Thursday 29 April 2010

Kertas kerja, printer juga Irish stew.

Jika dulu aku sanggup mati demi kerja yang aku buat, jika dulu aku sanggup tidak peduli atau ambil kisah tentang orang jika aku sibuk bekerja, jika dulu aku tidak kisah pun jika jiwa dan hati aku ditekan dengan pelbagai tekanan ditempat kerja. Tapi hari ini aku lansung tidak bernafsu, lansung hilang pertimbangan untuk uruskan segala kekusutan yang sedang aku lalui ditempat kerja. Ada orang cakap bila kita sudah sampai ke tahap bosan, stress dan terus tertekan dengan kerja yang kita buat, maknanya kita perlu ubah angin dengan cara dapatkan skop kerja baru juga orang² yang baru disekeliling kita. Lalu aku cuba fikir dan cari jalan untuk ubah haluan dan aku rasa jadi seorang tukang masak macam seronok saja.

Ada sesiapa yang ingin offer aku kerja itu..?? kalau boleh di Ireland atau Scotland, sebab sana kurang panas..

Sejauh mana kita mampu hidup bebas.

Bila kita sebut 'Drug free' ianya bukanlah tentang bagaimana untuk dapatkan dadah percuma, tetap adalah bagaimana untuk hidup bebas dari dadah.

Sejauh mana anda faham tentang sebuah kehidupan yang positif..??



Jumaat ini di NOISY STUDIO, AMPANG. Jam 11 malam, EDGE sebuah filem arahan marc Pierschel dan Michael Kirchner bakal ditonton kan disana. Ayuh..!!

Last flower to the hospital.

Sejak dari semalam aku berulang ke SJMC, yes.. Subang jaya medical center atas sebab kesakitan yang aku alami sejak dari minggu lalu (itu cerita lain). Aku memang tidak suka untuk ke klinik apatah lagi ke hospital, dan mujurlah aku kurang kena penyakit yang serius selain dari demam, batuk dan selsema, juga masalah angin didalam perut, itupun aku akan cari jalan sendiri untuk ubati penyakit aku. Tapi kali ini aku memang tak mampu untuk tahan kesakitan dan berjaya untuk dapatkan rawatan lanjut dari doktor pakar. Peristiwa 20 tahun yang lalu benar² menghantui aku apabila aku berada dihospital cuma sekarang hospital sudah sama macam sebuah hotel tapi aku masih tak mampu untuk tipu diri aku. Tahap kebencian aku untuk berada di tempat² yang penuh dengan jururawat, doktor serta pesakit² benar² buat kan aku lemas dan gelisah. Selepas dinoda dua kali berturut², doktor sahkan aku untuk menjalani satu pembedahan kecil pada selasa depan dan impian aku hanya satu.

"Lepas ni aku takkan jejakkan kaki lagi dimana² hospital..aku tak suka tengok rang sakit dan aku tak suka jadi orang sakit.."

Antara plot dan cerita tentang dia #2

Sweedish meat ball, coffee and Daim cake juga Thom Yorke..

Sebagaimana yang dilalui oleh ramai pasangan aku dan 'super gf' aku juga menjalani satu plot yang sama dimana sebelum kami meneruskan langkah yang seterusnya, aku dan dia hanyak aktif berbicara didalam 'chat box', segala macam perkara kami bincangkan dan aku perasan terdapat beberapa persamaan diantara aku dan dia, cuma pada waktu itu memang aku belum terfikir lansung untuk jadikan dia sebagai seorang kekasih melainkan hanya sebagai seorang rakan biasa, setelah beberapa ketika aku berjaya menukar nombor telefon dengan dia dan jika tidak silap selepas 6 jam baru aku hantar teks ringkas kepadanya, itupun sekadar memberi tahu yang aku sudah dapat nombornya dan jika aku tidak silap ketika itu adalah bulan puasa, dan bila tiba hari raya kami agak aktif berbalas teks ringkas kerana dua² terperangkap dikampung dan lansung tak dapat berbuat apa² melainkan beraya bersama sanak saudara dan keluarga which aku rasa sangat sesak. Cukup masuk 2 hari aku berjaya lepaskan diri dalam kesesakkan dan pulang kerumah aku sendirian, mak aku masih lagi gembira dikampung bersama² yang lain², dan sehari lepas itu 'super gf' aku juga berjaya pulang ke rumah dan kami set untuk jumpa pada keesokkan harinya. Aku seperti biasa memang lambat untuk bersiap dan berjaya buat dia tunggu aku di 'Old town' Damansara, setibanya aku disana kami duduk bersembang untuk beberapa minit dan kami terus bergerak ke Ikea dimana kami berdua sebenarnya adalah peminat tegar Ikea terutama sekali aku yang sangat bercinta dengan 'black gold coffee' nya, Kami duduk dan makan 'sweedish meatball' serta menghabiskan 'daim cake' juga kopi untuk aku dan teh untuknya, selain dari itu aku dan dia menghabiskan masa berjam-jam bersembang terutama sekali tentang muzik selain dari cara hidup masing². Pada ketika itu juga aku lansung tidak terfikir untuk angkat dia jadi gf aku, secara serius aku hanya ingin kumpul kawan.

