Wednesday 31 March 2010

Every moment, Love begins.

Dua hari yang lalu aku diajak oleh Super gf aku ke satu tempat lepak di sekitar Kelana Jaya untuk berjumpa dengan dua orang rakannya. Selain dari 'chill' dan 'lepak' kami dipertontonkan dengan beberapa buah filem pendek karya pemuda dan pemudi tempatan dari ASWARA, FILEMINDA juga beberapa produksi lain, sambil duduk bersila dan kadang² melunjur juga sambil menghirup asap² rokok serta kemanisan air kopi tiruan aku menonton hasil karya mereka, hasil final project mereka juga hasil luahan perasaan mereka. Rata² hasil kerja mereka banyak dihasilkan dengan cara mereka sendiri juga dengan cara cuba lari dari lumrah biasa filem² melayu tipikal. Aku tak mampu julang mereka tinggi² kerana tangga mereka masih tidak sempurna tetapi sekalung tahniah untuk mereka. Bila cerita tentang filem aku memang gemar pada filem² yang banyak membawa nilai² murni sesebuah budaya ataupun cara hidup sesebuah masyarakat, dalam erti kata yang lain ianya mampu menjadi sumber pendidikan kepada sesiapa yang menontonya, lalu aku teringat kepada sebuah filem yang pernah diceritakan kepada aku oleh seorang rakan iaitu 'Paris, je t'aime' ianya mengisahkan tentang setiap detik yang berlaku dalam satu masa yang sama tetapi dengan cerita yang berbeza dan kata kuncinya adalah cinta dan ianya berlaku di sekitar bandar Paris. Aku tidak mahu bercerita tentang cinta ataupun betapa mat romea nya sesiapa yang menonton filem tersebut, aku cuma ingin beritahu betapa sempurnanya mereka mencipta filem tersebut. 'Paris, je t'aime' diarahkan oleh beberapa pengarah seperti Olivier Assayas. Frédéric Auburtin, Gurinder Chadha, Vincenzo Natali dan banyak lagi pengarah² yang berbakat juga dilakonkan leh ramai pelakon² hebat. Beberapa tahun selepas itu wujud pula 'New York, I Love You', sebuah filem yang konsepnya sama tapi mengenengahkan pengarah² juga pelakon² yang berbeza. Tetapi sangat sempurna hasil kerjanya, dan buat masa sekarang apa yang aku tahu mereka sedang siapkan 'Shanghai, I Love You' dimana bakal dikeluarkan pada tahun 2011. Aku percaya pasti ramai yang akan jatuh cinta pada filem cinta ini. tontonlah segera.

Ada sesiapa ingin buat filem 'Kuala Lumpur, aku cinta padamu'..?


Sekadar gambar hiasan.

Perkara malam tadi untuk hari esok.

Malam tadi dalam suasana hujan renyai, jalan basah sambil disinari dengan cahaya neon berwarna jingga dari tepi jalan. Aku bersama jentera pemusnah mengahuri dalam keadaan tenang dan senang sambil menghayati juga menyanyi lagu "Stop cyring your heart out" dari OASIS dari corong kotak speaker. Keadaan hujan renyai pada malam hari sambil memandu serta mendengar lalakan dari Liam Gallaher adalah satu perkara paling sempurna untuk aku, biarpun banyak duri tajam sedang berselirat juga tumbuh mekar didalam kepala aku. Kadang² kita perlu ubah perhatian juga alih tumpuan, jangan terlalu dipukau dengan segala macam racun yang memang tidak akan berhenti dari menjahanamkan hidup kita. Aku benci bila aku marah², aku benci bila aku penuh dengan tekanan, aku benci bila terlalu fikir tentang kedaifan juga kesengsaraan.

Damn..!! dunia ini memang tidak sesuai untuk aku, mana pergi dunia aku sendiri..?

Tuesday 30 March 2010

Ini kisah tentang metafora.

Aku sedang sangat sakit, sedang sangat demam, sedang sangat seperti disengat oleh bisa-bisa kejam, sedang sangat dicucuk oleh duri-duri seram. Lihat video dibawah dan aku tanya pada diri aku sendiri..

"kenapa dulu aku tak nak dengar lagu² mereka..."



