Saturday 29 November 2008

Khabar dari jiwa gembira.
















Private party or Pervert party #2

Dengan suasana kereta lalu lalang hingga menutup bunyi desiran ombak, dengan kedengaran sudu dan garfu sedang ligat bergaduh diantara satu sama lain. Sambil mulut puas mengunyah, sambil mulut menghirup buih² dari nescafe tarik, sambil mulut sedang menyedut air milo ais melalui straw, dengan suasana ikan² bakar bergelimpangan diatas pinggan, dengan keadaan yang agak hiruk pikuk di dapur kedai makan Warong Ikan bakar Awang. Setelah semuanya selesai, setelah berjaya menyedut asap, hati tenang cuba untuk gembirakan jiwa. Ada bunyi handfon kedengaran.

"Aku tak pahamlah perempuan, pening lah" Izzul secara tiba޺²

"Kenapa??" Wan.

"Takdelah tadi tanya aku kat mana, aku cakap kat rumah, pastu suruh aku berterus terang, jangan menipu" izzul.

"Hang tipu dia ka??" Aku.

"Ala biasalah aku malas cakap aku pi cherating, so aku bagi tau yang aku kat area² rumah je, dia tak percaya, lama² dia pujuk suruh bagi tau ada kat mana, dia cakap dia tak marah. Aku pun terus cakaplah aku pi Cherating. Pastu terus letak fon, bengang gila." Izzul.

"Ahahahah...dia dah agung kawan²" Fakhrul.

"huhu..Perempuan memang macamtu, pastu cakaplah lelaki ni suka menipu tak jujur, masalahnya kalau kita bagi tau benda betul, mesti dia sibuk dok mintak laporan, setiap 5 minit sms tanya buat apa. Pastu mula dok jeles takut kita pi cari perempuan lain. Padahal kita tak buat apa pun, tengoklah ni, tengah makan ikan bakar je, mana ada buat apa² tapi dia tak percaya." Jelas aku.

"Huh..runsing sial benda² macam ni" Wan.

"Ha..so kita tak bagi tau apa yang kita buat sebab taknak dia salah sangka dan fikir yang bukan² pasal kita, taknak dia assumed kat kita, sebab pening nak layan. Tapi diaorang tak paham dan taknak hormat pun waktu kita..bukannya nak pegi cari perempuan lain pun. Entahlah." Aku.

"they dont want to respect mens time.." Fakhrul.

"Ni semua salah lelaki² lain yang buat jahat pastu kantoi and dijadikan pedoman kepada semua perempuan² lain. Padahal kita dok diam je makan ikan kat sini." Wan.

"Benda ni dah jadi 1 idealogi, diaorang dah set dekat kepala, lelaki tak boleh percaya, so apa boleh buat. Kita tipu sebab taknak panjang² cerita, tapi diaorang semua tak paham." Aku.

"Memang susah benda ni, mula² cakap cuba paham hati lelaki, tapi bila kita bagitau mula lah nak moody..kita jelah yang kena paham perasaan depa." Izzul.

"Isshhh.. ikan bakar kat sini kurang sedaplah, ni semua sebab awek hang dah marah la ni, terus aku nak makan apa pun takde rasa.." Wan.

Ahahah..

Private party or Pervert party

Selepas lebih 4 jam memandu perlahan², sambil dihiasi dengan warna² kelabu bercampur suram di langit juga dihiasi dengan alunan² irama lagu rock lama bertukar²
memutarkan kembali memori hidup aku berbelas tahun yang lalu. Hari semalam memang hangat sama seperti alunan dari kumpulan Wings "Semalam yang hangat", membuatkan aku lebih lemah untuk menekan pedal minyak, ditambah dengan cerita lawak jenaka kisah² silam sambil dibibir berulam dengan asap yang pasti satu hari mampu menamatkan segala pencarian. Setelah berpusing² di pekan Kuantan akhirnya kami terus menuju ke destinasi yang sepatutnya. Yes Cherating here we come, seumur hidup aku memang belum pernah lagi menjejakkan kaki disana, dulu waktu kecil² selalu terpampang dengan kisah ceria dari Cherating melalui kotak TV juga dari Surat Khabar. Malah banyak kuiz² pada waktu itu hadiahnya adalah percutian ke Cherating. Namun aku hanya mampu dengar dan lihat melalui cerita orang dan jugak kotak TV tentang keindahan Cherating. Apa nak buat, hidup tidak mewah pada waktu itu, Emak tak bekerja, hanya bapa sahaja yang berhempas. Makan KFC pada waktu itu adalah satu benda yang amat 'rare' kerana tak ramai yang mampu untuk membelinya. Aku juga teringat sewaktu aku darjah satu, peperiksaan dapat no.3 terbaik didalam kelas dan bila bapa aku tanya nak hadiah apa, dan aku tanpa susah untuk berfikir terus cakap.

"Nak KFC..nak KFC, nanti Abah balut kotak KFC tu dengan kertas pembalut hadiah ye.." Aku.

Nah hati aku gembira, melonjak² untuk sampai ke Cherating, jiwa aku beralun² irama muzik gembira dari Glen Handsard "Fallen from the sky". Akhirnya sampai juga tetapi tidak tahu hendak hotel atau Chalet mane yang hendak dituju. Pakej yang tersedia adalah di Holiday Villa lalu kami pun berhenti dan cuba tengok keadaan sekeliling Holiday Villa,

"Cam bosan je life kat sini.." Fakhrul sambil mata melilau².

"Tulah..tapi pakej yang hang dapat sini, nak buat macam mana?" Aku sambil mata menahan ngantuk.

