Friday 30 December 2011

Memahami keadilan ekonomi dan pengaruh media #3

Sains politik merupakan cabang sains sosial yang banyak dipengaruhi oleh bidang-bidang lain seperti falsafah moral, falsafah politik, ekonomi politik, teologi politik, sejarah, dan bidang-bidang lain yang berkaitan dengan penentuan keadaan yang sepatutnya secara normatif serta kesimpulan ciri-ciri dan fungsi-fungsi negara yang diidamkan. Tak kira bila dan di mana jua, kita boleh mendapati wujudnya seseorang yang mengkaji politik sambil meningkatkan kefahaman politik.
Politik Barat berakar umbi dari hasil kajian Plato (427–347 SM) dan Aristotle (384–322 SM), khususnya dalam hasil kerja Homer, Hesiod, Thucydides, Xenophon, dan Euripides. Kemudian, Plato mengupas sistem-sistem politik, mengabstrakkan kupasannya dari kajian yang lebih berorientasikan sastera dan sejarah, lalu menggunakan pendekatan yang boleh kita hampir samakan dengan falsafah. Begitu juga, Aristotle memajukan kupasan Plato untuk menyertakan bukti empirik sejarah dalam kupasannya. Plato mengarang Republik manakala Aristotle menulis Politik.


Melalui kenyataan diatas mungkin sukar untuk kita fahami maksudnya, tidak kira lah sama ada ianya tersurat atau tersirat. Namun begitu ianya berjalan didalam saraf dan zarah yang sama. Kita tidak dapat lari, kita juga tidak mampu untuk menyorok, maka sukar untuk aku terima bila ada cakap² kosong yang menyatakan dimana orang² politik tidak ada kene mengena dengan kehidupan kita seharian, begitu juga dengan fahaman komunisme dan republik. Tapi tidak mengapa, kerana bagi aku masalah utama bukan hal² agama mahupun warna kulit setiap diantara kita yang sering ditiupkan sentimen-nya melalui media massa dan cetak. Masalah utama kita adalah penguncupan ekonomi diantara poket juga beg duit yang kita bawa kemana² setiap hari. Penguncupan ini mampu merobek jiwa, mampu mengoyakkan derita. Yes ada ubatnya, 'Pain killer' kepada masalah ekonomi yang melanda dikalangan kita didalam komuniti kita adalah hutang, pinjaman atau pendahuluan. secara logiknya majoriti diantara kita akan gunakan alternatif untuk teruskan hidup. Kita perlu bijak dan harus diingat kaum² pemodal juga bijak, sistem perbankan juga lagi bijak, dengan jumlah pendapatan kita setiap bulan, dengan perbelanjaan harian yang semakin meningkat aku percaya kita semua tidak dapat lari, personel loan, hutang kereta, PTPTN, kad kredit adalah diantara penyumbang kepada permasalahan ini. namun begitu kita terpaksa kerana sistem pengankutan tidak efisyen maka semua orang sudah punya 'mind set untuk memiliki kereta supaya mudah untuk kemana², begitu juga dengan loan & kad kredit yang berselirat dengan budaya konsumer. Ini tidak termasuk dengan pembelian rumah pada kadar yang tidak masuk akal. Maka ramai diantara kita berpendapat bahawa cara mudah untuk atasi masalah hutang piutang adalah dengan membuat kerja lebih masa (OT)  di tempat kerja. Bagi yang tidak ada akan cari penyelesaian melalui perniagaan insuran, multi level marketing, direct selling dan banyak lagi. Secara kasarnya ia nampak seperti sempurna kerana mampu menjana keuntungan, mampu beri wang lebih kepada kita, mampu menampal koyak. Tapi saintifik atau secara halusnya bagaimana pula dengan pengurusan keluarga, aku bagi contoh sebuah keluarga yang punya 2 orang anak yang sedang membesar, ibu dan bapanya berkeja keras untuk menambah duit, anak2 dijaga oleh orang gaji atau hantar ke nuseri dalam pada masa yang sama fokus pembesaran anak² akan diambil alih oleh orang lain dan secara tidak sengaja masalah gejala sosial dikalangan anak² juga dikalangan ibu dan bapa mungkin akan jadi ketara. Aku tertarik dengan satu akta yang dipinda oleh kerajaan New zealand dimana setiap ibu dan bapa harus meluangkan masa dengan anak² dan secara naturalnya fokus dapat diberikan, pendidikan dan pelajaran juga mampu disalurkan. Tapi dinegara ini mungkin sukar untuk direalisasi kerana golongan ibu dan bapa terjerat dengan kaum² pemodal dan sistem perbankan. Anak malas kesekolah, anak kurang perhatian mampu memberi masa depan yang gelap pada mereka sendiri malah pada negara ini khususnya kerana anak² kecil dan remaja adalah salah satu aset terpenting sesebuah negara. Semua orang kejar masa, semua orang kejar keuntungan, semua orang terpaksa dan akibatnya banyak nilai² moral ditinggalkan jauh, imipian negara mahu lahirkan masyarakat bertamadun hanyalah mimpi sahaja kerana banyak perkara² lain yang terpaksa diusahakan, dimana kualiti kehidupan?? dimana ajaran agama?? semua tidak ada kesempatan kerana mencari penyelesaian kepada masalah hutang piutang. Ramai yang kurang faham atau kurang fasih dengan permasalahan ini namun begitu ianya sedang berlegar² dikalangan kita, masalah institusi kekeluargaan, masalah sosial dan budaya terus berleluasa dan tiada siapa yang cuba untuk memperbaikinya malah kerajaan hanya ambil langkah mudah dengan berbelanja berlebihan untuk membuat kempen dan cuba untuk memupuk kesedaran tapi hasilnya, kosong. Ini belum lagi cerita masalah jenayah berat seperti meragut, merompak juga makan rasuah untuk anak dan juga isteri.

