Sejak beberapa malam lepas, sejak kekalah memalukan MU dikaki, ditangan dan dikepala Liverpool, sejak Arsenal juga menang bergaya. Aku sudah tidak lagi jumpa Azizuddin hingga ke hari ini, sudah tiada teks ringkas dari dia yang selalunya berbunyi "Geng ape projek" Mungkin penyokong² yang sanggup mati demi MU sedang duduk bertafakur dan bertahmid atau mungkin sedang menangis teresak-esak. Biarkan mereka dengan warna merah kesayangan mereka. Azizuddin adalah rakan penjahat yang paling junior didalam bulatan kami, dia sepatutnya memaggil aku dan Sharman dengan panggilan 'uncle' tetapi itu bukan cara kami, ramai orang pernah tanya aku, "kenapa kau suka berkawan dengan orang yang jauh lagi muda dari kau?" jawapannya senang sahaja. Aku sebagai seorang lelaki yang sentiasa perlukan kelainan hingga lagi seribu tahun pun aku memang akan mencari kelainan, dan amat memerlukan darah² orang muda disekeliling aku agar darah² mereka dapat memasuki kedalam ruang saraf aku, agar warna kehidupan sentiasa terang benderang. biarlah apa orang hendak cakap, tetapi bagi aku ianya adalah sesuatu yang positif. Mesti ada diantara kita akan gelak dan ketawa bila tengok budak² yang lebih muda dari kita dan bercakap "Zaman kita dulu tak pun poyo macam diaorang". Aku juga akan gelak sama bila melihat mereka, tetapi kita juga mampu beri 'direction' selain terus gelak, dan setiap diantara kita pasti ada kelebihan yang mungkin mampu untuk mengoncang dunia. So just be positive and chill!!.
"Weh Aji mane lame tak nampak??" Tanya aku kepada Wan.
"Ahahaha...dia dah ada girlfriend skang ni," Jelas Wan.
"Huh!! yeke?? whoa..okla tuh.." Sambung aku sambil gelak.
"Biar dia..biar dia nak rasa..." Wan.
"Kah..Kah..Kah"
Aku tidak suka MU tetapi jika ke UK aku pasti akan ke Old Trafford kerana suka pada warna merah.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
7 comments:
merah lawa :)
serius...
Yelah...saya setuju
haha hidup liverpool.
kaki dan tangan tk mampu nk goncang dunia.
tapi suara mampu memecahkan gema.
merah memg dpt perhatian.
so does Man U!! woot woooot!!!
Haha Thirdfinger...mari pecahkan gema itu.
J Maiden ape akan jadi kalau Man U pakai warne pink pulak..huhu
MU pkai pink aku trima lgik..
MU pkai HIJAU..mmg jahanam..
sume star2 dia dh "cinta agung"
mungkin sbb tu dorng xhebat mcm dulu..
nk mintak pkai hijau tkot xdtrima so truskan pkai merah tp hati masing2 "HIJAU"..setuju??
aku bangkang MU pakai hijau..!!
bahaya words 'hijau' tu..
PRESIDENT punya..
hahahah..
P/S : adakah org yg suggest MU pakai jersi HIJAU itu bernama WAN..?? hahahahah
Post a Comment