Saturday 31 March 2012

Parti mana lebih hebat?

Jimi Hendrix diberi penghormatan untuk menjadi antara orang pertama mendengar secara ‘live’ album Sgt. Pepper Lonely Heart Club – album ke-8 The Beatles. Malah, Majalah Rolling Stone mengisytiharkan album yang diterbitkan pada 1 Jun 1967 itu merupakan album terbaik di kalangan 500 album sepanjang zaman. Album ini ditanggapi sebagai cetusan baru dalam dunia muzik Psychedelic Rock yang paling unik pernah tercipta. Mahu dijadikan cerita, Jimi Hendrix tidak senang untuk melihat Sgt Pepper Lonely Heart Club terus berjaya dengan dominasi muzik British pada era yang dikenali sebagai ‘Brits Invasion’. Terus, Jimi mengambil keputusan mengejut dengan memainkan lagu Sgt Pepper Lonely Heart Club secara live di Saville Theatre hanya selepas tiga hari album itu dilancarkan. Tindakan Jimi Hendrix dianggap kurang ajar oleh penerbit album terbabit, Brian Epstein, kerana merasakan seolah-olah peluang gemilang ‘The Beatles’ ini dicuri Jimi yang sememangnya memukau hadirin pada malam itu. Jadi, kontroversi terbit, seperti ‘lembu punya susu, sapi dapat nama’. Jika kita bandingkan hal ini dengan gejolak persaingan parti-parti politik di Malaysia, adakah kita mendapati perkara yang sama sedang beralun di lanskap politik tanahair? Ya, dengan pasti, kita terus hanyut dihiburkan dengan parti-parti politik yang bertarung bukan tentang soal dasar dan idea yang berguna untuk rakyat, tetapi tentang siapa menciplak idea siapa.

Ironi bukan? Hal seperti ini tidak asing dalam sejarah politik dunia.

Barang diingat, hal yang sama di suatu ketika pernah melanda dunia politik Amerika. Artikel yang terbit pada 24/2/2008 dalam New York Times, bertajuk “Political Oratory and Plagiarism”, menceritakan perkara yang hampir sama. Artikel berkenaan mengisahkan perjalanan susuk politikus terkenal di Amerika yang terbabit dalam hal ini. Semasa kempen pilihanraya presiden Barack Obama, beliau meniru bulat-bulat dasar yang dikembangkan oleh Gabenor Massachusett, Deval Patrick, tanpa pula memberi penghormatan kepada pencadang dasar asal. Kembali ke Malaysia, kita selalu didendangkan dengan drama sebuah parti politik yang menciplak beberapa keping dasar daripada lawannya. Parti ini kemudian mengatakan dengan megah bahawa ia adalah parti mesra-rakyat. Ini biasa buat parti politik yang sudah kering idea dan kontang idealisme. Seharusnya, ada dasar-dasar yang baik yang perlu disokong tanpa mengira siapa yang memperkenalkan dasar itu dan ia milik siapa. Sebagai contoh, dasar C.A.T (Competency, Accountability, Transparency).
Bagi saya selaku orang yang bukan milik kepada sesuatu parti, seharusnya tidak timbul hal-hal remeh untuk dibicarakan di Dewan Rakyat. Kita harus sedar bahawa Dewan Rakyat perlu menjalankan fungsinya secara berkesan dalam proses ke arah kerajaan kelas pertama. Bayangkan kita hadir di Dewan Rakyat, apa yang berlaku adalah ahli-ahli dewan rakyat sibuk bertengkar samada Parti A ‘mencilok’ idea Parti B dan sebaliknya. Saya kira sebagai wakil rakyat, mereka perlu lebih fokus kepada perbincangan yang berkait rapat dalam soal kemaslahatan rakyat, selain fokus terhadap peranan asalnya untuk membincangkan soal budaya, ekonomi dan sosial masyarakat untuk merangka perlembagaan dan akta-akta yang dapat diterapkan dengan baik untuk kesejahteraan rakyat di masa hadapan.

Berbalek kepada kontroversi Jimi Hendrix dan The Beatles tadi, saya kira kedua-dua artis ini terus mencipta nama besar di dalam perkembangan industri muzik dunia. Walaupun Jimi terlebih dahulu memperbaiki beberapa susunan lagu ‘Sgt Pepper Lonely Heart Club’ dengan lebih baik, The Beatles terus mencipta fenomena dengan album terbabit sekalipun tanpa bantuan dan publisiti Jimi Hendrix. Jadi, tinggalkan sahaja debat tentang siapa yang menciplak idea siapa. Saya kira banyak hal lain yang lebih penting, termasuk untuk mempersiapkan rakyat Malaysia dengan budaya demokrasi matang kelas pertama demi menjana keharmonian bangsa Malaysia.

Hasil cedukan dari Muhammad Nazreen



Friday 30 March 2012

Masih ramai yang kabur.

