Monday 29 November 2010

The great bell of the clock.

Setelah penat bekerja sejak dari 3 bulan yang lalu, setelah berhempas dari mula hingga sekarang dan setelah memerah segala keringat hingga mencapai ke tahap paling tinggi, aku rasa aku perlu dapat 'reward' seperti gambar dibawah dibawah.




Sunday 28 November 2010

From Glassgow to Stokholm.

Malam tadi aku pandu jentera pemusnah, sambil dengar lagu² dari album 'Life' THE CARDIGANS, dalam cuaca yang dingin dan sejuk. Aku benar² rasa bebas, aku benar² rasa puas ditambah lagi dengan alunan muzik yang tenang  dan gembira, kami bernyanyi bersama² buatkan aku rasa seperti sedang 'joy & ride' dari Glassgow ke Stokholm. Tapi itu sebelum jentera pemusnah aku memasuk 'federal highway'.


Macam sial, hari 'sabtu' pukul 8 malam pun nak sesak sampai Kuala Lumpur.

Saturday 27 November 2010

Dragonista in the house.

Malam tadi aku keluar with my 'super wife' setelah penat perah tenaga di tempat kerja, sejak dari awal minggu aku memang sibuk dengan projek terakhir kerja aku untuk bulan ini, bulan depan adalah bulan rehat untuk aku. Jadi kami berdua pun keluar ke sebuah pusat membeli belah, tujuan utama mahu bagi hilang stress dengan cara menonton wayang, ada kisah menarik tentang Mark Zucherberg melalui filem 'The Social Network' rugi siapa tidak tonton. Kami sampai awal 80 minit sebelum filem ini dipertontonkan, aku dan 'super wife' pun duduk sambil minum kopi dan lihat keletah komuniti orang² muda yang mungkin juga turut sama mahu hilangkan stress setelah seminggu kerja, ada yang bersama kekasih, ada yang bersama dengan lelaki yang baru dikenali, ada yang bersama dengan sahabat handai, ada yang baru pulang dari kerja dan macam² lagi. Tapi masing² bergaya dengan fesyen masing². Yes fesyen tidak akan berhenti dicipta walau satu saat pun dan aku lihat pelbagai kelainan yang cuba ditonjolkan oleh pemuda-pemudi malam tadi dan banyak juga yang berjaya mencuit hati aku dengan fesyes² mereka, contohnya seorang perempuan yang memakai boot tinggi seolah² musim sejuk sedang melanda dan agak kelakar bila boot tersebut jauh lebih besar dari saiz kakinya.

Malam tadi aku gembira tak terhingga campur ketawa yang tidak berhenti² melihat bakal² fashionista.

Friends not enemy.

Sejak dari 6 bulan yang lalu aku telah punya 'patner' baru ditempat kerja, sudah 5 buah kapal terbang kami lakukan bersama², dan sedikit kegembiraan aku terima bila bekerja dengan 'patner' baru aku. Aku tidak pernah cerita secara 'details' tentang rakan sekerja aku didalam blog ini cuma hari ada satu kejadian pelik berlaku. Well, nama 'patner' baru aku ni Nazry, dia tua setahun dari aku, masih bujang, 'humble' juga baik hati, tapi kami bukan baru kenal, aku dan dia berada didalam 'batch' yang sama ketika mula bekerja di syarikat penerbangan gergasi ini 7 tahun yang lalu, cuma kami berada di bahagian² yang berlainan, walaupun dibawah satu jajahan yang sama. 3 tahun lalu ketika aku diterima sebagai pegawai perancang, 6 bulan kemudiannya Nazry pula berjaya dinaikkan pangkat juga sebagai pegawai perancang, kami buat kerja yang sama cuma, projek kapal terbang tidak sama, client juga tidak sama, walaubagaimana pun Nazry selalu menghabiskan masa dengan aku pada waktu rehat setiap pagi dan petang, kami juga pernah 'travel' bersama² seperti ke Tawau, Sabah, Bandung & Jakarta, Indonesia juga Amsterdam dan Hamburg. Selebihnya kami travel berasingan. Nazry punya hobi yang sama seperti aku iaitu mencari kedai makan yang terbaik untuk perutnya, walaubagaimana pun dia kurang 'update' tentang dunia muzik. Yes dia dengar muzik tapi halwa kami berbeza, antara band kegemaraan Nazry adalah seperti QUEEN, LED ZEPPELIN, DEEP PURPLE, GUN 'n' ROSES juga BEATLES dalam erti kata yang lain, Nazry memang masih terikat dengan muzik² glam rock tahun 70an-80an dan hampir saban hari dia mendengarnya dan aku memang tidak kisah lansung pun dengan apa yang dia dengar kerana aku juga pernah dengar lagu² dari band tersebut. Cuma hari ini ketika aku sedang sibuk menyelak setiap helaian kertas kerja sambil udara dingin menyelubungi seluruh perut pejabat, aku terdengar lagu 'Creep' dari RADIOHEAD berkumandang di pc Nazry dan aku lihat dia tekun mendengarnya.

