Friday 31 July 2009

Sinopsis malam ini tentang hari semalam.

Dari kepala yang sangat serabut, dari jiwa yang sangat berkecamuk. Hari ini Champange dibuka, tepukan bergelora, senyuman diukir, gelak dan gembira disua. Bahu dipaut tanda puas.

Yes!! Kapal terbang aku sudah melayang-layang keudara. Malam ini sudah boleh tidur lena.

Thursday 30 July 2009

Kinetik

Lagu yang penting ketika aku meningkat dewasa.

Wednesday 29 July 2009

Pecahkan papan kekunci

Aku sedangberada diatas satu cenuram atau bukit yang amat tinggi bersama dengan sepasang sayap. Aku akan cuba untuk terbang, jika berjaya aku akan pergi sangat jauh dan tinggi, aku pasti toleh kebelakang dan akan hulurkan segala bantuan kepada sesiapa yang ingin terbang bersama dengan aku.
Tetapi jika aku tidak berjaya terbang, pasti aku akan jatuh kebawah sambil ditemani dengan batu² yang kejam. bukan luka parah yang aku dapat tapi hancur musnah segala impian dan harapan untuk terus hidup.

Maaf, untuk beberapa ketika aku akan duduk berdiam diri tanpa bermain jari dipapan kekunci kerana sedang berusaha keras bersama sayap aku agar dapat terbang.

Elektromagnet

Antara perkara penting sewaktu aku remaja dulu. Siapa berani, bangun pagi dan terus dengar lagu ini.

Dekat dimata jauh dihati.

Pada sekitar abad ke 16 Robert Hooke telah berjaya membuat satu penemuan baru yang dipanggil dengan nama Tin can atau "Lovers telephone". Sewaktu kecil diatas bukit berumput, dibawah pokok rhu berdekatan dengan rumah, arwah bapa aku pernah ajar tentang dua biji tin susu kosong ditebuk lubang kemudian ikat tali tangsi dengan sebatang mancis dan sangkutkan didalam tin kosong tersebut. Tarik sepanjang mana yang aku mahu dan kami bercakap serta mendengar dengan menggunakan corong tin. Bapa aku cakap "ini adalah benda pertama yang orang dulu² jumpa sebelum mencipta telefon". Aku dengar aku angguk tanda paham. Pergi sekolah belajar alam dan manusia aku mula kenal dengan Alexander Graham bell kerana evolusi telekominikasi yang telah berjaya dia buat. Sepuluh tahun kemudian kecanggihan sistem telekomunikasi telah semakin membuak², hingga aku terbaca satu 'statement' yang berbunyi "Kecanggihan teknologi telekomunikasi mampu merapatkan jurang yang jauh" atau "Biar jauh dimata tapi dekat dihati". Jika kita jauh berjuta² batu pun dengan kecanggihan yang ada, kita masih boleh berhubung tanpa batasan.

Beberapa malam yang lalu selepas gembira makan dan minum, masing² sibuk menekan butang telefon bimbit masing² dalam keadaan tenang dan diam, ada yang tersenyum, ada yang mundar-mandir, ada yang cool sambil menghembus asap. Lalu aku terfikir sambil termenung kearah semua manusia disekeliling aku.

Betul ke kecanggihan teknologi merapatkan jurang diantara satu sama lain..

Kisah cinta lagi

Malam semalam ketika sedang menghirup kopi sambil ditemani angin sepoi² aku diseret dengan satu perbualan yang agak menjengkelkan, dimana salah seorang rakan aku sedang berada didalam dilema, yang buat aku rasa sangat sengsara adalah kerana dia sakit dengan masalah cintanya. Teman wanitanya berjalan perlahan² lalu berpaut pada lelaki lain. Percintaan yang telah disemai sejak beberapa tahun lalu hancur berkecai, impian dan harapan yang direka serta merta menjadi sisa² debu yang tidak bermakna. Aku paham perasaan dia cuma rasa seperti sangat muak dan mual dengan tangisan didalam hatinya. Sekali lagi aku beritahu, tiada siapa akan berjaya ubah diri kita melainkan diri kita sendiri. Cukuplah dengan airmata darah, cukuplah dengan perasaan hiba dan kecewa, kerana kau ada lebih 40 ke 50 tahun lagi untuk harungi segala cabaran dan dugaan, hentika segala kecelaruan dan kekusutan kerana adalah lebih bermakna jika berjuang lari jauh dari masa dan cuba kukuhkan segala apa yang longgar. Aku tidak nafikan cinta sejati, aku juga tidak menidakkan keindahan sewaktu bercinta. Cuma, cuba bangun dari segala kesedihan dan cari cahaya kegembiraan.

