Wednesday 29 June 2011

We could be up in the clouds

Perhimpunan Bersih.

Sana-sini orang bincang pasal BERSIH, sana-sini orang kutuk pasal BERSIH, sana-sini segala macam pendapat dan hujah dilemparkan. Ada yang cakap ini agenda orang² kristian, ada yang cakap ini agenda ketua pembangkang, ada yang cakap ini agenda untuk menggulingkan kerajaan, ada yang cakap ianya bakal merosakkan industri pelancongan dan pada masa yang sama habis ekonomi peniaga² dikota akan terjejas. Aku yang hari² bekerja tanpa nafsu juga selalu terdengar dengan pelbagai jenis perbahasaan juga pidato oleh para² pemidato terpilih tentang perhimpunan BERSIH. Persoalan yang selalu bermain di minda juga jiwa aku, apa objektif perhimpunan BERSIH ini. Sekelumit pendapat ingin aku kongsi bersama², bagi yang kurang fasih dengan lenggang-lenggok kisah politik negara. Perhimpunan BERSIH ini adalah satu tuntutan kepada sebuah sistem pilihanraya yang bersih, adil juga telus. Apa di negara kita sistem pilihanraya-nya tidak adil ke? tidak telus ke?, mari kita toleh kebelakang buat sementara, sebelum Hosni Mubarak digulingkan melalui revolusi dijalanan, kerajaannya menang hampir 95% pada pilihanraya. Jika dia mendapat sokongan dari rakyat mengapa perlu sampai lebih sejuta manusia turun ke jalanan dan mahu dia digulingkan?? Yes!! pilihanraya jika adil sudah lama ianya diharamkan, namun sedikit harapan diminta oleh segenap manusia yang ada ditanah air kita dimana mereka mahukan sebuah sistem pilihanraya yang bersih, bersih dari segala penipuan. Jika tidak masakan ada bekas² askar mengaku yang mereka tidak pernah memangkah ketika pilihanraya umum diadakan. Jadi sebuah perhimpunan diadakan dan akan bergerak terus menuju ke istana negara untuk penyerahan memorandum pada Agong, kenapa Agong dan bukan perdana menteri, kerana Suruhanjaya Pilihanraya duduk dibawah Agong dan bukannya perdana menteri. Jika kita patah semula beberapa tahun yang lalu, perhimpunan BERSIH ini pernah diadakan pada tahun 2007 dan seramai lebih kurang 100ribu manusia memenuhi jalan untuk menuntut keadilan, namun tiada apa² perubahan yang berlaku pada sistem pilihanraya. Pada tahun ini mereka jangka sehingga 300ribu orang akan turut serta dan ianya bagaikan sebuah pesta menuntut keadilan. Tetapi walaubagaimanapun pihak kerajaan mula resah, mula gundah lalu terlalu banyak anasir² negatif disebarkan demi untuk menakut² rakyat. Jika perhimpunan haram ini diteruskan habislah kota kuala lumpur, habislah para peniaga juga pelancong, tidak ketinggalan juga para² pelacur. Sedikit info untuk semua ini bukan perhimpunan haram, ianya termaktub didalam perlembagaan cuma bila provokasi berlaku maka kekecohan akan tercetus, bila tercetus segala pandangan negatif akan tersebar. Aku menulis bukan disebabkan aku pro pihak pembangkan mahu pun pro perhimpunan BERSIH cuma jika kita kupas satu persatu, kaji sedalam²nya, kenapa perhimpunan ini mendapat sambutan? persoalan yang harus difikirkan. Bila semua diantara kita hidup dalam kesempitan, subsidi dikurangkan, tarif elektrik dinaikkan termasuklah terpaksa menggunakan minyak ron95 padahal negara kita adalah negara pengeluar minyak, dengan gaji minima masih lagi pada kadar tidak membanggakan, dengan hutang setiap individu semakin hari semakin meningkat sedangkan kita setiap hari membayar segala macam cukai kerajaan contohnya, makan dikedai² multinasional, bayar bil telefon, rokok, cukai jalan, cukai tanah, cukai pintu dan sebagainya dan apa yang lebih menyedihkan pihak kerajaan atau orang² yang telah diamanahkan berbelanja dengan jauh lebih mewah dari kita, is it fair?? maka dengan itu semakin ramai orang peka dan mahu pihak kerajaan ditukarkan dan salah satu caranya adalah melalui pilihanraya yang telus. Cuba bayangkan, jika pihak kerajaan mampu untuk tidak menyusahkan rakyat, mampu untuk kurangkan peningkatan kos sara hidup dan sebagainya.Adakah ramai orang akan sibuk² untuk turun ke perhimpunan BERSIH?? Adakah ramai orang akan minta untuk tukar kerajaan?? Adakah orang ramai berani untuk minta keadilan?