Apa jalan penyelesaian?? ianya semudah mengira 1, 2 dan 3. Perubahan harus berlaku dan salah satunya adalah 'kadar gaji minima'. Maksud aku tentang kadar gaji minima ini bukanlah untuk golongan² profesional sahaja, kadar gaji minima harus diselaraskan mengikut semua peringkat pekerjaan tidak kira sama ada disektor swasta mahupun kerajaan, tidak kira sama ada kerja mengutip sampah atau membersihkan longkang,  tukang jahit, mahupun pelayan² di warung atau restoran juga kerani, hinggalah keperingkat paling atas seperti jurutera, arkitek, jururawat, doktor, akauntan, pengurus bank, ketua pengarah dan sebagainya, termasuklah polis, tentera, bomba dan lain². Kadar gaji minima haruslah berada ditahap yang membanggakan aku beri contoh tukang bancuh kopi di kafe² di sekitar bandar Melbourne, Australia mendapat bayaran minima setinggi 16.00AUD untuk setiap jam dan setiap pekerja boleh laporkan pada pihak berkuasa jika mendapat bayaran yang lebih rendah dari itu. berbanding dengan disini yang mungkin hanya RM8 untuk setiap jam malah ada yang lebih rendah dari itu. Perkara ini harus diambil serius, kerana bila kadar gaji minima agak tinggi maka setiap diantara kita akan berada diparas stabil dan dari kestabilan tersebut maka ekonomi dapat dijanakan kerana kuasa membeli tidak terhad. Malah hasil dari pendapatan bulanan akan disalurkan beberapa peratus kepada kerajaan melalui kutipan cukai, bila semua rakyat negara ini membayar cukai secara telus dan adil pasti negara akan punya kutipan dana awam yang tinggi dan melalui dana ini maka lagi banyak kemudahan dapat disediakan untuk semua penduduk di negara ini. Satu langkah drastik harus dilakukan walaupun ianya nampak seperti susah untuk direalisasi namun ianya mampu untuk dilakukan kerana sudah ada negara lain diluar sana berjaya lakukannya. Tapi malangya ramai yang tidak faham dan ada juga yang bersuara "dimana jika mahu duit lebih haruslah berusaha lebih" ramai yang telah termakan sumpahan kuasa kapitalis yang menindas dengan cara halus malah menggunakan pihak media untuk memanipulasi pemikiran. Perkara² seperti ini harus diubah. Kita bukan mahu kekayaan, tapi kita juga tidak mahu kesusahan dan kita juga mahu menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negara. Bila negara kaya barulah kita mampu untuk memupuk rakyat yang bertamadun dan mempunyai nilai² moral yang tinggi.

