Sunday 23 October 2011

Selamat jalan Bapak.

Bapak, mungkin perkenalan kita tidak melebihi ribuan hari mahupun jutaan minit dan saat, namun pertalian yang disambung memberi seribu malah sejuta maksud dan makna buat aku. Bapak, aku tahu penderitaan itu satu yang menyakitkan, namun disebalik kehidupan yang  penuh dengan ranjau suka dan duka, banyak perkara baru yang dapat aku pelajari, dari perjalanan hidup kau, aku ambil segalanya untuk rujukan juga sebagai pembakar semangat dihari yang kemudian. Bapak, hingga ke lahad yang terakhir kita bersama, hingga ke titisan air mata yang terakhir juga kita tetap bersama. Tiada noktah diantara kita.

Selamat jalan bapak, semoga kita berjumpa lagi.. Al- Fatihah.


23.10.1958 - 15.10.2011

Tuesday 11 October 2011

500 days of us.

Hari ini, detik ini, waktu ini, tika dan saat ini. Genap 500 hari aku dan 'super wife' aku hidup bersama, monogamy, perkongsian data juga maklumat. Dalam tempoh 500 hari ini banyak perkara baru yang aku pelajari tentang hidup, dalam tempoh 500 hari ini juga banyak jalan yang telah kami rentas bersama. Ianya lebih simbolik dari  kisah Tom dan Summer Finn dari filem 500 DAYS OF SUMMER, ianya lebih abstrak dari kisah cinta Sid Vicious dan Nancy, juga lebih cool dari kisah cinta John Lennon dan Yoko Ono. Yes kami punya corak cinta yang tersendiri.

HAPPY 500 DAYS OF US to my Super Wife.

Friday 7 October 2011

Life drawing class.

Petang itu, suasana agak tenang, cuaca cukup sempurna ditambah pula dengan angin² sejuk berterbangan. Kami berdua duduk didalam sebuah kedai kopi di Swanston Street untuk panaskan badan sambil berteguk² kopi dihirup. Yes ini adalah perjalan mencari petanda, perjalan mencari hala tuju kehidupan. Kali ini kami menghabiskan masa beberapa hari di kota Melbourne dan satu kisah menarik berjaya dicoretkan didalam minda dan jiwa kami. Mungkin kota Melbourne menjadi titik permulaan yang baru untuk kami berdua rentas atau mungkin ianya hanya satu hasil imaginasi paling solid yang bakal kami kupas.

Sama-sama kita semua nanti kan.
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law