"Yes.. dia dah masuk tahun 90an pula.."

Friday 26 November 2010

Kembalikan hak kami.


Mungkin kita tidak perasan, mungkin kita tak mahu ambil peduli pun dan aku pun bukan hendak ajak orang² yang baca blog ni untuk pergi berkumpul ke Masjid Negara untuk beri memo pada agong, cuma mungkin aku mampu untuk terangkan kepada sesiapa yang kurang faham atau fasih tentang perkara ini. Air, aku pasti dari dulu sampailah beratus² tahun yang akan datang pasti amat diperlukan untuk kegunaan kita seharian, tidak kira sama ada untuk kegunaan individu mahupun kelompok masyarakat juga pengusaha² kilang, petani dan ramai lagi. Pendek kata air sangat penting kepada kita. Persoalan yang timbul pada masa sekarang adalah kenapa perlu air ini dibayar oleh kita? sedangkan dari pada hari pertama bumi ini wujud air sememangya ada dan ianya percuma diciptakan oleh tuhan. Cuma disebabkan kita mahu setiap isi rumah, pejabat², kilang² mahupun tempat awam disalurkan dengan air yang bersih, jadi wujud lah satu sistem dimana ianya bertujuan untuk memastikan air² ini disalurkan pada semua dari sungai² atau lebih tepat lagi pusat tadahan hujan, dan Yes..sistem ini harus dipantau, harus dijaga setiap hari agak mutu kualitinya terjamin untuk semua. Maka satu badan kerajaan telah diwujudkan, dipendekkan cerita Jabatan bekalan air telah diberi hak² tertentu untuk memastikan segala² berjalan dengan baik dan lancar. segala² kos perbelanjaan ditanggung oleh pihak kerajaan (sudah semestinya kerajaan perlu pastikan yang terbaik untuk rakyatnya,bukan.), ini tidak bermaksud kita sebagai rakyat tidak perlu keluar duit untuk proses penyelengaraan yang aku cerita tadi, kita sebagai rakyat perlu keluar duit kerana setiap proses yang berlaku perlu tenaga kerja dan tenaga² kerja ini perlu dibayar gaji, kerana mereka juga adalah rakyat malaysia dan mereka juga perlu beri sesuap nasi untuk anak juga isteri. Cuma duit yang kita keluarkan tidaklah terlalu banyak. Tapi ini cerita dulu, cerita dimana dasar penswastaan belum dicipta, dan apabila dasar penswastaan diwujudkan Jabatan bekalan air telah dijual oleh pihak kerajaan kepada syarikat bekalan air maka maka wujud lah syarikat² bekalan air seperti SYABAS di Selangor khususnya. Syarikat ini tidak mendapat dana dari kerajaan untuk melakukan setiap proses yang aku ceritakan seperti diatas tadi, syarikat ini juga tidak mendapat wang ehsan dari kerajaan untuk memberi gaji pada tenaga kerja yang aku cerita tadi, kerana syarikat ini telah membeli badan 'jabatan bekalan air' dari kerajaan. Maka segala proses pembersihan juga penyelengaraan adalah ditanggung sendiri oleh syarikat seperti SYABAS itu sendiri, dalam erti kata lain kita sebagai pengguna yang perlu bayar setiap bulan seperti yang tertera di bil masing² dan lebih menyedihkan tanpa dikawal kos untuk menyelengara ini dinaikkan dari masa ke semasa dan kita sebagai pengguna yang terima sengsara. Beginilah aktiviti penswastaan, aku tak rujuk pada bekalan air saja, aku rujuk pada semua badan² swasta seperti TNB, TELEKOM dan banyak lagi. Jadi poster diatas adalah satu cetakan bergambar untuk mengajak rakyat agar bersama² menghalang dari kenaikan ini terus berlaku. Mampu halang atau pun tidak, aku pun tak pasti cuma, bagi sesiapa yang rasa tak perlu 'give a damn' tentang hal ini  kerana bukan anda yang bayar duit air.

