Monday 29 June 2009

Gemuk

Ramai orang mengalami dilema tentang masalah kegemukkan, aku pun pernah mengalaminya dan masih dihantui dengan masalah yang sama. Walaupun telah berjaya hilangkan sebanyak 36kg dalam masa setahun. Dekat luar sana ada berjuta² jenis ubat untuk kurus, sejauh mana ianya berkesan, kita pun tak pasti. aku percaya ramai orang yang berbadan besar menyimpan impian untuk kurus, kelihatan menarik dan sebagainya, baik perempuan mahupun lelaki. Disebabkan aku pernah lalui saat² pahit dan getir juga masih laluinya sekarang. Aku rasa seperti hendak berkongsi idea dan cerita tentang bagaimana untuk buang lemak tepu dengan cara yang paling sihat. Maaf ini bukan blog untuk jual produk kecantikan mahupun ubat kurus, tapi sebab kawan² dah banyak kali tanya, so aku akan kongsi dengan semua yang perlukan.

Nantikan entri akan datang.

Sunday 28 June 2009

Bintang itu milik kita.

Semalam, disebabkan aku diminta untuk memberi bantuan teknikal kepada sebuah band indie 'Brit rock' secara tidak sengaja telah berjaya membawa aku kepada sebuah pesta muda-mudi paling urban setakat ini di Malaysia. Siapa yang tidak pernah dengar dengan KLUE URBANSCAPE iaitu himpunan kepada segala daya kreativi dari muzik² yang dihasilkan kepada kerja² tangan seni pop (pop art) yang sangat menarik serta persembahan teater secara spontan mahupun tontonan filem² pendek. Tidak lupa juga kepada booth² yang menjual segala hasil kreativi seperti baju, kasut dan seribu satu macam benda lagi yang ada. Beribu² manusia membanjirinya. Selain dari itu ianya juga adalah satu pesta dimana semua yang ada perlu berlumba² untuk membuktikan yang merekalah paling 'cool', paling 'hot', paling 'elegan', paling berani, paling artis, paling bergaya, paling 'uptodate', paling berwarna-warni, paling seksa - seksi, paling banyak cakap english dalam 'slang', paling nak tunjuk dia mabuk, paling 'hyper', paling sama seperti Yuna Zarai kerana memakai tudung dan yang paling penting ialah paling 'urban'. Tidak mengapa, inilah masanya untuk rasa segala²nya kerana bintang itu milik kita. Acara gilang gemilang ini telah berjaya dengan jayanya kerana kita berjaya tunjuk dekat semua orang yang kita amat lain dari orang lain. Aku kagum dengan hasil seni yang ada, aku kagum dengan setiap band yang beraksi, aku kagum dengan TWILIGHT ACTION GIRL aku juga kagum degan lebih dari 30 orang yang sama macam Yuna. Syabas KLUE URBANSCAPE, kalau berani tahun depan panggil band² black metal pula.

Aku juga gembira bila bertemu dengan ramai kawan² lama dan mereka cakap "Wah kau dah lain skang ye..dah slim, aku tak kenal kau kalau kau tak tegur aku tadi"

Yes!! maknanya 'diet game' aku dah berjaya.. Woohoo..!!

Thursday 25 June 2009

Harapan dan impian.

Setiap kali aku beratur dibarisan yang panjang mahupun berseorangan diri ketika menghadap mesin ATM, aku sentiasa harapkan apabila kad dimasukkan kedalam ruang mesin lalu menekan no. pin dan kemudiannya menekan butang 'baki' dengan harapan akan ada penambahan jumlah angka didalamnya, manalah tau kalau² ada orang tersilap 'transfer' duit ke akaun aku ataupun ada orang yang benar² hendak tolong orang² yang susah. Selain dari itu jika aku menekan jumlah yang hendak dikeluarkan, aku sentiasa berharap yang setiap kali duit keluar dalam jumlah yang lebih, contohnya jika aku tekan rm100 yang keluar adalah rm1000.

Pernahkah anda semua mempunyai impian dan harapan yang sama dengan aku??

Wednesday 24 June 2009

Kembali

Setelah banyak hari aku tidak sedarkan diri, setelah banyak hari merana didalam gelap, muntah², suhu badan naik tanpa batasan, selera makan hilang entah kemana dan duduk² bersembang bersama rakan pun aku tidak pasti apa yang disembangkan. Tetapi hari ini, gastralgia telah jauh pergi, aku bangun pagi dengan penuh warna² terang. Semoga segala persoalan dan pertanyaan mahupun tekanan yang sedang dihadapi dapat di atasi.