Monday 27 July 2009

Selamat jalan

Selamat jalan Yasmin Ahmad, hati kecil aku meruntun memikirkan tentang kau. Lepas ni memang kuranglah kita pergi tengok wayang untuk tengok cerita melayu.

Saturday 25 July 2009

Perasan bukan berperasaan.

Dalam keadaan lampu kalimantang sedang menerangi keseluruh ruang didalam perut pejabat, sambil kedengaran beberapa manusia sedang melontarkan suara² berbincang tentang hal² kerja. Aku yang sedang terperosok dibahagian penjuru menyemak segala kertas kerja hanya menyerap segala apa yang berlegar² disekeliling aku. Disebabkan sejak dari hari Isnin rakan setugas aku Adlina tidak dapat datang kerja kerana anaknya telah dimasukkan wad kerana mengalami beberapa jangkitan, aku didatangkan oleh dua orang gadis yang sudahpun berkahwin dan ada yang sudah mempunyai anak, kenapa aku masih panggil mereka gadis?? kenara terkeluar beberapa dialog dari mulut mereka seperti

"Eh kau tengok mamat tu, aku macam sejuk je tengok dia" Kata Alin kepada Sue sambil menganggukkan kepala kearah seorang lelaki berkulit putih yang bernama Chris Bentley yang sedang duduk.

"Haah kan, dia macam rileks je kan" Balas Sue pula.

"Tulah, semalam aku reject card die coz ade banyak silap, tapi dia tak marah pun, pastu soft spoken, betul² gentleman lah". Jelas Alin lagi.

Aku sambil menoleh terus bercakap "Oh, mamat ni memang macam ni, British people memang sangat² being polite dengan semua orang"

"Hah tu la pasal, rasa berkenan la pulak, walaupun nampak dia macam dah tua kan.." kata Alin sambil tersenyum.

Dengan senyuman aku membalas "..tulah aku pun memang dah lama perasan kat mamat ni, ada lagi sorang kau tak jumpe lagi, dia keje nite shift, nama dia Peter, pun cool gila jugak"

Mereka diam dan terus mengerling kearah aku lalu berkata "Hah?? kau ke yang cakap tadi??Oh patutlah dah tua² pun tak kahwin lagi, baru aku tau yang kau ada perasaan dekat lelaki" Kata Alin.

Damn..!! baru aku sedar memang agak sukar hendak pegang tittle 'lelaki bujang' pada usia yang sudah semakin meningkat, kerana ramai orang akan reka spekulasi serta teori sendiri tentang diri anda. Huh!!

Thursday 23 July 2009

Perlukah.

Perlukah teman lelaki mahupun teman gadis anda tahu tentang kata laluan akaun Facebook anda?? supaya senang mereka hendak periksa siapa yang rapat dengan anda..

Putus asa.

Sejak dua hari lepas dari pagi yang penuh dengan kegelapan dan kelebatan limpahan air hujan hingga kepetang yang hambar dengan kecerahan, aku sakit untuk terus meneruskan kehidupan, sejak dua malam yang lalu hinggalah malam semalam walaupun hujan deras jatuh mencium bumi, angin kuat berlintang pukang kekiri dan kekanan. Sebaliknya aku didalam bilik terbaring bersama gelap sambil mata terkebil², nafas tersekat², fikiran terus berselirat. Fikir dan terus berfikir tentang segala kepayahan dan kejerihan, fikir dan terus fikir tentang segala cara dan gaya untuk lari jauh dari semua kemelut walaupun aku tahu sudah tidak ada tempat lagi untuk aku berselindung. Langkah seterusnya adalah berputus asa.

Mari berputus asa.

Tuesday 21 July 2009

Mati

Aku sebenarnya telah lama mati, tetapi ada dewa-dewi yang telah hidupkan aku kembali.
Terima kasih.

Saturday 18 July 2009

Thursday 16 July 2009

From heaven to hell

Ketika suasana hiruk-pikuk serta desak mendesak sedang menutup seluruh ruang pejabat, dengan cebisan-cebisan kertas kerja juga jeritan-jeritan sumbang disekeliling aku. Didalam keadaan penat dan lelah sedang menyelaput kesegenap degupan jantung dan saraf. Aku rasa sedang melangkah laju dari syurga ke neraka. Memang beginilah keadaan yang paling aku benci dan rasa ingin mencaci benar² meluap-luap. Tiba² aku terima satu pesanan ringkas yang berjaya buat aku tarik nafas sedalam²nya lalu terus senyum. Ianya berbunyi begini apabila dibaca.