Monday 29 March 2010

We love us.

Seperti yang semua sedia maklum, aku sangat sanggup mati untuk muzik, tidak kira apa jenis muzik aku akan cuba kupas satu persatu², begitu juga dengan super gf aku, kami mula² kenal diantara satu sama lain pun diatas subjek yang sama iaitu muzik, mula² bersua muka juga bersinar² mata bercerita tentang muzik dan aku dapat 2 kepind cd dari super gf aku sewaktu kali pertama kami berjumpa. Muzik adalah nadi kepada perhubungan aku dan dia selain dari 'buku' mahupun 'movie' yang hanya bertindak sebagai darah dan daging saja kepada kami. Jadi sempena dengan 'our big day' kami akan keluarkan sebuah cd kompilasi khas dan istimewa kepada rakan² kami dimana setiap lagu²nya akan dipilih oleh aku dan super gf aku. Maka jika ingin jadi sebahagian dari apa yang selalu bermain didalam kepala aku dan dia tentang muzik, pastikan cd kompilasi tersebut menjadi milik anda.


Sekadar gambar hiasan

Miracle between us.

Sejak dari 2 bulan yang lalu, setiap kali aku menyampaikan pesan dengan menggunakan teks pesanan ringkas di telefon bimbit, pesan secara depan² diantara kawan² aku mahupun dengan bersembang didalam kotak 'Yahoo messenger' tentang aku hendak kahwin, beginilah jawapan² yang aku selalu terima dari mereka..

"What??? are u sure...??"

"Mane janji² kau dekat aku.."

"I tout u ni lone ranger...tak sangke plak.."

"bukan kau cakap kau nak bujang same² dengan aku sampai tua ke..? kencing lah!!"

"Muke kau nak kena toreh dengan pisau ke??"

"Ape ni..mane cerite life begin at 40 kau...??"

"Serius ke kau ni..?? ke kau main²...??"

"u GAME OVER man..!!"

"eh, kite bukan gay patner ke..?"

"Sial lah kau dah potong aku...mane boleh mcm ni.."

dan banyak lagi kata² yang lebih kurang sama bunyi seperti diatas, tapi ada juga yang menangis gembira, ada juga yang memanjatkan doa tanda syukur, ada juga sudah mula berkenalan dengan mana² gadis yag mereka suka walaupun pada dasarnya aku tak pernah lihat mereka berlembut dengan perempuan dan yang paling lucu adalah, ada diantara orang² yang mengeluarkan kata² cemuhan di atas hantar teks ringkas pula pada aku dengan menyatakan yang dia mahu berkahwin tak lama selepas aku kahwin, ada juga yang akan kahwin sama tarikh dengan aku.

Miracle kan..??

Sunday 28 March 2010

Hati aku bukan kristal.

Seperti yang semua sedia maklum, kopi dan teh adalah satu makna yang sama pada waktu pagi hari. Hirup panas², sedut segala buih dan nikmati segala nikmat pada permulaan hari. Ia benar² langkah pertama untuk mulakan hari kita. Sama juga diantara aku dan super gf aku. Dia gemarkan teh, Aku pula suka minum kopi, dua perkara yang sama untuk setiap detik yang berbeza. Gula pula bertindak selaku penambah perisa untuk kenikmatan aromanya. Tetapi jika terlalu banyak ia mampu memudaratkan kita, begitu juga bagi aku dan dia, jika terlalu banyak kemanisan didalam sebuah kehidupan ini bermakna kita sedang tutup atau sembunyikan segala kekalutan serta kekecewaan juga kebencian. Aku tidak akan cuba sorokkan segala persoalan, aku akan cuba untuk tidak simpan segala jawapan sebaliknya lalui segala yang berlalu dengan apa yang sepatutnya, jika ianya cerita gembira maka aku akan ketawa, jika ianya kisah duka maka aku akan kecewa. begitulah konsep yang aku sedang terapkan dan serapkan didalam hidup aku dan dia. Kata kuncinya sangat mudah, iaitu kejujuran.

Kenapa tiba-tiba aku post entri sebegini??

Jawapannya adalah

"kejujuran itu memang ciri-ciri orang yang cool.."