Tuesday 23 June 2009

Kotak tv

Sudah lama aku tidak menonton kotak tv, kerana terlalu banyak kisah² lucu paradoks berlansung dengan penuh drama. Tetapi dua tiga malam yang lalu aku melawatinya semula, Yes!! aku terus muak, serabut, kelam kabut, huru-hara dengan setiap watak yang ada, dengan setiap skrip yang ditulis, dengan setiap arahan dari pengarah. Bila nak jadi bijak pun aku tak tahu, kenapa nak sibuk² bersatu dan duduk dibawah satu rumpun demi satu perpaduan. Bullshit!! mane boleh api bercampur dengan air. Kalau aku perdana menteri hari ini aku akan pastikan semua orang hidup senang lenang, mewah, tiada masalah supaya mereka semua akan terus 'vote' aku sampai bila². Bagi saja apa yang rakyat minta, hentikan projek sorok duit negara. So tidak perlu nak bergabung dengan parti lain. Tidak perlu nak pening² kepala. Aku akan terus perintah negara. Tapi bila fikir balik,

Patutlah aku tak boleh jadi perdana menteri, sebab aku baik sangat.

Monday 22 June 2009

Gastralgia menyerang lagi, tapi kali ini dengan penuh emosi.

Duduk didalam gelap, disudut katil didalam bilik sambil menyerap lagu² ber-emosi dari THE ALBUM LEAF telah berjaya membuatkan aku menangis teresak², air mata berderai tanpa henti sambil kepala menyorot kembali kisah² silam yang telah silap.

Menangis dan terus menangis dengan harapan esok aku akan OK..

Saturday 20 June 2009

Tenat.

Pagi tadi dalam keadaan langit yang sangat mendung, hujan rintik² turun dengan malas secara tidak sengaja dapat menyamankan keadaan, dapat menenangkan perasaan. Aku berdiri tegak dibawah bumbung berwarna biru sambil bergelumang dengan asap dari 'American eagle' selepas selesai menghirup kopi. Mata sangat tenang melihat hujan turun membasah, mata tenang memandang jauh segala kedinginan.
Thats it..!! aku perlu berhenti mengelamun. Sebenarnya aku rasa seperti sedang hendak hentikan degupan jantung untuk seketika, aku seperti hendak menyekat saluran darah dari terus mengalir juga untuk seketika. Aku sudah terlalu penat untuk melawan segala arus yang datang tanpa henti dengan keadaan kedua² belah tangan terikat ketat. Tekak sudah terlalu perit kerana menjerit² meminta bantuan, walaupun tiada siapa yang ingin datang membantu. Entahlah sampai bila aku harus tersekat dan terikat, aku pun tidak pasti, yang nyatanya aku sedang tenat.

Thursday 18 June 2009

Kagum

Aku kagum dengan Zee Avi sebab dapat bernaung dibawah label Blushfire records, aku juga terima seadanya Yuna Zarai walaupun aku rasa suara aku lagi lebih sedap dari suara dia. Cuma persoalannya, kenapa sekarang sudah semakin ramai gadis² yang boleh bermain gitar akuastik muncul dan menjelma secara tiba²..adakah ini trend terkini dari para² trendy ataupun ianya satu perkembangan sihat?? ataupun "biasalah Malaysia, kan ada musim..so sekarang ni musim bermain gitar akuastik lah"

Harap maaf, bukan aku yang taip untuk entri kali ini, tapi Matt Costa.

Selamat hari tanpa duit.

Menurut sumber sejarah Anna Jarvis adalah orang yang telah dikenali sebagai merekacipta sambutan hari ibu, ianya adalah bertujuan untuk menghargai pengorbanan seorang ibu. Selain dari itu ianya juga dapat mengeratkan perhubungan diantara semua orang didalam sebuah keluarga, sehubungan dengan itu juga hari bapa telah secara rasminya disambut pada minggu ketiga hari ahda pada bulan june setiap tahun.
Tengahari tadi didalam sebuah kafe berdinding merah sambil kelihatan manusia² popular lalu lalang dan ada yang mundar-mandir kehulu dan kehilir, aku bersama 2 orang rakan menikmati makan tengahari masing² dengan penuh fokus walaupun hidangan aku hanyalah semangkuk sup sayur, sesudah selesai sambil bersandar aku menyalakan api rokok lalu terpalit kata² dari mulut seseorang.