"Ko try bkak website WENDY'S, aku tngk newspaper iklan BLACK PEPPER STACKER BURGER only rm4.99"

Tulisan BLACK PEPPER STACKER BURGER memang dalam huruf besar, tiada olahan ketika aku taip entri ini.

Buku cerita sedih

Pulang kerumah dengan keadaan cemas, kelapa aku asyik terfikir tentang beberapa buku yang dah lama aku lupakan, baru tadi sewaktu membuat rumusan dengan rakan² aku teringat tentang buku ini. Mungkin buku ini mampu bagi sinar harapan kepada aku. Telah lama aku tidak buka dan baca. Didalam bilik dengan warna lampu penuh jingga sambil aku menghayati lagu dari Pink Floyd "wish you were here". Tangan dan mata terus memberi tumpuan mencari buku² yang sedang aku fikirkan, semua kota² berhabuk aku buka, semua bekas² plastik dan kaca aku sua-kan muka namun masih tidak ada berita. Usaha terus berusaha, tangan mula menggobek semua laci yang ada, mata berserabut melihat segala kenangan yang berselirat didalam setiap laci yang ada. Usaha terus berusaha, aku tunduk dan intai dibawah katil, dalam warna gelap yang sama aku pasti buku itu tidak akan menginap dibawah katil. Setiap beg aku buka, setiap susunan Cd aku gerakkan namun masih tidak berjaya. Buku oh buku dimanakah kau. Tangan terus menjalar kearah susunan buku² tebal serta majalah, aku selak satu persatu. Yes!! memang buku akan tinggal bersama buku² lain yang ada. Terima kasih kerana telah berjaya jumpa, hati aku mula berdebar² menyelak setiap helaian daun muka surat yang ada mata perlahan² mengerling kesetiap angka yang ada. Nombor keramat yang tercetak pada buku pertama adalah 5.85, buku kedua pula 11.03 manakala buku ketiga 1.09. Betapa hancur musnah harapan dan hampa setelah menyelak kesemua helaian dan tertulis baki yang tinggal tidak sampai rm20.

Buku akaun bank memang benar² berguna jika tertera angka² lumayan didalamnya, lebih² lagi jika anda sedang berada didalam keadaan hina. Tetapi buku bank aku tidak mampu untuk menjadi buku yang berguna pada saat² genting. Bagi aku buku bank aku adalah sebuah buku cerita paling sedih yang pernah dihasilkan oleh aku.

Tuesday 14 July 2009

Cedera tanpa luka.

Sambil terbaring memandang syiling pada malam hari sambil telinga aku menyerap lagu² dari album "hukum karma" dari WINGS. Dari lagu 'pentas opera' ke 'jerangkap samar', 'hikayat penuh ranjau' hinggalah ke 'Taman Rashidah utama' benar² buat aku teringat kembali zaman aku bersekolah rendah, berseluar biru pendek dengan baju kemeja putih masuk kedalam sambil menggalas beg yang bukan saja penuh dengan buku serta pensil box dua tingkat, tetapi juga dengan beberapa keping kaset band rock yang akan aku tukar² dengan rakan yang lain. Yes aku membesar dizaman glam rock sedang bermaharajalela. Aku ingat lagi macam mana aku paksa arwah bapa aku belikan kasut Aliph warna putih dengan line merah dan biru, beli kaset dipasar malam yang harganya bawah dari rm9, menulis lirik² lagu rock kegemaran didalam buku lirik khas, duduk ditepi bukit bersama² dengan rakan² lain dan berlakon seperti semuanya sedang berada didalam klip video 'Taman Rashidah utama' mahupun 'Isabella'. Ianya satu pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan sampai bila². Tapi bagai sekelip mata malam ini aku terdampar keseorangan didalam bilik, jauh dari hilai tawa dan gembira, jauh dari teman² juga jauh dari limpahan jenaka. Aku ibarat sedang merawat cedera yang tidak nampak lukanya. Aku sedang lalui satu skala perubahan yang amat pelik didalam hidup aku dan hanya aku sahaja yang tahu. Aku akan rasa lebih tenang jika duduk diam berseorangan. betul kata mereka, hidup bagaikan pentas opera, lakonkan dengan semangat kejujuran, rempuh segala api kepalsuan. Tidak kira susah mahupun senang, aku sedang menghayatinya sekarang.