Pada hari yang sama juga dia ada beri aku dua keping cd iaitu In Rainbow dari RADIOHEAD dan The Eraser dari album solo THOM YORKE yang aku telah minta bantuan untuk dia buatkan 'copy' untuk aku beberapa minggu yang lalu sebelum kami berjumpa untuk kali pertama dan sungguh tak sangka yang dia ingat untuk burn the cd for me.

"Thank you Aim.."

Bersambung. . .

Monday 26 April 2010

Hapuskan kesengsaraan.

Hati aku sering meronta-ronta dan jerit "Kenapa..?"

Dari 2 minggu lalu aku telah pindah ke pejabat baru, walaupun masih dengan projek lama, macam biasalah hidup aku memang seperti orang nomad apabila di tempat kerja. Apa yang menarik di pejabat baru aku selain dari susunan meja serta komputer yang berbeza aku juga bergaul dengan orang² lain. Di pejabat aku yang baru ni, ramai diantara mereka suka buka 'portal' politik dan rata²nya akan cari sumber berita yang sahih dan benar. Lebih² lagi kisah pilihanraya kecil di Ulu selangor, memang hari² aku akan dengar cerita dan rumusan panas. Aku hanya mampu tergelak dan biarkan saja mereka dengan dunia mereka kerana aku juga punya dunia aku sendiri. Ada orang sanggup mati demi parti politiknya, ada orang sanggup mati dengan pemimpinya, ada orang juga sanggup berkelahi demi hendak pertahankan apa yang perlu dipertahan. Caci, maki, fitnah sana, fitnah sini, buat janji begitu, buat janji begini, buka usul itu, buka usul ini, betul atau tidak kita pun tak tahu. Ini adalah kisah 'normal' yang kita sering nampak bila berlaku pilihanraya, Yang menang akan dijulang, yang kalah akan beri seribu satu cerita helah. Cuma pada pilihanraya kecil kali ini aku tergelak seorang diri bila baca kenyataan seperti dibawah.

"nama calon Barisan Nasional, untuk kerusi pilihan raya kecil Hulu Selangor, P Kamalanathan mencerminkan konsep satu Malaysia. Muhyiddin semalam dilaporkan berkata nama ketua penerangan MIC itu merangkumi nama “Kamal” mewakili Melayu, “Alan” - nama Cina dan “Nathan” pula nama India."

Ini lawak waktu aku sekolah tadika puluh² tahun dulu dan kenapalah masih pakai pada tahun 2010, kreatif lah sikit kalau nak jadi pemimpin yang berkarisma.

Kenapa bila aku penat akan ada cerita-cerita tenat.

Siang semalam, aku bersama super gf keluar memburu, buru segala macam yang mampu untuk diburu. Biasalah, macam² perlu disiapkan menjelang hari besar kami, jadi kami ke pusat membeli belah dan ini bukan kali pertama, aku sudah tak mampu untuk kira. Hujung minggu adalah seperti pesta cuci mata, pesta keluar duit, mahupun pesta bersidai² bagi semua. Ramai yang berpusu² ke pusat membeli belah, ada yang seret bf, ada yang seret ibu mahupun suami, ada juga yang buat 'blind date', 'double date' dan ada juga yang 'celebrate' tak kiralah hari jadi mahupun 'anniversary'. Aku dan super gf turut sama berada didalam jaringan yang serupa. Penat dan stress turut sama serta, duit keluar seperti cecair juga adalah perkara biasa. Aku dan yang lain² terperangkap sampai ke senja dan kemudiannya pulang kerumah. Setibanya dirumah aku terus duduk mengehela nafas sambil mata menjengah ke kotak TV dan mulut membuat rumusan kepada emak aku tentang pembelian hebat yang telah berjaya aku dan super gf aku buat walaupun aku penat. Di kotak TV ada drama melayu dan kelihatan satu aksi tipikal dimana sepasang kekasih sedang duduk makan dan minum di sebuah restoran dan diantara dialog yang aku dengar adalah.