EARTH HOUR - 1 hour in 1 year without energy, 1 hour in 1 year without electric business, 1 hour in 1 year without pollution and 1 hour in 1 year to save our life. But are we critical enough to think about how many millions of money that were used for this marketing programme via electronic media, newspaper, magazine, billboard and etc.?? What a brilliantly brilliant idea, used by the capitalist to 'cleanse' the image of capitalist system. Something to ponder perhaps?




Saturday 24 March 2012

Menanti sekelumit cahaya.

Hari demi hari, dunia aku terus berputar, didalam mencari kesempurnaan aku masih tak dapat lari dari kegagalan. Jika bukan datang dari aku sendiri ianya datang dari orang lain tapi berjaya memalitkannya kepada aku. Sejauh mana aku lari kegagalan masih mampu untuk mengejar. Cara paling solid, buang saja segala kebaikan, segala kebodohan dan juga segala kesabaran. Sudah puas aku menangis, sudah puas aku merintih namun memang sukar untuk cipta kesempurnaan dan hari ini aku luluh sekali lagi. Tiada kata yang mampu disiratkan tiada gerakan yang mampu disuratkan.

Duduk diam dan tunggu. Pencerahan pasti datang, cuma aku tak pasti bila.

Simbol vs Nilai

Sebelum memulakan tulisan kali ini, barangkali ada baiknya kita menelaah dahulu puisi berharga daripada W.S Rendra :

“Dasar pendidikan kita adalah kepatuhan.
Bukan pertukaran pikiran.
Ilmu sekolah adalah ilmu hafalan,
dan bukan ilmu latihan menguraikan.”

Simbol
Di Malaysia, selepas keputusan SPM diumumkan, akan berlaku kemenangan simbol atas nilai. Sebagaimana Firaun membina simbol Piramid sebagai lambang keabadiannya sebagai tuhan (supaya manusia selepas terus menyembahnya), manusia-manusia moden yang menyembah simbol A akan memuja-muji budak-budak SPM yang sijilnya penuh dengan A. Pihak sekolah akan berbangga sebab sekolah berpeluang naik taraf jadi SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi). Pengetua tersenyum lebar sebab akan naik pangkat dengan kejayaan sekolah dan, kalau nasib baik, dapat gelaran ‘pengetua cemerlang’. Akhbar akan menempatkan muka hadapan ‘pelajar-pelajar cemerlang SPM’. Ibu bapa tumpang sekaki seronok. Ini realiti hari ini, simbol A menjadi lebih agung berbanding nilai ilmu yang dikutip sepanjang sekolah. Apakah bilangan A itu menyebabkan proses kita menjadi manusia yang lebih baik? Mungkin kita sudah mula lupa dengan kisah Amalina yang cemerlang dalam sistem peperiksaan tapi melupakan tudung yang pernah dipakai? Ahh, tak heran setakat buka tudung–Sufiah lagi genius, akhirnya pelacur.
Cemerlang dalam peperiksaan tapi miskin nilai diri. Ini menunjukkan kepada kita kejayaan sains positivisme menguasai masyarakat hingga akhirnya membentuk masyarakat rasional instrumental (dikenali juga sebagai rasional tujuan).

Makna
Apa bendanya positivisme dan rasional instrumental tu?
Sejarah ringkas untuk menerangkan dua istilah ini: Sewaktu Eropah bercita-cita mahu menuju kepada Pencerahan, pada masa inilah rasional diangkat. Pada waktu Pencerahan, pekikan ‘Sapere Aude’ bergema kuat, nyaring. Atas nama pengetahuan, Pencerahan ghairah mahu membebaskan dunia dari kuasa yang tidak terlihat (yakni kuasa yang tidak menepati hukum rasional-positivisme). Pada masa inilah, manusia mula mengunakan kata ‘tuan ke atas diri sendiri’, secara tak langsung, menjadikan diri sebagai ‘subjek’ dan alam sekeliling sebagai ‘objek’. Manusia menakluki alam, menentukan takdir sendiri, tidak takut lagi dengan cabaran sekeliling dan alam (objek) mula menjadi tujuan buat manusia.Mudahnya, rasional instrumental atau rasional tujuan ini menjadikan sesuatu objek sebagai tujuan dengan cara yang kelihatan rasional. Bila manusia meletakkan diri sebagai subjek, maka rahsia alam mula disingkap. Air, hutan, pokok, udara, api haiwan dikaji diperhati dan dicerap. Kebenaran dinilai dengan bukti rasional dan hasil empirikal (pemboleh ubah yang kita pelajari dalam sains). Semua kajian saintifik mesti dibenarkan dengan bukti rasional dan empiris. Maka di sini lahirlah sains tabie yang mengkelaskan fizik, kimia, biologi kepada satu bahagian dan bahagian keduanya adalah sains sosial yang mengamati tingkah laku dan budaya manusia. Pemisahan inilah yang dilakukan oleh pisau Positivisme. Malangnya, golongan positivistik ini tidak mau terhenti setakat menggunakan bukti empirikal terhadap alam, tetapi terhadap manusia. Wilayah rohani dan budaya dicemari apabila kenyataan, kebenaran, dibuktikan dengan bukti empirikal. Metodologi sains diguna pakai untuk menentukan hikmah-hikmah dalam agama, perasaan, moral dan sebagainya telah menghilangkan nilai aura manusia itu sendiri.

