Friday 28 August 2009

nieuwsgierigheid

Kebahagiaan letaknya pada kesempurnaan paras rupa serta limpahan harta juga ketinggian darjat serta pangkatnya..

Siapa setuju??

Masakan emak

Jika hendak nampak bergaya dihari raya sila tiru macam saya.

Thursday 27 August 2009

Mari mencuba..

Siapa ingin rasa berat badannya turun sedikit dari hari² dan waktu² lain, silalah ambil scale dan timbang pada waktu satu jam sebelum berbuka puasa dan pastikan anda puasa pada hari tersebut. saya telah cuba, memang memberansangkan..so apa lagi??

Selamat mencuba.

Khas buat Asma Aris.



Tiada kata² yang mampu digambarkan melalui bait² lirik ini. Just keep smiling..

Tuesday 25 August 2009

Teks ringkas berbentuk hati.

Jika setiap kali anda mendapat teks ringkas di telefon bimbit dari teman lelaki anda yang berbunyi

"I Love u so much sayang.."

Anda tersenyum, tetapi sejauh mana anda percaya dan pasti yang teks ringkas itu untuk anda dan bukannya untuk perempuan lain kerana tiada nama pada teks ringkas tersebut.

Memang mudah untuk berkata-kata.

Petang tadi di dalam perut pejabat, aku didatangi oleh seorang rakan yang secara kebetulan melewati ruang bosan.Dalam keadaan yang agak sugul serta kening bercantum dan dahi berkerut menceritakan perihal hari perayaan, gula disorok sebab nak naik harga, tak termasuk barang² lain seperti ayam mahupun cili merah dan banyak lagi. Gaji saja yang tak naik². Lalu bertanya kepada aku apa yang sepatutnya dilakukan.

Aku berkata "Ala...gula dorang nak sorok, biar jelah, kita tak payah susah² buat kuih raya , orang datang rumah bagi kerepek atau buah²an dah lah..apa nak pening² lagipun gula tak bagus untuk kesihatan, silent killer..."

"Wah senangnye kau jawab, nanti dah kahwin ada family kau tau lah sendiri.." Balas dia semula..

"huhuhu.."

Monday 24 August 2009

Run with wings of feathers and glue.

Tengahari yang sempurna, masing² duduk diam sambil memberi fokus didepan skrin. Aku menahan rasa untuk tidur juga menahan rasa sengsara. Bosan kerana tiada bahan jenaka lalu menyeluk poket mengeluarkan telefon bimbit sambil tersenyum menekan butang² nombor dengan menulis "Raihan nasi kandar :)" dan klik 'send to many'dan masukkan semula telefon bimbit kedalam poket. Sejam berlalu mata semakin berat dan tiada sebarang bunyi keluar dari telefon bimbit aku. Kemudian membuat teori sendiri.

Rupa²nya masing² sedang sibuk merehatkan syaitan. Huh!!

Saturday 22 August 2009

Masa tidak mencemburui kita tetapi memang saja nak sabotaj kita.

Jam didinding sangat perlahan berpusing, melihat manusia² semua terkulai layu diatas meja. Aku?? tanpa American eagle dan a cup of nescafe or black gold coffee benar² rasa hampir kepada kematian.

Selamat berpuasa semua..!!

Thursday 20 August 2009

Damn!! #2

Sudah menjadi kebiasaan, sudah menjadi satu habitat, sudah meresap masuk sebagai satu budaya, apa saja kejayaan, apa saja kemenangan, apa saja kesempurnaan ianya harus diraikan. jika orang² dibarat memang berbotol² champange akan diletupkan. Cheers!!, memang berduyun² gelas akan disatukan dalam pelanggaran. Minum dan terus minum, mabuk atau terhoyong hayang itu belakang kira. Tetapi masyarakat kita disini amat terkenal dengan nilai² ketimuran, kita tidak buka champange, wine,vodka mahu pun Thai sung beer untuk meraikan segala kemenangan. Selalunya kita akan buat majlis makan², buffet, bbq, duduk bersila, makan berdiri, sambil gelak juga ketawa, dan bagi aku sejak dari minggu lepas terlalu banyak majlis makan² yang rasmi ataupun tidak harus aku hadiri demi untuk meraikan beberapa kejayaan, demi untuk menghargai erti nilai persahabatan juga demi untuk mengingati mereka² yang telah pergi. Tidak mampu kawal, tidak mampu mengelak. Makan dan terus makan. Makan lagi dan terus makan lagi.

