Wednesday 30 July 2008

Aku akan padamkan noktahnya satu hari nanti.

Aku sedang bersama diri aku juga yang lain² sedang berusaha menyiapkan cerita pendek yang bertajuk "MOLEKUL INDAH" selepas ianya siap aku akan pampangkan disini dalam bentuk penulisan, tiada sambungan, tiada tanda tanya, tiada dakwa-dakwi. Harap semua rakan² dapat memakukan diri untuk seketika. Kerana nota betul² bernoktah kali ini dan aku akan padamkan noktahnya tidak lama lagi.

Molekul Indah tetapi penuh daya,
Molekul Indah tetapi penuh tangisan,
Molekul Indah tetapi penuh bayangan,
Molekul Indah tetapi penuh kekosongan.

A bowl of salad atau daun salad #5

Disaat angin sedang bertiup kencang.


"Aku rasa dah malas nak kerja sebagai pakar pemakanan lah.." Jelas Wan.

"Kenapa?? bukan tu ke yang kau impikan selama ni.." Tanya aku kembali.

"Yelah, at first memang aku fikir macam tu. Tapi lama kelamaan aku rasa bersalah lah.." Jelas Wan.

"Huh..!! Kenapa nak rasa bersalah pulak, kan niat murni tu.." Tanya aku lagi.

"Tak boleh, aku jadi semakin kuat makan, sebab nak mengkaji banyak makanan, aku jadikan diri aku bahan uji kaji. Salah tu" Jelas Wan lagi.

"Habis tu kau nak buat apa sekarang??" aku masih terus bertanya.

"Ala, kenapa kau taknak guna Tikus sebagai bahan uji kaji, kau memang bagi alasan je" Aji menyampuk.

"Kau diam boleh tak??, aku serius ni" Wan.

"Aku betul² nak ubah balik semua nya, aku nak pasang cita² baru." Jelas Wan.

"Kau nak bukak restoran makanan kesihatan ke, or restorn diet..?" Aku.

"Aku rasa nak buat loan kat bank and then buka kilang lah.." Jelas Wan.

"Wow...that was great, kau nak manufacture apa?? Man mesti boleh tolong punye nanti.

"Aku nak buka kilang buat kek..Ok tak korang rasa??" Jawab Wan sambil senyum simpul.

"Ahahahaha...Lagi hebat, kenapa kau taknak buka kilang ayam goreng, Nasi Lemak, Mee bandung, ataupun kilang Satay..ahahaha..." Aku.

"Woohhoo...kaya kalau buka kedai kek, tapi kalau tak laku pun, kita kan ada boleh abiskan.." Jelas Wan dengan tenang.

Friday 25 July 2008

Jika robot itu wujud

"DNA yang disimpan sudah lama, sudah tidak boleh digunakan lagi..." - Kata² jenaka.

Jika aku mati hari ini mahupun esok, tolong taburkan serbuk nescafe dan juga kertas kerja diatas kubur aku. Hentikan tangisan, hentikan kepiluan. Aku tidak segagah mana untuk dikenang ataupun mahu menang. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mampu dan sanggup meluangkan masa untuk membaca blog ini, untuk tindakan lanjut mungkin boleh cari aku melalui notatanpanoktah@gmail.com

Monday 21 July 2008

Hari ini dan beberapa puluh jam seterusnya.


Kremlin,RUSIA


Hari ini, aku lansung tidak mahu peduli apa yang hendak datang menghambat aku. Hari ini aku tidak mahu mengendahkan apa yang mahu berpusing² didalam kepala aku. Hari ini juga aku tidak mahu ambil kisah tentang tangisan disekeliling aku. Hari ini aku hanya mahu menghayati erti kebebasan yang dari dulu lagi aku asyik laungkan didalam hati dan juga naluri aku. Hari ini selepas bangun dari tidur sekitar jam 12:00 tghari aku rasa seperti sedang berjalan menyusuri lorong² cantik menuju ke Kremlin,Rusia. Hari ini selepas mandi aku rasa seperti mahu terbang tinggi dan melihat keindahan Taj Mahal dari ruang udara. Hari ini selepas aku meneguk segelas nescafe aku seperti mahu menyelam kedasar laut dikepulauan Borneo untuk menyaksikan warna² gemilang dari sinaran batu karang. Hari ini dan beberapa hari seterusnya adalah hari aku. Hari dimana aku menuntut pembelaan selepas perperangan. Hari dimana aku mendapat kebebasan yang paling nyata.
Hari ini dan beberapa puluh jam seterusnya aku sedang bercuti.