"U..bile nak bawak i pegi makan dekat hotel 5 star pulak..kawan-kawan I semua bf dorang bawak makan dekat hotel 5 star.."

dialog yang keluar dari mulut aku pula

"What the 'F'..masuk neraka ke kalau tak bawak gf makan dekat hotel 5 star.."

hati aku pula bermonolog

"Sampai bile lah dorang nak guna dialog tahun 80an ni..takde inisiatif nak ubah sikit ke..?? penat betul lah.."

Friday 23 April 2010

Catastrophe and the cure.

Terbaring sejenak sambil memandang kearah syiling dalam keadaan gelap, aku hanya bayangkan petak-petak putih didepan mata aku. Memang dari dulu lagi banyak perkara yang aku harus baiki tentang diri aku, tentang metafora aku juga tentang setiap nafas yang berlegar disekeliling aku dan aku percaya semua orang akan lalui setiap fasa dalam hidup mereka dan dalam pada masa yang sama akan cuba untuk bersihkan setiap kotoran yang terpalit dalam hidup masing. Inilah seni, inilah budaya, inilah warna-warni dan inilah juga luna dan cahaya. Dalam erti kata lain inilah hakikat. Setiap kesakitan jika tidak dirawat ianya pasti akan terus merebak dan berlarutan dan tidak kira aku mahupun kau semua, kita perlu belajar untuk rawat semunya.

Kerana tidak akan ada orang lain yang akan datang untuk pulihkan setiap kesakitan milik kita kerana mereka juga perlu rawat diri mereka sendiri.

Thursday 22 April 2010

Quote van de dag.

Thomas Huxley pernah berkata "ubat kepada segala penderitaan, kejahatan dan juga kesengsaraan adalah kebijaksanaan".
Tapi aku macam rasa ubat kepada semua yang berlegar disekeliling kita tidak kira derita, jahat mahupun sengsara adalah "duit".

Siapa setuju..??

Wednesday 21 April 2010

Antara plot dan cerita tentang dia.

Bila sebut tentang perkahwinan, bila berkata tentang cinta, buat masa ini aku diantara orang² yang sentiasa mendapat sinaran cahaya yang paling terang. Yes.. 'what to expect', memang ramai yang terkejut dengan kenyataan yang sedang berlegar² dekat aku. Setiap persoalan harus aku jawab kerana ramai yang bertanya, macamana aku boleh jumpa satu cinta luhur dan jujur juga ikhlas dan berharap ianya akan jadi cinta paling sejati buat aku dalam sebuah dunia yang sangat kejam pada ketika ini dan tidak disangka cinta itu juga telah mampu seret aku ke alam perkahwinan. Jadi untuk entri pada kali ini dan mungkin ada sambungan, diatas permintaan dari ramai pihak yang sentiasa mengikuti blog ini. Mari kita hayati dan sorot semula bagaimana aku berjumpa dengan 'super gf' aku hingga kami mampu serap idea sebuah perkahwinan juga positif pada konsep kekeluargaan.


