Wednesday, 11 February 2009

Tanpa peduli aku mengejar kebebasan.

Mata sudah tidak mampu untuk menyuluh, kepala sedang pincang melayang², aku sudah tidak nampak apa² didepanku, sambil gelak dan ketawa kami terbaring-baring, memerhatikan setiap pergerakan yang nampak amat samar tetapi berjaya mencuit hati dan perasaan. diruang penuh dosa kami cantas segala kebaikkan, segala kemungkaran, apa yang diimpikan hanyalah erti hidup yang sempurna. Gelak dan terus gelak sambil asap mengambil peluang mencemarkan suasana. aku lupa, mudah lupa, yang diingini hanya kata keramat iaitu 'bebas'. tiada siapa dapat lari dari dosa, tiada siapa yang mampu mengejar pahala. Telinga aku sudah tidak mampu menyerap apa² bunyi melainkan suara² sayup yang keluar masuk dalam keadaan bergetar. Gelak dan terus gelak. Ketawa dan terus ketawa. Perkara semalam, perkara esok aku biarkan lupa. Dalam keadaan separuh sedar sekalung pertanyaan dikalungkan kepada aku.

"Kau buat macam ni sebab kau kecewa ke?" Tanya suara halus.

"Taklah, aku tengah menghayati kehidupan, kenapa kau tanya?" Jelas aku sambil ketawa.

"Kenapa kau diam?" Tanya aku lagi.

Pusing kebelakang, dongak keatas, toleh kekiri, pulas kekanan. Dari mana datang suara tadi. aku pun tidak pasti, yang aku perasan adalah susuk tubuh beberapa manusia yang sedang ligat bergelumang dengan cahaya kehancuran. Mata yang tidak mampu menyuluh, ku cuba regangkan segalanya mencari suara aneh yang bertanya tapi tak jumpa. Aku bangun dan terus keluar dari ruang kejahatan dengan nafas yang tersekat² pandu jentera pemusnah dan terus pulang kerumah. Tiada satu panggilan telefon pun yang aku jawab, cuma beberapa mesej teks ringkas penting yang aku balas itupun aku tidak pasti apa yang aku baca dan aku ulas. Duduk diam terpaku lalu terus terbaring. Tidak sedar dan tidak peduli.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law