Ada orang cakap aku gila, dah tak betul, tak sedar diri. Ada yang tanya bila nak berubah?, tak nak kahwin ke?, seronok ke jadi macam ni?. Blaa..blaa dan blaa..
Aku hanya mampu membalas dengan mengukir sebuah senyuman yang paling indah untuk mereka, tetapi didalam hati aku amat sedih dengan corak pemikiran mereka. Sungguh mengecewakan apabila mereka cuba untuk samakan aku dengan mereka. Darah yang mengalir memang warnanya sama, tetapi nilai ph didalam darah aku amat berbeza dengan manusia² tipikal lebih² lagi lelaki² melayu terakhir. Aku tidak bangga kerana terus jadi begini, tetapi aku amat selesa dengan corak kehidupan yang sedang aku alami. Kejerihan dan kepahitan sememangnya adalah satu titik permulaan untuk sesebuah kejayaan, tetapi aku tidak kisah jika sepanjang hidup penuh dengan kekalutan dan juga kebuntuan. Ianya mampu jadikan aku lebih keras dan lebih deras. Aku rasa, mungkin kau dan juga yang lain² biarkan saja aku dengan warna-warna yang sedang aku cuba hendak warnakan didalam lukisan yang juga sedang aku lukiskan. Dunia kita amat berbeza, paksi kita juga tidak setara. Teruskan sahaja kehidupan penuh gemilang yang sedang engkau miliki, dan aku akan terus dengan vodka dan weed juga alunan melodi aku sendiri. Tiada dakwa dakwi.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
2 comments:
Siapa melarang kamu utk jadi apa yg kamu inginkan?
Teruskan selagi kamu rasa kamu berada di paksinya...
Tetapi pastikan kamu tidak malu sendiri....satu hari nanti....
:)
Oh god..saya rasa macam tahu je siapa yang post comment ni..thanx for ur advised.. :)
Post a Comment