"Eh ahad ni hari bapa kan..apa nak bagi kat bapak aku ek??" Jelas Hazaried dengan riak muka sangat gembira selepas perut penuh diisi dengan makanan.

"Bagi pen ke, ok kut aku rasa" Jawab Azlan dengan tenang walaupun nampak riak mukanya masih lagi lapar.

"Bagi teddy bear lah..kalau berani" Cantas aku sambil menghembus asap rokok.

"Isshh takkan nak bagi teddy bear, bosan je ahahah" Jawab Hazaried dengan senyum.

"Eh siapa bagi idea nak sambut hari bapa la, hari ibu lah, hari guru lah, hari kanak² lah, hari tanpa dadah lah, hari tanpa tembakau lah..macam² nak kena sambut.." Tanya Azlan yang sebenarnya tak puas hati kerana makanannya sudah habis dia makan tanpa disedari oleh dirinya sendiri.

"Aku tak kisah sangat pasal hari ape nak sambut, cuma aku pelik kenapa dorang taknak buat hari bebas tanpa duit, kan best..on that day apa kita nak tak perlu bayar, semua percuma..kan best macam tu.." Jawab aku sambil mengetis abu rokok di ashtray.

"Ahahaha...mesti best macam tu, 1st thing aku nak amek kat kedai nanti mesti motor superbike.." Jawab Hazaried sambil menyedut asap rokok.

"Hah?? kaki kau sampai ke??" Tanya Azlan dengan muka serius yang sebenarnya hendak bangun dan pergi ambil makanan lain pula kerana masih rasa lapar walaupun baru selesai makan.

Semua terdiam kerana Hazaried seorang yang tidak tinggi.

Monday 15 June 2009

Warkah untuk Matt Lucas dan David Williams

Didalam bilik ketika duduk dalam gelap, terdampar diatas simen sambil mata dan telinga memberi fokus kepada "Little Britain" benar²buat aku tenang dikala hati dan perasaan serta jiwa sedang berkecamuk juga remuk. Masalah..masalah..masalah terus berlegar² disekeliling aku. Terlalu sukar untuk menghalau mereka dari pandangan, sebaliknya semakin datang dekat pada aku. Telah berkali² aku cuba membersihkan segala kekotoran, tapi biasalah, mana boleh kekotoran membersihkan kekotoran yang lain. Nasib baik pada masa ini aku seperti sedang ada anti virus untuk segala kekusutan walaupun aku tak pasti berapa lama ianya akan bertahan, tapi terima kasih banyak² kepada Matt Lucas dan David Walliams, aku amat kagum dengan kamu berdua. Terima kasih kerana berjaya tolong aku lupakan segala sakit dan perit dengan gelak ketawa yang paling maksimum pernah aku hasilkan seorang diri. Terima kasih sekali lagi.

Today is not monday.

Aku terjumpa didalam keadaan sedang tenat.
"EVERY LITTLE SMILE CAN TOUCH SOMEBODY'S HEART.."

Happy birthday.

Gig..gig..gig..selain dari pesta muzik juga pusat himpunan muda-mudi yang mencintai muzik genre mereka sediri, gig juga boleh dijadikan sebagai satu platform dimana kesemua yang hadir dapat bertukar² pendapat, bercerita tentang kisah² jenaka juga berbincang tentang alat² muzik. Pada satu tengahari yang berbahang selepas hujan lebat turun di waktu pagi, ketika didalam jentera pemusnah hendak menuju ke satu destinasi yang penuh dengan pesta² berdarah iaitu gig. Berlaku satu kisah yang sangat menyedihkan. Sambil jentera pemusnah perlahan² melewati setiap deretan kedai² dan banggunan.

"Aku tak tau lah, dari malam tadi badan rasa tak sedap je.." Jelas Aji sambil bersandar di seat belakang.

"Pergi cari panadol lah..nanti oklah tu" Jawab aku.

Wan sambil menoleh kebelakang "Kau bukan ape ni, umur dah bertambah, darah dah banyak, urat saraf dah sempit tu yang demam tu..

"Aku dah makan panadol, tap tak hilang² pun..macam mane ni.." Jelas Aji lagi sambil mengusap rambutnya keatas.

"Kau kena makan benda² panas ni, bagi berpeluh.." Terang aku.

Wan menoleh kebelakang sekali lagi lalu mencantas "Macam ni lah, depan tu ada Mc'D kite masuk drive-thru tengok..dapat makan fries panas² pun dah ok dah aku rasa, mesti berpeluh punya"

"hishhh..apesal lah kau ni.." Aji.