Antara muzik dan dunia virtual

Aku sangat suka muzik, biar apa pun orang hendak kata, muzik dah sama macam secawan kopi buat aku kalau tak minum pada pagi hari memang sampai ke malam hidup aku serba tak kena, serba tak sempurna. Walaupun aku punya sebuah band 'metal' juga sebuah projek band 'post rock', tapi aku tak pernah prejudis pada genre muzik lain aku juga tak pernah membezakan setiap apa yang diserap masuk kedalam lubang telinga aku. Semuanya bergerak dengan menggunakan keringat sendiri, Selain dari minat muzik aku juga suka membuat gig kecil²an di sekitar KL dengan memanggil beberapa buah band yang aku suka untuk tengok. Pada sekitar pertengahan 2008 aku serta beberapa orang rakan telah merancang untuk sebuah siri gig dimana kami telah sebulat suara untuk menghimpunkan beberapa buah band dari genre post-rock juga genre muzik yang lain, lalu setelah berjaya menyiapkan segala persiapan 'flyers pun dikeluarkan dengan tujuan untuk membuat promosi, harapan aku hanya mahu semua orang tahu tentang gig yang kami buat. Sepanjang promosi dijalankan memang ramai yang cuba email dan juga bertanya aku melalui myspace tentang 'details' event tersebut 'especially' tentang kedudukan 'venue' gig yang aku serta rakan² rancang untuk buat dan salah seorang yang bertanya adalah seorang perempuan yang aku pun tak tahu dari mana dia datang tapi sangat memberi 'good vibe' pada aku. Ada juga aku belek 'page' myspace nya, dan kami berbalas² komen dikotak komen myspace, bercerita tentang tempat tinggal, apa yang sedang dilakukan untuk meneruskan hidup juga bercerita tentang pengaruh muzik masing² dan aku masih ingat bila dia tulis didalam kotak komen aku

"its juz i grew up dgr radiohead la n m cool wit MEW"

dan aku juga masih simpan kata² ini

"huhu~ i mean its cool wheneva a guy wit his guitar"

Ianya buatkan aku rasa dia antara perempuan yang cool kerana pada waktu itu mungkin RADIOHEAD memang dah ramai orang dengar, tapi MEW masih samar² lagi. Kami terus berbalas² komen dan aku berharap mungkin pada hari gig nanti aku boleh tegur perempuan ini jika dia datang, tapi aku tak kisah pun kerana objektif aku adalah untuk pastikan semuanya sukses. Pejam celik, terkangkang dan tergolek akhirnya gig yang dirancang pun berlansung, pada waktu itu aku sangat sibuk untuk memastikan semuanya berjalan lancar, kehulu-kehilir dalam amosfera, tegur orang sana, cakap dengan orang sini, bincang dengan orang itu, ketawa dengan orang ini sampailah ke penguhujung hari dan aku baru tercari² dimana perempuan yang ada tanya aku tentang 'details' gig ini tempoh hari.

"Nah mungkin aku tak perasan kut" detik hati.

Sampai lah gig tamat memang aku tak nampak lansung bayang mahupun kelibat perempuan yang pernah tanya aku tentang 'details' gig. Tapi, aku taklah menangis sambil menonggeng apabila aku tidak jumpa perempuan itu dan 2 hari selepas itu aku dapat komen darinya didalam kotak myspace aku.

"huhuhu~ x me n my fwen trbgn lmbt coz b4 dat 2 dys xtidur n then nk pegi tp cm nth la dh lmbat je"


Aku lansung tidak kisah pun jika dia tidak datang, dan perkara yang paling sempurna pada ketika itu, kami terus rapat didalam dunia virtual, pos kmen di kotak masing², 'chatting' di YM hinggalah kami bertukar² no telefon.

Bersambung..







Gig yang aku perkatakan.

Monday 19 April 2010

30 minit yang lalu benar-benar ujian getir buat aku.

Aku seorang yang gemuk, 2 tahun yang lalu aku telah berjaya buang 35kg lemak yang melekat pada badan aku, tapi sebulan yang lalu tanpa aku sedar berat badan aku bertambah 10kg, walaupun pada mulanya aku rasa penimbang berat badan milik mak aku tu telah rosak ataupun cuba hendak tipu aku, tapi akhirnya aku akur kerana ada banyak t-shirt yang sudah semakin sendat bila aku pakai. Lalu aku mula membuat perubahan drastik, percubaan untuk buang semula lemak yang ada. Aku sudah tidak makan nasi, aku hanya makan sayur²an serta daging juga ikan, setiap petang aku akan berjogging sejauh lebih kurang 4 km dalam masa 40 ke 50 minit. Hasilnya selepas 20 hari aku membuat perubahan drastik,aku dapat rasa setiap t-shit yang aku pakai sudah semakin longgar, ramai juga yang tegur bagi tau yang aku dah susut walaupun aku tidak mahu guna timbang dirumah untuk sukat berat badan aku. Tapi 30 minit yang lalu ketika aku digerai nasi campur, aku ditegur oleh makcik yang jual nasi campur.

"Aku tengok kau ni selalu makan kat sini amek sayur banyak-banyak pastu ayam..tak pun ikan bakar, tu je kau makan ek..kau nak diet ke..?" Terang makcik nasi campur.

