Sunday, 19 February 2012

Last Hours of Eternity

Seperti biasa aku duduk diam lagi, seperti biasa jari-jari aku kebas, lidah dan lelangit aku kelu. Namun ini tidak bermakna jiwa aku tidak memberontak. Terlalu banyak yang aku mahu sirat dan suratkan melalui tulisan aku. Namun aku kurang daya, juga kurang hela. Tapi aku pasti, sikit masa lagi aku pasti bangun sambil tangan digengam erat lalu dijulangkan kelangit. Yes..!! aku akan bangkit untuk buang segala kebodohan yang melilit didalam kepala juga jiwa setiap diantara kita. Ini bukan masanya untuk kita duduk dan serap segala bunyi lalu hadam, ini bukan masanya untuk kita melangut dan tunding jari. Bukan...!!bukan...!!
Ini masanya untuk kita keluar dari garis ketakutan, keluar dari kotak² sempit yang telalu menghimpit. Ini masanya setiap neuron didalam kelapa harus digunakan sebaik mungkin dan ini juga masanya untuk kita bangun dan sedar dari tidur yang lama.

Cukup..!! aku tidak akan berpaling lagi.. setiap entri yang akan datang adalah 'pencerahan' jika tidak mahu berubah. Sila berambus..!!

Monday, 16 January 2012

Membina semula sukan bola sepak kita


 Rata-rata sokongan rakyat Malaysia terhadap pasukan bola sepak negara begitu kuat sekali. Ia merupakan permainan paling popular rakyat Malaysia dan keghairahan kita tentang bolasepak sememangnya kuat. Namun demikian, keghairahan ini tidak dicerminkan dengan kedudukan ranking FIFA negara kita. Meski pun ranking itu tidak semestinya tepat dan persis, ia memberi gambaran tentang mutu bola sepak negara kita.
Pada 1993 Malaysia terletak di nombor 75 dunia. Ranking tersebut di atas negara-negara bola sepak terkemuka seperti Turki dan Afrika Selatan. Daripada nombor 75, semakin lama, semakin teruk, kepada tangga ke-159 pada 2007.


Mengenal pasti masalah


Apakah yang berlaku sepanjang dekad tersebut sehingga impaknya cukup besar yang menyumbang terus kepada kemerosotan tersebut? Yang pertama, rombakan format liga semi-pro kepada professional sepenuhnya. Kedua, pengenalan TV satelit yang mempromosi bola sepak barat, dan yang ketiga ialah skandal rasuah yang terbongkar tahun 1994.
Segala faktor-faktor ini sebenarnya merujuk kepada satu prinsip ekonomi yang mudah iaitu ‘supply & demand’ (penawaran dan permintaan). Dulu para pemain bermain secara sambilan dan tidak bergantung  sepenuhnya kepada bolasepak untuk menanggung keluarga. Bila duit tidak cukup, sukar untuk mengelak rasuah, apatah lagi Malaysia terkenal dengan sekumpulan manusia bernama bookie. Kehadiran TV satelit yang memaparkan siaran langsung permainan bola sepak liga Inggeris, Itali, Sepanyol dan Jerman menyebabkan ramai peminat teruja minda, dan apabila dibandingkan dengan permainan bola sepak cara “berjalan kaki” pemain tempatan apabila mengejar bola, ia berbeza bagai langit dengan bumi. Namun, kita berasa amat pelik, pada zaman semi-pro dulu kita hebat. Mengapa zaman semi-pro dulu kita melahirkan jaguh-jaguh handal? Kenapa semakin kita memprofesionalkan bola sepak, kita semakin teruk? Kesemua faktor yang disebut diatas tidak boleh dilihat secara berasingan, ia saling mempengaruhi antara sama lain.