Bersambung..

Sunday 4 December 2011

Memahami keadilan ekonomi dan pengaruh media #2

Pada tahun 1945, perang dunia kedua tamat. Benua Eropah telah terbahagi kepada dua blok yang mengamalkan dua sistem ekonomi yang berlawanan. Eropah Barat dengan sistem ekonomi kapitalis manakala Eropah Timur dengan sistem ekonomi sosialis. Sistem ekonomi kapitalis dipimpin oleh Amerika Syarikat manakala sistem ekonomi sosialis dipimpin oleh Rusia yang telah mendirikan Soviet Russia sejak berjayanya Revolusi Bolshevik pada tahun 1917. Sistem ekonomi kapitalis berkiblatkan keuntungan maksima untuk dimasukkan ke dalam saku kaum pemodal. Manakala sistem ekonomi sosialis berkemudikan kebajikan umum untuk orang ramai. Kesejahteraan ummah menjadi panduan sistem ekonomi sosialis. Dua perbezaan yang amat jelas. Namun begitu sebelum kita pegi jauh ke dunia luar, sebelum kita faham tentang sejarah revolusi adalah lebih baik jika kita mampu fahami konsepnya terlebih dahulu
Yes. Aku terpanggil lagi untuk menerangkan sifir juga nisbah tentang keadilan ekonomi. Didalam perenggan yang kedua ini sekali lagi aku ingin mengajak semua para membaca memahami seluas²nya tentang urat saraf , darah juga kesinambungan rantaian ekonomi. Kita lupakan dulu tentang bangun menetang kezaliman, kerana bagi aku minda harus cekap dan kritikal berfikir, dalam ertikata lain minda harus 'di-revolusi-kan' terlebih dahulu sebelum melakukan apa². Sebelum kita melihat dengan lebih luas tentang pasaran saham dunia, jual beli matawang, kegiatan import eksport negara, industri berat dan sebagainya, rasanya adalah lebih baik jika kita memahi sebaris ayat yang berbunyi "kita semua adalah penyumbang kepada pengukuhan ekonomi negara". Jadi satu contoh lingkaran atau rantaian ekonomi ingin aku terangkan pada semua dimana aku pasti semua diantara kita sedang melaluinya. Kita cuba fahami konsep ini secara jelas. Kisahnya berlaku didalam sebuah kawasan pola penempatan atau lebih senang di sebuah kawasam perumahan, bunyinya adalah seperti, Arumugan bekerja sebagai seorang 'supervisor' disebuah kilang pengeluaran bahan elektronik. Ah Mei pula adalah seorang doktor di sebuah kilinik, manakala Rahman adalah seorang Pensyarah arkitek disebuah kolej swasta. didalam kawasan perumahan ini juga ada Malik sebagai seorang pesara askar dan kini membawa teksi, Taranjit singh sebagai seorang peguam dan Ah hong sebagai pemilik sebuah bengkel memperbaiki kereta dan Serina sebagai seorang pembantu penyelia di salah sebuah hotel terkemuka. Setiap pagi kesemua nama diatas akan singgah di gerai Mak Lijah untuk membeli nasi lemak juga kuih muih, manakala Mak Lijah juga sering ke pasar kering  untuk membeli barang² keperluan gerai nasi lemaknya dan dia adalah pelanggan tetap Aziz di pasar. Setiap hari kitaran ini berlaku, pernah juga Ah mei yang bekerja sebagai Doktor terpaksa mengantar keretanya yang rosak di bengkel Ah hong dan menggunakan khidmat teksi Malik untuk