Damn!! aku perlu keluar ber-jogging, serious damn shit!! aku kena jogging.

Damn!! #1

Sejak beberapa minggu lepas, aku sangat takut dengan bayang² sendiri, hari² fikir untuk mencari jalan penyelesaian. Yes tiada jalan mudah untuk jadi mudah. Aku keep working, cari pekerjaan, bekerja dan dikerjakan dengan cara yang terhormat. Jalan sentiasa ada dimana², cuma terpulang pada kita untuk pilih jalan yang mana paling sesuai untuk kita. risiko?? mana² pun ada walaupun waktu kita sedang tidur. Aku tebalkan muka, ringankan tulang, luaskan fikiran. Kerja dan terus bekerja, job demi job aku tempuh, sibuk dan terlalu sibuk tanpa peduli orang lain. Hasilnya?? aku berjaya kurangkan segala beban dikepala, aku berjaya membuatkan nafas semakin lega. Tapi akibatnya?? kehidupan tidak terurus, bangun tidur tidak tersusun, badan pula susah untuk kurus..

Damn!! aku dah lama tak keluar ber-jogging..

Monday 17 August 2009

Friday 14 August 2009

Untuk terus hidup

Untuk terus hidup didalam dunia yang penuh dengan kekejaman pada masa ini, aku perlu serap beberapa idealogi seperti budaya konsumer, feudalisma, kapitalisma juga imperialisma untuk pastikan aku terus bernafas walaupun didalam selaput udara yang sangat kotor juga menjijikkan. Sejak dari bulan lalu juga aku telah berhenti memasukkan entri tentang program menurunkan berat badan kerana aku sarat dengan kepenatan walaupun telah berjanji dengan rakan² untuk berkongsi apa yang patut. Bulan puasa juga semakin hampir. Oleh yang demikian ada satu jalan penyelesaian yang mampu membantu anda semua dari aku. Dont regret untuk email kepada aku dan segala penerangan akan diterangkan melalui email nanti.

Jadikan aku pegawai kesihatan kamu.

Bront Palarae adalah Nasrul suhaimin.

Selepas semua berpenat lelah mencari hala tuju masing² dua hari yang lalu kami berjumpa semula. "guys nite out" perkara yang selalu aku dan lain² buat tetapi telah lama kami tidak lakukan bersama. Kenapa?? tidak perlu tahu. Lalu kami mengambil peluang untuk bergelak ketawa, dengan cara bagaimana?? dengan cara pergi tengok wayang cerita lucu. Yes "filem kita wajah kita", itulah yang dilaungkan oleh Finas dari aku kecil lagi, Jadi kami buat keputusan untuk menonton cerita 'SETEM' arahan Khabir Bhatia, lakonan Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Que haidar, Vanida Imran dan ramai lagi. "filem kita,tidak perlu skrin dan seat yang banyak" itulah kebenaran. Ianya seperti satu perjudian dan kami menang besar. Dalam erti kata yang lain silalah pergi menontonnya, hilangkan rasa sepi, hilangkan rasa kecewa serta duka kerana aku beri 4 bintang dari 3 yang ada.




Monday 10 August 2009

Coretan nama di atas pasir.

Ketika menyerap bunyi ombak ditepi pantai, sambil berjalan bersama pepasir putih, aku berhenti lalu menghirup udara segar pada waktu pagi. Ketika aku mencoret satu nama di atas pasir dengan menggunakan sebatang kayu, aku tersedar, aku terjaga. Telah banyak perkara pahit aku lalui dan kali ini sekelumit gula yang manis sedang meresap kedalam badan. Segala kesilapan yang lalu tidak perlu ditebus tetapi harus belajar untuk tidak mengulanginya lagi. Hidup terlalu indah untuk dilalui walaupun terlalu banyak getir dan petir disekeliling. Termenung dan termanggu seketika sambil angin bayu melibas perlahan² buatkan aku perlu bangun dari segala kemelut yang sedang melanda. Hidup ini juga terlalu indah untuk disia-sia kan. Jadi aku kembali bertahan, cuba untuk teguh berdiri, berjalan, berlari dan kemudiannya cuba untuk terbang tinggi. Mungkin sukar untuk difahami, tetapi tidak mengapa. yang pasti aku sedang membuat anjakan, hesotan juga geseran dari perkara² yang banyak silap kepada yang lebih bermakna.