Sunday 21 March 2010

Antara anekdot dan prolog.

To live in this cruel world, aku selalu cakap pada diri sendiri

"We dont know what would happened next.."

Tapi aku juga selalu bisik pada diri aku sendiri

"but always cool with it.."

Jadi, teruskan perjalanan.

Harde en zachte martial art techniek.

Tai Chi, adalah salah satu sukan seni mempertahakan diri yang datangnya dari China dan wujud sejak abad ke15 lagi, ianya lebih popular dengan sebutan "Tai Chi Chuan". Teknik nya jauh lebih berbeza dari mana² jenis seni mempertahankan diri, dengan setiap pergerakan yang perlahan, dengan setiap penolakan angin pernafasan, kaki dan tangan juga daya ketahanan. Seni Tai Chi memang terlalu sukar untuk didalami segala unsur² serta nilai² nya. Jika di Malaysia tidak kira pagi atau petang selalunya kita akan terlihat dikawasan² taman perumahan, dalam dewan mahupun di padang² rata sekumpulan atau sekawan orang² yang agak berusia melakukan pergerakan tarik dan tolak. Mereka bersenam untuk menyihatkan badan dengan cara ber- Tai Chi, aku lansung tidak tahu tentang segala aspek seni mempertahankan diri Tai Chi ni, cuma selalu ternampak dari jauh mereka mengamalkan senaman tersebut. Selain dari itu seni Tai Chi yang telah dikuasi oleh banyak generasi dan keluarga di China sejak beratus² dahulu memang merupakan satu senaman yang paling sihat, cuma sukan Tai chi ini kurang digemari oleh golongan² muda, mungkin terlalu perlahan dan nampak tidak 'cool' bagi mereka.

Tetapi sebenarnya seni Tai Chi ini iaitu seni tarik dan tolak secara perlahan amat popular dikalangan manusia² di tempat kerja aku. Seni ini sangat selalu digunakan oleh manusia² yang agak berpangkat juga kurang berpangkat tetapi lapar untuk mendapat pangkat. Caranya mudah, dapatkan satu kerja atau cipta satu kerja dan beritahu pada 'big boss' yang lebih berpangkat dimana mereka akan dapat selesaikan atau siapkan segala kerja yang ada dengan gaya seperti seorang 'super hero' tetapi dengan cara seperti seni Tai Chi mereka akan tolak kerja itu pada orang bawahan untuk disiapkan dan bila semuanya sempurna mereka akan tarik semula dengan gaya seni Tai Chi dan akan beri tahu pada 'big boss' yang semuanya selesai dengan suksesnya. Lalu 'big boss' akan cakap

"Good...u've done an excellent job"

Jika faham tentang apa yang aku cuba sampaikan, hari Isnin sila lihat adakah budaya seni 'Tai Chi' ini sudah berleluasa disekitar kawasan kerja anda, kolej anda, sekolah anda mahupun kawasan perumahan anda. Jika ada, maknanya aku tidak bersendirian.

Sunday 14 March 2010

Semalam dan hari ini memang sangat jauh berbeza.

Semalam, seharian aku duduk dirumah, kemas dan terus mengemas didalam bilik, segala macam habuk dan sawang beralun gembira, segala macam sampah berselerak sempurna dan segala macam memori dan kenangan juga terkeluar semula. Aku sangat tersentuh bila buka almari kecil dan terjumpa dibahagian paling bawah, tersergam malu bersama² rasa gundah dan kecewa, iaitu mesin taip berwarna putih, aku masih ingat bagaimana ketika aku berumur 13 tahun dan aku minta ibu aku wang untuk membelinya. Hajat dihati ingin mula tulis cerita pendek, ingin mula karangkan kisah² pelik juga ingin gubah segala macam rasa sakit, aku juga ada simpan impian untuk jadi seperti Usman Awang, jadi seperti Sabar borhari, jadi seperi Hamzah Fansuri, jadi seperti Paulo Coelho, jadi seperti siapa saja yang mampu tongkat dunia dengan hanya menulis. Tapi malang ketika itu aku mudah lupa, aku mudah kecewa juga mudah putus asa. Aku ambil dan simpan semula mesin taip berwarna putih dan biarkan dia duduk menangis dalam keadaan kecewa.
Hari ini setelah aku mula menulis blog ramai angkat dan paksa aku untuk menulis, buat sesuatu untuk semua. Aku bersemangat, aku membara-bara dan aku jadi lebih bernafsu bila lihat mesin taip warna putih semalam.