"Jom pi tengok tempat lain dulu." Fakhrul

Kami teruskan deruan ke tempat lain, semuanya nampak malap, semuanya nampak muram. Ada resort yang lawa dan menarik tapi penuh. ada resort nama best, logo hotel menarik, nampak eksklusif, deruan bunyi ombak kuat tetapi malangnya pemandangan disitu hanyalah tanah perkuburan, yang aku tahu paling meriah adalah Club Med, kami terus mencari Club Med selepas jumpa.

"Maaf Encik hari ini Club Med tak buka untuk visitors sebab ada private party, semua dah kene booking." kata penjaga pintu pagar.

"Ok terima kasih pakcik." Aku.

"Ermmm..Private party ke atau Pervert party..?" bisik Wan.

Ahahahaha..

Kami teruskan memandu cuba mencari tempat yang menarik dan sesuai tetapi.

"Weh aku tak sangka tempat ni macam boring je, Sg Petani lagi meriah" Fakhrul.

"Tulah pasal, boring gila, semuanya senyap je.." Izzul.

"Ishhh ni yang aku risau ni, dari tadi aku tengok port² makan cam tak menarik je" Wan.

"Kita dah abis pusing dah ni, we got no choice, Holiday Villa je, tidur 1 malam. tengok macam mana, kalau bosan esok cabut." Aku.

"Ok jalan, sini memang tak best nak cari ATM Machine pun seksa ni.." Fakhrul.

"Aku rasa kita kan kelaparan hari ni abislah.." Wan.

Friday 21 November 2008

Aku sedang.

Aku sedang bercuti, sedang holiday, sedang lepak², sedang berehat, sedang tenang, sedang menang..

Monday 17 November 2008

mengharap sekelumit harapan #4

Setiap diantara kita pasti akan ada jalan kehidupan sendiri, pasti akan ada kisah silam yang suka mahupun duka, pasti akan ada visi dan misi yang harus diperhalusi demi untuk melengkapkan kitaran pusingan kehidupan dimasa yang akan datang. Tidak kira aku mahupun engkau ataupun dia dan juga kamu semuanya sedang cuba untuk mendapatkan kehidupan yang lebih bermakna, lebih gembira dan lebih bahagia dari apa yang ada sekarang. Segala yang dirancang tidak semestinya akan jadi seperti apa yang dirancang. Setelah menjalani kehidupan yang lansung tidak teratur aku cuba bangun untuk membetulkan keadaan. Berjaya atau tidak, kita lihat nanti.

Wednesday 12 November 2008

Air mata sesalan.

Segala kenangan mungkin akan terus dikenang, gembira, kecewa, terluka, sengsara, riang ria, dukalara, semuanya sama, yang terus hidup akan cuba teguh berdiri, yang telah pergi akan menghadap dunia baru, begitulah kitaran roda kehidupan, semuanya sedang licin berpusing. Tidak akan berhenti, tidak akan mati.
Setelah beberapa ketika aku diam membisu bukan tanda aku telah layu, tetapi kerana roda sedang berpusing dengan laju dan aku tidak mampu untuk mengubah arah pusingannya. Kadang² jika kita terlalu gembira pasti akan terluka, jika kita selalu kecewa mungkin satu hari nanti akan terukir hilai tawa. Walaupun sebenarnya adakalanya kita sudah tidak mampu untuk berdiri, berlari dan terbang tinggi. Jika aku pergi maka pasti ada ruang untuk diingati, jika aku kembali mungkin ada sekelumit harapan untuk diperhalusi.

Friday 7 November 2008

Aku kah aku #2

Bekerja sebagai pewagai perancang di bahagian kejuruteraan milik sebuah syarikat penerbangan gergasi di dunia memang amat mengembirakan, bila orang tanya, bila kawan² tanya, bila saudara-mara tanya, aku dengan bangga jawab. hampir setiap hari aku pasti berlegar² disini, hampir setiap hari aku pasti membuang masa disini, segala²nya aku cuba rancang, segala²nya aku cuba bantu demi untuk melicinkan perjalanan kerja orang lain, itu memang tugas aku. Kadang² aku tidak peduli apa yang berlaku segala²nya demi kerja aku, segala²nya untuk membantu kejayaan syarikat aku. Semua keringat aku perah, semua kesabaran aku sematkan, semua kegigihan aku kuatkan. Kerja adalah cinta pertama aku, tetapi sebenarnya tidak, aku cuma memanipulasi fikiran orang lain. Jauh didalam jiwa, jauh didalam minda aku tidak ubah seperti...

Thursday 6 November 2008

Aku kah aku.

Pagi ini cuaca amat suram, hujan rintik² merintik jatuh kebumi, tetapi si matahari cuba membulat menerangi, ianya seperti menandakan musim sejuk akan tamat dan musim bunga akan kembali bertaut, burung² gembira keluar dari sarang dan bersama² terbang dan girang, mimpi ngeri hampir tamat, aku bangun dengan penuh kekuatan, dengan penuh ikatan. Hari ini hari bertuah, hari ini hari gemilang, kaki melangkah cemerlang, tangan menghayun riang, minda dan jiwa girang. Aku baru bangun dari mimpi ngeri dan kini aku kembali. Kini aku cuba bernafas semula setelah beberapa ketika nafas ku sesak. Aku kembali menjadi aku.

Dialog tanpa prolog #4

"Bf i handsome..Jambu..and selalu buat i geram dekat dia.." Farra.

"Oh really..?? Liyana.

"Tapi bf i susah nak jaga, ramai perempuan lain try nak tackle dia" Farra.

"Biasalah tu.." Liyana.
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law