Tuesday, 14 July 2009

Fikir

Sejauh mana atau sedalam manakah anda percaya pada teman lelaki anda, apabila mereka tidak jawab panggilan dari anda..?

Monday, 13 July 2009

Tenang

Pagi semalam selepas bangun dari tidur, aku bergegas ke tempat kerja. Dah agak lama aku tak bekerja pada hari ahad, suasana sangat mendayu², hirup nescafe dan kemudiannya bergelumang bersama 'American eagle'. Kerja banyak berselirat kerana kapal terbang mahu terbang keesokkannya, tapi aku agak pelik, semua yang berlaku dengan amat tenang, cuaca suram, udara muram, hati dan jiwa puas melaram kerana malam semalamnya bersama ENVY mungkin. Aku bekerja dan terus bekerja hingga jam empat dan terus pulang. Petang yang sangat bermakna pada hari ahad apabila cahaya matahari tidak menyilau. Yes hari ini benar² tenang. Sampai dirumah masuk kebilik buang segala kemungkaran lalu terus berjalan menuju kedapur seperti biasa buka peti ais dan terus jenguk sambil menyedut udara nyaman. aku terlihat sebuah kotak kecil warna pink, lalu mak aku jerit dari ruang tamu. "Tu ada mak belikan kan kek untuk kau, sorry terlambat". Aku senyum sambil terus buka dan cakap "Terima kasih". Walaupun dah terlewat untuk beberapa hari, setinggi² penghargaan kepada emak aku yang tersayang kerana belikan sepotong kek coklat.

Ingat adik² syurga dibawah tapak kaki ibu, bukannya pada baju t-shirt hitam, font berwarna-warni tertulis "Saya sayang mak saya"

Sunday, 12 July 2009

Selang beberapa jam kemudian.

Tuah harimau pada belangnya, tuah ayam pada kakinya, tuah hang tuah pada keris tamingsarinya, tuah aku pula pada tiket ENVY yang diberi percuma oleh Jebs atau Junad gara² dari esei pendek tentang "kenapa dia perlu beri tiket ENVY kepada aku" beberapa minggu yang lalu. Selepas beri esei tersebut aku memang tidak ambil tahu pun tentang ENVY juga tidak buka email aku untuk tahu cerita up-todate, yang aku tahu hidup harus diteruskan walaupun dalam poket seluar hanya ada beberapa keping syiling berlanggar diantara satu sama lain serta beberapa lipat wang kertas berwarna biru dan merah terperosok malu dan hina didalam wallet aku dikala waktu untuk sampai kehujung bulan mengambil masa lebih dari 15 hari lagi. didalam kepala hanya memikirkan jalan seterusnya untuk terus meneruskan kehidupan seharian sama seperti orang lain pada bentuk fizikal tapi bukan mental. Pagi semalam sebuah nota telah aku taip khas untuk ENVY didalam blog ini tentang betapa kesempitan dan kehimpitan hidup membuatkan aku sukar untuk pergi melihat aksi mereka. Tetapi tuah tidak kenal manusia, hang tuah juga tidak kenal parameswara, dengan tangan gatal untuk membuka email secara tidak sengaja telah membuatkan aku terpandang kepada 1 mesej yang memberi tahu bahawa aku menang tiket ENVY, nafas tercungap² kerana email tersebut 5 hari yang lalu, ENVY bakal beraksi tidak lebih dari 7 jam dari email aku dibuka, dengan perasaan seperti hendak berjudi aku reply juga pada Jebs serta tinggalkan no telefon bimbit, terasa kesal didada kerana sudah lama aku tidak buka email, tap nasib benar² menyebelahi aku tidak lama selepas itu Jebs balas email dan beri segala penerangan dan cara untuk mengambil tiket ENVY. Hati sangat gembira bila ada teman istimewa dengan istimewanya berani untuk menemani aku untuk tengok ENVY membuatkan aku terus tidak fikir panjang, memang urat saraf, luna², serat norma-norma mereka milik aku.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Jebs a.k.a Junad kerana memberi sinar cahaya kepada aku. nanti dah gaji aku belanja kau makan special sampai kenyang, tapi gaji aku yang lagi 3 bulan. iaitu selepas aku berjaya menutup segala hutang piutang. Jangan bimbang aku takkan lupa. Terima kasih sekali lagi.
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law