Tiba-tiba (beep..) bunyi sms masuk lalu aku membaca.

"Weh, yang semalam kau...pasal kerje..pasal kerjeee..pasal kerrjeee..ala yang kerje tu..kerjee...kerjaaa...kerja..ker...ker..jaa..jaaa..kerjaa...hal kerja...kerja...pasal kerjee..."

Woohoo...!!!! aku gembira...!!!

Saturday 19 July 2008

sinikal #8.3

ketika aku duduk bersandar diatas katil sambil termenung menembusi dinding bilik aku, ketika tangan aku memetik tali gitar tong yang sudah lama aku tidak sentuh, ketika perasaan aku menahan sakit kerana jari aku terpaksa berusaha keras memainkan lagu 'Low light' dari Pearl jam, ketika suara aku cuba untuk menjadi suara Eddie Vedder, ketika telinga aku menahan kesakitan meresap bunyi gitar yg sumbang serta alunan suara yang bersimpang-simpang, dikepala aku sering mengeluarkan tanda soal dari sekecil² kuman hinggalah sebesar tasik di Putrajaya. Pelbagai folder dan file di selak satu persatu, mesin memori bekerja dengan jayanya didalam kepala aku. Beberapa hari yang lalu aku teringat ketika aku dan rakan² yang lain asyik merenung keindahan manusia lalu lalang ditepi jalan kami sering gelak dan ketawa dan kadang² terkejut juga hiba. Didalam dunia ini Tuhan telah mencipta pelbagai jenis mahkluk dan salah satunya manusia, dan didalam setiap manusia itu pasti akan ada perbezaan diantara satu sama lain, memang indah untuk dikaji dari segi pemikiran, agama, budaya, cara hidup, sifat fizikal serta mental. Apa yang buat aku kecewa adalah setiap manusia yang cuba untuk membeza²kan diantara satu sama lain semua kerana kekayaan, pangkat serta darjat, warna kulit dan sebagainya sedangkan semua sama. Bilakah kita hendak membersihkan segala kekotoran yang telah dicipta beratus² abad yang lalu.
Entahlah ...
aku cuba tukar arah fikiran kepada Nasir Al-Din Al-Tusi yang dikenali sebagai ahli falsafah, matematik, astronomi dan teologi pada sekitar tahun dimana tentera Genghis Khan menyerang Iran. Nah lagi bersimpang-siur lalu aku teruskan petikan gitar kali ini lagu Ella dan Korie 'Pergilah sayang'

Thursday 17 July 2008

Maaf kawan.

Tengah hari menuju petang, sambil melayani perasaan bersalah aku terhadap perut dan juga nafsu makan dimana aku Wan dan Amin telah membiarkan racun² karbohidrat menyerang seluruh badan. Namun aku pasrah ini adalah lumrah kepada asas kehidupan, sambil menikmati hari yang agak tenang aku cuba untuk menghabiskan setiap helai daun tulisan dari karya Sheryll Stothard 'Beyond the Tempurung'. Lalu aku berfikir apa yang sedang berlegar² diminda aku, apa yang sedang berlari² didalam jiwa aku. Itulah orang tua² selalu berkata Jika takut diserang ombak janganlah berumah ditepi pantai. Namun apa yang sedang aku hadapi pada waktu ini adalah rumah ditepi pantai yang aku bina tidak diserang ombak tetapi diserang obor² serta ikan pari, dan ianya amat menyulitkan keadaan. Ditambah pula saat hidup ini diterjah dengan kekalutan aku seperti semakin hari semakin cair dan mahu layu kebawah. Begitu juga bila aku kenang tentang setiap kawan² disekeliling aku, dulu sewaktu aku disekolah rendah dan aku masih lagi ingat hingga sekarang, Cikgu aku pernah bagi tau yang walau ramai mana pun kawan yang kita ada, walau segembira mana sekalipun kita bersama mereka tapi satu hari nanti atau lambat laun pasti seorang demi seorang akan jauh meninggalkan kita, tidak kira sama ada sudah benci untuk kawan dengan kita, sebab terlalu ikut kata orang lain dalam memilih kawan, cuba mencari haluan masing² dan banyak lagi. Sama ada nyata atau tidak tapi itulah hakikatnya.
Kepada sesiapa yang mengenali aku, tidak semestinya aku yang paksa diri aku untuk jauhkan diri, tapi ianya datang semula jadi dan harap mungkin ada diantara kita yang perlu diperbaiki.