"Happy birthday Aji.."

Dari kiri ke kanan.










Friday 12 June 2009

Perosalan tentang indahnya molekul.

Ada beberapa orang rakan bertanya kepada aku tentang episod² serta anekdot² seterusnya tentang cerita MOLEKUL INDAH, ada juga yang sudah lupa dengan jalan ceritanya, untuk pengetahuan semua aku bukan sudah lupa untuk meneruskan cerita ini, cuma rasa seperti hendak siapkan terus dan baru keluarkan didalam blog ini, jadi semua orang dapat baca dari mula sampai lah habis dalam satu masa sekaligus tanpa perlu tunggu. Aku perlukan sedikit masa lagi untuk siapkan semuanya. Tetapi Sila beri aku lagi 3 tahun untuk selesaikan plot² ceritanya. Harap maaf.

Ala.. 3 tahun bukannya lama sangat pun, pejam celik, pejam celik, dah 3 tahun. Kejap je kan..??

Kenapa Irma Rombauer hasilkan buku The Joy of Cooking

Dulu aku pernah terbaca satu artikel sejarah dimana Plato pernah direkodkan sebagai manusia yang telah dibayar dengan jumlah besar untuk tiga karya kecil Philolaus Pythagorean. Ini bermakna sejarah penjualan buku dan budaya membaca buku telah lama berkembang. Buku masakan terawal pula pernah dicatatkan sebagai buku panduan memasak untuk tukang² masak profesional dengan tujuan bagi melatih juga mengajar menyediakan masakan untuk golongan² bangsawan serta kelas² atasan sejak pada abad ke 12 lagi. Nah, kita lupakan pasal sejarah, semalam aku berjalan² dengan seorang teman lalu melawati kedai buku Borders di The Curve Damansara, tujuan utama kami bukanlah hendak mencari buku² baru dipasaran, bukan hendak mencari buku² kisah politik mahupun sejarah² tamadun lama, juga bukan untuk mencari majalah Vogue atau Galaxie tetapi kami memberi fokus pada 'buku masakan'. Dalam keadaan yang amat sunyi dengan haruman rak² kayu serta bau setiap jenis helaian buku, ditambah pula dengan keadaan perut yang sangat kosong. kami melekat dengan setiap buku² masakan yang ada. Setiap mukasurat diselak satu persatu dengan harapan dapat mencuri idea² baru untuk dimasak walaupun aku bukanlah seorang chef tetapi ianya seperti hobi baru, selain dari itu, kami juga amat suka mental didera dengan amat keras akibat dari melihat setiap resepi serta sisipan gambar² masakan yang ada. Cuma aku pelik.

Kenapa kebanyakkan buku yang memberi resepi masakan tetapi tidak diletakkan gambar disebelah resepi itu?? adakah mereka (publisher) mahu mengurangkan kos percetakkan berwarna??. Apalah ertinya buku masakan jika tiada gambar masakkan didalamnya.

Wednesday 10 June 2009

Ini bukan Trilogi Bima Sakti.

Our favourite colour is dark wood.

Untuk pengetahuan nama IKEA adalah hasil idea dari satu akronim yang mengandungi pemula bagi nama pengasas iaitu Ingvar Kamprad dan ladang tempat dia membesar iaitu Elmtaryd juga kawan mukim perumahannya di selatan Sweden iaitu Agunnaryd dan berberapa hari yang lalu aku telah menghabiskan masa di IKEA bersama seorang teman tetapi kali ini bukan mengirup kopi serta menelan daim cake. Kami berjalan² menembusi setiap 'showroom' yang ada dan our favourite spot is kitchen. Kami amat mengangkat 'kitchen' sebagai permata hati sesebuah rumah, dengan terhoyong - hayang kekiri dan kekanan kami meneliti hasil kerja sesebuah produk dan ternyata aku dan dia amat menyukai warna yang sama iaitu 'dark wood'. Berjalan² melewati setiap 'showroom' dari hulu ke hilir serta turun kebawah menilai kesemua produk² baru benar² buat kami seperti sedang memegang watak utama suami dan isteri dalam filem "Fun with Dick and Jane", cuma ada satu persoalan yang terlintas dikepala aku pada waktu itu.

"Kenapa dah ramai sangat orang² 'trendy' suka datang IKEA tak macam dulu², sesak lah.."