Cuba renung kembali, tak lama lagi kau juga akan bekerluarga dan mungkin akan ada rumah dan perlu bayar bil² yang ada, jika sekarang mungkin bayar rm20 sebulan untuk air, lagi 5 tahun mungkin rm70, ini belum cerita 20 tahun yang akan datang dan ini baru cerita hal air dan bukannya elektrik, telefon juga tol dilebuhraya.

Mix grill vs cardio.

Kisah dua hari yang lalu.

Sudah lebih kurang 6 bulan aku tidak berlari, tidak jogging atau bahasa glamour-nya cardio, tapi sudah lebih kurang 6 bulan aku tidak putus² makan makanan yang sedap, yang menggembirakan. akibatnya berat badan aku naik mendadak dan sejak dari bulan lalu lagi dah semakin ramai orang² yang selalu nampak aku ditempat kerja tegur "eh badan dah naik ye sekarang" dan setiap kali kata² itu masuk kedalam lubang telinga aku hingga langgar pada gegendang membuatkan aku rasa seperti dipanah petir pada bahagian kiri badan. Kenapa bahagian kiri?? kenapa bukan kanan?? itu cerita lain.
Jika dulu setiap petang atau malam aku pasti akan berlari, tujuan utama adalah untuk bakar lemak, ini fakta benar kerana tiada jalan lain untuk kurus atau buang lemak selain dari bersukan. Jadi selalunya aku akan habiskan masa lebih kurang 30 hingga ke 70 minit untuk berlari sejauh 1.5km hingga ke 2.4km, lama kelamaan aku bertambah bagus dan masa yang dihabiskan untuk berlari sejauh 1.5km - 2.4km  adalah lebih kurang 30 hingga ke 45 minit. Impian aku, jika boleh mahu lari lebih jauh lagi, sekurang²nya 4km ke 6 km setiap hari, tapi aku belum mampu untuk capai prestasi sedimikian. Itu cerita 6, 7 bulan yang lalu. 2 minggu yang lepas setelah banyak kali tidak berjaya, aku ambil langkah drastik untuk mula berlari, mula jogging, itupun selepas aku terima satu tips yang berharga dari seorang jurujual di kedai alat sukan ketika teman rakan aku untuk beli 'treadmil', aku sebagai lelaki yang tidak punya duit tapi punya banyak lemak menelan bulat² kata jurual tersebut.