Fikir

Sejauh mana atau sedalam manakah anda percaya pada teman lelaki anda, apabila mereka tidak jawab panggilan dari anda..?

Monday 13 July 2009

Tenang

Pagi semalam selepas bangun dari tidur, aku bergegas ke tempat kerja. Dah agak lama aku tak bekerja pada hari ahad, suasana sangat mendayu², hirup nescafe dan kemudiannya bergelumang bersama 'American eagle'. Kerja banyak berselirat kerana kapal terbang mahu terbang keesokkannya, tapi aku agak pelik, semua yang berlaku dengan amat tenang, cuaca suram, udara muram, hati dan jiwa puas melaram kerana malam semalamnya bersama ENVY mungkin. Aku bekerja dan terus bekerja hingga jam empat dan terus pulang. Petang yang sangat bermakna pada hari ahad apabila cahaya matahari tidak menyilau. Yes hari ini benar² tenang. Sampai dirumah masuk kebilik buang segala kemungkaran lalu terus berjalan menuju kedapur seperti biasa buka peti ais dan terus jenguk sambil menyedut udara nyaman. aku terlihat sebuah kotak kecil warna pink, lalu mak aku jerit dari ruang tamu. "Tu ada mak belikan kan kek untuk kau, sorry terlambat". Aku senyum sambil terus buka dan cakap "Terima kasih". Walaupun dah terlewat untuk beberapa hari, setinggi² penghargaan kepada emak aku yang tersayang kerana belikan sepotong kek coklat.

Ingat adik² syurga dibawah tapak kaki ibu, bukannya pada baju t-shirt hitam, font berwarna-warni tertulis "Saya sayang mak saya"

Sunday 12 July 2009

Selang beberapa jam kemudian.

Tuah harimau pada belangnya, tuah ayam pada kakinya, tuah hang tuah pada keris tamingsarinya, tuah aku pula pada tiket ENVY yang diberi percuma oleh Jebs atau Junad gara² dari esei pendek tentang "kenapa dia perlu beri tiket ENVY kepada aku" beberapa minggu yang lalu. Selepas beri esei tersebut aku memang tidak ambil tahu pun tentang ENVY juga tidak buka email aku untuk tahu cerita up-todate, yang aku tahu hidup harus diteruskan walaupun dalam poket seluar hanya ada beberapa keping syiling berlanggar diantara satu sama lain serta beberapa lipat wang kertas berwarna biru dan merah terperosok malu dan hina didalam wallet aku dikala waktu untuk sampai kehujung bulan mengambil masa lebih dari 15 hari lagi. didalam kepala hanya memikirkan jalan seterusnya untuk terus meneruskan kehidupan seharian sama seperti orang lain pada bentuk fizikal tapi bukan mental. Pagi semalam sebuah nota telah aku taip khas untuk ENVY didalam blog ini tentang betapa kesempitan dan kehimpitan hidup membuatkan aku sukar untuk pergi melihat aksi mereka. Tetapi tuah tidak kenal manusia, hang tuah juga tidak kenal parameswara, dengan tangan gatal untuk membuka email secara tidak sengaja telah membuatkan aku terpandang kepada 1 mesej yang memberi tahu bahawa aku menang tiket ENVY, nafas tercungap² kerana email tersebut 5 hari yang lalu, ENVY bakal beraksi tidak lebih dari 7 jam dari email aku dibuka, dengan perasaan seperti hendak berjudi aku reply juga pada Jebs serta tinggalkan no telefon bimbit, terasa kesal didada kerana sudah lama aku tidak buka email, tap nasib benar² menyebelahi aku tidak lama selepas itu Jebs balas email dan beri segala penerangan dan cara untuk mengambil tiket ENVY. Hati sangat gembira bila ada teman istimewa dengan istimewanya berani untuk menemani aku untuk tengok ENVY membuatkan aku terus tidak fikir panjang, memang urat saraf, luna², serat norma-norma mereka milik aku.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Jebs a.k.a Junad kerana memberi sinar cahaya kepada aku. nanti dah gaji aku belanja kau makan special sampai kenyang, tapi gaji aku yang lagi 3 bulan. iaitu selepas aku berjaya menutup segala hutang piutang. Jangan bimbang aku takkan lupa. Terima kasih sekali lagi.