Battledore and shuttlecock

Badminton adalah jenis sukan ber-raket dimana ianya telah mula dimainkan beratus² tahun dahulu di zaman purba di Greece dan pada abad ke 16 ianya juga telah mula dimainkan di Jepun dengan panggilan nama Hanetsuki. Idea sukan badminton datang dari permainan 'battledore and shuttlecock' dimana semua yang bermain harus memukul bulu tangkis ke udara tanpa henti dan juga tanpa jatuh kebawah. Bagaimana pun permainan badminton moden telah mula dikenali di India pada abad ke 19 dimana tentera² British telah menjadikan ianya sebagai aktiviti sampingan pada ketika itu dan ianya dikenali dengan nama 'Poona' dan ada juga yang memanggilnya dengan nama 'pooppanthu vilayattam' iaitu permainan bola berbunga.
Semalam seperti malam² yang sebelumnya dikawasana tempat tinggal aku, sebagai mengisi waktu lapang di malam hari ketika semua yang ada sudah kehabisan wang dipoket telah mengambil langkah yang bijak dengan bermain badminton, selain dari itu ianya adalah satu aktiviti yang amat sihat. Dalam keadaan badan sedang berpeluh sambil memberi fokus pada permainan aku berdiri berhadapan dengannya dalam keadaan bersedia dimana masing² memegang raket, yang memisahkan kami hanyalah jaring net yang terpasang kukuh seperti tembok Berlin sebelum dirobohkan pada tahun 1989. Sebelum hendak memulakan servis pertama.

"Eh tadi aku tengok iklan kat tv, KFC keluar menu baru lah, kita kena try ni, nampak macam menarik je.. amacam??". Jelas Wan.

"Aduh, tengah nak main ni pun kau nak fikir pasal makan, camne ni..??" Cantas Lan.

"Sorry...sorry..aku fokus..aku fokus" Jawab Wan semula.

"Hishh betul² lah..ok"

"Tapi aku tengok Ayam die cam lebih spicy dari biase je..nanti kite try lah ek..berani??" Suara Wan lagi.

"Arrrhhhgg...!!!"

Tuesday 9 June 2009

狂と羨望マルクで行く

Tidak lama dulu aku rasa seperti mengeluarkan airmata darah kerana tidak dapat tengok ENVY secara lansung di Singapura. Semuanya gara² terlau banyak kerja hingga segala cuti dibekukan. Tapi setelah mendapat tahu yang ENVY akan datang ke Kuala Lumpur pada Julai nanti, ianya seperti hadiah hari jadi paling bermakna, aku rasa sangat girang gembira walaupun didalam wallet hanya tinggal rm78 saja dan perlu bertahan sampai kehujung bulan. Sesiapa yang tidak kenal ENVY, jawapannya ada di video yang aku akan upload nanti, bagi sesiapa yang tidak tahu jalan untuk ke Wisma Bentley di Damansara tetapi mempunyai duit lebih sila tanya kepada aku.


Sunday 7 June 2009

Ini bukan soalan.

Benarkah lelaki kacak, jambu atau handsome dan perempuan cantik, menawan, boleh jadi model atau gorgeous sangat loyal didalam sesebuah perhubungan??

Sejauh mana anda percaya dengan persepsi ini..

Prolog tentang semalam.

Semalam aku hanya duduk diam didalam bilik, pasang dvd "Little Britain" dan bergelak ketawa seorang diri sambil ditemani oleh sebotol air mineral juga dengan satu panggilan di telefon dikala malam tadi adalah malam minggu, malam dimana kebanyakkan golongan muda mahupun yang sudah berkeluarga, akan keluar menyambut kemenangan, kebebasan dan keseronokkan. Setelah lima hari berusaha keras dan deras, setelah lima hari yang penuh dengan kisah² tragis dan sebagainya. Sambutlah selagi anda termampu. Kadang² aku rasa seperti tidak mampu untuk menipu diri aku, kadang³ aku biarkan saja diri menjadi sangat jujur, yelah semalam aku rasa seperti semakin hari semakin hampir kesunyian datang dan aku hanya biarkan tanpa membantah. Konflik terus berlaku disaat keadaan semakin meruncing, terdesak dan sangat sesak. Tetapi aku cuba terbalikkan supaya ianya menjadi sangat sempurna, bersih seperti tidak ada apa² pun yang berlaku dan Yes!! aku akui, kadang² terdampar dan dilempar sambil menonton dvd seorang diri disaat semua yang lain² sibuk keluar berpesta dan berdusta benar² buat aku jadi tenang, lebih² lagi menonton perkara² yang melucukan.