Aku pula dengan senyum simpul menjawab sambil diatas tangan ada pinggan yang penuh dengan sayuran serta ikan bakar "Ha..ah tengah diet la ni.."

"Tapi aku tengok badan kau tak susut pun.." Bisik makcik tadi.

Aku senyum simpul lagi tak bersuara dan terus pergi cari meja dan duduk.

Damn..!! petang ni aku akan lari 10km dalam masa 30 minit.

Yes..!! aku tak kira.

Joyeux anniversaire à Asma Aris

Hari ini hari paling bahagia dan gembira buat kau, hari ini akan jadi hari yang terbaik untuk kau, hari ini akan jadi hari paling berbeza dan sempurna untuk kau. Semoga terus dan terus menyanyangi aku yang tidak seberapa dan tidak ada apa², semoga semuanya penuh dengan rahmat dan berkat darinya.

HAPPY BIRTHDAY TO ASMA ARIS

"tidak kira sama ada kau buka mata atau pejam mata, aku akan sentiasa didepan kau bersama hati dan cinta milik aku.."

Sunday 18 April 2010

Secebis nota untuk Ahmad Nazar.

Ahmad Nazar adalah salah seorang rakan didalam bulatan aku, seorang yang suka berjenaka, seorang yang suka bergelak ketawa, seorang yang pernah bagi aku pinjam duit disaat aku tenat mencakar didalam dunia yang kejam, seorang yang amat suka tonton HOW I MET YOUR MOTHER, seorang yang angkat Barney Stinson sebagai idola nya, seorang yang sudah habis baca 'The bro code' dan aku dari dulu hanya mampu belek muka surat pengenalan saja, seorang yang amat meminati dan menyayangi kucing, the best part is ada 22 ekor kucing didalam apartmentnya dan dia tidak kisah untuk habis lebih dari rm500 sebulan untuk memberi makan juga membeli pasir untuk 22 ekor kucingnya, seorang yang amat sanggup mati demi muzik, "thats why we connected", seorang yang akan menggeletar seluruh badan bila dengar dan lihat David Gilmour dari PINK FLOYD memetik gitar, seorang yang mampu pecahkan kepala bila dengar LAMB OF GOD dan juga seorang pemain gitar terbaik yang pernah aku kenal, juga seorang tunggak utama dalam band projek post rock aku. Seorang yang bekerja sama dengan tempat aku bekerja cuma skop saja berbeza, seorang yang akang berhempas pulas demi kerja, kenapa aku cakpa begitu, sebab aku susah nak jumpa dia sekarang kerana hari² dia akan balik kerja seawal 9 malam atau mungkin selewat pukul 2 pagi dan malangnya seorang yang baru saja dibuang kerja akibat sistem penindasan yang sedang melanda disyarikat aku, seorang yang masih mampu gelak dan ketawa walaupun dia baru saja mendapat tahu tentang khidmat kerjanya telah ditamatka. Ahmad Nazar seorang yang sangat positif bila berfikir walaupun aku kecewa, aku sedih dan aku juga jadi benci.
Semoga hatinya cekal dan kental

"Naza..Tuhan tahu kita mampu lalu ujian ni and thats why die bagi kite ujian ni, setiap orang ada ujian dia masing²..Stay Strong..!!"

Wednesday 14 April 2010

Florist turn your feeling into flowers

Lagu dibawah adalah kisah tentang kehidupan aku berbelas tahun dahulu, kisah tentang dunia internet belum cukup mashyur di tanah melayu..

Enjoy..!!

Sunday 11 April 2010

Sorotan cerita minggu lalu.

Sambil kedengaran bunyi kipas serta perlangaran kaki kerusi dan meja, kami duduk beramai² didalam sebuah restoran di pinggir bandar, bukan di Kuala Lumpur tetapi Penang. Hirup segala macam bau sambil basahkan anak tekak dengan setiap air ada didepan mata, kemudiannya menjamah setiap makanan yang ada dengan rasa puas.

"Cibailah kan..ape dorang letak dalam rojak ni, sedap gile rase die.." Kata Wan.

"Tulah terbaik dorang buat, siap ade daging lagi, mane nak dapat rojak ada daging..kuah warna merah pulak tuh.." Sambut aku pula.

"Ahh kau apa je ade depan mata cakap sedap.." Cantas Aji sambil pandang Wan.