Saturday 12 July 2008

Kau bukan peminta sedekah.


Perperangan telah tamat, aku dan lain² sedang berusaha menuntut kemerdekaan, dan didalam perancangan ingin menakluk dunia lain. Aku tidak mahu ingat, aku tidak mahu ambil tahu. Enough..!! Its time for to feel free.
Aku dan beberapa rakan yang lain sedang usahakan satu majlis yang mungkin akan dijadikan satu titik permulaan bagi genre² musik pelik, pekik, jelik dan tidak serik. Aku cuba mengindahkan kehancuran. Kepada sesiapa yang berminat ingin turut serta sila hadirkan diri. Kepada sesiapa yang rasa dirinya musuh aku, sila tutup mulut kamu dan habiskan masa bersama kekasihmu, maaf tiada tempat untuk manusia yang bijak bermain jiwa.

Sinikal #1.1

Jangan ingat kau orang dengar HATEBREED mahupun COMEBACK KID dah boleh melaungkan "Hardcore is way of life", jangan ingat kau orang tak merokok dah boleh memekik "Aku StraighEdge..aku Straighedge..", jangan ingat kau orang ada band sendiri dah boleh sebut "Unite and Fight..!!" jangan rasa kau orang hardcore kalau masih minum air coke.

Tadi di pagi hari tadi.

Pagi tadi sedang aku bersiap untuk ke tempat kerja, diluar rumah aku terdengar mak aku mengeluarkan kata² tanda protes, rasa tanda tidak puas hati dengan beberapa manusia disekelilingnya.

"Ntah sekarang ni, beras 5 kilo pun dah rm15 lebih, kalau keluarga tak ramai, tak kesahlah, yang mana ada sampai 5,6,8 orang anak macam mana nak buat, dengan harga minyak lagi, sardin pun mahal..bla..bla...ba..PakLah..bla..maggi pun naik, bla..bla..
nak bayar tol lagi, gaji berape sen je..bla..bla..Parlimen..bla..." Mak.

"Hah..tulah..kesian diaorang kan kak..Bla..Bla...huhu..sok sek..sok sek" Manusia² sekeliling.

Aku keluar rumah pakai stokin kasut, hidupkan enjin moto..sambil terus dengar mak aku mengeluarkan hujah² yang amat berjiwa rakyat.

"Pegi dulu Mak.." Aku.

"Hah..elok²...sok..sek..sok sek..bla..bla.." Mak.

Atas motor aku terfikir sekali lagi, yelah kalau anak sampai 12 orang macam mana nak handle semua ni, Isshh tulah aku dah cakap jangan makan nasi, kita boikot nasi, tapi semua orang taknak dengar..kucing aku pun mak aku bagi makan nasi, nak buat macam mana..?? Aku gagal menyebarkan dakyah dan dakwah kepada orang lain, aku rasa amat bersalah, aku tidak sehebat Perdana Menteri Jepun yang pernah menyeru penduduk Jepun untuk makan roti dan bukannya nasi. Tapi aku fikir semula, kenapa semakin ramai yang tidak mahu ambil peduli, tidak mahu ambil tahu tentang kesan semua ini, why they dont want to change..kenapa tiada siapa yang hendak bertanggungjawab walaupun semua orang tau yang mereka bersalah, Nah mungkin mereka telah pasti sepastinya yang neraka tidak wujud, dan tiada siapa akan menyoal mereka tentang generasi yang mereka pimpin. well congrats for that thing, semua berjaya dengan idealogi masing² dan teruskan untuk bertikam² di parlimen, dan TV3 akan adakan rancangan BERSAMAMU setiap hari sebanyak 7 kali tanyangan yang berbeza, kerana semakin hari semakin ramai yang berjaya menjadi daif, papa kedana dan bakal mencipta manusia² yang tak berguna..

Aku tetap akan minum kopi serta roti.

così dispiace

Harap maaf..tulisan aku berkarat, perkataan aku rapuh, ejaan aku gagal..
'The great Failure is me' - Suffian Salim

Delusion of grandeur (ulangan)

"Kenapa aku tengok kau ni macam bad mood je..??" Tanya aku.

