Saturday, 31 January 2009

Last flower to the hospital.

Dari picisan-picisan hati yang luka, dari cebisan-cebisan jiwa yang sengsara. Aku sedar dan aku semakin tegar. Rasanya sudah tiba masanya aku tinggalkan segala penyesalan, segala kerumitan, semuanya harus diteruskan tetapi dengan cara yang bagaimana?? dan macamana??. Itu semua menjadi tanda tanya, yang pasti aku harus 'make a move', harus bangun cukuplah rasanya segala kengangan² yang pahit. Aku pasti segala dikeliling aku sedang berusaha menjauhkan diri. Tidak mengapa, tidak perlu lari serta menjauhkan diri. kerana aku sedang berusaha melangkah pergi secara perlahan². Jika tiba-tiba aku hilang dari pandangan maknanya dunia aku sudah tiada.



tidak perlu pahamkan liriknya, sila hayati alunannya.

Friday, 30 January 2009

Sharing is caring.

Lapan puluh dua jam yang lalu, ketika ramai yang berdondon², berpusu² serta berbaju merah, meraikan apa yang patut diraikan. Membawa tanglung, membawa mercun, membawa limau juga ang pau. Aku sambil berjalan melewati manusia² gembira, lalu terlintas difikiran.

"Perempuan banyak buat silapkan" celah aku.

"Hah!! what do you meant??" Lily kebingunggan.

"Yelah, dorang mesti fikir bila dah kahwin so thats it, just continue the life" Aku cuba menerangkan.

"And then u nak dorang buat apa??" Tanya Lily lagi.

"No i meant, u pernah terfikir pasal kenapa perempuan diceraikan" Tanya aku semula.

"Ermm, maybe because her husband got new lady in their life" Lily cuba menjawab.

"Nope, sebab wife dia tak nak jaga penampilan, biar je semua, yelah dah laku." Terang aku.

"Ahahaha, dengan i senang je, kalau u nak i nampak cantik, glorious, fabulous and so..so.. bagi duit utk beli apa² je yang lawa like MNG, GUESS, PRADA and so..so..for my make-up like LANCOME and so..so..set my rambut, my nail so and so..so..hah barulah boleh bagi nampak lawa setiap masa, so my husband bagi duit and ill make a move..ahahah" Jawab Lily sambil mendegus tanda puas hati.

"Huhu..ok good, tapi kalau badan macam rumah macam mana?? tak muat for MNG or GUESS, no point for LANCOME..rite??" Tanya aku semula.

"Ok rite, u perli i" Lily.

"Taklah i perli diri i sendiri, u tak gemuk i yang gemukkan??" Tanya aku semula.

"Gulp!! yes u are" Lily.

"Eh i dont think like that, perempuan memang macam ni, tak gemuk tapi rasa dia gemuk" Jelas aku.

"U nak menang?? ameklah.." Lily mencantas.

I wish i could forget.

Pandu laju², jalan lurus yang di tuju, julangkan botol ke puncak, sambil mabuk sepitkan rokok dijari, hembuskan asap sepuas²nya. Rayban di mata, tutup warna merah membara. Nyanyikan bersama² lagu 'Dont look back in anger' "And so, sally can wait..She knows its too late as were walking on by..Her soul slides away..But dont look back in anger..I heard you say..
Kemudian jerit Woohoo!! Aku gembira, kau pun gembira, dia gembira, kamu juga gembira. Jangan risau tidak lama lagi kita pasti sengsara. Iya kan kepada tidak. Tidakkan kepada iya, jangan gundah aku tetap bersama. Walaupun hanya melihat dari jauh.

Thursday, 29 January 2009

This is story of hope.

Setiap kali jarum jam berpusing² melengkapkan malam dan siang, setiap kali udara berlegar² memuaskan cahaya. Hati dan jiwa aku selalu meronta². Aku sudah tidak mahu kerja lagi, aku hendak berhenti. Aku bosan, aku give up, dan itulah yang sering aku lalakkan yang sering aku luahkan yang sering aku tangiskan. Hari berganti hari dan seterusnya aku masih tetap disini, tiada perubahan, tiada anjakan dan hentakan. Aku benci tetapi sudah lali dan akibatnya aku terlupa yang aku secara tidak langsung telah mengikut adat resam kehidupan manusia² tipikal. Lupa dan lansung tidak mahu berfikir sebelum mengeluarkan kata² sebelum membuat keputusan dan sebelum beri peluang kepada orang lain untuk membenci aku, yang mampu aku buat hanyalah pandang kebelakang dan cuba mencari kegemilangan..Bullshit!! aku masih tak mahu berubah..!!

Wednesday, 28 January 2009

Dari kegagalan ke mercu kejayaan.