mengantarnya ke tempat kerja. Pernah juga Tranjit singh dan Serina ke klinik kerana sakit atau demam. Aziz yang berniaga di pasar kering juga mempunyai seorang anak yang bernama Khairul dan masih menuntut disebuah kolej dimana Rahman adalah pensyarah dikolej tersebut dan begitulah seterusnya dimana semua orang mempunyai hubungkait diantara satu sama lain sengaja ataupun tidak sengaja. Masing² bekerja atau berniaga, masing² akan medapat wang gaji juga keuntungan berniaga setiap bulan. Semua diantara mereka akan dipotong gajinya melalui KWSP dan ada juga yang menyimpan di bank dan apa yang pasti semua diantara mereka akan membayar cukai dari setiap apa yang mereka beli atau langgan contohnya rokok, bil telefon, bil astro, kedai makan 'fastfood', sesetengah kedai mamak, cukai pintu, cukai rumah, cukai jalan dan banyak lagi. Tidak ketinggalan juga potongan cukai berjadual untuk LHDN dan segala cukai yang terkumpul ini akan dijadikan dana milik negara dan melalui dana ini juga akan diagih²kan untuk membayar gaji para penjawat awam seperti polis, askar, bomba, cikgu, Imam² masjid, ketua kampung, dan banyak lagi. Melalui simpanan wang di bank dan juga potongan KWSP juga duit² tersebut akan dikumpul dan di laburkan pula pada perniagaan² lain seperti FELDA dimana bertujuan untuk membantu para peneroka kelapa sawit misalnya. manakala pelaburan pembinaan kawasan² perumahan atau industri berat juga adalah contoh pelaburan dari pihak bank melalui duit simpanan yang ada di bank. (mungkin aku akan terangkan sejarah perbankan melalui entri yang akan datang nanti). Menerusi penerangan setakat ini adakah para pembaca nampak atau faham tentang "kita adalah penyumbang kepada kemantapan ekonomi negara" dan apa pula pertalian dengan contoh kisah kehidupan Arumugan, Ah Mei, Rahman, Malik, Serina, Mak Lijah, Aziz, Taranjit, Ah Hong dan juga Khairul. Mudah sahaja, selain dari dana yang terkumpul melalui kutipan cukai individu atau syarikat² yang ada, negara juga mempunyai sumber alam yang boleh didagangkan dan mampu memberi pulangan keuntungan yang berlipat ganda contohnya hasil petroleum, kelapa sawit, getah, bijih timah dan beberapa sumber komoditi yang lain. Maka segala keuntungan tersebut juga  dalam bahasa mudah dijadikan sebagai 'Bank' atau simpanan untuk negara ini dan Yes simpanan ini sangat banyak untuk menyediakan segala kemudahan² seperti sekolah, Universiti, hospital, jalanraya, subsidi pembelian rumah kos rendah, segala peralatan kemudahan untuk sekolah, hospital, alat² keselamatan dalam sistem pertahanan negara seperti Bomba, polis, askar dan banyak lagi. Segala kemudahan yang disediakan memerlukan duit dan duit ini datangnya dari simpanan milik negara. Setelah lebih dari 50 tahun negara ini terbentuk sebagai sebuah negara banyak wang telah dibelanjakan demi untuk menyenangkan penduduk. Namun begitu seperti apa yang aku surahkan didalam entri yang lepas dimana 'Rasuah / korupsi adalah barah