"Ntah lah aku pun tak tau lah.." Jawab Wan.

"Rileks lah, apa masalah kau ni, cube cite" Tanya aku lagi.

"Susah lah aku nak terangkan, takpelah biar aku handle sendiri..its about my life" Jelas Wan.

"Your life?? kan kite dah janji nak sehidup semati..so thats is our life sayang.." Jawab aku.

"Ok..Ok..cukup²..aku cite" Jelas Wan.

"Huhuhuhu...kau tak sayang kat aku ke..??, hah cite lah.." Tanya aku lagi.

"Errr...ahhh...Uhh..Mmmmm, aku masih pelik lah kenapa aku dah benci nak makan Mc'D skang ni. Aku betul² dah tak boleh tengok lambang Mc'D tu pun..sakit je hati aku..pening aku fikirkan.." Jawab Wan dalam keadaan resah.

"Ala ni mesti kau dah jemu, tekak kau dah boring kut, Eh tapi Man baru sms aku die kt Mc'D subang, jomlah ala minum² dah la..takpun tengok kami makan..kau online lah.." jelas aku.

"Man dah ade kat sane..isshh oklah jomlah..aku minum jelah..lagipun aku nak diet ni." Jelas Wan.

Setibanya di Mc'D..

"Kak, bagi Ayam goreng spicy ye dengan double cheese burger, yang super saver, milo satu.." Jelas Wan di depan kaunter.

"Oit..." Aku.

"Aku rasa lapar lah plak, dari siang tak makan..ehe..esok aku start diet,"

Bila harga buku hendak disubsidikan (ulangan)

Bila Harga buku nak disubsidikan.

Petang ini di pusat coffee terkemuka ditepi Borders Pusat urban untuk manusia² cool menghuraikan segala gambaran yang terbuku dikepala, aku bersama² dan yang lain cuba turut serta membincangkan isu² hangat politik yang semakin kusam didunia disini. Semua kaget tapi tetap cool..!!

"Aku pelik lah kenapa bila aku tengok gadis² yang sweet,cute,gorgeous tapi bf diaorang semuanya gagal lah" Tanya Wan.

"Huh...apa maksud kau gagal?? kau tau ke bf² diaorang sekadar cukup² makan je time SPM dulu?" Tanya aku semula.

"Ishhh..nah kau tengok tu, that so pretty tapi tengoklah bf dia..gagal seyh..kenapa kita semua yang handsome lagi bekerjaya macam ni takde pun mane² perempuan nak melekat.." Jelas Wan sambil menoleh kearah sepasang kekasih berpegan tangan melalui alunan suara perbincangan.

"Oh..tu lah what to do, his luck dude. Kita memang orang tak suka nak buat macam mana??" Jelas Aku.

"Yelah..at least cari lah yang berpedoman sikit, ni dah macam kutu pecah rumah je" Jelas Wan.

"Kutu pecag rumah tu art lah, pasal tu awek² suke..kau mana tau" Jawab aku.

"Abis kita semua ni macam mana?? takde pun gadis² datang mendekati kita" Tanya Wan semula.

"Maybe diaorang takut kau makan diaorang kut Wan" Sahut Aji sambil ketawa.

"Ahahaha..mungkin jugak lah..tapi betulah benda ni aku dah banyak kali nampak, tapi as long tak kacau aku dah lah..ahaha" Jawab aku.

"Tapi kau tak sakit hati ke?? kau tak pernah terfikir ke kenapa jadi macam ni?" Tanya Wan.

"Adalah terfikir pertama maybe mamat tu ada banyak duit sampai mampu membeli Tol² yang ada kat malaysia ni, kedua maybe mamat tu Artis terkenal dimana lagu² lagi hebat dari Artic Monkey mahupun Black dahlia Murder. ketiga maybe that girl dah bosan nak ada bf yang handsome lagi jambu macam kau Wan, sebab bf² yang mcm tu susah nak jaga lah..mesti ramai perempuan² lain nak melekat, kau tengok lah diri kau sendiri, paling tak pun fries mesti melekat punya.." jawab aku sambil gelak..

"Ahahahaha, Wan jambu aaa" Sahut Aji.

"Cam Sial je fries yang melekat kat aku, tapi betul lah tu, reason² yang boleh diguna pakai, tapi kita semua macam mana pulak?? takkan nak duduk diam je tanpa wanita disisi..?" Tanya Wan lagi.