Nilai
Cubalah kaitkan dengan keadaan sistem peperiksaan Malaysia. Pelajar kelihatan bersungguh-sungguh belajar untuk dapat keputusan cemerlang, dengan mengabaikan potensi diri sebenar. Pada masa inilah kelihatannya rasional ‘belajar bersungguh-sungguh’ untuk mencapai tujuan ‘berjaya dalam hidup’. Kita di sekolah terus menghafal fakta-fakta yang hendak ditulis dalam kertas peperiksaan. Pelajar mencapai tujuan dengan bukti empirikal melalui sijil peperiksaan yang berderet simbol A sedangkan lepas peperiksaan terus lupa apa yang dipelajari. Simbol tak lebih sekadar simbol–hanya dapat A dalam Pendidikan Islam, tapi hormat orang tua pun tak reti. Cikgu pula berusaha menghabiskan sukatan pelajaran supaya pelajar cemerlang peperiksaan. Ini bukan generalisasi. Tak nafikan masih ada para guru yang ikhlas dalam mengajar, tapi selagi mana kita masih berada dalam sistem ini, selagi itulah kitaran pembodohan yang membekukan fikiran rakyat, tereutamanya kalangan Muslim, terus berjalan. Banyak A dalam SPM tak menentukan kita boleh survive hidup dalam kehidupan hari ini. Apa yang diperlukan adalah skill kehidupan, bukan sejumlah A.

Hakikat
Jadi, apa tujuannya kita melalui sistem peperiksaan dan diberi ‘hadiah A’? Sejak Tun Mahathir Mohamd memahkotakan simbol moden bagi Malaysia, dengan target Wawasan 2020, maka keserakahan kapitalis tanpa nilai terus menjadi-jadi. Universiti dibina semakin banyak, bukan dengan tujuan menyuburkan ilmu yang bebas nilai, tetapi supaya lepasan SPM masuk ke universiti (yang perlu dengan gred SPM yang baik, dahulunya) belajar teknik-teknik untuk memenuhi permintaan industri-industri kapitalis. Kemudian kita masuk universiti, kita terus belajar untuk mengaut CGPA yang baik. Keinginan untuk mendapatkan simbol-simbol yang ‘cemerlang’ terus melampaui makna dengan alasan simbol ini dapat memastikan mendapat pekerjaan yang baik. Universiti mesti dipastikan supaya mendapat penarafan yang baik, bukan kualiti pengetahuan yang lahir. Di sinilah hilangnya nilai kritis dalam diri kita. Kita jarang dapat menghasilkan inovasi yang baru sebab terbeban dengan silibus. Malah, kita tak dapat mempersoalkan apa yang kita pelajari kerana sibuknya kita dengan nota-nota kuliah. Kesannya, (maha)siswa yang dilahirkan hanya untuk memenuhi kehendak pasaran dan kehendak negara, jauh dari aspirasi rakyat marhaen. Malang bagi kita, positivisme yang melahirkan masyarakat rasional instrumental berhubungan terus dengan ideologi negara menjadikan kita sebagai alat kapitalis moden. Kita hidup untuk memuaskan keserakahan industrial.

Maka diakhiri tulisan ini dengan menyertakan fakta-fakta di bawah :-

- Lebih 50% CEO kepada 500 syarikat dalam senarai Fortune sering mendapat C semasa di kolej.

- 65% daripada seluruh ahli senat Amerika adalah mereka yang sering mendapat kelas pertengahan dan ke bawah ketika di sekolah.

- 75% daripada Presiden-presiden Amerika mempunyai rekod akademik yang buruk.

- Lebih 50% usahawan jutawan tidak menamatkan pengajian di universiti.

Jadi, sudah jelas atau setidak-tidaknya cerah sedikit untuk membezakan di antara simbol dan nilai?

Hasil cedukkan dari Asyraf Muiz

Saturday 17 March 2012

South Island Tour.





















Nova Zeelandia

Aku baru pulang dari pusing hampir separuh South Island of New Zealand bersama 'super wife', adik ipar juga 2 orang rakan karib kami. Semakin banyak perkara menerjah kedalam lubang pemikiran aku, namun semakin sempit masa yang diberikan kepada aku. Terlalu banyak yang ingin aku kongsikan bersama, terlalu banyak motivasi, namun aku tidak pasti sama ada aku mampu untuk mengupas satu persatu kisah kehidupan disana. Jika masa tidak dianggap sebagai emas lagi mungkin akan ada sekelumit cerita dari aku. Jika tidak mungkin gambar² yang ada mampu memberi penerangan, atau mungkin ianya sebagai salah satu langkah pertama untuk kita bangun dan lari tinggalkan ketakutan.
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law