Tuesday 31 August 2010

Total life forever.

Ada ramai blogger tulis pasal 'Salleh Gregor Samsa', siapa dia?, apa pegangannya?, dia makan apa? dia dengar muzik apa? baju 'brand' apa yang dia pakai?, dia kerja apa? dia kencing sambil berbasikal ke? dan macam-macam lagi, dan malam tadi ada orang tanya pendapat aku tentang dia dan jawapannya,

 Aku tidak mahu kena panah petir.

Saturday 28 August 2010

Berpijak diatas bumi yang nyata

Berat aku nak sebut apatah lagi untuk melaung..
SELAMAT HARI MERDEKA

Throw the ignorance.

Bulan lalu aku ada post untuk mencari 'guitarist' di satu portal forum muzik, aku sedang dalam proses peringkat pertama untuk wujudkan sebuah projek band post rock. Yes..melalui muzik aku luahkan kesedihan juga kekecewaan, tapi malangnya aku tak mampu untuk luahkannya kerana band projek ini perlukan seorang lagi 'guitarist' untuk tambah warna juga rasa. So, aku pun post lah untuk cari 'guitarist', aku beritahu yang influence muzik kami seperti band-band post rock yang sedia ada dan sesiapa yang berminta boleh lah terus call atau hantar teks ringkas ke telefon bimbit aku. Tidak lama selepas itu aku terima satu teks ringkas dari seseorang tentang minatnya untuk join band aku, dipendekkan cerita aku terus tanya tentang pengaruh muzik yang dia suka dan jawapan yang aku terima memang jauh dari apa yang aku inginkan sebab mamat ni banyak dengar stuff lagu-lagu rock 70an, tapi dia berkeras untuk 'join' band ni. Aku dah dapat rasa yang mamat ni tak sesuai untuk band projek aku ni tapi bila aku teringat pasal PINK FLOYD aku cuba tenangkan diri dan terus bertanya dengan harapan mamat ni boleh diharapkan, aku beri beberapa nama band untuk dia dengar dan jika dia boleh terima dengan lagu-lagu tersebut, mungkin aku boleh tarik dia. Beberapa jam selepas itu dia hantar lagi teks ringkas yang berbunyi

"Dude, tapi aku penah jugak jamm lagu2 modern rock ni"

Aku balas "ni bukan modern rock, ni post rock, die lain sikit..kau penah jamm lagu mcm mane yg modern rock ni..??"

Dia balas pula "MCR dengan Savage garden..lebih kurang la kan.."

Aku terus delete nombor..

If you never say your name out loud to anyone

Aku dah lama tidak buat entri jujur atau entri penuh tentang kehidupan aku, Yes.. lately ni minda aku memang malas, penuh dengan cemas dan agak lemas dengan keadaan sekeliling. ditambah pula dengan kelemahan yang berpanjangan akibat tidak hirup kopi setiap pagi, ianya memberi kesan hingga sampai ke petang hari. Dadah jenis apa yang telah dilarutkan bersama kopi pun aku tidak pasti. ini belum cerita bab nikotin lagi, entahlah aku pasrah. Balik semula kepada cerita aku, satu persoalan yang agak berani sedang aku fikirkan, iaitu kita selaku manusia telah pegang budaya ini, maksud aku telah jadikan ianya sebahagian dari pegangan dan juga kepercayaan, ini bukan cerita agama atau kuasa mutlak tapi ini cerita pangkat juga darjat, cerita bagaimana kita perlu 'struggle' dengan kerja setiap hari semata-mata untuk pastikan rezeki yang kita dapat mampu menampung kita setiap hari, cerita tentang bagaimana ilmu yang kita timba mampu mempengaruhi setiap kerja yang kita dapat. Adakah ianya adil dan saksama?? adakah ianya berbaloi  dengan setiap detik juga minit yang dicurahkan dengan setiap 'benefit' juga gaji yang kita dapat. Semua orang pandang harta dan kedudukan kan?? dan perkara ini memang tidak dapat di tepis mahupun di elakkan. Aku benci kepercayaan ini, aku benci pegangan ini dan aku benci idealogi ini. Tapi malangnya aku tidak ada keberanian yang kukuh, keberanian yang 'solid' juga teguh untuk ubah segalanya.