Model perniagaan mampan untuk bola sepak


Apa yang kita pelajari sepanjang bolasepak Malaysia bertukar menjadi profesional ialah model ekonominya lemah. Rata-rata pasukan yang terlibat dalam liga tempatan tidak mempunyai rancangan jangka panjang untuk menjadikan pasukan mereka ‘sustainable business model’ (model perniagaan mampan). Rata-rata pasukan-pasukan hanya berharap kepada kerajaan negeri mereka sendiri, dan duit siaran dan penajaan yang diusahakan semata-mata oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Mana perginya MPPJ FC yang pernah memenangi Piala Malaysia? Berkubur kerana tidak mampan. Mengapa dulu FA Sarawak tidak mampu bayar gaji para pemain? Malahan sehinggakan terpaksa meminta sedekah orang ramai untuk membayar gaji para pemain. Sangat memalukan. Stadium negeri boleh memuatkan 45,000 orang tetapi tidak mampu membayar gaji pemain.
Jika dibandingkan Liga Amerika Syarikat MLS (Major League Soccer) yang telah tertubuh sekitar waktu yang sama dengan liga kita, ia wujud dengan syarat paling asas, iaitu harus mempunyai sistem ekonomi yang mampan, terbuka, dan berdaya saing. Dengan ini, daripada negara yang tak tahu apa itu bola sepak kerana tenggelam dengan populariti sukan lain seperti bola lisut, bola keranjang dan American football, para perancang bola sepak negara tersebut telah berfikir secara ahli perniagaan – bagaimana menarik penonton, mencari wang sendiri, cara memenuhkan stadium. Keadaan ini amat berbeza dengan di Malaysia – tiada promosi, tiada idea kreatif menarik penonton, tiada inisiatif mencari wang sendiri. Ini amat berbeza dengan liga paling popular di dunia, iaitu Liga Perdana Inggeris. Ada-ada sahaja promosi mereka yang kreatif. ‘Fantasy league’, perjumpaan bersama peminat, majlis-majlis amal, program menjelajah dunia, bengkel-bengkel bola sepak dan sebagainya. Begitu aggresif sekali teknik pemasaran liga mereka yang menjadikannya liga yang paling ditonton dan diminati seluruh dunia jika dibandingkan dengan Serie A Itali mahu pun La Liga Sepanyol. Kesan langsung pemasaran ini adalah hasil wang yang mereka perolehi kerana bijak memenuhi fitrah ‘supply dan demand’Sememangnya kita tidak boleh bersaing sedemikian rupa kerana menyedari had-had semula jadi yang ada. Namun ia sepatutnya menjadi contoh di peringkat tempatan, bagaimana hendak menarik minat orang ramai.




Apa yang belum kita lakukan


Asasnya mudah, bila orang ramai suka dan minat, maka permintaannya lebih dan duitnya pun lebih. Rakyat Malaysia harus ada perasaan ikatan (sense of belonging) terhadap sesebuah pasukan tempatan, namun usaha ke arah itu langsung tiada.
Bukan tidak ada peminat tetapi mereka juga ‘malas’ untuk mengusahakan apa-apa kerana menyedari bola sepak masih dikuasai dan ditadbir dengan cara birokratik lama – kerajaan hanya mahu menguasai manakala persatuan rela dikuasai kerana sumbangan tahunan dari kerajaan, dan para pemain hanya dapat berdoa agar gaji dibayar setiap bulan.
Keadaan itu menyebabkan para peminat yang sebenarnya mampu mengumpul wang untuk membantu pasukan mereka, termasuk mencari sokongan (sponsorship) enggan berbuat demikian kerana segala-galanya telah dikuasai oleh birokrat bola sepak. Langkah seterusnya, bagaimana untuk meningkatkan permintaan dan minat rakyat demi bola sepak supaya pasukan-pasukan kita boleh berdiri atas kaki sendiri tanpa mengharapkan ehsan kerajaan semata-mata. Secara peribadi, saya marah dengan pasukan-pasukan swasta seperti My-Team dan KL PLUS. Adakah pasukan-pasukan ini hadir untuk mempersendakan rakyat dan bola sepak Malaysia? Satu pasukan lahir daripada rancangan realiti bola sepak yang pesertanya amatur belaka manakala satu lagi pasukan lahir daripada mencekik darah rakyat dengan konsesi tol yang dilindungi bawah Akta Rahsia Rasmi.
Dengan mendepat tender terus yang tidak telus, gergasi korporat itu menekan rakyat dengan tol yang semakin meningkat, dan dengan limpahan kemewahan kutipan tol, buat satu pasukan bola sepak semata-mata kerana syok sendiri. Mana para peminat anda? Bagaimana anda mendapat wang? Apa syarat-syarat nak tubuhkan pasukan profesional? Pertama kali dalam sejarah dunia syarikat tol boleh ada pasukan dalam liga bolaspeak profesional. Amat pelik bagaimana pasukan seperti ini boleh wujud. Kalau liga santai hari Ahad, tidak mengapa, tapi ini liga profesional. Yang tersurat, kita ada liga profesional. Yang tersirat, liga profesional ini ditabir secara amatur.