Friday 7 August 2009

Mencari hala tuju.

Aku rasa seperti akan berhenti dari menjadi penulis blog dan juga pegawai perancang untuk syarikat penrbangan gergasi negara, sebaliknya akan menjadi tukang masak untuk anda semua.










Monday 3 August 2009

Red roses berwarna hijau

Dulu..beberapa tahun yang lalu selepas mendengar lagu² dari band dibawah melalui kaset yang dibeli, aku terus terasa hendak buat band sama seperti mereka. Adakah aku sama seperti band budak² indie sekarang yang baru tengok HUJAN dengan MEET UNCLE HUSSAIN serta BUNKFACE naik lalu mereka pun nak buat band, letak nama band pula konon²nya 'cool' tapi tak kena lansung, tune gitar pun tak reti, lagu² macam sampah saja. Walaubagaimanpun lagu² mereka sering diputarkan oleh syarikat radio FM yang konon²nya mengangkat tinggi muzik indie.

"Eh indie tu muzik ke??"

Aku tahu, aku juga mengerti yang aku tidak sehebat George Clooney.

Pagi ini, pagi yang cukup kelabu, mendung serta berangin menemani aku untuk sampai ketempat kerja, aku senang dan aku tenang. Selepas makan sebiji epal hijau serta mengirup kopi sebelum sampai ketempat kerja membuatkan hati aku lebih girang dan terang. Hari isnin aku tidak sama seperti hari isnin orang lain. Hari isnin aku adalah hari yang penuh dengan ukiran senyuman. Berjalan seorang diri sambil menyalakan api untuk rokok benar² buat aku sama seperti seorang George Clooney. Dalam setiap langkah yang penuh dengan keyakinan aku terus mara ke perut pejabat dengan harapan aku akan buat yang terbaik untuk hari ini. Hari yang tenang benar² 'make my day'. Selepas duduk sambil menghadap pc lalu membuka email. aku terbaca beberapa teks yang baru sampai kedalam peti surat. Damn!! banyak hentakan, banyak tamparan juga sepak terajang. Aku benar² terkejut, kenapalah ramai sangat orang suka cari masalah dengan orang lain yang selalu bantu mereka. Thats it!!. Seperti yang telah dirancang aku benar² perlukan escapade. Aku benar² perlu jauh dari mereka semua.

Kisah lalu menjelma semula.

Cerita dan kisah ini berlaku pada sekitar 3 atau 4 bulan lalu di sebuah meja makan, kelihatan 7 atau 8 orang pemuda sedang kusyuk makan dan minum. Sementara itu aku dan beberapa manusia lain dimeja berhampiran dengan mereka telah pun lama menghabiskan makanan kami, sambil menyedut asap rokok dan menghirup air² bergula didalam kepanasan malam kami terdengar perbincangan 7 ataupun 8 orang rakan tadi, dimana salah seorang dari mereka sedang menyampaikan hujah² bermakna. Kami terdegar cebisan² cerita tentang hadis, Al-Quran, kisah² nabi. Aku toleh dan lihat susuk tubuh mana yang asyik dan bersemngat bercerita, oh rupanya seorang pemuda yang berjanggut jarang serta memakai kopiah dikepala dan sedang memegang garfu dan sudu kerana sedang menikmati rezeki yang terhidang. Sementara yang lain terlopong mendengar hujah²nya. Semakin lama semakin kuat dan terang hujah²nya tentang agama islam, aku dan yang lain tak ambil kisah pun walau suaranya agak lantang dan mampu memecahkan ketenangan orang lain. Kami juga Islam dan kami paham tentang hujah²nya. Cuma aku pelik dalam islam melarang kita bercakap sambil makan.

"Kenapalah mamat tu tak makan sampai habis baru sambung cite, dia pakai mazhab mane plak ni?"
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law