Damn..!! aku hanya pacal yang hina.

Wednesday 25 August 2010

Beli kemiskinan juga kesedihan.

Semua orang memang impikan kehidupan yang sempurna, semua orang memang bercita-cita untuk dapat kehidupan yang gembira, mewah, berharta juga kaya. Seperti yang semua sedia maklum duit adalah perkara yang paling benar untuk mengecap bahagia, tapi mampukah ianya membeli kemiskinan juga kesedihan..??

Money can't buy happiness, but neither can poverty - Leo Rosten

Monday 23 August 2010

An Orchestrated Rise to Fall


Aku agak sedih ketika post entri ini, tahniah diucapkan kepada sesiapa yang pergi..

Sunday 22 August 2010

Kamu mahu bendera.. aku beri bendera.

Suka hati akulah mahu kibar atau tidak,
tempat ini bebas,
tempat ini yang rasa tempias
dan tempat ini juga yang terpaksa berhempas pulas.

Saturday 21 August 2010

Friday 20 August 2010

Aku sudah lama ingin bercerita.

Beberapa tahun yang lalu aku pernah merancang untuk mulakan hidup baru di London, tapi hingga kini kaki masih berat lagi kerana ada beberapa perkara yang masih kuat yang tahan aku disini, kenapa aku mahu mulakan hidup baru disana dan bukannya ditempat lain, jawapannya mudah saja, tolong lupakan tentang ringgit malaysia dan sila beri fokus pada pound sterling disana harga beras untuk 1kg hanya 1.40£, telur untuk 10 biji hanya 1£ , susu segar 1liter tidak sampai 1£, segala alat make-up seperti face powder, lipstik, eye shadow yang berjenama disini hanya dijual pada harga sekitar 5£, segala bil-bil utiliti seperti elektrik, air juga broadband hanya sekitar 100£  kebawah,kereta?? untuk sebiji Proton wiraterpakai cuma berharga sekitar 100£, jika boleh kumpul sampai 500£ atau 600£ kita sudah mampu pakai kereta Ford atau Toyota, nak lebih bergaya sepeti Merc atau jaguar hanya perlu simpan duit sebanyak 1000£ keatas kita sudah mampu untuk memilikinya, yes memang kereta terpakai tapi kalau disini jika tidak bergelumang dengan segala macam korupsi memang sampai tua pun kita tak mampu beli, tapi jika tidak mahu beli kereta pun tidak mengapa kerana sistem pengangkutannya adalah yang terbaik, ini belum kupas masalah jenayah yang sangat rendah disana jika hendak dibandingkan dengan disini, juga perkhidmatan hospital yang terbaik disana juga kekurangan disini. Aku bukan mahu membanggakan negara lain atau membeza-bezakan negara lain dengan negara kita, tapi ini hakikat yang harus diterima, aku juga bukannya hendak menghasut semua orang untuk kesana, tapi sesiapa yang ada disana mampu untuk meluahkannya. Aku beri contoh, jika pendapatan untuk sebulan 1500£ dan kos sara hidup yang harus digunakan termasuk pembayaran cukai adalah sekitar 1000£ atau 1200£, maka baki yang tinggal adalah 300£, dari 300£ kita tukar kepada ringgit malaysia jumlah yang bakal kita kumpul setiap bulan adalah lebih kurang rm1400, jika setahun sudah dapat kumpul berapa?? sila conggak sendiri.

Hujan emas dinegara orang, hujan baru dinegara sendiri, hujan batu sakit kalau terkena, hujan emas pun sakit juga, tapi sekurang-kurangnya kita dapat emas dan bukan batu.

Monday 16 August 2010

Jika hari ini tidak sama seperti esok.