Khabar dari pesta berdarah yang lalu.










Saturday 11 July 2009

Maaf Tetsuya Fukagawa

Dari bulan lalu lagi setelah diberitahu dan mendapat tahu tentang ENVY bakal beraksi di sini, dimana hanya ambil tidak lebih dari 10 minit pun dari rumah aku untuk ke tempat dimana ENVY bakal beraksi jika jalan tidak sesak. Dalam masa tidak sampai lagi sepuluh jam mereka bakal meluahkan segala luapan adrenalin, segala picisan norma-norma bingit juga warna² luna sensasi. Sejak dari bulan lepas juga aku telah merancang untuk pergi melihat aksi mereka, kerana ENVY adalah diantara band yang sentiasa disematkan dihati. Namun yang demikian aku hanyalah insan biasa yang tidak dapat lari dari segala kerumitan dan kesempitan. Walaupun hanya sekangkang kera untuk pergi melihat mereka, namun aku lansung tidak berdaya. Maaf Tetsuya Fukagawa, aku tak mampu untuk melihat kamu serta yang lain². Tetapi aku cuba tunggu kamu semua di Shimokitazawa nanti.


envy transfovista special trailer

Wednesday 8 July 2009

Siapa berani

Pagi tadi pada hari esok.

Pagi tadi dalam suasana yang amat suram dan gelap, kedengaran sayup dari luar rumah bunyi mesin memotong rumput membuatkan minda dan jiwa aku terus bekerja walaupun mata sangat berat untuk dibuka, tangan aku mencapai telefon bimbit lalu secara mekanikalnya terus memicit butang². Mata dibuka perlahan² untuk memberi fokus pada skrin, jam menunjukkan sudah pukul 8 pagi dan ada satu pesanan ringkas terapung lalu aku buka dan baca, ianya tertulis "hi, thanks coz u tak update ur blog, coz i baru baca sampai bulan march punya entri". Aku bingkas bangun terus mandi dan pergi kerja, Jam 11 pagi di dalam perut pejabat seorang rakan datang menghampiri aku lalu berkata "Bang, Amin baru baca sampai bulan 3 punye je kat blog abang, laju sangat post". Aku hanya diam tapi kepala aku berfikir, bukan aku taknak post lagi ataupun post terlalu laju setiap hari, cuma benda² begini akan datang secara natural, tak perlu paksa, macam sekarang memang aku tak bernafsu lansung untuk taip apa² untuk blog ini, cuma akan memasukkan entri² khas kepada rakan² yang hendak ber-diet. Perkara² lain memang tidak ada cerita sebab aku sedang sengsara.

Maaf

Saturday 4 July 2009

Tiada aku.

Hidup atas belas ehsan dari orang lain, mencakar² dari pagi hingga kepetang bawak ke malam benar² buat aku seperti hendak memandu kereta atau menunggang motor lalu biarkan lori langgar dan gilis aku supaya tamat segala kisah durja dan celaka tentang hidup aku. Tiada dakwa - dakwi, tiada jawapan kepada persoalan dan juga tiada lagi rayuan serta penghinaan.

Wednesday 1 July 2009

Fat fighter.