yang lebih teruk dari barah buah dada mahupun barah tulang', kita adapat lihat bagaimana duit milik negara disalahgunakan untuk kepentingan sendiri. Siapa sendiri tu? orang² yang mempunyai akses didalam mengurustadbir duit negara atau lebih senang lagi dipanggil sebagai orang yang diamanahkan untuk mentadbir negara. Aku tidak cakap mereka bolot atau curi, sekolah atau jalanraya tetap dibina segala kemudahan tetap diberi tetapi melalui pengiraan yang kurang jelas, contohnya untuk membina sebuah sekolah sejumlah RM5juta diperlukan dan tender dibuka untuk mencari kontrektor, untuk memenangi tender perlu ada kabel atau saluran, kabel ini bukan percuma harus disalurkan dengan hadiah atau cenderamata dan jumlahnya bukan sekecil RM50. Apabila tender dimenangi, tidak kesemua RM5 juta digunakan, adat berniaga keuntungan harus ada cuma dari RM5 juta yang disediakan cuma RM1 juta sahaja yang digunakan untuk bina sekolah dan selebihnya lipat kedalam poket, bagaimana??. Sama juga dengan pembelian alat² pertahanan seperti senjata. Tender juga akan dibuka tapi lebih menyedihkan apabila menteri yang mempunyai akses yang telah wujudkan sebuah syarikat dan syarikat ini juga yang akan memenangi tender tersebut. Ini belum cerita tentang bagaimana dana yang diberi untuk membeli senjata hanya digunakan separuh daripadanya dan selebih lipat kedalam poket dan akibatnya melalui modal yang separuh hanya senjata terpakai sahaja yang mampu dibeli dan kualitinya pada paras kurang menyakinkan. Jika ingin dipanjangkan cerita mungkin tidak akan habis, namun bagaimana kisah² ini ada pertalian dengan nama² watak seperti Arumugan, Mak Lijah dan lain².
Mari kita kupas sama². Gunung kalau dicangkul setiap hari memang akan rata itu lumrah alam. Sama juga dengan perihal wang milik negara. Apabila rasuah / korupsi berleluasa, apabila semuanya menjadi budaya. apabila ada yang anggap rasuah sama teori seperti apabila kita lapar kita perlu makan, maka lambat laun duit yang terkumpul akan habis. Bila habis apa yang perlu dilakukan, idea² bijak dan kreatif perlu ada untuk membantu. Kita semua tahu tenaga adalah perkara paling asas dalam kehidupan, tanpa tenaga tiadalah pergerakan. Minyak adalah salah satu punca tenaga, minyak digunakan untuk menggerakkan kenderaan selain dari itu penyumbang terpenting untuk penghasilan tenaga elektrik misalnya. Semua manusia didalam dunia ini bergantung atau berpaut kepada sumber minyak, untuk kemana² perlu isi minyak, untuk menangkap ikan dilaut bot atau kapal perlu isi minyak, untuk perladangan juga jentera²perlu isi minyak, untuk industri berat perlu ada tenaga elektrik dan minyak adalah medium terpenting untuk penghasilan tenaga elektrik, untuk sistem pengangkutan import dan eksport juga perlu isi minyak. Maka semuanya bertumpu pada sumber minyak. Negara ini adalah diantara pengeluar minyak didalam dunia, setiap hari minyak diperlukan. Melalui idea yang bijak dan kreatif harga minyak