Jika hari ini kau gembira duduk bersama-sama dengan rakan-rakan istimewa dikedai kopi, adakah kau pasti untuk 5 atau 10 tahun yang akan datang kau akan terus duduk lagi bersama mereka??, jika hari ini kau gembira bersidai-sidai dengan teman-teman wanita kau, adakah untuk tempoh 5 atau 10 tahun kedepan kau akan terus melekat dengannya??, jika hari ini kau rasa puas bergelak ketawa dengan rakan baik kau sambil minum-minum di pub, adakah kau yakin mereka akat terus bersama dengan kau lagi pada 5 atau 10 tahun seterusnya??. Jika hari ini kau seronok berkata-kata dengan teman-teman sekelas, adakah kau pasti selepas pengajian tamat kau akan terus ukir senyuman dan luah kata-kata pada mereka lagi??. Jika hari ini kau riang berpelukan dengan teman lelaki kesana dan kesini, adakah kau pasti ianya akan terus berkekalan hingga 5 atau 10 tahun yang akan datang??. Jika hari ini kau berlonggok-longgok pergi tengok gig atau konsert band kegemaran, adakah untuk 5 atau 10 tahun akan datang kau akan terus berlonggok-longgok lagi??. Jika hari ini kau sibuk hantar teks ringkas pada teman rapat, adakah hari-hari seterusnya kau akan sibuk hantar teks lagi sampai 5 atau 10 tahun akan datang??. Jika hari ini kau sibuk jumpa orang itu dan orang ini di laman web sosial, adakah ianya akan berterusan hingga 5 atau 10 tahun lagi??. Jika hari ini kau rasa gembira bila dapat buat perkara yang kau suka, adakah lagi 5 atau 10 tahun akan datang kau akan rasa gembira lagi??
Aku percaya, semua orang pasti ada jawapannya tapi semua orang cuba untuk nafikannya, hidup terus berpusing dan kita hanya perlu turut serta pusing sama, pusing dan terus pusing dan jika ditanya pada aku, jawapannya adalah

I just need an amazing endings.

Demokrasi dan kuku besi.

Johnny Carson pernah berkata "Democracy means that anyone can grow up to be president, and anyone who doesn't grow up can be vice president."
Dulu aku sukar hendak terima tapi sekarang aku rasa seperti boleh serap kata-kata diatas.

tengok sajalah negara ini, ianya samakan..??

Pagi ahad.

Pagi ahad aku bangun lewat dalam keadaan rehat, ke kiri dan kanan menggeliat, dengar seluruh album 'Pablo honey' dari RADIOHEAD, menyanyi dan bersiul bersama 'super wife'. Aku gembira tanpa batasan. aku gembira tanpa kewarasan.

Tak percaya, next sunday korang cuba buat pula.

Saturday 14 August 2010

Brilliant music for brilliant people.

Aku berdiri didalam kegelapan, sambil memerhatikan kearah luar tingkap yang juga gelap dalam keadaan jari sedang mengepit sebatang American eagle yang terbakar sempurna dan telinga pula sedang meresap bunyi lagu dibawah dari jauh buatkan aku nampak cahaya berwarna walaupun pandangan aku gelap. Lalu aku fikir jika hari ini sebelum tidur aku adalah seorang rocker, esok juga aku akan terus jadi rocker walaupun tidak ada orang kenal aku siapa.

So here we are.

Friday 13 August 2010

A Chorus of Storytellers - THE ALBUM LEAF live in KL.