Mengswastakan pasukan bola sepak


Pada pendapat saya, pasukan-pasukan yang ada harus diswastakan melalui tender terbuka dan perlu kreatif serta berdikari dalam bersaing sesama mereka. Barulah konsep akademi bola sepak boleh dihidupkan semula kerana wujudnya insentif untuk berbuat demikian. Para pemain mempunyai nilai komersil, dan ia boleh menjimatkan wang untuk mendapat pemain untuk jangka masa panjang. Ini lebih baik daripada sistem ‘pool’ pemain yang terbatas pada masa sekarang. Rata-rata para pemain berpindah kelab atas perpindahan percuma apabila kontrak telah tamat atau pun menghadiri hari ‘free-trial’. Ini tidak cukup bagus bagi sebuah liga bergelar profesional. Ini bukanlah kebetulan bahawa kebangkitan bola sepak negara baru-baru ini merupakan hasil kerja bertahun lamanya untuk memajukan prestasi para pemain muda dan pelapis negara. Cuba bayangkan jika konsep ini dapat dihidupkan semula bagi semua pasukan melalui akademi-akademi mereka. Sistem akademi yang baik dan berdaya saing cuma boleh hidup dengan wang yang banyak dan insentif harus diberikan kepada pasukan-pasukan untuk menghidupkan akademi tersebut, dan insentif tersebut adalah wang melalui pengkomersilan. Kita tidak boleh menyalahkan FAM semata-mata mahu pun peminat bola sepak negara atas tahap mutu bola sepak kita. Para peminat dan FAM bergantung antara satu sama lain. FAM harus merombak sistem bola sepak kita untuk menjadikannya sukan rakyat melalui usaha mengkomersilkannya. Para peminat harus menyokong usaha dan inisiatif yang dilakukan pasukan mereka. Dan amalan campur tangan politik serta pembabitan ahli-ahli politik dalam bola sepak harus dikaji semula, untuk memastikan sama ada ia telah memberi faedah atau lebih menjahanamkan apa yang sedia ada.


Artikel ini dicedok dari nukilan Fairuz Azhan

Friday, 30 December 2011

Memahami keadilan ekonomi dan pengaruh media #3

Sains politik merupakan cabang sains sosial yang banyak dipengaruhi oleh bidang-bidang lain seperti falsafah moral, falsafah politik, ekonomi politik, teologi politik, sejarah, dan bidang-bidang lain yang berkaitan dengan penentuan keadaan yang sepatutnya secara normatif serta kesimpulan ciri-ciri dan fungsi-fungsi negara yang diidamkan. Tak kira bila dan di mana jua, kita boleh mendapati wujudnya seseorang yang mengkaji politik sambil meningkatkan kefahaman politik.
Politik Barat berakar umbi dari hasil kajian Plato (427–347 SM) dan Aristotle (384–322 SM), khususnya dalam hasil kerja Homer, Hesiod, Thucydides, Xenophon, dan Euripides. Kemudian, Plato mengupas sistem-sistem politik, mengabstrakkan kupasannya dari kajian yang lebih berorientasikan sastera dan sejarah, lalu menggunakan pendekatan yang boleh kita hampir samakan dengan falsafah. Begitu juga, Aristotle memajukan kupasan Plato untuk menyertakan bukti empirik sejarah dalam kupasannya. Plato mengarang Republik manakala Aristotle menulis Politik.


