Wednesday, 18 February 2009

Flirting with crime.

Malam tadi sewaktu baru pulang dari kerja, aku membalingkan diri ke katil, mencari ruang untuk membuang segala kepenatan dan segala pahit jerih pengorbanan. Namun ianya amat mengecewakan kerana mata lansung tidak mahu memberi perhatian untuk mendapatkan kegelapan. Aku amat kecewa, lalu bingkas bangun dan capai gitar, dari mula petik hingga sejam kemudiannya, aku lansung tidak faham apa yang jari aku gerak²kan apabila bertemu dengan tali. fikiran amat bercelaru, itu adalah petanda yang aku sememangnya tidak boleh petik gitar pada waktu itu. Nah, bangun pergi mandi kemudiannya pergi makan. kemudian membaca artikel tentang SLUMDOG MILIONAIRE didalam malajah TIME sambil baring, perkara paling statik dan pasif yang aku buat malam tadi, hidup ini memang membosankan apabila kita tiada tenaga untuk bergerak dan berfikir. Tiba² tanpa diduga aku rasa seperti seluruh susuk tubuh aku tidak mampu untuk bergerak, hanya mata sahaja yang mampu melihat, puas aku berusaha keras untuk bangun tapi gagal, lama kelamaan semakin ramai orang memenuhi bilik aku, mereka melihat aku statik, kedengaran suara yang mengatakan aku lumpuh, aku kena stroke. aku tidak percaya, aku cuba lagi gerakkan seluruh susuk tubuh aku tapi tidak berdaya, aku cuba menjerit tapi untuk buka mulut pun aku tak mampu. Puas aku meronta², puas aku melalak. Jantung berdegup dengan kencang. Nafas ditarik sedalam²nya dan bila aku hembus aku sedar yang sebenarnya aku berada didalam dunia lain tadi, aku sedang bermimpi dan berhalusinasi. Damn!! ianya benar² realistik,seperti yang aku pernah beritahu dahulu, mimpi adalah filem terbaik yang mempunyai kesan khas paling hebat serta para pelakonnya juga paling kreatif. Pagi ini sambil buat kerja aku masih fikir tentang mimpi semalam, kau pula macam mana??

2 comments:

Anonymous said...

tdo tak basuh kaki ke...erkk

Suffian Salim said...

saya selalu mandi sebelum tidur.. :)

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law