Sunday 24 January 2010

0958 am

Kadang² kita akan nampak banyak warna melalui warna hitam.

Saturday 23 January 2010

Sambil memetik gitar.

Dan aku masih lagi rock...

Circle of trust.

Hari demi hari, detik demi detik, rintik juga demi rintik aku lalui hidup aku dengan penuh tragis juga tragedi, aku pernah kesal dengan setiap perkara yang berlaku dan kadang² aku juga tidak mahu toleh kebelakang untuk menyesal. Tapi siapa kita yang mampu memadam segala memori yang telah dilalui didalam kepala. Kata orang, hidup ini terlalu indah untuk dilalui dan aku cuba serap segala kata² manis dari mereka dan setiap kali ada rakan² yang datang menangis² meronta², aku juga akan serapkan kepada mereka yang hidup ini terlalu indah untuk dilalui walaupun aku sendiri tidak pasti dengan harapan ianya jadi kenyataan. Semuanya silih berganti, walaupun aku masih kekal berdiri sendiri. Ianya tidak semudah yang disangka dan kadang² memang kita lansung tidak menyangka dan itulah keajaiban yang sedang aku lalui. Dalam keadaan aku menyangkal segala teori serta persepsi lama kelamaan aku nampak sendiri, aku rasa sendiri. Yes... aku sedang dilamun cinta, cinta yang aku dapat dari seorang gadis luhur murni (gambar dibawah) dan ianya bukan sekadar mimpi. Jika tiada halangan, hujung May ini aku akan ambil dia untuk bersama² lalui hidup yang indah. Semoga semuanya jadi kenyataan.

Terima kasih Asma Bt. Mohammad Aris,
I LOVE YOU SO MUCH..



Sedang menyerap lagu Hoppipola dari SIGUR ROS.

Monday 18 January 2010

Je suis de retour.

Yes.. aku kembali normal and will start making a beautiful songs..

Drama minggu lalu.

Sambil semua yang ada sedang duduk dan minum² di atas meja bulat, sambil aku cuba membelek nota² yang ada, sambil cuba fahamkan dalam keadaan yang sangat tenang, tapi sebenarnya aku sedang tipu diri aku sendiri. Tidak ada satu pun nota yang aku baca masuk dan terpahat didalam kepala. Cuma untuk tunjuk pada manusia² lain disekeliling yang aku sama macam mereka, iaitu fokus kepada setiap apa yang diajar dan aku percaya, rakan² pun sama.

"Pening kepala aku, semua yang dia ajar satu pun tak masuk kepala..tak gune betul.." Dengus Nazry.

"Tulah kan..susah lah.." Cantas Ikhwan.

"Kat sini memang susah gile subjek die, berserabut dah ni.." Jelas Amin.

"Ada dua benda je yang senang gile kat sini.." Jawab aku.

"Apa dia??" tanya Amin.

"Cukup time, makanan sampai and kite makan, rase nak minum tekan je kat situ, semua jenis air ade...sejuk, panas semua ada..senang kan..??" Jawab aku sambil tunding jri kearah mesin air automatik.

"A'aah la..sambil pejam mata pun boleh tekan and air keluar.." Jelas Nazry.

Tuesday 12 January 2010

Plot tentang aku.