Melalui kenyataan diatas mungkin sukar untuk kita fahami maksudnya, tidak kira lah sama ada ianya tersurat atau tersirat. Namun begitu ianya berjalan didalam saraf dan zarah yang sama. Kita tidak dapat lari, kita juga tidak mampu untuk menyorok, maka sukar untuk aku terima bila ada cakap² kosong yang menyatakan dimana orang² politik tidak ada kene mengena dengan kehidupan kita seharian, begitu juga dengan fahaman komunisme dan republik. Tapi tidak mengapa, kerana bagi aku masalah utama bukan hal² agama mahupun warna kulit setiap diantara kita yang sering ditiupkan sentimen-nya melalui media massa dan cetak. Masalah utama kita adalah penguncupan ekonomi diantara poket juga beg duit yang kita bawa kemana² setiap hari. Penguncupan ini mampu merobek jiwa, mampu mengoyakkan derita. Yes ada ubatnya, 'Pain killer' kepada masalah ekonomi yang melanda dikalangan kita didalam komuniti kita adalah hutang, pinjaman atau pendahuluan. secara logiknya majoriti diantara kita akan gunakan alternatif untuk teruskan hidup. Kita perlu bijak dan harus diingat kaum² pemodal juga bijak, sistem perbankan juga lagi bijak, dengan jumlah pendapatan kita setiap bulan, dengan perbelanjaan harian yang semakin meningkat aku percaya kita semua tidak dapat lari, personel loan, hutang kereta, PTPTN, kad kredit adalah diantara penyumbang kepada permasalahan ini. namun begitu kita terpaksa kerana sistem pengankutan tidak efisyen maka semua orang sudah punya 'mind set untuk memiliki kereta supaya mudah untuk kemana², begitu juga dengan loan & kad kredit yang berselirat dengan budaya konsumer. Ini tidak termasuk dengan pembelian rumah pada kadar yang tidak masuk akal. Maka ramai diantara kita berpendapat bahawa cara mudah untuk atasi masalah hutang piutang adalah dengan membuat kerja lebih masa (OT)  di tempat kerja. Bagi yang tidak ada akan cari penyelesaian melalui perniagaan insuran, multi level marketing, direct selling dan banyak lagi. Secara kasarnya ia nampak seperti sempurna kerana mampu menjana keuntungan, mampu beri wang lebih kepada kita, mampu menampal koyak. Tapi saintifik atau secara halusnya bagaimana pula dengan pengurusan keluarga, aku bagi contoh sebuah keluarga yang punya 2 orang anak yang sedang membesar, ibu dan bapanya berkeja keras untuk menambah duit, anak2 dijaga oleh orang gaji atau hantar ke nuseri dalam pada masa yang sama fokus pembesaran anak² akan diambil alih oleh orang lain dan secara tidak sengaja masalah gejala sosial dikalangan anak² juga dikalangan ibu dan bapa mungkin akan jadi ketara. Aku tertarik dengan satu akta yang dipinda oleh kerajaan New zealand dimana setiap ibu dan bapa harus meluangkan masa dengan anak² dan secara naturalnya fokus dapat diberikan, pendidikan dan pelajaran juga mampu disalurkan. Tapi dinegara ini mungkin sukar untuk direalisasi kerana golongan ibu dan bapa terjerat dengan kaum² pemodal dan sistem perbankan. Anak malas kesekolah, anak kurang perhatian mampu memberi masa depan yang gelap pada mereka sendiri malah pada negara ini khususnya kerana anak² kecil dan remaja adalah salah satu aset terpenting sesebuah negara. Semua orang kejar masa, semua orang kejar keuntungan, semua orang terpaksa dan akibatnya banyak nilai² moral ditinggalkan jauh, imipian negara mahu lahirkan masyarakat bertamadun hanyalah mimpi sahaja kerana banyak perkara² lain yang terpaksa diusahakan, dimana kualiti kehidupan?? dimana ajaran agama?? semua tidak ada kesempatan kerana mencari penyelesaian kepada masalah hutang piutang. Ramai yang kurang faham atau kurang fasih dengan permasalahan ini namun begitu ianya sedang berlegar² dikalangan kita, masalah institusi kekeluargaan, masalah sosial dan budaya terus berleluasa dan tiada siapa yang cuba untuk memperbaikinya malah kerajaan hanya ambil langkah mudah dengan berbelanja berlebihan untuk membuat kempen dan cuba untuk memupuk kesedaran tapi hasilnya, kosong. Ini belum lagi cerita masalah jenayah berat seperti meragut, merompak juga makan rasuah untuk anak dan juga isteri.