Dari utara kegagalan ke Thailand, kemudiannya terus ke Laos dan juga Burma, tanpa buang masa terus ke Macau dan ke Hongkong, selepas itu masuk China dan keatas lagi Monggolia. Melalui Tasik Baikal terus menuju ke Kremlin Rusia. Mara ke Moscow kemudiannya ke Estonia, Latvia dan Lithuania. Singgah sebentar di Finland, Norway dan Sweeden melalui lautan baltik turun ke Belarus dan mara ke Poland, singgah di Ukraine dan terus ke Slovakia maka dihadapan akan ada Republic Czech. kemudian ke Jerman dan Denmark tanpa buang masa terus ke Belanda dan Belgium berenang dan terus ke England menyelinap ke Scotland dan Wales. Melayang² ke Luxembourg. Liechtenstein melalui france terus ke Switzerland, masuk Slovenia turun ke San Marino, catwalk di Milan hingga ke Rome kemudian melangkah ke Albania dan Macedonia, merentas Bulgaria dan Serbia, kekiri Crotia ke kanan Romania, kehadapan Hungary dan seterusnya Austria dan Slovakia. Berpatah ke Moldova lalu ke Georgia berhenti di Turki kemudian terus ke Azerbaijan melalui Armenia. Masuk ke Syria terus ke Iran singgah di Kuwait, Bahrain dan Qatar hinggalah ke Yaman. Berpatah balik melalui Oman terus ke Pakistan dan Afganistan, terus ke Turkmenistan dan Uzbekistan. Menghirup udara di Kyrgyzstan lalu ke Tajikistan. Masuk India Nepal dan Bangladesh dan terus terapung² ke mercu kejayaan. Jika ditanya dan jawapannya adalah Azam tahun baru aku. Ada sesiapa nak ikut untuk mengenali agama dan budaya, Tahun depan lautan Ocenia dan antartika, Ayuh..!!

Lupakan jalan yang berliku.

Ketika jentera pemusnah melewati kilang senjata api.

"Sekarang ni kalau kita tengok Mc'D ke KFC ke, Starbuck ke..semua tak ramai orang kan..??" Wan mencelah.

"Tulah, aritu aku siap nampak Mc'D spread flyers bagitau yang dorang takde kena mengena dengan Israel, ahahah padan muka" Sambung Aji.

"Aku rasa inilah masa yang sesuai untuk kita mulakan perniagaan" Jelas aku.

"Nak berniaga ape?? Machinegun ke..besar modal tu" Sahut Wan.

"Buat burgerlah apa lagi" Jawab aku sepantas kilat.

"Boleh untung ke?? kang kita buat dia ni je yang makan bagi habis" Sambung aji sambil memuncung kearah Wan.

"Kau nak kena bantai ke weh, macamlah aku sorang je yang makan, kau mesti makan jugak punya" Jawab wan sambil menggenggam tangan.

"Ah..sorang pun tak boleh makan, kita jual je" Jawab aku.

"Eh apa nama kedai nak letak??" Bilang Aji.

"Nama kedai kita 'OSAMA LADEN BURGER', mesti ramai yang support punye..amacam??" Aku.

"Ahahaha..rimas siot.."

Oh no..!! its Kate hudson..

Sudu dan garfu sedang bergaduh dimana spaghetti menjadi pengadilnya straw dan ketulan ais sedang gembira menari² didalam gelas. Kedengaran putaran kipas lemah berpusing. Kelihatan dari jauh seorang perempuan sedang memberi tumpuan pada bacaanya, yang aku nampak adalah buku bertajuk 'The Firm' olahan John Grisham. Sambil menyedut udara segar, sambil menyerap cantasan² beralun dari NOISE CLINIC melalui mp3. Aku memerhatikan perempuan itu, setiap helai daun muka surat diselak. Aku tidak pasti sama ada dia sedang membaca mahupun sedang terbang kedunia lain. Telinga masih bersemangat menyerap NOISE CLINIC sambil mengunyah. Tanpa aku sedar dan perasan perempuan itu menutup bahan bacaannya bangun lalu bergegas kearah aku. Tidak disangka rupanya dia adalah Kate Hudson, dengan muka yang amat bengis dan sambil menunding jari kearah aku dia cuba membuka kasutnya dan terus merejam kearah aku. tidak sempat untuk mengelak aku hanya membiarkan saja kasutnya hinggap ke muka aku sambil pejam mata. Memang terasa amat sakit. Bila aku cuba buka mata keadaan gelap dan aku sedang terbaring, kedengaran bunyi kucing sedang menguap dan bila aku lihat ianya cuba memanjat meja dan disebelah aku adalah botol minyak wangi yang telah berjaya dijatuhkan oleh kucing dan yang paling menarik, aku lewat lagi untuk pergi kerja. Gosh..!!

Tuesday, 27 January 2009

Dialog tanpa prolog # 4.1

"Siapa ingin kurangkan lemak dibadan, sila lekatkan diri anda pada blog ini" kata dia.

"Dia tu siapa??" tanya aku.

"Dia tu engkau lah.."

Aku sedang dipengaruhi oleh Noel dan Liam Gallaher.