dinaikkan dan melalui kenaikan harga minyak ini jugalah dapat memberi bantuan kewangan kepada dana negara.Orang putih cakap "Brilliantly brilliant". Tapi apabila harga minyak dinaikkan segala proses yang berlaku terpaksa menganggung perolehan keuntungan yang mengecil, maka demi menampung keuntungan yang kecil segala apa yang diniagakan harus dinaikkan itu saja cara yang mampu diguna pakai. Proses ini berterusan dari hari ke hari dari bulan ke tahun dan seterusnya. Apabila gaji yang diterima oleh Arumugan (contohnya) terpaksa menampung kos kehidupan yang tinggi kerana harga barang melambung, Arumugan perlu bijak berbelanja, jika dulu setiap hari dia akan membeli nasi lemak Mak Lijah mungkin sekarang dia hanya akan beli Capathi atao tosai kerana harga lebih rendah dari nasi lemak, maka pelanggan Mak Lijah berkurangan apabila kurang, Mak Lijah juga perlu ada pelan perniagaan maka jika dulu Mak Lijah beli 2kilo ikan bilis setiap hari untuk dibuat sambal nasi lemak dari Aziz, sekarang Mak Lijah terpaksa beli 1 kilo sahaja. Itu baru Mak Lijah belum lagi pelanggan yang lain yang membeli dari Aziz jadi Aziz juga menerima impaknya, akibat dari kesusahan Aziz terpaksa membuat loan dari bank untuk membiayai pelajaran anaknya, jika tidak anaknya terpaksa berhenti belajar. Jika ramai pelajar tidak mampu untuk mebayar yuran pengajian mungkin Rahman juga akan diberhentikan dari menjadi pensyarah kerana Kolej tidak mampu untuk membayar gajinya, jika dulu ramai orang menghantar kereta untuk diservis ke bengkel Ah hong tapi akibat dari perbelanjaan yang tidak mencukupi ramai yang hanya membawa motorsikal ketempat kerja atau berkongsi kereta. Bagaimana Ah hong mampu untuk membayar gaji pekerja bengkelnya, bagaimana perniagaan Ah Hong mampu mengaut keuntungan dan begitulah seterusnya yang berlaku disekeliling kita. Rantaian ekonomi sering berpaut diantara satu sama lain. Bila harga setiap barang tidak kiralah barang makan, pakaian atau sebagainya naik, lama kelamaan akan mengecutkan kuasa membeli penduduk dinegara ini. Bila kuasa membeli tidak berkuasa, bagaimana institusi perniagaan mampu mengecap keuntungan, bila tidak untung maka perolehan cukai yang dibayar kepada kerajaan juga akan mengecut. Bagaimana kitaran ekonomi mampu untuk berpusing sempurna. bila tidak sempurna masa-kan kita mampu untuk mengecapi keadilannya, untuk tempoh sampai bila kita semua akan terus bertahan. Apabila kadar gaji yang diterima tidak mampu untuk berbelanja sudah pasti akan berlaku kemalapan ekonomi. Inilah sifir, nisbah atau pengiraan mudah tentang keadilan ekonomi. Kita laluinya setiap hari tapi kita tidak perasan tentangnya. Jadi apabila pihak pemerintah sibuk melaungkan isu perkauman, agama, transformasi dan segala macam idealogi lagi melalui media elektronik dan cetak, bagi aku ianya bukan idealogi yang 'solid'. Apa yang perlu adalah keadilan juga pencerahan didalam kitaran ekonomi dan bukannya penyakit barah.