Tapi hari ini aku kembali pada keadaan asal dan berkata

"Orang melayu memang malas kan...?"


Sedang serap In These Arms dari THE SWELL SEASON

Pagi ahad tidak sama seperti pagi jumaat.

Pagi Ahad, aku agak lain dari orang lain hari ini, jika dulu ketika semua orang tidur lena aku akan bangun mandi pergi kerja seperti android, kena kopi kemudiannya serap American eagle dan hembus keluar sambil tengok pokok², langit, jalan, rumput dan karbon dioksida. Tapi pagi ini ketika ramai yang masih tidur lena aku bangun walaupun malas, tapi bukan ke tempat kerja cuma hirup udara segar sambil tengok langit,jalan dan rumput sambil berlari mendaki bukit. Tujuan utama hanya satu, iaitu basahkan baju dan seluar dengan keringat dan peluh. Yes.. hati semakin tenang bila pulang berlari dan dengar lagu dibawah.

Ianya lagu untuk kita semua.

Friday 12 March 2010

Dunia aku sedang penuh dengan racun dan aku harus lari.

Kadang - kadang aku rasa seperti ingin lupakan tentang bulatan yag aku cipta, tentang dunia aku. tentang manusia² disekeliling. Aku hanya ingin lari jauh, jauh sejauhnya tinggalkan semua kecuali super gf aku lalu memulakan nafas baru dengan atmosfera baru, plot serta metafora baru juga orang² baru yang kurang tahu tentang aku yang tidak kupas segala²nya mengenai aku serta tidak ingin tahu apa² tentang aku. Yes, aku rasa seperti ingin buat buku baru baru, jilid baru juga muka surat baru. Tapi dimana aku harus pergi??

Berlin..?? Cape town?? Lautan atlantik?? bulan..?? bintang..?? matahari..??

atau duduk diam saja didalam bilik.

Aku tidak akan mula tulis skrip.

Bila aku tonton filem NINE arahan Rob Marshall yang mengisahkan tentang Guido Contini lakonan Daniel Day-Lewis selaku lelaki Itali juga sebagai pengarah filem yang terkenal di Itali berusaha keras mencari idea untuk mengarah sebuah filem dimana dia lansung tidak berjaya untuk membuat skrip untuk filem terbarunya sedangkan pihak penerbitnya telah pun membuat kenyataan rasmi tentang filem terbarunya. Pelbagai konflik yang terpaksa dilaluinya dan pada masa yang sama memerah otak untuk mencari idea untuk jalan cerita filemnya sedangkan semua tenaga kerja telah pun siap sepenuhnya untuk menjalankan pengambaran. Secara tak sengaja aku teringat berpuluh-puluh tahun aku hidup, seperti orang² lain aku juga punya zaman atau time frame yang bila aku fikir balik nanti memang akan buat aku tergelak atau menangis. Seperti biasa semue orang ingin orang lain nampak mereka sewaktu muda sangat² 'alive' for their life, 'wild' with their rules dan 'kental' with their roots. Aku pun tidak terkecuali, cuma mungkin ada beberapa perkara aku buang dan tidak ikut kerana tidak gemar dengan cara begitu tapi apa yang pasti aku cuba tulis skrip untuk diri aku sendiri dan kesudahannya memang apa yang aku cuba gapai terus terbang jauh dan apa yang sedang aku pegang biar erat macamana pun pasti akan terlerai juga. Kita memang tidak tahu apa yang sedang berlaku dan bakal berlaku dan apa yang pernah berlaku pun tidak mustahil akan berulang kembali. Cuma kadang² aku kesian bila melihat orang lain yang cuba sedaya upaya buat skrip untuk diri sendiri tapi akhirnya gagal juga.

Dan aku rasa sejak dari itu biarlah aku simpan jalan cerita aku didalam kepala dan mula tulis skrip tentang diri aku bila ianya sudah selesai berlalu tinggalkan aku.

