Saturday, 31 July 2010

Let my love open the door.

Kadang-kadang kita rasa kita tahu apa yang bakal berlaku keatas diri kita pada masa akan datang, dalam erti kata yang lain, selalunya kita akan anggap yang kegagalan akan terus menyeliputi diri kita. Tapi sebenarnya kita sendiri pun tidak tahu apa yang bakal terjadi pada hari mendatang.

 Jadi kuatkan diri sekuat-kuatnya sebelum kita dipukul dengan arus ombak yang besar.

East is east.

Filem ini menarik, filem ini 'thru', filem ini mampu buat anda tergelak dan ketawa, filem ini juga ringkas, walaubagaimana pun ianya sarat dengan unsur-unsur tersirat dan tersurat. Filem ini berlatar belakangkan pada sekitar tahun 70an di Manchester, England dimana terdapat sebuah keluarga yang bapanya adalah seorang muslim dan berasal dari Pakistan lalu berkahwin pula dengan seorang wanita inggeris. Mereka telah dikurniakan dengan 6 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Namun begitu mereka sering dilanda dengan konflik akibat dari si bapa yang tidak henti-henti hendak menerapkan budaya Pakistan kedalam diri anak-anaknya sedangkan mereka telah biasa dengan cara kehidupan orang-orang British pada ketika itu, lebih-lebih lagi ibu mereka adalah seorang wanita berbangsa inggeris, untuk cerita lebih lanjut anda mungkin boleh mula 'download' dan mula menonton filem ini.
Aku rasa menyesal kerana baru tahu tentang filem ini sedangkan ianya telah dikeluarkan pada tahun 1999.

Terima kasih kepada 'super wife' kerana berjaya download filem ini.

Friday, 30 July 2010

Bebas ertinya merdeka.

Pejam celik, pejam celik, terkangkang dan tergolek, hari ini sudah jumaat. Esok sabtu aku bebas,begitu juga dengan hari ahad. Isnin dan sampai jumaat yang seterusnya pun aku masih bebas.

Kerana kerja masih tiada..Woohoo..!!
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law