THE ALBUM LEAF pada asalnya adalah satu projek solo band milik Jimmy LaValle selaku gitaris untuk sebuah band post rock yang sedang meningkat naik pada penghujung tahun 90an dari San Diego iaitu TRISTEZA. Jimmy LaValle  secara rasminya telah menggerakkan THE ALBUM LEAF pada sekitar 1998 walaupun pada mulanya ia adalah satu projek sambilan kerana pada waktu itu LaValle  juga turut sibuk dengan band² projek yang lain seperti THE CRIMSON CURSE, THE LOCUST (band kegemaran aku), SWING KIDS dan juga GOGOGO AIRHEART. Sebelum band asalnya TRISTEZA bersiap sedia untuk mengeluarkan album baru La Velle telah mengajak mereka bekerjasama untuk projek solonya dan mereka bersetuju lalu album pertama yang mempunyai 10 track telah berjaya disiapkan iaitu 'An Orchestrated Rise to Fall' dan ianya telah dikeluarkan oleh Tigerstyle Records  yang turut sama mengeluarkan album TRISTEZA 'Spine and Sensory'. Album ini telah berjaya mendapat sambutan dan duit hasil dari penjualan album tersebut telah digunakan oleh LaValle untuk membeli komputer sendiri juga telah mendapatkan sebuah bilik untuk tujuan rakaman dan tidak berapa lama selepas habis tour bersama TRISEZA LaValle telah mula menyiapkan material baru untuk THE ALBUM LEAF iaitu 'One Day I'll Be on Time'. Selain dari fokus kepada band LaValle juga turut bekerja dengan menerbitkan 'jingle' untuk beberapa iklan di Tv pada ketika itu dan kelebihan yang dia dapat adalak akses untuk menggunakan studio yang lebih lengkap dan album 'One Day I'll Be on Time' telah berjaya dikeluarkan hasil dari kerjasama LaValle dan juga beberapa rakannya. Album ini telah berjaya dipasarkan keseluruh dunia pada tahun 2001 hinggalah pada satu hari Jón Þór Birgisson dari SIGUR ROS telah  membelinya di sebuah kedai muzik dibandar Reykjavík, Iceland lalu berminat dengan muzik yang dihasilkan dan telah mengajak LaValle dan bandnya THE ALBUM LEAF untuk menyertai SIGUR ROS pada siri tour di Amerika sebagai 'opening band'. THE ALBUM LEAF telah berjaya menemui jalan singkat untuk mengembakan lagi jumlah peminatnya dan semakin ramai orang mula meminati mereka. Tidak lama selepas itu SIGUR ROS telah mengajak LaValle untuk bersama mereka pada siri tour di Eropah, cuma pada kali ini LaValle terpaksa bergerak secara solo pada setiap persembahannya, walaubagaimanapun dia telah berjaya ber-eksperimen dengan 'electronic beats' dan 'loop pedals' pada setiap persembahannya dan tidak lama selepas itu Kjartan Sveinsson, Orri Páll Dýrason dan María Huld Markan dari SIGUR ROS juga turut serta menjayakan aksi 'live' THE ALBUM LEAF.
Pada sekitar 2003 LaValle telah mula memberi fokus pada 'laptop' pada setiap persembahannya dan dia juga telah berjaya mendapatkan beberapa ahli line-up tetap untuk THE ALBUM LEAF. Tidak lama selepas itu LaVlle telah dijemput ke Iceland untuk membuat proses rakaman album disana dan pada pertengaha 2004 album 'In a Safe Place' telah berjaya disiapkan dan THE ALBUM LEAF telah berjaya mengikat kontark bersama Subpop records iaitu sebuah label grunge terbesar dari Seattle juga City slang Records iaitu sebuah label dari Jerman untuk memasarkan album mereka disekitar Eropah. THE ALBUM LEAF telah memulakan siri tour mereka di sekitar Amerika, Eropah , Taiwan dan juga Jepun. Tidak lama selepas itu LaValle telah terbang ke Seattle dan memulakan proses rakaman disana dan terbang pula ke Iceland untuk proses 'mixing juga mastering'. Pada september 2006 album 'Into the Blue Again' pula telah berjaya dihasilkan dan sekali lagi ianya telah menjadi perhatian kepada para peminat muzik ambient postrock pada ketika itu. THE ALBUM LEAF telah berjaya mendapatkan tempat untuk beberapa persembahan besar di sekita Amerika. Pada awal  tahun ini sebuah album baru telah berjaya dihasilkan iaitu 'A Chorus of Storytellers' dan apa yang menarik tentang album ini adalah THE ALBUM LEAF akan  mengadakan persembahan di Kuala Lumpur pada September ini. Kepada sesiapa yang berminat sudah boleh untuk mula kumpul duit dan beli tiket.