"Ala..buat masa kau suruh jelah Aji jadi gf kau..Aji cun ape.." Jawab aku..aahahah

"Hah..oklah tu Wan aku single lagi ape..nak tak??" tanya aji.

"Ahahaaha..gila.. ishh..Eh nak makan apa hari ini..?" Tanya Wan semula.

"Ahahaha...weh tak payah makan lah..minum je pasni kita jalan² tengok mana² gadis yang suka kat kau yang jambu ni Wan.." Jawab Aji.

"Ah..malas lah aku..cibai la korang" Jawab Wan Semula.

Aku cuma ketawa tetapi terus berfikir kenapa berlaku sedemikian rupa..oh tidak perlu ada diskriminasi dalam hal ni..let it be..
Aaarrhhgg tapi aku dan yang lain² teringin nak tahu..
ada siapa² yang boleh membantu.

Monday 7 July 2008

Berita kepada Kawan.

Sejak dari minggu lepas ramai diantara rakan² aku yg selalu membaca blog aku, ada yang aku kenal
ada yang aku tidak pernah jumpa pun telah bertanya kepada aku kenapa tiada ulasan ataupun teori terbaru
tentang scene politik yang sedang dipertontonkan kepada kita sejak akhir² ini. Aku agak teruja kerana ada yang
mengambil kira tentang apa yang aku tulis sebelum ini. Terima kasih kerana menganggap aku wujud serta menerima
idea² yang dikeluarkan oleh manusia robot seperti aku. Ada juga beberapa rakan yang aku kenal melalui
myspace terus dan terus bertanya tentang blog yg tidak update. Aku agak berat sebenarnya hendak menulis tentang
wayang gambar cerita keadaan politik disini, salah satu sebabnya adalah kerana sekarang ni semua orang nak tulis blog,
bercerita tentang apa yang mereka tahu ataupun tidak tahu dan ada juga yang just copy dan paste kemudian letak di blog masing².
Pertama sekali tahniah kerana semakin ramai yang ambil pusing seserius yang mungkin tentang dunia politik yang semakin hari
semakin rapuh dan akan runtuh. Kepada sesiapa yang tidak mahu ambil peduli dengan meluahkan kata² seperti

"ala ini semua keje orang politik biarkah diaorang yang uruskan, kita buat apa nak sibuk"

terima kasih juga kerana tidak mahu masuk campur dan tahniah
kerana manusia² seperti ini telah pun melupakan tentang kepentingan anak² serta cucu² mereka nanti. Manusia² sebegini yang selalu
mencari jalan mudah sepatutnya tidak perlu berkeluarga atau sebagainya kerana mereka tidak mahu bertanggungjawab tentang kesulitan hari ini demi
hari esok. Tahniah..!! Tahniah..!!
Aku tiada teori untuk cerita yang sedang berlaku, cuma ada sedikit rumusan mahupun sinopsis dan terlebih awal aku katakan
tiada sebarang akuan sumpah untuk artikel yang aku tulis hari ini, ianya cumalah sebuah gambaran dalam bentuk penulisan oleh seorang warganegara
yang semakin hari semakin luntur semangat nasionalisma nya.