"Adik kalau nak cepat slim, nak cepat buang lemak, mudah saja caranya, setiap pagi sebelum pergi kerja, bangun awal sikit dan pergi lari untuk 30 minit, tak kiralah berapa jauh janji 30 minit, sebab setiap pagi after bangun tidur, perut kita kosong, takde nutrition, jadi bila adik lari badan adik akan bakar lemak, tak guna lari waktu petang atau malam² pergi gym kerana apa yang dibakar adalah apa yang adik makan dari awal pagi sampai malam, lemak tidak terbakar pun. Tak percaya adik cuba buat esok pagi. Bila lama² cuba lari untuk 1 jam pula, kemudian 2 jam..tapi ingat, makan kena control" Kata jurual tersebut dengan loghat sarawak.

Balik rumah dengan semangat yang membara, aku beritahu pada 'super wife' aku dan dia pun sokong apa yang hendak lakukan, maka dari minggu lalu aku pun bangun awal setiap pagi untuk berlari, bila pergi kerja aku bawa bekal seperti buah²an, roti dan oat. Aku memang jaga pemakanan. Setiap pagi aku lari dan setiap hari juga aku rasa badan semakin ringan walaupun bila tengok cermin tidak ada apa² perubahan. Impian aku mahu lari semakin jauh dan jauh, jika sekarang aku berlari sejauh 1.5km ke 2.1km, mungkin lagi 3 bulan aku mampu lari sejauh 4km ke 6km.
Dua hari yang lalu, setelah penat bekerja setiap hari, aku terima gaji, bulan ini dapat lebih sedikit kerana kerja lebih masa dan seperti biasa selepas gaji aku akan bagi 'reward' pada diri aku, rileks, chill, makan², minum²,
dan akibatnya malam pada dua hari yang lalu aku makan 'mix grill' di William dan sampai esok paginya aku masih rasa ada daging dan ayam ditekak.

Tak kira, pagi itu juga aku rasa seperti mahu lari sejauh 30km agar 'mix grill' dalam perut hangus terbakar.

.

Life is like a jigsaw puzzle..

lengkap melengkapkan..

Setuju??

Thursday 25 November 2010

Kuih-muih.

Kuih muih adalah sebahagian dari tradisi hidup kita di negara ini, dari kecil hingga sekarang aku memang selalu makan kuih antara kuih kegemaraan aku adalah kuih karipap dan selalunya setiap pagi bila masuk waktu rehat, aku dan rakan² akan habiskan masa 30 minit, teguk kopi dan kunyah karipap didalam kafe, kemudiannya serap asap rokok, itu adalah sebahagian dari ritual kami, dan selalunya aku akan beli 2 atau 3 biji karipap untuk diulam bersama dengan kopi pahit tanpa gula. Bila bercerita tentang kuih-muih lagi, jika 20 tahun kebelakang dengan rm1 aku mampu dapat 5 jenis kuih, tak lama selepas itu, i meant after few years, dengan rm1 aku mampu dapat 4 biji kuih, orang² tua selalu cakap, "sekarang zaman dah berubah, beli kuih pun dah mahal.." aku telan saja kata² mereka, lagipun pada waktu itu aku cuma minta duit dari emak untuk beli apa² saja. Masa terus berputar, siang ke malam, malam ke siang hingga lah few years back, harga kuih masih lagi rm1 tapi bukan 4, kali ini aku hanya mampu dapat 3 biji kuih dan aku pasti semua orang sama, dua tahun lalu pula kuih masih dapat 3 biji tapi harga dah jadi rm1.20, aku akur, semua orang akur dan sekali lagi kata² keramat "zaman dah berubah" digunakan. Pagi ini aku jalani ritual seperti biasa, beli kuih, minum kopi dan kemudiannya hisap rokok, cuma hari ini kuih yang aku beli bukan 2 atau 3 biji tetapi 5 biji, aku keluarkan rm2 untuk dapat kuih 5 biji, mula² aku ingat aku lapar sebab mampu habiskan 5 biji kuih dengan pantas, tapi bila aku belek kuih tersebut sebelum masukkan kedalam rongga lalu kunyah dengan gigi, baru aku perasan yang kuih-muih sekarang terlalu kecil, dalam bahasa saintifiknya walaupun dengan harga rm1.20 aku masih dapat 3 biji kuih tapi saiznya seperti ibu jari saja.