"Patutlah 'orang cina' je yang boleh pegang Penang ni dari dulu..sebab 'orang melayu' iman tak cukup kuat..." Kata Wan lagi.

"Kenape..??" Tanya Man.

"Yelah..hang tengok lah ni..makan je depa tau, abis jatuh iman, celik mate je makan..benda lain mane ade buat..makan je.." Jelas Wan lagi.

"Ahahahah...." Ramai ketawa.

"Ni kalau pegi hospital ni, memang ramai yang terbaring sakit kat dalam tu..dengan darah tinggi, kencing manis semue cukup..semue sebab makan punye hal la ni.." Terang Wan lagi.

"Tapi ada satu sakit je yang susah nak ade dekat Penang ni..." Jelas aku pula.

"Sakit ape..??" Tanya Man.

"Orang sakit 'gatrik' susah nak jumpe kat sini.." Jawab aku lagi.

"Kah..Kah..kah..kah..."

Perlu ke aku jadi seperti Johnny rotten.

Sudah hampir berbelas tahun aku tempuh dengan penuh kesabaran dan kepuasan. Berpanas, berhujan malah berembun sudah jadi biasa sudah jadi teman rapat. Dari setiap orak langkah memanjat anak² tangga ke puncak bilik studio aku dah lawati, dari setiap pentas dan panggung telah aku lewati, dari orang ramai dihadapan aku mahupun tidak ada lansung juga telah lama sebati, dari setiap bunyi² gitar juga hentakan drum serta lalakan suara telah lama aku resapi sama ada sengaja atau terpaksa. Begitulah perjalanan hidup aku sepanjang berbelas tahun yang lalu hingga sekarang. Ada yang bertanya kenapa aku tidak mahu lompat ke kancah cahaya terang seperti bintang dan aku hanya mampu jawab yang aku jujur dan ikhlas dengan setiap kepuasan yang aku cari. Ramai yang tidak faham dan tidak mengerti untuk apa aku wujudkan band aku, muzik aku serta metafora aku sedangkan ianya sama seperti aku buang masa dan tenaga kerana segala²nya tidak berbaloi untuk aku, dan sebenarnya aku lebih menghargai nilai dan konsep sesebuah perjuangan serta persahabatan, sebenarnya aku lebih menghormati setiap situasi serta 'moment' yang aku selalu kecapi dan terus simpan kedalam memori yang aku cipta sendiri untuk panduan aku sampai mati. Aku lansung tidak hirau dengan kejayaan manusia² yang mampu ubah dunia yang mampu corakkan kehidupan orang lain. Aku hanya lebih hiraukan perjalanan hidup aku serta orang² penting disekeliling aku. Biarlah apa saja mulut orang lain hendak kata, biarlah apa saja otak orang lain mahu fikir, aku sudah cukup selesa walaupun kadang² sengsara. Tapi band tetap band, rock tetap rock.

Friday 9 April 2010

Nota berlagu untuk super girlfriend aku.

All the stars up in the sky, and the leave in the trees, all the broken bits that make you jump up and grassy bits in between, all the matter in the world, is how much I like you, right birds can fly so high or they can shit on your head, they can almost fly into your eye and make you feel so scared, but when you look at them and you see that they're beautiful..

Thats how i feel about you..

Dialog tanpa prolog #11.2

"Do u Love me..??" Tanya Jasmin.

Dengan pantas dan yakin Eric mencantas "Yes, I Love u.."

"Are u 'in Love' with me..??" Tanya Jasmin lagi.

Eric duduk diam dan bisu.

Soleil éternel de l'esprit immaculé

Seperti yang pernah aku huraikan dulu betapa aku suka dan jatuh cinta dengan penghasilan filem² yang mampu memberi pengetahuan dan juga pada yang sama mendidik sesebuah masyarakat juga komuniti. Kita ambil contoh pada filem² dari eropah misalnya dari dulu telah banyak memberi panduan serta pengaruh tentang penggunaan kenderaan awam seperti keretapi dalam setiap 'scene' yang mereka hasilkan dan akhirnya masyarakat disana menjadikan penggunaan keretapi sebagai pengangkutan awam dan juga telah jadi sebahagian dari cara hidup mereka. Banyak lagi contoh lain yang kita boleh lihat, seperti sepasang kekasih mula kenal antara satu sama lain ketika sedang duduk membaca buku, 'scene' didalam perpustakaan, ada juga 'scene' ber-kardio, bermain bola keranjang dan banyak lagi. Kita boleh lihat dari segala aspek, memang setiap apa yang dilakonkan pasti akan bertukar menjadi cara hidup kita seharian, cuma terpulang kepada setiap komuniti atau sesebuah masyarakat menilai atau mentafsir tentang apa yang mereka lihat. Di negara kita juga memang setiap filem akan menjadi garis panduan juga ikutan pada sesiapa yang menontonnya. Aku beri contoh, hampir 90% filem² melayu akan ada 'scene' makan², tidak kira makan² di dalam rumah mahupun di restoran² besar atau kafe², tidak kira makan udang galah atau sekeping roti bakar tapi pasti akan ada aksi² makan.