Apa jalan penyelesaian?? ianya semudah mengira 1, 2 dan 3. Perubahan harus berlaku dan salah satunya adalah 'kadar gaji minima'. Maksud aku tentang kadar gaji minima ini bukanlah untuk golongan² profesional sahaja, kadar gaji minima harus diselaraskan mengikut semua peringkat pekerjaan tidak kira sama ada disektor swasta mahupun kerajaan, tidak kira sama ada kerja mengutip sampah atau membersihkan longkang,  tukang jahit, mahupun pelayan² di warung atau restoran juga kerani, hinggalah keperingkat paling atas seperti jurutera, arkitek, jururawat, doktor, akauntan, pengurus bank, ketua pengarah dan sebagainya, termasuklah polis, tentera, bomba dan lain². Kadar gaji minima haruslah berada ditahap yang membanggakan aku beri contoh tukang bancuh kopi di kafe² di sekitar bandar Melbourne, Australia mendapat bayaran minima setinggi 16.00AUD untuk setiap jam dan setiap pekerja boleh laporkan pada pihak berkuasa jika mendapat bayaran yang lebih rendah dari itu. berbanding dengan disini yang mungkin hanya RM8 untuk setiap jam malah ada yang lebih rendah dari itu. Perkara ini harus diambil serius, kerana bila kadar gaji minima agak tinggi maka setiap diantara kita akan berada diparas stabil dan dari kestabilan tersebut maka ekonomi dapat dijanakan kerana kuasa membeli tidak terhad. Malah hasil dari pendapatan bulanan akan disalurkan beberapa peratus kepada kerajaan melalui kutipan cukai, bila semua rakyat negara ini membayar cukai secara telus dan adil pasti negara akan punya kutipan dana awam yang tinggi dan melalui dana ini maka lagi banyak kemudahan dapat disediakan untuk semua penduduk di negara ini. Satu langkah drastik harus dilakukan walaupun ianya nampak seperti susah untuk direalisasi namun ianya mampu untuk dilakukan kerana sudah ada negara lain diluar sana berjaya lakukannya. Tapi malangya ramai yang tidak faham dan ada juga yang bersuara "dimana jika mahu duit lebih haruslah berusaha lebih" ramai yang telah termakan sumpahan kuasa kapitalis yang menindas dengan cara halus malah menggunakan pihak media untuk memanipulasi pemikiran. Perkara² seperti ini harus diubah. Kita bukan mahu kekayaan, tapi kita juga tidak mahu kesusahan dan kita juga mahu menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negara. Bila negara kaya barulah kita mampu untuk memupuk rakyat yang bertamadun dan mempunyai nilai² moral yang tinggi.

Bersambung..
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law