PakLah manusia yang amat baik hati telah pun diperbodoh²kan oleh banyak pihak dan aku juga rasa terkilan kerana tidak tackle anak dia dulu, jika tidak mesti aku
akan jadi manusia lupa daratan sekarang, dan kerana sifatnya yang amat lemah lembut serta baik dia terus dilupakan sebagai perdana menteri buat masa ini. Dr. Mahathir pula
semakin hari semakin jelik dengan perangainya dan aku masih kuat berdiri menyokong setiap ideologi yang dicipta olehnya, jika PakLah mampu menyambung legasi Dr.Mahathir tanpa
dipengaruhi oleh manusia² lain sudah tentu kita semua akan hidup seperti disebuah syurga buat masa ini. Yes betul, Dr. Mahathir pun tidak betul kerana ramai yang cakap dia pun
dah berjaya makan duit sebanyak yang mungkin, aku tidak berani untuk mengsahihkan kisah ini, tetapi itu adalah lumrah dunia dan kita patut persalahkan manusia yang mencipta duit, pangkat serta kuasa.
Apa yang penting pada ketika Dr.Mahathir menjadi PM aku tidak sengsara seperti sekarang, sekotak air soya masih lagi rm0.70 atau rm0.80, dengan membawa
rm3.00 perut sudah pun kenyang sampai ke petang dan itu yang kita mahu sebenarnya. Tapi kini semuanya tinggal kenangan.
Kisah tragis politik scene disini sekarang bukan lagi tentang PakLah mahupun Dr.Mahathir tetapi adalah tentang Najib dan rakan² serta Anwar Ibrahim, Sama ada berjaya atau tidak,
mahu atau tidak mahu satu hari nanti Paklah mungkin akan menyerahkan kuasanya kepada Najib dan secara tidak lansung Najib tidak mahu memerintah negara yang sedang rapuh dan akan runtuh ini, dia mungkin
tidak berani untuk mengambil risiko sebesar ini untuk menjadi seorang PM. Tetapi calon yang dilihat oleh semua orang termasuklah
Dr.Mahathir adalah Najib dan ianya lebih merunsingkan kepala apabila sudah tiada pilihan lain.
Apa yang aku lihat buat masa Anwar Ibrahim berkemungkinan besar akan menjadi PM yang keenam paling lewat hujung september ini
dan aku pasti ianya telah pun diakui oleh pihak lawannnya, dan sekarang sedaya upaya membuat pelbagai tipu helah, dakwah serta dakyah yang lansung tidak
ambil peduli sama ada betul atau tidak betul, tanpa memikirkan tentang kewujudan syurga dan neraka, tanpa memikirkan dosa dan pahala dan ada yang telah lupa
arah kiblat dimana mereka terus menerus berusaha untuk mematahkan impian Anwar Ibrahim,
Formula Kisah liwat yang mengyayat hati semua orang telah sekali lagi digunakan untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim dan tanpa
mereka sedar mereka secara tidak lansung telah mempopularkan lagi kredibiliti Anwar Ibrahim. Siapa yang mahu percaya tentang
kisah ini?? walaupun peratus kes liwat ini boleh dianggap 55% betul kerana aku masih lagi ingat rakan aku sewaktu belajar disekolah
pondok hampir² berjaya diliwat oleh ustaznya dan secara rumusnya boleh aku cakap tiada manusia yang sempurna didunia ini dan Anwar Ibrahim
bukanlah malaikat, dia juga adalah manusia. Maaf aku tidak boleh ulas dengan lebih lanjut tentang hal ini kerana mungkin ada yang tidak paham
akan membuat teori yang tidak benar nanti.

Sama jugalah tentang kisah Tragik Altantuya serta pengilibatan Najib dan isteri dalam hal ini. Sama ada benar ataupun tidak hanya Allah sahaja
yang maha mengetahui. Cuma apa yang sedang kita saksikan sekarang melalui kisah ini, Anwar Ibrahim telah berjaya memegang watak baik
dan Najib pula secara paksa atau terpaksa atau mungkin dipaksa telah pun memegang watak jahat. Jika ada 20 juta rakyat disini
mungkin golongan² tua yang akan percaya cakap pembaca berita buletin utama diTV3, penulis² tegar di suratkhabar Utusan,Berita Harian,
Metro,Kosmo serta akhbar² yang sewaktu denganya. Sama ada sedar atau tidak sejak harga rokok dinaikkan dan ditambah pula dengan harga
minyak serta harga barang yang melambung tinggi telah ramai orang yang tidak membeli surat khabar, mereka lebih mementingkan
sekotak rokok, sebungkus nasi mahupun selter minyak dari membeli surat khabar dan ini adalah salah satu formula yang gagal yang telah tercipta, aku juga lebih selesa
melawat malaysiakini.com di internet kerana beritanya tidak pro mana² pihak dan buat masa ini ianya telus dan tulus, dan jika 10 juta
rakyat menonton berita di tv setiap jam 8 setiap malam tidak mustahil 6 juta daripadanya akan turut sama menonton youtube dan juga
mempunyai facebook,myspace,friendster dll, dimana pelbagai anasir sama ada benar atau tidak akan dipersembahkan melalui kaca monitor,
apatah lagi pembaca² blog. Semuanya mampu dipengaruh atau mempengaruhi orang lain. Maka dengan itu penggunaan informasi yang diterapkan oleh
media² disini sudah tidak relevan lagi dan kesemua ahli politik sudah tidak sepatutnya bergantung kepada mereka, dalam erti kata yang lain
sudah tiba masanya untuk menjadi manusia yang jujur. Belajar sedalam²nya erti 'Art to conduct people'jadilah manusia yang bijak
dengan kebijaksanaan dan bukannya bijak dengan memijak orang lain demi kepentingan diri sendiri.Duit dan kuasa yang dicari tidak dapat menjanjikan apa². Jangan
tergolong didalam golongan orang² istirdraj (golongan orang² yang leka dengan kekayaan) jika tidak silap aku.
Sekali lagi aku menegaskan sama ada siapa pun yang bakal menjadi PM tidak lansung merumitkan fikiran aku. Cuma haruslah jujur telus dan tulus.