Dan akibatnya ramai yang sakit atau nazak dihospital akibat dari mengambil makanan yang berlebihan tanpa kawalan.

Thursday 8 April 2010

Arkib dari kisah-kisah klasik part3








Hari ini bukan hari untuk aku.

Bumi kita berbentuk sfera, jalan pusing beribu² kali macam manapun kita akan sampai ke titik permulaan semula. Sama juga dengan hidup kita yang penuh dengan metafora, jika hari ini kita sakitkan atau guriskan hati orang lain, mungkin lambat laun hati kita pula akan terguris. Dalam erti kata yang lain,

hidup ini sangat adil untuk semua.

Saturday 3 April 2010

Akhirnya aku tinggalkan neraka buat seketika.

Aku gembira, aku senyum puas², aku riang, aku girang, aku happy.. Sebab sedang bersiap untuk bergerak ke Penang.

Yes..!! dari neraka aku pindah ke syurga.

Khabar tentang Akhbar.

Dulu waktu aku kecil, setiap pagi pasti akan ada seorang pakcik india baling surat khabar NST depan rumah, pakcik india ini adalah orang yang bekerja dengan menghantar surat khabar kerumah² dan arwah bapa aku adalah pelanggan tetapnya. Arwah bapa aku tidak akan bawak surat khabar itu ke tempat kerja sebaliknya biarkan dirumah untuk aku belajar membaca dan belajar memahaminya. Apabila sudah sampai waktu petang surat khabar NST itu akan arwah bapa aku tukar dengan jiran beberapa buah rumah, aku dapat baca surat khabar Malay mail pula. Setiap hujung minggu arwah bapa aku akan pesan surat khabar Mingguan malaysia pula dan begitulah seterusnya sampai aku berumu 9 tahun, apabila bapa meninggal dan kami (aku serta emak) pindah rumah, emak aku masih meneruskan tradisi dengan melanggan surat khabar tapi kali ini pakcik melayu pula, aku tak kisah pun, janji aku dapat baca surat khabar, hari² aku baca surat khabar, ada banyak sumber berita serta sumber pengetahuan didalamnya dan aku terus membaca sampai aku ke sekolah menengah. Tapi sekarang aku tak minat lansung baca surat khabar, aku rasa macam baca komik bila baca surat khabar. Aku tinggalkan budaya membaca surat khabar sebaliknya menghadap depan kotak monitor dan baca segala macam berita dan cerita.

Dan petang tadi ada orang tanya kenapa aku tak mahu baca surat khabar.

"Sebab.. dalam surat khabar banyak cerita cium, kipas dan jilat bontot.."

Thursday 1 April 2010

Hidup bagai ballerina.

Jika suka dan bercinta pada band² dari seberang sila lah suka pada band² seperti video dibawah. Tolong buang RADJA, RASA BAND, EAZY BAND atau band² yang sama seperti mereka di tong sampah.

Persoalan yang dipersoalkan.

Dulu aku pernah persoalkan, kenapa beratus-ratus tahun dahulu masyarakat melayu kita sibuk mencipta juga meng-olah adat dan budaya kita sedangkan komuniti² di barat sibuk dan berlumba² untuk mencipta segala macam penemuan baru untuk kegunaan serta kesenangan semua penduduk dunia dan setiap rekaan itu selalunya akan terus kekal hingga kini. Tetapi adat budaya yang orang² kita cipta semakin hari semakin luntur penggunaannya. Nah...aku masih cari jawapan itu dan hari ini persoalan baru pula timbul..

"siapa pula yang mula² komersilkan adat istiadat perkahwinan??"
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law