Hari ini aku semangat tulis panjang lebar tentang THE ALBUM LEAF kan?? dengan harapan Soundscape records dapat bagi tiket percuma nanti.

Thursday 12 August 2010

Karma police, arrest this man because he talks in maths.

Pagi ini seperti biasa, seperti tahun² yang lalu, hati aku longlai, jiwa aku berkecai, bukan sebab perut kosong, bukan sebab aku tak bangun untuk bersahur, tapi sebab tiada aroma kopi didalam kepala, aku jadi perlahan, hati tak mampu untuk bertahan, duduk lemah diatas kerusi sambil tangan menggerakkan tetikus dan mata pula fokus pada kotk monitor,'F..!!' internet sama macam seekor siput tapi aku gagahkan juga untuk meluncur dari satu lautan ke lautan yang lain, dari satu pautan ke pautan yang lain. Tak lama selepas itu aku terjumpa satu video kekerasan polis menjahanamkan para aktivis 'Anti ISA' di Petaling jaya tak lama dahulu, aku tengok dengan penuh kusyuk, tiba² datang seorang rakan dan terus menyapa

"Dorang ni bodohlah buat demo macam ni, kau tau tak bila ada demo sane-sini nanti invester taknak masuk dalam Malaysia, sebab dorang rasa negara kita ni tak aman.." Kata dia.

Aku pula dalam keadaan malas untuk bersuara hanya terus bersandar pada kerusi.

"Pasal tu kerajaan kita tak cukup duit, sebab takde invester nak masuk invest kat kita..tak de keje la dorang ni" Decis dia lagi.

Lalu aku jawab " A'ah la..dorang ni apelah..patutnye kalau nak berdemo, pegilah cari baju polis and kalau boleh pakailah topi polis sekali, baru polis susah nak tangkap sebab confused..kan"

Wednesday 11 August 2010

Tanpa prolog.

Orang semua sibuk post dekat facebook, dekat twitter, hantar teks ringkas, email dan banyak lagi dengan ucapan² selamat menjalani ibadah puasa juga selamat menahan lapar dan dahaga.

Aku dah lama tahan lapar dan dahaga, lebih² lagi bila poket dan wallet kosong.

Sigh..!!

I'm working on it.

Sekadar gambar hiasan


Sejak sebulan yang lalu aku dan Nazry seorang rakan telah berusaha keras untuk menurunkan berat badan secara bijak dan telus, dalam erti kata yang lain kami amat menitikberatkan setiap makanan yang kami ambil. Selain berusaha untuk turunkan berat badan kami juga risau dengan masalah kesihatan yang mungkin melanda kami, maklum saja bila umur sudah meningkat akan ada macam² penyakit datang melekat. Ianya bukan satu perkara yang mudah, lalu setiap pagi aku akan bangun awal dan masak. Semua jenis masakan yang aku masak adalah makanan² yang sangat rendah lemak tapi tinggi dengan protin dan juga vitamin. Terima kasih pada 'super wife' aku kerana beli semua stok makanan² yang sihat. (aku akan cerita pada entri yang lain) Aku jadikan bekal apabila ditempat kerja. Sama juga dengan cerita kopi, sebagai peminum kopi tegar aku memang kena minum kopi setiap pagi, cuma sekarang aku dan rakan akan bancuh sendiri kopi dan kami hanya letak serbuk kopi juga kreamer, gula?? tak sampai suku sudu pun dan aku pasti tak lama lagi aku akan berjaya minum kopi tanpa gula. Ramai orang² didalam pejabat aku rasa pelik bila lihat aku dan rakan aku bawa bekal, mungkin terdetik dihati mereka yang program diet kami tidak akan berjaya kerana aku pernah menceritakan pada salah seorang rakan yang lain dan dia ketawa dengan usaha kami, biarkan kerana hasilnya badan aku sudah semakin ringan walaupun bila tengok memang masih gemuk, mungkin kerana aku masih belum melakukan proses diet secara drastik dengan keluar setiap petang untuk berjogging supaya lemak boleh terbakar. Yes, aku dah lama tak berlari kerana ada beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, tapi aku rasa lambat laun semuanya akan kembali normal dan aku akan mula berlari semula, dan pada waktu itu orang² dalam pejabat mahupun luar pejabat aku terkejut tengok kami, mungkin ada yang dengki dan iri hati nanti, nak keluar ber-shopping beli baju dan seluar pun sudah tidak rasa gundah lagi. Pada waktu itu aku akan gelak tak berhenti².

