aku tanya..

"ntah lah aku dah makin bosan" dia jawab.

"so...??" aku tanya lagi.

"Aku nak berambus dari sinilah" dia jawab lagi

"kau nak blah pegi duduk mane..?? tanya aku lagi.

"Tempat yang dekat dengan Mc'D, kat sini susah lah Jauh lah.." jawab selamba..

"ahahahaha..good reason jomlah.."


Miss my span cake while watching SPUN..

Jiwa semakin bosan

Kenapa lah aku makin rasa jauh..
Makin rasa sangsi..
Makin rasa gelisah..
Aku semakin bosan dengan kerja yang aku buat, kenapa lah aku tak nak bersyukur kerana aku masih ada kerja jika nak dibandingkan dengan graduasi² dekat luar sana, sedangkan aku tak pernah pakai jubah pun. Oooppsss aku bukan tulis blog sebab aku tak suka dengan kerja aku,
tapi ada orang cakap blog ni boring..

Sape orang itu..?

orang itu adalah aku..

suka hati akulah.. sebab aku masih belum bersedia, masih belum sempurna, masih terapung²
sabar lah, satu hari nanti aku akan pastikan dunia kamu semue berpusing.

masih tiada kata² indah untuk aku, but still waiting..

Jiwa Hari ini

Aku melangkah malas menuju masuk ke perut pejabat dimane aku berkerje, belum sempat aku membuka mulut pintu, ada komander menegur aku

"hey matt..where are u yesterday..??"

"nah.. just put more input in my hardisk..??

"Oh..whatever.."

aku terus masuk, duduk depan pc open music, i need strong music to burn my spirit this morning,
hmmm..
bukak newspaper baca tulisan² karat, baca fitnah² basi dan dengki² yg reput, baca benda yang tak sepatutnya aku baca..
eh what the f**.. sampai bila mereka² ni semua nak berhenti bertikam-tikaman, aku dah bosan dengan cerita pasal UMNO lah, Samy Vellu lah, PKR lah..Lim Guan Eng lah, Pak Lah la..Mahathir suruh PakLah pull out, Anwar Ibrahim lah.. aku tak nak baca pasal ni semua.
aku nak tau bila harga Tol nak dihapuskan.. bile Harga minyak direndahkan, bila gaji aku nak dinaikkan, bila kerajaan nak sediakan subsidi utk harga² buku dipasaran supaya kite semua boleh memiliki buku dengan banyakny..hingga tak terhingga..baru boleh sibuk nak berkempen pasal "amalan membaca"..dan aku percaya semua orang nak tunggu berita gembira, bukan berita pasal macam mana nak tikam orang..
dah lah mulai hari ini aku akan berhenti baca semua cerita² surat khabar walaupun benda² ni free je kat ofis aku..

its time for me to fly with MEW... aaahh the sound was very comfort..

..!!!??

Tiada kata² indah untuk aku hari ini...

Monday 14 April 2008

Night at Westyorkshire


Ok i'm done...
ok kau tak perlu tau,
but the history is there..
Westyorkshire, sebuah tempat yg amat selesa dan bebas dari dunia kejahatan, bebas dari gelumang dosa, bebas dari idealogi ² kejam yang tidak sempurna. Aku tertanya kenapa tiada apa yg menarik disini berbanding di Westyorkshire.
kenapa tiada korupsi disana berbanding disini.. ntah lah aku bosan nak pikir

Aku rindu Nasra Zalia...

Good Morning Westyorkshire

Hari ni aku bangun tidur agak lewat tak seperti biasa, tak seperti robot² yg lain, tak jugak seperti semalam. aku semakin bosan dengan kerja yg aku buat. tapi apakan daya aku hanya sejenis robot yg tak mampu berbuat apa..hanya mampu menurut perintah, tapi arini aku menghadapi masalah dalaman, hardisk aku tak dapat berfungsi..nah...tak payah pergi kerja lah..quite bored..
anyway aku berkerja....
tengok aku dah cite pasal kerja lagi..apa nak buat i've been created for work.. woohoo.!!!
well aku kerja kt syarikat penerbangan 5 bintang..konon²nyelah..but itulah realitinya..
cuma as a worker aku aku tak rasa macam bintang pun..
but at the same time aku tengah dengar lagu TELEBURY called "the stars not belong to us" ahahhaa yup stars not belong to us..just belong to person that have authority..
ok berbalik pada cerita kerja aku tadi.. aku bekerja sebagai perancang, merancang berbagai² benda dan kerja untuk orang lain supaya everything run smoothly, aku berada didalam dept kejuruteraan, memastikan semua kapal terbang berada didlm keadaan baik sebelum hendak terbang menggapai bintang diangkasa...yeah while u have money u can touch the stars with 5 star airlines..woohoo..
tapi aku lebih suka anggap aku sbenarnya berade di tengah² medan perperangan dimana aku pun tak pasti siapa yg jahat mahupun yang baik.. itulah masalah yg paling besar...
"walaupun tak ok aku akan buat² ok.."

anyway aku malas nak terangkan lagi aku bosan..
just panggil aku ni AKU..

Westyorkhire adalah tempat yang terindah dan sukar dilupakan apatah lagi apabila ada gadis bernama Nasra Zalia disana.. to be continued..

Sunday 13 April 2008

Aku ke Aku..???

Siapa aku??
kat mana aku selama ni??
dunia yg mana satu aku tinggal??
kenapa aku tak bersuara??
cilaka kah aku..??

tidak ada siapa yg nak tau.. aku pun kurang pasti dibawah awan yg berwarna apa aku berlindung..
tapi aku pasti aku masih mempunyai tujuan yag sama dgn orang lain, tujuan utk memanipulasi dunia sebenar..walaupun aku mmg dah lama tau yg ianya takkan berlaku..
anyway....dari bulan september lepas aku cuba..aku terus cuba..tp tetap tidak berjaya,
nota aku terus bernoktah. tp pagi ni aku mcm dipanggil semula utk menjahanam kan hidup org lain, dan mungkin jugak hidup aku sendiri..
salam perkenalan buat semua.. ahahaha..
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law