Dari nota kepada nota.








Memang melayang-layang bila buka dan baca tentangnya sambil serap alunan dari MEW - Comforting Sound.

Monday 8 March 2010

Jika soalan kau tiada persoalan tentang aku.

Dalam keadaan aku sedang baru lepas meneguk air sambil bermain dengan tetikus pada tangan kanan serta mata memberi fokus pada kotak skrin monitor juga perut sedang menahan lapar, tiba² datang seorang rakan mengadu.

"Eh, aku susah betul nak bangun tidur every morning la.." Jelas dia.

Aku dengan muka tenang "Biasalah, aku pun sama.."

"Macam mana nak buat ye..kau ade idea.." Tanya dia lagi.

Aku terus toleh kemuka nya dan beritahu "Kau penah dengar tak orang tua² ajar macam mana nak bangun on time.."

"Ajar yang mane satu ha.." Dia mencantas.

Aku jawab "Ala, yang before nak tidur tu kau tepuk bantal kau ikut pukul berape kau nak bangun, kalau nak bangun pukul 7 ketuklah tujuh kali kemudian tidur, kalau nak bangun pukul 12 kau ketuklah 12 kali.."

"Oh..yeke?? macam menarik je..serius aku tak pernah tahu weh.." Jawab dia.

Dalam keadaan muka yang bernafsu aku jawab " Malam ni before nak tidur kau try tepuk.."

"Eh tapi kalau dah biase tepuk and tibe² aku terlupa dan tak tepuk macamane.." Tanya dia lagi..

Aku berhenti senyum "Kalau lepas tu kau tak tepuk, maknanya kau dah tak bangun² dah..kire kau bangun dekat alam lain lah pulak nanti..."

"Hishhhh...agak² la kau ni..." Dia.

"Kah..kah..kah"

Kadang-kadang aku pun tak peduli.

Hari ini hari isnin, seperti biasa memang sangat perit bagi semua untuk mulakan hari. Aku pun sama pagi tadi, tetapi segala²nya berubah bila Ayu selaku assitant kepada Laywer Fatimah Yoong baru beri 'update' tentang proses untuk segala dokumentasi sedang rancak dijalankan, maka aku sudah mula ukir senyuman dan terus hantar teks ringkas pada super gf, segala urusan pembelian rumah sudah semakin hampir menjadi kenyataan. Ini semua gara² usaha keras super gf aku yang tidak putus² membantu kami mencari rumah dan kemudian membelinya. Kadang² aku memang rasa sangat seperti lelaki dewasa bila berusaha keras memikirkan segala macam perkara didalam kepala walaupun pada luaran orang nampak aku gelak² macam tidak ada apa² yang berlaku, dan aku percaya sejak kebelakangan ini jika ada yang terperasan mungkin akan rasa pelik dengan setiap entri yang aku masukkan, semuanya lebih menjurus kepada cerita tentang aku bersama super gf, cerita tentang bagaimana aku berusaha keras untuk hal² perkahwinan dan hal² kekeluargaan dan kadang² aku rasa blog aku sama seperti blog isteri² yang bekerja dimana mereka sering update blog dengan segala macam rencah tentang kehidupan mereka bersama suami dan anak², cuma yang kurang pada blog aku adalah gambar² yang ditangkap dengan menggunakan telefon bimbit berkamera ketika keluar makan bersama keluarga di mana² restoran multinasional.
Bagi pembaca² yang masih muda remaja mungkin sudah kurang berminat untuk buka dan baca blog aku lagi, kerana mereka rasa aku sudah semakin tua dan kurang cerita tentang apa yang mereka sukakan. Mungkin mereka rasa aku sudah tidak 'wild', sudah tidak 'rebel' mahupun 'radikal' lagi. Tapi aku rasa mereka silap kerana aku masih sama seperti dulu cuma sejak akhir² ini aku agak sibuk dengan segala macam perkara, buku pun sudah lama aku tak buka dan baca walaupun bulan lalu ketika aku melewati premis MPH dan ternampak karya terbaru John Grisham di cermin depan, aku tak mampu berhenti dan belek kerana tidak punya cukup masa, masa untuk bergelak ketawa bersama rakan² juga semakin kurang kerana aku sedang siapkan jalan untuk diri aku dan aku pasti mereka semua faham tentang itu kerana aku rasa seperti sedang mencipta satu arkib untuk semua orang termasuklah diri aku sendiri pada ketika ini. Segala²nya akan dirujuk semula pada blog ini satu hari nanti. Cuma yang pasti aku akan terus bernafas dengan udara yang aku sentiasa hirup, dengan bunyi yang aku sentiasa dengar juga dengan setiap pergerakan yang aku selalu lihat.