Harap maaf kerana aku tidak menggunakan perkataan² seperti Dato'seri,Yang berhormat,Tun,Tuanku, dan sedarjat dengannya kerana bagi aku semua
manusia dicipta sama dan tidak perlu dibezakan dengan pangkat mahupun kuasa. Kepada sesiapa yang baca ini bukan teori mahupun perutusan untuk
membenarkan perkara yang salah atau sebaliknya. Aku cuma membuat rumusan terhadap apa yang aku nampak dan tiada akuan bersumpah untuk artikel ini.
Maaf sekali lagi kerana aku tidak memberi sebarang teori. Jumpa aku jika ingin tahu kisah disebaliknya..

Ketika sedang menaip artikel ini telinga aku menyerap lagu 'berita kepada kawan - Ebiet G.Ade

Thursday 3 July 2008

sinikal #8.2



\\ Jiwa aku sama seperti video klip diatas //

Awan sedang menghalang.

ketika malam semakin bersedia menuju pagi, ketika bulan dan bintang terus bersinar walaupun tahu yang
lama kelamaan pasti tidak kelihatan kerana sinar matahari akan memenangi keadaan. Jam 3 pagi
aku masih lagi terus bingung dan masih lagi mencari jawapan, dan pada masa yang sama pasti ada yang sedang
menantikan soalannya terjawab, pasti ada yang sedang enak dibuai mimpi didunia yang lain, pasti juga ada yang
sedang berfikir tentang hari esok. Ada juga yang tidak lagi mampu tidur kerana menyiapkan tugasan sebelum dihantar
pada paginya, tidak kurang juga yang sedang mencari ilham menulis lagu dengan mendegar nota² halus yang keluar
dari corong speaker mahupun earphone.Dalam pada masa yang sama pasti akan ada yang sedang sibuk berfikir untuk menjatuhkan pihak
lawan pada hari esok, ada juga yang telah bangun memasak nasi untuk diperdagangkan selepas keheningan subuh berlabuh. Rezeki yang dicari memang
tidak pernah cukup, dan aku juga sedang memikirkan apa pula yang sedang berlaku di Tokyo pasti ramai yang sedang sibuk dan
berpusu² mengejar kejayaan. Bagaimana pula di kota London?? mungkin semua sedang mengehela nafas lega kerana senja baru sahaja
berlabuh, di New York pasti ramai yang sedang bergasak² mencari kekayaan. Di Afganistan mungkin terus menjadi tanda tanya.
Di Palestin pasti seorang demi seorang menghembuskan nafas yang terakhir. Apatah lagi di Iraq kuasa terus menguasai. Aku juga
sedang berfikir tentang manusia² di Tibet mahupun di kepulauan Tuvalu. Semua sedang berusaha untuk terus hidup dan juga mungkin
telah bersedia untuk mati, dan Ada juga yang sedang gembira menyambut ketibaan orang baru dan mungkin salah satunya di Auckland.
Sama ada penting atau tidak aku akan terus cuba untuk menyelesaikan teka-teki yang tidak pernah berjaya diselesaikan oleh otak dan jiwa aku.
Pencari masih lagi tiada hala tuju namun apa yang pasti aku terus ego dan tidak mahu tunduk mengalah walaupun sebenarnya aku telah lama kalah.
Mungkin aku telah dilatih jadi begini dan aku pun tidak pasti siapa yang melatihnya. Maaf fikiran aku masih lagi pincang , di tempat kerja
walaupun perperangan
telah tamat namun aku dan yang lain masih lagi sibuk membersihkan mayat² yang bergelimpangan, kami juga sedang sibuk berusaha menuntut kemerdekaan
sebelum pihak penjajah yang lain datang semula. Terima kasih kerana masih lagi memburu cemburu. Aku akan cuba mencari sinar.
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law