 Yes aku mahu jadi kurus and i'm working on it...

Maaf kerana aku letak gambar² perempuan diatas sebagai gambar hiasan kerana aku rasa seperti seorang gay bila letak gambar² lelaki.

Monday 9 August 2010

Dont slow me down.

Kata-kata penting untuk hari ini.

"Talking much about oneself can be also be a means to conceal onself'" -  Friedrich nietzsche

Friday 6 August 2010

A dead sinking story.

Bile cerita tentang harga setem dah naik, aku teringat peristiwa yang berlaku sekitar 10 tahun kebelakang, waktu tu aku sangat aktif dengan dunia muzik 'underground', jual dan beli fanzine, hantar flyers, jual beli demo² tape dari band² lain, t-shirt, patches dan banyak lagi. Segala urusan jual beli pada waktu itu adalah dengan menggunakan sistem pos, bila guna sistem pos kami terpaksa beli setem walaupun pada waktu itu tak mahal macam sekarang tapi masih menjadi kesusahan pada kami yang kurang ada duit. Jadi satu langkah bijak telah diambil dengan cara 'recycle' semula setem. Caranya amat mudah apabila surat sampai kerumah aku akan ambil sampulnya dan letak sedikit air pada setem lalu gosok perlahan² ataupun jika kaki, dahi atau bahagian tangan sedang berpeluh, aku akan gosok setem yang melekat pada sampul surat tersebut, tidak sampai 2 minit kesan dakwat cop yang melekat pada setem akan hilang, kemudian ambil air panas letakkan kedalam 1 mangkuk dan rendam sampul surat tersebut, percalayah selepas 15 minit setem tersebut akan lekang dari sampul surat, ambil setem lalu keringkan dengan cara susun pada belakang tv. Kenapa tv?? sebab belakang tv panas. So bila dah kering setem tersebut sudah boleh digunakan semula cuma kene letak gam dan tampal pada sampul surat yang baru. Pada waktu itu sampul surat pun aku buat sendiri, dengan cara gunakan kertas² dari buku latihan atau apa² kertas saja, lipat dan gam. Ianya mudah dan jimat kos pada kadar yang paling maksimum. Sebenarnya aku bukan hendak mengajar bagaimana kita hendak kitar semula setem apabila harga setem telah dinaikkan. Ada yang tak ambil peduli pun dengan harga setem naik sebab harganya bukan naik sampai beringgit² sekeping pun, tapi seperti biasa mungkin ada pihak akan rase payah dan jerih jika harga setem dinaikkan, kita tidak tahu kan?? dan aku pun bukannya nak ajar macam mana hendak 'against' sistem kapitalis.

Cuma, tak salah kan jika kita hendak ubah gaya hidup dengan cara berjimat cermat.

Thursday 5 August 2010

Sweet Thursday.

Projek baru aku ada kena mengena dengan lagu dan video dibawah, nantikannya..

Wednesday 4 August 2010

Aku, Que haidar dan Nabila huda.