Relevan lagi kah untuk kita guna perkataan "zaman sudah berubah"

My minerva.

"So God bless you all..."

"For the song you sang us...oh..."

"For the hearts you break, everytime you moan..."
Dulu aku siulkan lagu ini, dulu aku cari dan petik pada gitar lagu ini, dulu juga aku hanya mampu ajak rakan² 'cover' lagu ini juga lagu² lain dari DEFTONES di studio jamm, pada waktu itu, masing² mahu jadi Chino Moreno, mahu petik bass seperti Chi Cheng, mahu hentak drum seperti Abe cunningham tak kurang juga yang kumpul duit dan beli 'sampler' semata² mahu jadi seperti Frank Delgado dan aku pula mahu bela rambut panjang dan mahu petik gitar seperti Stephen Capenter, itulah impian dan harapan, tapi lama kelamaan semuanya lenyap, rakan² aku juga senyap mungkin sibuk dengan masalah masa depan masing², 'carrier conflict', lovelife, marriage life dan sebagainya. Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun juga demi tahun, segala²nya lupus akibat dari perkara² lain yang melanda diri juga pemikiran masing² hinggakan Chi Cheng selaku bassist mereka yang terlibat didalam kemalangan serius dan koma pun kami tak ambil peduli. Hingga lah pada minggu lepas aku dapat tahu yang DEFTONES mungkin akan ke Kuala Lumpur pada februari tahun depan. Bagi yang dah lupa atau tidak mahu ambil pusing, aku pun tidak mahu ambil kisah, yang penting aku akan seret 'super wife' aku pergi dan biarkan diri kami tenggelam bersama² dengan adrenalin mereka.

Yes...!!masa untuk hafal semula lagu² mereka..



kepada sesiapa yang baru mahu kenal band 'art metal' ini sila lah goggle.

Wednesday 24 November 2010

Sijil Pelajaran Malaysia.

Semalam aku dapat tahu peperiksaan SPM telah bermula sejak dari Isnin lagi, maka ramailah yang beri ucapan semangat pada semua 'candidates' melalui laman sosial, tidak ketinggalan juga perdana menteri kita. Seperti mana yang kita semua tahu SPM adalah batu loncatan paling penting untuk kita didalam mencari arah baru untuk kehidupan kita juga masa depan kita. Jadi aku sebagai warga yang bertanggungjawab juga mahu turut serta didalam memberi ucapan semangat untuk semua 'candidates' SPM tahun ini dan juga tahun² yang akan datang.

"Rileks..peratus kelulusan telah diturunkan, jawab main² pun takpe sebab if dapat 38/100 pun masih lagi A.."

Tuesday 23 November 2010

furiosity.

Lebih kurang 10 ke 15 tahun yang lalu, aku bukan lah sama seperti aku sekarang, idealogi punk terlalu tebal dalam pemikiran aku, aku bukanlah sama seperti aku sekarang, kebencian dan kemarahan sudah jadi seperti akar yang mencengkam tanah. Yes aku memang seorang yang pemarah tidak kira secara senyap mahupun tidak. Segala perkara yang berlegar pada aku pada waktu itu memang akan dibenci dan dimarahi. Ego yang sangat tinggi dan sentiasa rasa diri ini betul adalah rakan baik aku. Segala macam perkara pasti aku akan maki, aku tidak pasti dari darah jenis apa yang telah mengalir dalam badan aku hingga aku jadi seperti itu, atau mungkin itu lumrah pada setiap remaja yang mana hormon yang dihasilkan mampu buat aku jadi seperti itu. Tapi itu kisah dulu, kisah yang telah lama berlalu, kini aku tidak lagi begitu walaupun aku masih sama. Cara aku berfikir, cara aku bercakap juga cara aku mendegar sudah jauh berbeza dari dulu. Aku masih pegang idealogi yang sama, aku masih dengar lagu² yang sama, aku juga masih menetap ditempat yang sama cuma aku sudah lama berubah, aku cuba jadi 'cool', aku cuba 'chill' dengan setiap apa yang berlaku pada aku. Tapi hari ini kisah lama seperti mahu muncul semula, aku rasa seperti berpusing ke 10 atau 15 tahun yang lalu. Kemarahan seperti sedang menguasai aku, kebencian juga sama.

