Saturday, 3 May 2008

Sepetang di Kuala Lumpur # 2

Hancurkan Kuala Lumpur untuk aku...




Sepetang di Kuala Lumpur.

Rabu yang lepas aku bersama² dengan manusia lain telah ke ibukota yang tercinta, ada berberapa perkara yang hendak diperlakukan disana. Aku bangga melihat keindahan banggunan² mencakar awan yang kesembilan, aku bangga melihat manusia² sibuk berjalan ke kiri dan ke kanan, aku kagum melihat atmosfera bergerak maju kehadapan, tapi aku amat kecewa dengan hiruk-pikuk ditengah² medan perjalanan, aku sunggu tidak selesa memandu didalam keadaan yang amat dinggin iaitu 40 darjah celsius dan ditambah pula dengan jentera² hebat dikiri dan kanan jentera yang dipandu oleh aku bersama² rakan yang lain, tidak kira besar mahupun kecil, tidak kira panjang atau pendek. aku cukup rimas dan berkecamuk menghadapi situasi yang sedemikian. Aku benci...

"Weh aku rasa lepas ni aku takkan nak pegi KL lagi..tekanan..!!" Terang aku.

"Tu la pasal mulai hari ini, The Curve adalah ibu negera kita" Jelas Man sambil menoleh kekiri dan kanan.

"Yes aku sokong, memang neraka jahanam KL, aku takkan jejakkan kaki lagi, lantaklah apa nak jadi pun..ehehe" Jelas Wan pula dalam keadaan perut yang amat kosong.

"Tapi next week BUTTEFINGER orchestra kt MCPA Theater Hall, KL macam mane?? Tanye Aji pula.

"Ahaha Konon² nya MCPA tu kat Sunway pyramid lah.." Jelas aku.

"Tulah..hujung bulan SOILWORK kt The Ruums..cis..camne ni..??" Jelas Man.

"Ahahah..konon² nya The Ruums kat Artport,Shah Alam lah..kan tenang" Jelas aku lagi sambil pusing steering.

"Uishh aku lupelah, aku nak pegi Low Yatt sabtu ni" Terang Aji.

"Takpe kononnya Low Yatt tu kat Subang Parade lah..kan dekat" Jawab aku.

Titt..titt..(bunyi sms masuk)

"Yes..ada awek ajak kuar date esok, cayalah..." Sahut Wan dengan gembira.

"Kat mane weh..??" Tanya Aji.

"Ala...KLCC..Sorry geng aku tarik balik kata² aku tadi..KL bukan neraka Jahanam tapi syurga yang penuh dengan bidadari..eheheh" Jawab Wan dalam keadaan hampir² lupa yang perutnya kosong.

Aku bangga mempunyai bandaraya berkecamuk.

Teruskan Tanpa Noktah

Hari aku rasa gembira hari walaupun kesibukan mencapai tahap awan yang kesembilan, kenapa aku gembira?? kerana aku rasa aku masih wujud didunia disini, aku masih diperhatikan disini, lebih kurang 48jam aku tidak mampu untuk mengajak jariku menekan²papan kekunci untuk memasukkan entri² baru kedalam blog ini, nota betul² bernoktah kali ini, tetapi disaat aku mendengar lagu 'kejora ku bersatu' nukilan SEARCH dan kemudian disusuli dengan 'Am i Wry' dari MEW, diteruskan pula dengan 'Given to fly' hasil PEARL JAM dan seterusnya.. Aku amat gembira bila ada yang hantar komen bertanya tentang dimanakah entri baru, aku terima beberapa email tentang kehilangan aku selama 2880 minit, kenapa tiada update baru di blog?? mengapa dibiarkan bernoktah?? rakan² robot seperjuangan juga tak putus² hantar tanda tanya tentang bila mahu update ni?? Fon aku dapat teks dari manusia² di sekeliling aku. Terima kasih kerana memberi peluang untuk menikmati erti kewujudan, terima kasih kerana memberi sokongan lisan mahupun bahasa isyarat, aku paham, aku mengerti, dan aku akan teruskan TANPA NOKTAH.
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law