Mungkin untuk entri yang akan datang aku akan cuba terangkan tentang alternatif yang selalunya diambil oleh rakyat negara ini demi untuk mendapat pencerahan keadilan ekonomi serta kesannya dan bagaimana paras gaji minima mampu untuk menjadi medium perubatan didalam mencari keseimbangan kitaran ekonomi dikalangan penduduk dinegara ini.

Bersambung...

Friday 2 December 2011

Memahami keadilan ekonomi dan pengaruh media. #1

Keadilan ekonomi, memang ramai yang kurang fasih dan faham, jika kita minta pakar ekonomi untuk beri ulasan mungkin agak sukar untuk dihadam bila segala penerangan dalam bentuk nombor, perpuluhan, kuasa dua, peratus, graf dan sebagainya. Aku juga tidak mahir dalam hal² begini, namun begitu untuk memberi pemahaman tentang teori keadilan ekonomi dengan cara mudah dan cool hingga boleh menyuap pemahaman ini kedalam rongga setiap yang duduk didalam negara, rasanya mungkin ada beberapa persamaan yang boleh dikongsi bersama. Sebelum untuk kita pergi dengan lebih jauh lagi. Kita harus faham dimana setiap yang berlegar disekeliling kita ada kesinambungan diantara satu sama lain. contohnya, untuk makan sepinggan nasi dan lauk kari ayam kita harus mempunyai susur galur dengan pesawah padi, penternak ayam juga pengimport serbuk kari dan pokok kelapa, untuk hisap sebatang rokok kita akan ada pertalian dengan towkay kayu balak yang jual balak ke kilang membuat kertas serta peladang pokok tembakau, itu belum cerita tentang pencucuh api 'lighter'. Jika mahu pergi lebih luas lagi, contohnya untuk adakan majlis perkahwinan kita perlukan kapital untuk jamu tetamu dengan makanan, kita harus ada pelamin, wang hantaran, cincin dan lain² untuk memenuhi kehendak budaya. Jika kita mati juga kita masih perlukan wang ringgit untuk pengurusan jenazah seperti gali kubur, kain kafan, batu nisan dan sebagainya. Pendek kata segala apa yang berlegar disekeliling kita ada sangkut paut, ada susur galur diantara satu sama lain. Namun apa yang aku cuba untuk fokuskan melalui teori keadilan ekonomi ini adalah bagaimana keadilan ini mampu dirasai oleh setiap diantara kita di negara ini. Ramai orang masih tidak faham tentang jika sesebuah parti politik terlibat dengan rasuah serta korup tidak akan ada kena mengena dengan mereka. Janji tiap² bulan dapat gaji setelah penat bekerja, ada juga yang berpendapat janji periuk nasi tidak diganggu. Tapi bagi aku jika ada periuk nasi tapi tidak mampu untuk beli beras pun tiada gunanya. sudah terang lagi bersuluh, dipendekkan cerita melalui pengamatan kita semua aku percaya ramai yang faham tentang apa yang sedang berlaku didalam negara ini, lebih² lagi individu² yang sentiasa melekat dengan penggunaan internet. Segala penipuan sudah tidak mampu untuk disembunyikan lagi. Yes!! rasuah adalah barah yang paling merbahaya jika hendak dibandingkan dengan barah buah dada mahupun barah tulang. Kenapa?? jika rasuah telah jadi seperti satu budaya, maka peratus pengambilan duit milik negara akan semakin berkurangan. Fikrahnya sangat senang, setiap apa yang dijalankan didalam negara ini, dari pembinaan sekolah, jalan raya, masjid, hinggalah ke pembelian alat² senjata perang dan sebagainya dijalankan dalam keadaan yang sangat kotor nescaya modal yang diambil dari kantung  milik negara akan meningkat dan sama seperti gunung kalau setiap hari dicebak akan rata begitu juga dengan kantung milik negara dan yang paling menyedihkan bila duit² cukai dikutip untuk memenuhkan kantung negara juga habis dicekup. Bila duit kurang, maka kuasa juga kurang, bila keadaan ini berlaku maka ekonomi akan malap. Bila ekonomi negara malap, bagaimana pelabur² mahu meneruskan operasi disini?? kita juga tidak berani berniaga kitab injil didalam masjid begitu juga dengan mereka. bila pelabur lari, kutipan cukai menurun, bila pelabur lari masakan kita akan terus ada pekerjaan?? Ini belum cerita tentang kenapa kadar