"Damn..!!, kopi yang disimpan dalam drawer telah habis dicuri oleh orang yang kerja 'shift' malam.."

Friday 19 November 2010

Anniversary of an Uninteresting Event.











Some of the picture was taken by Amirul Shah

hopeless hope.

"We want more...!! we want more...!! we want more...!! we want more....!!" bunyi sorakkan dari bawah pentas.

Aku sudah berpeluh diatas sambil gitar masih terpaut dibahu, namun adrenalin semakin membara-bara, aku toleh kebelakang dan lihat Sharman masih menggengam erat stik drumnya, aku toleh ke kiri dan yang pasti 'super wife' aku teguh berdiri disebelah aku sambil pegang erat kamera.

"We want more..!! we want more..!! we want more..!!" semakin deras bunyi sorakkan dan ada yang menghentak penumbuk dilantai pentas.

Aji jerit dengan kuat sambil memberi 'signal' "Ok this is last one from us... Hopeless hope"

Semua bersorak gembira dan bersedia mosh. Aku dan yang lain memulakan kerja iaitu dengan lagu terakhir pada petang tersebut, kami berdiri sambil kepala dihayun keatas dan kebawah, aku julang gitar keatas, aku henjut kekiri dan kekanan, begitu juga yang lain², setelah lebih kurang 5 minit berlalu lagu terakhir kami habis dan aku serap satu tepukan paling gemuruh. Kami gembira setelah hampir 3 bulan berehat, hari ini aku luahkan segala apa yang terbuku dihati, kemudian aku dan yang lain turun tangga dibelakang pentas dengan hati gembira, hati riang ria dan seorang lelaki dari Finland pula datang menyapa, dia perkenalkan diri, aku kurang ambil peduli yang aku pasti dia mahu satu Finland terima cd kami. Aku puas pada petang itu dan kami juga sukses pada petang itu.

Tapi sampai kehari ini tulang belakang aku serta tengkok masih berdenyut², mungkin ada keretakan.

Friday 12 November 2010

Impian dan harapan.

Semua orang punya cita-cita, impian juga harapan, cuma bagaimana untuk direalisasikan, kita juga tidak pasti, kita juga mungkin sangsi. Aku juga punya impian yang sama seperti orang lain, cuma, mungkin niat kita berbeza². Sila lihat gambar dibawah dan fahamkan. Jika ada sesiapa punya impian dan cita-cita yang sama dengan aku, sila email terus.

Klik pada gambarajah untuk saiz yang besar.

Wednesday 10 November 2010

Liar, liar..

Sila baca petikan dibawah,



The University of Wales announced it had suspended its involvement with Fazley International College, pending investigation - BBC LONDON

A Malaysian pop star with a bogus doctorate has been running a college offering University of Wales degree courses, a BBC investigation shows.

A Bangkok college that Thai authorities say has been operating illegally, is also offering courses leading to degrees from the Welsh institution.

Week in Week Out examined the way in which the University of Wales validated courses in overseas institutions.

The university said it was dealing "thoroughly" with the issues raised.

The programme revealed that Fazley Yaakob, who runs the Fazley International College (FICO) in the Malaysian capital Kuala Lumpur, was claiming to have both a masters and a doctorate in business administration. But both came from a bogus university.

The pop star, who has four hit albums to his name, claimed the qualifications from the European Business School (Cambridge), an offshoot of the Irish International University, which was exposed as a sham by the BBC in 2008.

“We are not happy about what is happening, we are dealing with it and will deal with it very thoroughly and will learn lessons from what has happened”.

