Sunday 17 July 2011

Sepintas lalu dan hidup ini masih ada arah tuju.
















Cekap, amanah dan brutal.

Seminggu telah berlalu, pelbagai video tentang keganasan dan kekerasan polis pada perhimpunan BERSIH telah disiarkan, betul cakap kawan aku, polis yang baik hanya di siri tv 'gerak khas'. Aku ingat lagi lebih dari 20 tahun yang lalu sewaktu didalam kelas pada hari pertama bila cikgu tanya tentang 'ambition' dan aku jawab hendak jadi polis. Hari ini aku amat menyesal dan sentiasa berharap agar masa dapat diputarkan semula kebelakang. Damn!!

 Ini semua gara² pengaruh Johnny depp dalam siri tv 21 JUMP STREET.

Monday 11 July 2011

Democracy we deliver.

Menits air mata bila aku tonton video ini,

Walking With People

Tahniah kepada semua walaupun ada yang terluka, tapi aku pasti kebenaran akan menjelma tidak lama lagi.

Friday 8 July 2011

Anekdot juga plot baru.

Salam kepada semua, salam kepada rakan², salam pada teman², salam pada musuh², salam pada semua jiwa, salam juga pada sesiapa yang selalu melewati dan melawati laman ini. Jika anda perasan blog ini telah pun berpaut pada alamat baru. Namun aku tetap seperti aku. Sila prihatin dan terima kasih diatas setiap ruang yang pernah kita kongsi bersama-sama.

All the best to you guys,

Thursday 7 July 2011

Selamat hari jadi untuk aku.

Hari ini, genap 30 tahun aku hidup penuh suka dan duka, hari ini genap 30 tahun aku hidup penuh ranjau dan gelora, hari ini genap 30 tahun aku hidup melawan arus didalam dunia yang penuh dengan warna-warna kejam. Pelbagai perkara telah berubah, aku sudah berubah, dunia sekeliling aku juga lebih banyak berubah. Kemajuan demi kemajuan telah dikecapi, kemajuan demi kemajuan telah dicipta dan aku turut serta. Cuma sejak sudah 30 tahun hidup masih belum ada lagi mesin dimana bila kita tersedar dari tidur, bila mata terbuka dan dengan hanya menekan satu butang ditepi katil kita akan dimandikan dengan sepantas kilat dan pada masa yang sama juga baju dan seluar dikenakan termasuklah rambut disikat dengan rapi. Yes masih belum ada lagi kemajuan itu. Jika 30 tahun aku tunggu dan ianya masih belum ada, bagaimapula untuk aku tunggu satu lagi mesin dimana bila aku tekan saja butang dan dengan sepantas kilat aku sudah ada di tempat kerja.

Jangan harap lah..!!

Wednesday 6 July 2011

Ok.

Hidup ini mana pernah ok, siapa cakap ianya ok, tidak. tidak pernah ok, cuma jika ada orang tanya "dude, how r u..ok??" jawab dengan nada paling 'cool'

"Yeah..i'm ok"

Sunday 3 July 2011

Sarcastic.

Hari minggu, aku berdiri ditengah² kelompok manusia yang berjalan kehulu dan kehilir sambil mencari kepuasan diri dengan cara menghabiskan duit poket, dengan cara berpakaian yang agak pelik juga ranggi, dengan cara melampiaskan rasa cinta pada pasangan masing², dengan cara memenuhkan perut melalui setiap makanan yang dimakan, juga dengan beribu² lagi cara dan aku hanya terus berdiri sambil mengenakan t-shirt yang tertulis

"I dont need SEX, because my government Fuck me everyday"

Friends are born, not made.

Sejak dari mula bekerja aku sudah kenal dengan seorang rakan, kami panggi dia YB kerana mukanya mirip ahli² parlimen Yang Berhormat tapi namanya Nazry dan pemahaman dia tentang isu politik juga agak jauh berbeza dari ahli² parlimen yang menyokong kerajaan (itu cerita lain), kami bekerja didalam satu 'department' tapi walaubagaimana pun kami bukan bekerja sebagai sebuah pasukan, bila aku berjaya naik pangkat dan tinggalkan 'department' aku, tidak lama selepas itu Yb juga naik pangkat dan kami berada didalam 'departmnt' yang sama kembali, 3 tahun kami duduk dibawah pemerintahan yang sama tapi masih tidak bekerja sebagai 'patner' sehinggalah awal tahun lepas kami berjaya duduk didalam perut pejabat yang sama. Aku dan Yb bekerja sebagai satu pasukan, kami 'work smart' bukannya 'work hard', aku kurang beban bila bekerja dengan Yb sebab mungkin ada 'chemistry between us' dan yang paling menyeronokkan Yb juga adalah penggemar kopi dan sejak dari tahun yang lalu Yb adalah 'coffee buddy' aku. Masuk saja waktu rehat pagi  kami pasti akan pergi minum kopi, pada waktu petang juga kami akan minum kopi lagi, selain dari minum kopi kami akan bersembang, ketawa juga berbincang tentang segala macam perkara. Yb angkat aku sebagai rakan baik ditempat kerja dan aku juga begitu. Cuma bila aku pulang dari London Yb telah bersiap sedia untuk berpindah kerana dia dapat peluang untuk meluaskan pengalamannya, dia dapat tawaran kerja baru, masih lagi dalam satu 'company' yang sama dengan aku tapi 'department' yang lain juga lokasi yang jauh, dimana dia akan memulakan kerja di KLIA. Sejak dari itu kami hanya berutus 'email' juga teks ringkas. Dia masih lagi jadi rakan baik aku dan aku juga masih lagi jadi rakan baik YB dan sejak dari itu juga aku tidak ada 'patner' baru, segala kerja juga hanya aku seorang yang tahu dan agak membosankan bila mahu bancuh dan minum kopi juga cuma tinggal aku satu.

"Friends are born, not made"
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law