Kenapa aku cakap aku masih sama seperti dulu..?? jawapannya aku baru minta kerja separuh masa dekat majalah muzik metal pertama di Malaysia untuk jadi penulis bebas disana, kepada sesiapa yang kenal BROKEN SOCIAL SCENE, super gf aku baru beri tahu yang mereka akan datang ke kota Singa pada Julai ini dan pada mereka yang sanggup mati untuk RADIOHEAD ada beberapa pihak sedang bekerja keras untuk bawa mereka ke Indonesia. Sila kumpul duit dari sekarang.

Jadi aku sama seperti dulu kan???

Jika kasut bijak untuk berkata-kata.

Dialog dengan aku.

Minggu lalu sedang aku duduk diam sambil dihinggapi kedinginan udara dari penghawa dingin serta membelek satu persatu kertas kerja.

"Eh aku nak tanya.." Soal dia.

"Ha..ape dia" Tanya aku semula.

"Apa beza kita dengan Raja dan Agong...??" Tanya dia lagi.

"Oh senang je..kita hidup melarat, kais pagi makan waktu petang, raja hidup mewah dan berpangkat.." Jawab aku.

"aku tau tu, maksud aku macam mana dorang boleh jadi raja dan ada banyak duit.." Tanya dia lagi.

"dulu time sekolah kau ponteng and mandi sungai ke??" Tanya aku.

Plot aku dan dia.

Sedar tidak sedar sejak dari berpuluh hari yang lalu aku bersama dengan super gf berhempas pulas untuk segala macam rintangan dan halangan. Fikir segala kemungkinan dan segala persoalan lalu kami mengambil keputusan untuk hidup bersama, dan terus juga bersama² dengan segala apa yang kami biasa lalui sebelum ini. Perkahwinan, adalah satu kata keramat bagi semua orang dan perkara yang sama juga berlaku pada aku dan super gf, tapi kami act 'cool' saja. Bila bercerita hal majlis kahwin, aku sebenarnya tidak mahu meraikannya pun, Yes.. seorang rocker memang tidak akan 'give a damn.." pun dengan perkara² remeh seperti perkahwinan. Tetapi sebagai seorang melayu yang hidup dikelilingi dengan masyarakat serta komuniti berbudaya juga selaku seorang anak kepada ibu yang tersayang aku memang letak jauh² prinsip rocker dan bila fikir balik tentang pengalaman² yang bakal aku lalui jadi aku cuba untuk sama² memeriahkan keadaan. Cuma sebagai sepasang kekasih atau bakal pengantin yang 'cool' aku dan super gf memang cuba buat majlis perkahwinan kami nampak 'cool', 'simple' dan 'nice', disebabkan kami mempunyai citarasa sendiri lalu kami cuba kurangkan pengunaan tenaga empat kerat ibu bapa kami, saudara mara juga jiran² tetangga, biasalah kalau ikut citarasa mereka memang aku akan rasa seperti bersanding diatas pelangi dengan warna² ceria atau seperti dalam filem² hindustan. Tidak..!! itu bukan kami, lantas aku dan super gf mengambil keputusan untuk menjadi 'project manager' atau 'wedding planner' kepada majlis kami sendiri dan Yes.. ianya memang memenatkan keringat dengan hendak fikir pasal kewangan serta waktu yang semakin hari semakin pantas berlalu, tapi aku enjoy tempuhi segala yang ada dekat depan aku sebagai satu pengalaman baru. Kadang² aku tergelak sendiri fikir, macam mana aku boleh ada dekat kedai² alat perkahwinan, kedai² kain, kedai² bunga telur juga menerjah ke kedai² barang kemas untuk membeli cincin. Fikir pasal warna tema, special gift for guest, wedding cake, catering. canopy dan yang paling kelakar is pemilihan pelamin dan segala macam perkara lagi. Tapi percayalah 'its like a jigsaw puzzle game' dan aku tenang saja bersama super gf. Itu cerita hal majlis kahwin yang memang sampai sekarang pun masih tidak selesai tapi kami berjaya siapkan satu persatu mengikut jadual yang kami telah tetapkan. Itu pun kerana super gf aku sangat² 'well organized' jika tidak mungkin akan terhenti ditengah jalan. Jadi siapa yang nak kahwin carilah bakal isteri yang berkebolehan sama macam super gf aku.