Professor Nigel Palastanga said the University of Wales did not ask about his credentials, which were displayed prominently on the college website until he was confronted by BBC Wales' education correspondent Ciaran Jenkins in Kuala Lumpur.

Professor Nigel Palastanga, pro vice chancellor at the University of Wales, said the university was "concerned" about the issues raised in the programme.

"We are not happy about what is happening, we are dealing with it and will deal with it very thoroughly and will learn lessons from what has happened," he said.

The University of Wales announced it had suspended its involvement with Fazley International College, and would take no new admissions to its business administration and MBA courses until the matter had been investigated.

Dari mula² lagi bila ramai orang kecoh yang mamat ni ade PHD aku dah rasa macam kena tipu dan tak sangka ianya memang tipu..


WTF!!

Tuesday 9 November 2010

And they did remember this time,



December ini di Surabaya, siapa mahu ikut aku..?

Monday blues, but i'm in love.

Monday blues adalah istilah pada mereka yang tidak berminat untuk memulakan kerja pada hari pertama setiap isnin, Monday blues adalah falsafah bagi mereka yang tidak minat untuk pergi kerja mahupun ke mana² institusi pengajian. Nasihat aku.

"Come on, dalam hidup ni dah berapa ratus kali Isnin yang korang dah lalui..nak blues ape lagi...rise up..!!"

Politic kill politicians.

ini kisah politik lagi, aku pun tak tahulah kenapa semakin hari aku aku semakin seronok ketawa bila tengok lakaran sejarah tentang dunia politik tanah air. Dua perkara penting harus dititikberatkan didalam perjuangan merampas kerajaan yang ada sekarang iaitu pertama, kekalahan parti PAS dan PKR dalam pilihanraya kecil di Galas dan Batu Sapi, yang kedua pula, penarikan diri Zaid Ibrahim didalam perlumbaan mengejar status 'timbalan presiden' didalam PKR. Pelbagai spekulasi bermain di setiap benak kelapa semua orang, macam² desas desus kita boleh dengar, berbagai kutukan dikeluarkan. tidak kiralah sama ada setiap ahli politik, ketua² politik, pengikut² mahupun aktivis² blogger. Kalah pada Pilihanraya kecil bukanlah satu perkara yang pelik walaupun setiap jentera telah berusaha sedaya upaya untuk menang tapi masih kalah, aku ambil kata² Hishamudin Rais "jika pilihanraya mampu untuk ubah semua, dah lama ianya diharamkan", what to expect, pembangkan lawan kerajaan persekutuan, peratus untuk menang memang hanya sebesar bulu hidung kuman. Tapi tidak mengapa, biarkan mereka menang dan biarkan mereka ketawa gembira. Kemudian kisah kedua pula tentang zaid Ibrahim, pada mulanya aku rasa macam dia ni budak² pun ada, dah rasa nak kalah dah merajuk nak tarik diri, dan sebelum itu kecoh dengan cerita Azmin Ali adalah dalang disebalik segala²nya. Kertas undi dijual lah, disogok lah dan sebagainya. Anwar ibrahim diam membisu. Muhyidin yasin ketawa tersipu², semua media perdana bagi iklan percuma pada PKR dan Zaid Ibrahim, Najib pula say Yes!! sebab dah rasa ada keyakinan, dah rasa kerajaan BN sudah pulih.
Kita nampak semua orang keluar pelbagai teori, professor² 'kangkung' pun turut sama nak keluar teori, penganalisis politik pun mesti nak tunjuk hebat, mereka akan kata "Kerajaan BN semakin kuat, parti pembangkang akan bungkus tidak lama lagi. OK.. sila perhatikan secara halus, satu lakaran sejarah bakal dilakarkan. Pergolakan yang sedang berlaku didalam PKR, mungkin disengajakan, kelemahan PAS pada pilihanraya juga mungkin sengaja, objektif utama adalah untuk beri keyakinan pada Najib agar piliharaya umum dilaksanakan secepat mungkin. Lagi cepat pilihanraya, lagi cepatlah kekalahan akan berlaku, bila sudah kalah, lagi cepatlah kita semua boleh terima kerajaan baru.