Jadi jika ada orang cakap "kalau pilihanraya tidak bersih masakan parti pembangkan boleh menang beberapa buah negeri pada pilihanraya yang lalu". Jawapannya mudah sahaja, jika benar² bersih kesemua 14 buah negeri sudah lama dikuasai oleh parti pembangkang.

Sunday 26 June 2011

DEVILICA.

DEVILICA, siapa tidak kenal mereka, siapa yang tidak jatuh cinta pada mereka, siapa yang tidak gundah dan gulana. Muzik mereka solid, muzik mereka untuk jiwa² yang berani, muzik mereka 'brilliantly brilliant'. Demi permintaan istimewa mereka sekali lagi kembali beraksi untuk kali yang terakhir dan ianya di 'hometown' mereka sendiri. Mengikuti tradisi band² lain dengan bermain ditempat sendiri untuk siri tour terakhir. Jika ada masa, jika hati percuma, jika mahu mendombrak jiwa. Datanglah beramai² ke Tampin.


Tuesday 14 June 2011

Restructure

Sejak dari bulan lalu aku kurang menulis, kurang membaca, kurang bermain gitar, kurang ke studio,kurang lihat persembahan 'live',  kurang bersukan, kurang lepak bersama rakan², kurang ketawa, kurang duit juga kurang dengan pelbagai lagi kekurangan. Hidup penuh dengan jaringan² yang tersimpul kejam dan aku sedang membuka setiap susur galur jaringan tersebut juga sedang menyusunnya agar jadi lebih sempurna. Dalam erti kata lain aku sedang 're-structure' kehidupan aku. Ini adalah proses lompatan ke fasa baru bagi aku. Sama ada aku yakin atau sangsi, sama ada aku mampu berdiri atau rebah, kita lihat saja nanti.

Selamat datang ke dunia baru milik aku.

Friday 3 June 2011

Electrocute us all.