Selain dari kisah majlis perkahwinan ramai yang bertanya pada aku tentang 'Bachelorette party' dan aku hanya mampu jawab.

"Ada sesiapa yang sudi sponsor..??"

Thursday 4 March 2010

Soalan dalam bentuk jawapan.

Foto adalah sangat penting bagi manusia² yang gagal serta tidak mampu menyimpan segala memori dan kenangan didalam kepala mereka secara lisan. Penulisan pula adalah sangat penting bagi manusia² yang gagal serta tidak mampu meluahkannya secara jujur dan ikhlas juga berani melalui kata-kata. Manakala kegagalan pula adalah untuk manusia² yang lansung tidak mahu mencuba.

Jadi.. anda datang dari kelompok manusia yang mana..??

Arkib dari kisah-kisah klasik (part2)









Tuesday 2 March 2010

Apa beza aku dengan William Miller dari filem Almost Famous.

Sebelum kita hendak berjuang memperjuangkan apa yang ingin dijuangkan, kita perlu berfikir paling tidak pun cuba menilai tentang apakah baiknya dan apakah tujuannya sesebuah perjuangan yang kita perjuangkan untuk diri kita, dalam bahasa yang lebih 'standard', apakah objektif sebenar sebuah perjuangan untuk kebaikan kita. Bukan apa, aku antara manusia yang sering membantu ataupun menjadi tulang belakang kepada orang² terdekat untuk setiap perjuangan yang diperjuangkan dan bila telah separuh jalan berlalu, mereka akan tinggalkan aku tanpa khabar dan berita kerana perjuangan mereka tidak memberi apa² makna untuk diri mereka sendiri lalu aku yang terkontang-kanting pikul segala macam beban dikepala. Kepada siapa yang faham apa yang aku tulis memang akan fikir bahawa aku yang silap kerana ikutkan sangat kehendak orang lain. Tapi kepada sesiapa yang baru hendak memulakan satu siri perjuangan lalu membaca entri ini pasti akan berhati² sebelum ingin mengorak langkah seterusnya.

Aku memang rela dan suka diperlakukan sebegini rupa.

Every me and every you.

Selepas duduk menghadap makanan sambil memegan straw aku terus membelek sehelai kertas putih bersaiz A4 dan ada tulisan dalam bentuk cetakan. Aku dekatkan kertas tersebut ke mata lalu memberi fokus dengan membaca setiap butir yang tertera didalamnya. Aku lansung tidak hiraukan manusia² yang lalu lalang mahupun makanan yang masih lagi panas diatas meja. Beberapa saat selepas itu tulisan yang aku nampak adalah PLACEBO live in KL, kemudiannya ada tertulis 'date' 16th March 2010. Aku terus membaca dengan laju baris² seterusnya dan ianya tertulis

"You must provide this confirmation email for your ticket collection"

dan aku terus baca lagi

"Please pick up at the ticket counter at the venue on show date, at least 2 hours prior to show time".

Aku toleh ke kiri dalam keadaan terkejut dan binggung dan yang aku nampak hanyalah satu ukiran senyum serta lirikan mata yang menawan dan aku serap terus kata² yang keluar dari mulutnya. Yes..!! super girlfriend aku belikan tiket untuk kami berdua pergi menonton acara panggung PLACEBO pada 16 haribulan March ni.

Terima kasih to my super girlfriend, and the special words for you is

"I do LOVE you..Every me and every you"
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law