Siapa setuju..?

Thursday 4 November 2010

Teks ringkas.

Sewaktu sedang duduk dan makan aku terima pesanan teks ringkas, sewaktu memandu atau bonceng motorsikal aku terima lagi teks ringkas, sewaktu sedang bersembang, ketawa dan bergembira aku terima lagi teks ringkas, sewaktu sedang petik gitar aku terima lagi teks ringkas, sewaktu sedang tidur, bila bangun pagi aku tengok di telefon bimbit pasti akan terima lagi teks ringkas, sewaktu sedang hisap rokok aku terima lagi teks ringkas, sewaktu dalam keadaan cemas aku masih lagi terima teks ringkas itu. Sewaktu sedang kritikal ditempat kerja juga aku masih lagi terima teks ringkas itu. Pendek kata setiap masa aku pasti akan dapat teks ringkas tersebut. Yes..ianya teks ringkas tentang promosi arak di kelab² malam juga pub. Perlu ke aku reply dengan jawab.

"Maaf, saya tidak minum, saya budak sxe dan hanya makan sayur saja.."

Perlu ke?

Malay fight for malays.

Petang minggu lalu, ketika baru selesai minum kopi dan celup roti bakar, aku turun bersama 2 orang rakan yang lain untuk serap asap rokok sambil melihat manusia² dan juga kenderaan berat lalu lalang dihadapan. Lalu tercetus satu perbincangan.

"aku tak pastilah negare kite ni macam mane skang.." Nizam berkata sambil tekebil² mata.

Aku pula bertanya "Nape?? pasal harge rokok naik ke?"

"Takdelah nak sokong PAS tapi PAS plak pegi join DAP, dorang kan cina.." Jawab Nizam.

Dalam hati aku sudah mengeluh dan terus bertanya "ape beza PAS ke,DAP ke, UMNO ke..??"

"Kau ni rasict la Zam.." Jawab Nazry pula.

"Tak la..kite melayu, ni tanah kite, orang lain datang menumpang je..so kite meti mau lebih dari kaum lain..kite mesti special dari orang lain" Tegas Nizam.

Aku paling bebulu bile orang sibuk cerita hal kaum dan aku jawab "Come on Nizam..ni tanah kite..?? mane tanah kite?? berape ekar kau dapat?? berape kaki  kerajaan bagi dekat kau?? mane tanah kau?? apa yang istimewanye?? kalau kite nak lebih, kalau ni tanah kite..patutnye semue orang melayu mesti kena dapat tanah masing²..kau ade dapat tanah?? takde kan..so ape yang istimewa kau sebagai orang melayu yang duduk dalam negara ni?? cube kau cite sikit?? kite melayu dah la malas nak bekerja pastu nak harap keistimewaan, tu pun tak dapat..ape akan jadi kalau kau lahir sebagai india kat negara ni, lahir jadi cine?? kau tak mintak jadi india atau cine kan?? kau pun tak tau yang bile kau lahir kau jadi melayu kan..?? so ape yang nak lebih??

"eh takdelah..aku bukannye ape..aku bukan orang UMNO pun, aku sokong PAS, name aku ade dalam PAS..aku just cite je kat korang.." Jelas Nizam.

Aku cantas "Sape yang cakap kau UMNO? ape beza MCA dengan DAP, due² cine..aku tak tanye pun kau sokong PAS ke tak..."

"Takdelah aku nak bagi tau kat kau yang aku memang orang kuat PAS..." Jelas Nizam lagi.

"ape² jelah..tu pun kalau kau tau pasal perjuangan PAS, sebab ramai yang join PAS pun bukannye tau pasal perjuangan PAS.

Diam.
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law