kos kehidupan yang semakin memuncak naiknya, kerana apa?? Yes, ramai akan cakap "dorang nak makan rasuah itu hal dorang lah" janji duit kita cukup untuk anak, isteri dan diri sendiri. Persoalannya, dengan kadar gaji minima diparas yang menyedihkan mampukah kita untuk menyediakan sejumlah wang yang cukup untuk keluarga kita? Ada juga akan bercakap, "nak duit lebih, kena kerja keraslah..nak gaji besar kena belajar rajin² hingga dapat ijazah.." penerangan yang bagus tapi tidak cukup 'solid', apa guna bekerja siang dan malam semata² untuk dapatkan duit lebih tetapi keluarga dan hidup porak peranda??, apa guna belajar tinggi jika peluang pekerjaan sangat minimum di negara ini, akibat dari kemalapan ekonomi?? Mungkin ada diantara kita tidak terasa tentang kepayahan yang melanda keatas hampir 53% penduduk dinegara ini, namun sejauh mana kita mampu untuk terus bertahan, sampai bila kita mampu untuk berpaut dengan bank² hasil dari pinjaman² yang kita buat. Mungkin kita takkan hidup untuk tempoh 100 tahun lagi tapi aku pasti kita mungkin ada 10 atau 20 atau 30 tahun lagi jadi adakah adil jika ada diantara kita hidup mewah hasil dari kesusahan orang lain. Dimana keadilan ekonomi? Yes memang masih jauh untuk dapatkan keadilan atau mungkin tidak ada peluang pun kerana bagi aku selagi kuasa politik tidak halau pergi maka kuasa ekonomi tidak akan berlaku adil. Secara saintifiknya perihal politik memang tidak dapat lari dari ekonomi kerana yang mencorakkan perjalanan atau alunan ekonomi adalah para² politikus yang diberi mandat oleh rakyat untuk mengurustadbir wang milik negara. Bagi yang fasih kita semua tahu tentang siapa yang sedang berkuasa dan siapa yang mengakibatkan keadilan ekonomi tidak berlaku. Bagi yang berkuasa akan terus berkuasa kerana habuan sentiasa ada untuk mereka dan pelbagai teori feudalisma, rasisma dan lain² akan disebarkan demi untuk terus berkuasa. Bila ada sumber² alternatif seperti internet yang mampu untuk menggugat kedudukan maka proses manipulasi akan dilepaskan. Mungkin ada diantara kita masih lagi kurang faham tentang kuasa media dan juga kuasa yang berlipat ganda dari media internet dimana ianya adalah medium terpenting untuk proses manipulasi tetapi agak lucu bila ada yang berfikiran media yang ada lebih tepat sumbernya dari media internet kerana lebih banyak spekulasi, fitnah atau buat² cerita dari kebenaran. Kenapa ianya lucu? sebab cuba kita lihat semula realiti keadaan sekeliling, jika semua orang dapat keadlian ekonomi, hidup tidak mewah tapi tidak juga susah masakan kita perlu percaya pada kuasa media internet. Kita harus faham apa punca berlakunya kemalapan ekonomi kalau bukan datang dari barah rasuah dan korupsi dan yang lebih teruk dari itu adalah laporan Audit negara, bila ianya berjaya membongkar ketidaktelusan parti pemerintah terhadap penggunaan duit negara, takkan kita harus cakap yang laporan Audit negara juga menipu?? Kepada para pembaca yang budiman aku tidak mengajak untuk melakukan revolusi seperti rakyat² dibenua Arab mahupun Eropah yang tidak berpuas hati kerana pelbagai sebab universal yang akan mengundang kemarahan mana² rakyat di dunia sekalipun. Namun begitu kebangkitan negara² sedemikian menyaksikan betapa hebatnya kuasa rakyat jika terdapat keingingan politik daripada rakyat, maka tiada yang mustahil biarpun kerajaan mereka begitu opresif dan kejam terhadap rakyat mereka sendiri. Cuma apa yang lebih penting adalah revolusi minda diantara kita untuk menuntut keadilan ekonomi. Mungkin artikel ini akan bersambung, atau mingkin tidak tapi aku percaya mesti ada diantara kita akan tertanya² tentang dimanakah balasan orang² yang makan duit haram seperti rasuah..


Jika kita faham tentang golongan² Istidraj, mungkin sedikit sebanyak mampu untuk hadam apa yang aku cuba sampaikan melalui entri ini.











© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law