Perkara paling penting apabila kita membuat keputusan untuk mengurangkan berat badan atapun dalam bahasa yang lebih dalam lagi iaitu membuang lemak adalah, mengubah cara kita berfikir lebih² lagi pada makanan. Minda benar² memainkan peranan yang penting, jika minda kita tidak kuat maka jiwa kita pun tidak larat. Bagi aku aku untuk kuruskan badan kita perlu melalui 2 proses yang sangat sukar iaitu memecah lemak dan membuang lemak. Semuanya akan berjaya jika kita mampu mengawal minda kita dan yang paling penting tahu apa yang kita makan setiap hari. Oleh yang demikian setelah berhempas pulas menahan pahit dan getir aku berjaya mendapat satu idea untuk mengawal minda kita. Aku telah cuba buat dengan teman baik aku dan ianya berjaya, kami panggil dengan nama 'diet game' it was so fun rite, bila kita jadikan diet itu seperti satu game yang sangat menarik. Ok caranya amat mudah setiap orang yang sedang cuba henda ber-diet perlu ada patner yang sama struggle untuk kurangkan berat badan juga. So, setiap orang diantara kamu tidak boleh mengkhianati diantara satu sama lain. Dalam erti kata yang lain kamu perlu buat dan susun jadual makan beserta dengan makanan yang sangat ringan tetapi mengenyangkan, contohnya sepinggan nasi beserta lauk atau nasi kandar yang sangat berat ditukar menjadi satu set tuna sandwich, sepinggan mee goreng ditukar menjadi satu set roti bakar, 10 cucuk satay dan nasi impit ditukar menjadi semangkuk quaker oats, a cup of ice cream menjadi sebiji epal hijau atau navel orange, a set of chicken chop kepada 2 biji karipap ataupun a bowl of laksa kepada a bowl of salad. Yes kita perlu ubah cara pemakanan kita dan yang paling pentng adalah minda kita kerana otak kita akan tolong fikir macam² untuk setiap makanan. Jadi ajaklah patner anda buat satu jadual pelan makan seperti apa yang aku cuba terangkan, mulai saat ini patner anda serta anda perlu patuh pada peraturan yang disediakan, dilarang sama sekali untuk betray, anda perlu jujur, jika tidak diet game ini dikira gagal. Bila sampai waktu malam setiap diantara kamu perlu memberi laporan apa yang dimakan dari sarapan pagi hinggalah dinner. Pastikan tiada makanan yang berat masuk kedalam perut. Contohnya jika patner anda bagi laporan yang dia hanya makan dua biji karipap untuk sarapan, 5 keping biskut serta milo panas untuk lunch dan semangkuk salad untuk dinner, mungkin anda akan rasa seperti hendak bersaing dengan patner anda kerana pada waktu pagi anda makan 2 set roti bakar serta majerin, mee sup untuk lunch (konon² tak makan nasi) dan burger ayam special untuk dinner (konon²nya tak makan nasi). So secara naturalnya anda akan rasa tidak puas hati dan akan cuba tiru cara yang sama dengan patner anda makan. Ianya seperti satu persaingan yang sangat sihat kan?? mula² memang rasa susah tetapi percayalah jika anda mampu bertahan untuk tempoh 2 minggu pasti takkan ada masalah lagi selepas itu. Berdiet dengan cara tahan lapar adalah sangat tidak digalakkan. Anda perlu makan baru ada tenaga dan dari tenaga itu akan membantu anda membakar atau membuang lemak yang telah dipecahkan. Dalam permainan ini juga bersukan amat dititik beratkan, adalah kepercayaan karut jika akan boleh buang lemak tanpa berpeluh, salah satu cara untuk berpeluh adalah dengan bersukan. Jika selepas pulang dari kerja anda rasa penat dan malas untuk keluar bersukan pastikan patner anda membakar semangat dengan cara memberi tahu yang dia baru sahaja menghabiskan 50 minit dengan ber-jogging. Sila abaikan perasaan penat dan malas akibat dari banyak kerja di tempat kerja. Kalau anda dapat terus bertahan dengan keluar bersukan selepas pulang bekerja dalam masa 2 minggu pasti stamina anda akan bertambah dan rasa penat dan letih akan hilang. Jika perkara ini dijadikan amalan mesti anda akan rasa bersalah jika tidak bersukan. Jika tak percaya cuba ikut yang tertulis di entri ini. Mesti ada yang terfikir, teruklah kerana kalau diet kita sudah tidak dapat makan makanan yang sedap² lagi. Jangan risau dalam setahun kita ada 365 hari dan kita masih boleh makan apa saja yang kita teringin hendak makan. Caranya amat mudah, dalam seminggu anda dan patner perlu wujudkan satu hari iaitu "hari pengampunan" dan satu hari lagi adalah "hari penebusan". Hari pengampunan adalah hari dimana kedua² kamu dibenarkan untuk makan satu hidangan yang benar² kamu hendak makan. contohnya sepinggan nasi ayam ke, beef steak ke, tak kisahlah apa pun yang rasa teringin hendak makan anda boleh makan pada hari pengampunan ini, tetapi ingat, bukan sepanjang hari boleh makan banyak. Keesokan harinya pula anda perlu wujudkan hari penebusan pula dimana harus keluar untuk membakar semula lemak yang ada dengan cara bersukan.

Setakat ini saja yang dapat dikongsi pada kali ini, untuk next entri aku akan cerita pasal makanan² yang sepatutnya dimakan ketika menjalani proses diet ini.
Semoga berjaya..!!! GAMBATE !!

(aku dah rasa seperti seorang host untuk rancangan kesihatan dekat tv pula)
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law