Tapi tenang sekejap saja, kerana pagi ini iaitu pagi ahad aku ditempat kerja berpusing² disaat yang lain² seronok berlingkar² dengan selimut masing². Damn!!

Thursday 4 June 2009

Dialog tanpa prolog # 8.9

"Eh aku rasalah kan, yang polis pakai lencana warna putih tulis SAYA ANTI RASUAH!!, kene ubah word dia sikir lah baru menarik" Kata Aswad.

"Kenapa?? nak ubah jadi apa pulak??" Tanya Lan.

"ubah jadi TIDAK BOLEH KAW TIM, SIKIT-SIKIT OK LAH" Kata Aswad.

"Hahahaha"

Herzlichen Glückwunsch zum Geburtstag, zu Suhaili

Maaf kerana tiada ucapan "selamat hari jadi" melalui telefon apatah lagi menerusi dua biji mata kepada kamu, maaf tiada ucapan dari teks ringkas kepada kamu, maaf kerana aku sudah tidak mampu untuk dapatkan hadiah untuk kamu, maaf kerana sudah tidak ada kek buat kamu, maaf kerana tidak berlaku pesta warna-warni untuk kamu, maaf kerana tiada petikan lagu hari jadi. maaf segala²nya dari aku untuk kamu, yang hanya tinggal adalah ingatan memori yang tidak pernah hilang.

Selamat Hari Jadi Suhaili...

Wednesday 3 June 2009

Jika kita baca lirik dengan terbalik.

Memandu dipetang hari dengan tingkap diturunkan supaya angin berkejar² sambil meneguk air tin Nescafe dan menghirup rokok American Eagle juga menyerap lagu "Say it to me now" dari Glen Hansard benar² buat hati aku tenang, walaupun baru sahaja menghabiskan sejumlah wang yang banyak terhadap kerosakan krtikal keatas jentera pemusnah. Yes aku sedang 'broke' jangan cuba ajak aku untuk melakukan aktiviti² diluar jangkaan.

Ada sesiapa yang hendak jadikan aku anak ikan sila email ye.

Perhatian!!

Jika anda pernah mendapat satu bisikan suara dari seorang lelaki yang menyatakan yang dia telah jatuh cinta pada anda, sila jangan ambil perhatian dan mudah percaya dengan kata² itu, kerana tidak lama lagi dia pasti akan kata perkara yang sama pada perempuan lain dan tidak mustahil juga pada lelaki lain.

Buktikan yang anda masih muda.

Aku tahu kau ada masalah, kerana aku jauh lebih bermasalah dari kau, "lets burn it out!!"



Aku sentiasa mengharapkan yang bermain bass tu adalah aku.

Tuesday 2 June 2009

Anekdot semalam.

Jangan terlalu cepat iri hati dan dengki dengan kejayaan orang² disekeliling anda kerana kita tidak pernah ada idea pun macam mana mereka boleh berjaya.

Monday 1 June 2009

Malam nanti

Fikiran sedang melayang, mata menahan dari terpejam, suasana berwarna kuning memasuki ruang pejabat. Aku pandang jauh keluar, kelihatan hari sangat mendung, tetapi bahang panas makin meresap masuk kedalam. Badan sangat lemah, perut sangat lapar. Tiba² satu teks ringkas masuk kedalam handphone.

"Mlm ni badminton..net aku dh ade, smalam aku pg crik baju saiz payah..ade lawa2 sume tapi saiz L, mane muat panas btol, boleh ye mlm ni?"

Aku tahan gelak, lapar dan lemah terus hilang.

Jam dinding, kasut kristal dan putera raja.

Bayangkan didalam cerita dongeng 'Cinderella' dimana setelah Cinderella mendapat pakaian yang cantik, kereta berkuda serta kasut kristal, setelah berjaya menambat hati putera raja dan menghabiskan masa menari bersama² tetapi selepas pukul 12 tgh malam pun, jam di dinding istana tidak berbunyi, apa akan jadi??
sudah tentu mereka akan terus menari, minum² dan terus 'one night stand' didalam kamar putera raja. Keesokkan paginya cinderella bangun dengan hati yang gembira lalu terus pulang kerumah. Jadi tiada isu tertinggal kasut kristal dan putera raja pun tidak perlu nak bersusah payah mencari pemilik kasut kristal itu. kan??

Sesuai tak cerita Cinderalla ini jadi bahan bacaan untuk kanak-kanak??
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law