2010 sama seperti orang lain tapi tidak sama seperti aku. Jika tahun² yang lalu aku hanya mampu terkulai layu, tapi tahun ini aku ingin cuba sesuatu yang baru. Sejak dari minggu pertama tahun baru memang aku sesak dengan segala macam konflik, kertas kerja, hiruk pikuk manusia yang masih lagi tidak kenal erti kejayaan dan segala macam rencah kehidupan. Yes!! aku sangat penat, tidur tidak cukup, tenaga tidak teguh cuma selera makan masih utuh. Bila ditanya apa yang lain pada 2010 pada pandangan mata kasar aku tentang diri aku sendiri, jawapannya adalah aku masih lagi sama seperti dulu, try and error masih lagi jadi rakan karib aku, cuma pada tahun ini satu perkara paling berani aku cuba buat adalah sambung belajar dan pada masa yang sama terus bekerja. Yes.. today is my first day in class, memang kekok, memang terkejut, memang kelam kabut. Tapi aku macam biasa berlagak seperti cool dan hari ini adalah hari dimana rokok aku paling cepat habis dari hari² lain. Pertama adalah sebab subjek yang sedang aku belajar agak baru pada aku lalu buatkan aku jadi tertekan dan kedua adalah kerana untuk elak dari mengantuk didalam kelas, yang ketiga dan keempat, sila 'refer' nombor dua. Yes..!! untuk jadi seorang pakar x-ray bukanlah mudah lebih² lagi jika yang aku hendak x-ray bukan manusia tetapi sebaliknya seketul besar besi yang boleh terbang berbelas² jam lamanya iaitu kapal terbang. Anyway minggu ini adalah fasa pertama dan bagi aku fasa paling penting tentang hala tuju cita² aku, berjaya atau tidak, aku sendiri pun tak pasti cuma satu perkara paling gembira bila aku mula belajar hari ini ialah.

Ada mesin automatik untuk kopi di tempat rehat dan ianya percuma, 'just press the button' dan anda dapat menikmati aroma kopi terbaik.

Thursday 7 January 2010

Black metal, diversion tactic dan gereja.

Lepas semua orang sibuk bincang tentang hal gula. Kemudian kita pening dan keliru tentang penggunaan nama Allah di gereja. Ada yang cakap tak mengapa, ada yang cakap tidak boleh walaupun semua sedia maklum yang Allah cipta alam semesta dan semua makhluk dalam dunia ni. Tak lama lepas tu, ada akhbar tabloid harian membuat cerita tentang 'Black metal' tanpa perlu buat kajian dan aku tersenyum sinis bila band DEVIL WEARS PARADA di label sebagai black metal dimana penulis tabloid itu lansung tidak fikir dimana 'diversion tactic' sudah tidak relevan lagi dizaman kemajuan teknologi internet, siapa nak tahu pasal band DEVIL WEARS PRADA 'just' boleh google saja dan akan dapat informasi penuh tentang band tersebut dan bila ada yang hendak bercerita dengan aku tentang isu black metal aku jawab dengan senyuman sinis.

"Apelah metro, adeke die cakap DEVIL WEARS PRADA black metal, tak sekolah ke..??" Terang Fili kepada semua.

dengan senyuman aku cantas "Jangan risau, satu hari nanti MU pun dorang akan cakap black metal or puja setan.."

"Eh kenape pulak..jangan bikin panas dengan team bola aku.." Tanya Fili lagi.

sambil sedut asap kedalam rongga aku jawab "Yelah..kan MU korang panggil 'red devil', so kau tunggu jelah nanti metro tulis artikel pasal 'red devil' tu puja setan.."

"Ahahaha..kau rase² bile??" Tanya fili lagi.

Sambil hembus asap keluar dari mulut "Bila ada cerita panas yang melibatkan politician lah.."

"Gile lah..."

Harga gula.

Kecoh, riuh rendah, huru-hara, lintang pukang, bising-bising. Semua sibuk memperkatakan, semua juga sibut buat teori sendiri dan bila ada yang tanya aku, buat pertama kalinya aku jawab mengikut iklan di TV.

"kau rasa patut ke dorang naikkan harga gula...susah la semue bende nak naik skang ni.." Tanya Nazry.

dan aku jawab dengan yakin "Biarlah..kurangkan manisan, banyakkan senyuman.."

"Adoi..."

Wednesday 6 January 2010

Burger steam

Seperti yang aku pernah ceritakan, segala macam R&D telah dibuat dan akhirnya Azuan dan rakan² berjaya mengeluarkan satu produk baru, terlalu susah aku nak terangkan secara terperinci cuma apa yang pasti makanan ini sangat sihat. Sila lihat gambar dibawah..











© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law