Hati aku pernah terdetik satu ketika dulu untuk jadi seorang pengarah filem, tapi aku lupakan segala²nya bila aku dapat tahu yang aku memang bukan seorang 'perfectionist'. Bikin filem bukanlah sama seperti masak mee maggi, panaskan air lalu masukkan maggi bersama perencahnya dan pecahkan telur, biar beberapa minit tutup api tuang mee maggi dalam mangkuk dan terus boleh makan sambil tengok tv. Nope, buat filem bukan macam tu, banyak aspek harus diambil kira, dari skrip ke dialog ke pelakon, camera work, editing, sampailah hal² 'budget', semua perlu ada penelitian yang sempurna. Jadi aku lupakan kisah untuk jadi pengarah filem. Tapi malam tadi ketika aku duduk² sambil makan di depan tv aku tengok satu drama melayu bersiri di tv. Ianya scene dimana sepasang kekasih sedang berdiri ditepi jalan 'area' Putrajaya' sambil pelakon lelaki bersandar pada sebuah kereta BMW yang aku pun tak tahu model atau siri apa, dari dialog yang aku dengar mereka sedang cuba untuk mempertahankan cinta mereka. Selepas pelakon perempuan melafazkan kata yang mereka tidak mungkin dapat teruskan percintaan, tiba² lalu sebuah lori berwarna putih sambil membunyikan hon beberapa kali, lori itu meluncur laju dan ada 'banner' besar ditepinya yang tertulis "Ain aku cinta pada mu", Ain adalah nama kepada watak pelakon perempuan. Manakala pelakon lelaki pula terus pandang kearah pelakon perempuan dan mereka sambung berdialog. Aku tersentak melihat adengan tersebut.

Rasa nak menangis pun ada.

Tuesday 3 August 2010

Thank you my lord.

Beberapa bulan yang lalu aku ada terbaca satu artikel disebuah majalah cerita tentang perokok adalah seperti satu keluarga yang besar, dimana setiap perokok mempunyai pertalian dengan perokok yang lain, mereka hidup didalam jalur mereka sendiri, dalam erti kata yang lain mereka semua amat memerlukan diantara satu sama lain seperti contoh, jika seorang perokok ingin nyalakan rokok tapi pada masa yang sama kehabisan gas atau lighter hilang, mereka akan cuba mencari perokok yang lain untuk pinjam lighter, atau rokok juga boleh digunakan sebagai satu mekanisma untuk memulakan bicara kata, perkara² sebegini dapat kita lihat jika ada seorang lelaki yang cuba untuk memulakan bicara pada seorang perempuan yang juga adalah seorang perokok atau sebaliknya. Pendek cerita 'they connect'. selain dari cerita perokok, peminum kopi juga adalah seperti sebuah keluarga yang besar cuma bezanya mereka tidak bawak kopi, kreamer dan gula didalam poket seluar dan mereka juga tidak akan pinjam kreamer atau gula dari peminum kopi yang lain kerana tiada siapa yang akan bawa dan simpan kopi,kreamer dan gula didalam poket pada setiap masa. Tapi aku percaya setiap peminum kopi akan tahu perasaan peminum kopi yang lain, lebih² lagi jika kopi yang ada tidak sedap rasanya. Contohnya gula terpaksa dikurangkan pada setiap gelas kopi kerana pihak yang berwajib telah menyarankan pengambilan gula yang sedikit mampu elak dari pelbagai penyakit dan kemudiannya menaikkan harga gula untuk tujuan kesihatan.

Jadi peminum kopi harus berterima kasih pada pihak yang berwajib.

Its a good day.

Monday 2 August 2010

Smoking kills.

Seperti tajuk diatas semua orang sedia maklum, merokok memang boleh membunuh, pada mulanya aku juga setuju, tapi seperti biasa didalam dunia yang kejam . Semua orang punya kuasa untuk memanipulasi setiap fakta. Kenapa aku cakap begitu, sebab bila ada fakta beritahu yang hampir beribu² bahan kimia dimasukkan kedalam tembakau seperti karsinogen dan pada masa yang sama karsinogen juga boleh ditemui pada sayur²an dan buah²an seperti lobak merah, strawberri, tomato, bawang, anggur dan lain².

Jadi, benarkah rokok mampu membunuh?? dan kenapa tidak ada 'positive statement' seperti, "perokok menjana ekonomi negara.."
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law