Bulan lalu sibuk semua orang memperkatakan tentang kenaikan harga minyak, tapi tidak lama selepas itu khabar gembira ditempiaskan dengan cara dimana harga minyak tidak akan dinaikkan demi untuk membantu rakyat mengharungi kehidupan yang penuh dengan kehimpitan. Ianya seperti memberi harapan baru kepada semua, bila harga minyak tidak naik maka harga barang makan juga barang keperluan lain tidak akan naik. Bila semua tidak naik kepala juga tidak berpusing² untuk berfikir, poket juga selamat. Sekalung terima kasih dilemparkan pada pemerintah. Walaupun sebelum itu subsidi gula diselaraskan dengan rm.020 sen ditambah sagi setiap kilogram. Kita memang mudah lupa. Tidak lama lepas itu perbincangan tentang kenaikkan tarif elektrik pula, disini satu kata sepakat telah diambil oleh pihak kerajaan juga badan² elektrik dimana demi untuk menampung kos bahan api yang tinggi juga untuk menstabilkan perniagaan elektrik maka tarif elektik terpaksa dinaikkan, semua orang risau, semua orang kaget. Tapi berita gembira lagi muncul. Bil atau tarif elektrik mungkin tidak dinaikkan untuk setiap isi rumah, kerana jumlah penggunaan elektrik dirumah tidak melebihi jumlah yang ditetapkan bagi setiap bulan, jika tidak silap 300kw. Semua orang berdebus sambil menghela nafas panjang. Yes!! tarif elektrink naik tapi kita sebagai penduduk tidak terkena dengan tempias kenaikkannya. Terima kasih sekai lagi kepada pihak pemerintah. Disini satu penekenan terhadap pemikiran kritikal harus diterapkan dikalangan kita. Kadang² kita bukan mahu cari salah dan silap tapi selalunya setiap kesalahan dan kesilapan itu datang bergolek seperti buah durian. Kita ambil contoh tentang kenaikkan tarif elektrik, betul setiap pengguna isi rumah mungkin terlepas dari membayar bil elektrik yang tinggi kerana jumlah penggunaan elektik tidak maksimum. Tapi apa yang pasti pemilik kilang, peladang, peternak ayam, pemilik gudang, institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti, hospital mahupun syarikat² multinasional juga yang sama seperti mereka mungkin akan mengalami masalah dengan kenaikkan tarif elektrik ini, sebab jumlah kumpulan² ini yang banyak menggunakan tenaga elektrik. Secara realistiknya penternak ayam pasti menggunakan jumlah tenaga elektrik yang banyak kerana untuk menternak dan membersarkan ayam, mereka perlu menempatkan ayam² tersebut didalam bilik berhawa dingin, penghawa dingin sudah tentu menggunakan tenaga elektrik yang banyak, bila mahu menyembelih ayam sudah pasti ayam tersebut akan digantung kaki keatas dan kepala kebawah dan mesin akan menggerakkan setiap ekor ayam untuk disembelih, mesin tersebut perlukan tenaga elektrik, untuk cabut bulu, ayam haru direndam didalam air panas, rasanya tenaga elektrik juga diperlukan untuk memanaskan air tersebut. Selepas ayam siap disembelih dan diproses ianya akan ditempatkan didalam bilik sejuk untuk memastikan tahap kesegaran daging tersebut, bilik sejuk juga perlukan tenaga elektrik. hendak timbang dan bungkus daging ayam tersebut dengan bungkusan plastik juga memerlukan tenaga elektrik. Jadi jika hampir kesemua proses dari menternak ayam, menyembelih juga simpan didalam 'chiller' serta pembungkusan daging ayam memerlukan tenaga elektrik yang maksimum. Apabila daging ayam tersebut sudah dihantar ke pasaraya², proses penjualan akan berlaku, tetapi sebelum menjual daging ayam tersebut akan dipamerkan didalam 'chiller', masih menggunakan tenaga elektrik, lampu² dan pengahawa² dingin didalam pasaraya juga menggunakan tenaga elektrik, mesin 'cashier' juga guna tenaga elektrik. Pendek kata semuanya menggunakan tenaga elektrik yang maksimum dan kumpulan ini terpaksa menanggung kos yang tinggi demi untuk dapatkan bekalan elektrik. Jadi, adakah relevan sekirannya penternak ayam juga peniaga ayam di pasaraya menaikkan harga bagi setiap kilogram ayam? Ini baru cerita ayam, bagaimana pula dengan kilang membuat kin sardin juga proses ikan sardin, kilang maggi, kilang susu, kilang sabun, peladang, penternak ikan dan apa sahaja jenis pengeluaran juga perniagaan? Apa pula yang terjadi disekolah² dan universiti² yang lampu dan kipasnya, komputernya dan segala macam barang lain yang sememangnya menggunakan tenaga elektrik?? relevankah sekiranya yuran pengajian sekolah, tadika atau universiti dinaikkan demi menampung kos yang tinggi terhadap penggunaan tenaga elektrik. Tempat kamu bekerja pula?? relevakah sekiranya gaji kamu tidak dinaikkan demi untuk membantu syarikat kamu membayar penggunaan tenaga elektrik yang tinggi?? semua diantara kita atau sesiapa dikalangan kita sememangnya menggunakan tenaga elektrik. Jika pandang dari perspektif yang berbeza mungkin kamu faham apa yang aku cuba terangkan. Ini bukan soal kenaikkan tarif elektrik sahaja, ini soal bagaimana kita dimanipulasi dan juga digelapkan pemikiran.

Jadi setujukah jika kita mula mempopularkan penggunaan kuasa solar, iaitu dari matahari disini??. Tidak, jika kita membuat sesuatu modifikasi dari tenaga, mungkin kita akan disaman dibawah akta "modifikasi penggunaan tenaga elektrik". Pihak pemerintah kita kan bijak.

Wednesday 1 June 2011

Masih lagi tentang hidup.

Aku selalu merenggus, selalu berdecis, fikir dan tanya pada diri sendiri, adakah jalan kehidupan yang aku ada sekarang adalah jalan kehidupan yang paling sempurna untuk aku atau sebaliknya. Satu persoalan yang sukar untuk aku cari jawapannya. Hidup disini penuh dengan susur galur kepayahan, hidup disini penuh dengan sepak terajang yang menyakitkan. 30 tahun berdiri sebagai seorang yang berfikir secara kritikal namun aku masih lagi tidak mampu untuk cari jalan penyelesaian.Contohnya aku kurang suka dengan kerja aku, tapi aku cuba manipulasi fikiran juga jiwa aku. aku sudah jauh tertinggal dengan ilmu namun aku cuba pujuk hati aku. Jalan kabur, jalan samar-samar, jalan liang liuk, jalan bengkang-bengkok, apa juga jalan ianya masih sebagai jalan dan aku harus terus untuk berjalan. Jika aku gagal bagaimana aku mampu untuk membantu kamu semua??, jika aku gagal bagaimana aku mampu untuk bakar semangat kamu semua.

I wanted a perfect ending. Now I've learned, the hard way, that some poems don't rhyme, and some stories don't have a clear beginning, middle, and end. Life is about not knowing, having to change, taking the moment and making the best of it, without knowing what's going to happen next.
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law