Malam tadi didalam kehitaman malam, ketika badan aku lemah diatas tilam, sambil diruang bilik dipenuhi dengan alunan koleksi lagu² dari OASIS seperti "dont go away" dan "Let there be love" sambil aku sedang membelek telefon bimbit mencari segala sejarah lama yang aku masih simpan didalamnya, sambil membaca setiap baris kata² indah darinya membuatkan aku lemah dan tidak berdaya, dengan mata yang berkaca ditambah pula dengan kekuatan melodi serta lirik lagu yang terapung² aku kuatkan kekuatan untuk melupakan segala kenangan yang aku simpan sejarahnya untuk masa depan.

Sunday, 25 January 2009

my heart was painting by chagall



Sila hargai setiap lukisan yang dipaparkan.

Berjalan mahupun berlari itu tidak penting, aku masih terus teguh menjadi pemabuk tegar kepada arak yang aku cipta sendiri bukan Jim beam mahupun Strongbow, aku terus teguh melayang bersama dadah yang juga dicipta sendiri bukan weed mahupun magic mushroom. Aku juga masih terus dan teguh menghargai kehidupan yang dah lama aku lupakan sebelum ini biarpun tiada kasih juga cinta. Aku juga masih terus dan teguh bersama dengan gelak ketawa yang juga aku cipta sendiri bersama manusia² disekeliling walaupun sebenarnya aku sedang menangis teresak² menantikan keajaiban. Ada sesiapa yang boleh pinjamkan bahu untuk aku terus menangis..?? ada..??

Antara Cheritera, cerita dan citra #2

"Aku tak paham lah, kenapa hari² aku asyik fikir pasal dia je.." sugul Azli.

"Fikir pasal siapa..??" Johan ingin tahu.

"Aku selalu fikir pasal Nadia je..am i falling love..?? Jelas Azli.

"Woohoo..kalau dah 247 jam fikir pasal dia, yes u are.." Johan tersenyum.

"Tulah, tapi aku pernah tanya kat Nadia yang dia ada fikir pasal aku tak..?" Azli.

"and then..." Johan..

"Dia cakap tak lansung.." Azli.

"Ahahah welcome to our club.." Johan sambil gelak.

"Club?? apa dia..?? Tanya Azli kepelikkan.

"Kelab makan.." Johan.

"Huh..!!?? " Azli kebingungan.

Friday, 23 January 2009

Petang esok selepas makan.

Bila berhenti berjalan, rokok dinyalakan, aku terpandang sekawan burung terbang bersama², mengepak kekiri dan kekanan, semuanya dalam keadaan teratur. Seperti biasa kepala dan jiwa aku memang tidak akan duduk diam, sambil menyedut dan menghembuskan asap aku terfikir. didalam dunia ini mungkin ada manusia yang sama rupa dengan kita, tetapi adakah diantara kita mempunyai cara dan sifat berfikir yang sama dan teratur..?? Jika ditanya pada aku, apa yang sedang bermain difikiran sekarang. Jawapan aku adalah hendak ambil cuti kerja selama 7 hari dan kemudiannya setiap pagi bangun dari tidur bersarapan sebiji epal hijau dan kemudiannya keluar berjogging apabila selesai pulang kerumah duduk diam sambil dengar lagu mahupun memetik gitar jika tidak pun menonton dvd hingga ke petang dan makan roti bakar, kemudiannya keluar berjogging sekali lagi, sesudah selesai malamnya keluar lepak bersama rakan² hingga larut malam. Balik rumah tidur dan esok buat perkara yang sama hingga hari yang ketujuh, pada hari kelapan bila pergi kerja akan ada orang tegur "Eh kau dah susut sikitlah sekarang" dan aku jawab "biasalah hidup susah,tak happy". Tetapi dalam hati melonjak gembira, bila jumpa orang lain pun perkataan yang sama dikeluarkan oleh mereka. Aku hanya tersenyum lebar tanda puas. Ada sesiapa ketika ini berfikiran sama seperti aku??

Antara gadis comel, King Diamond dan Nasi kandar Raihan

Jentera pemusnah sedang memacu laju, corong bunyi mengeluarkan muntah, alunan keras dari KING DIAMOND sedang beralun², kami berempat menerima bulat² 'riffing' gitar yang dihasilkan, secara tiba² sebuah jentera pemusnah berjenama Satria Neo berwarna hitam memintas, kelihatan seorang gadis comel berkaca mata ala² Gucci, putih menawan seperti Rachel mc'Adam sedang tekun pandang kehadapan sambil makan coklat 'Choki-choki'. Kami cuba memintas dan semua didalam kereta memberi fokus kepda gadis comel tersebut tanpa mengelipkan mata, semuanya seolah² membuat scan anti virus apabila memandang gadis comel itu. Gadis itu membalas semula dengan membuat scan anti virus yang lebih dasyat terhadap kami berempat didalam kereta. Memang hebat gadis comel itu kerana sambil memacu laju masih sempat memberi fokus kepada kami. Selang beberapa minit gadis itu melambai pada kami seolah² memberi tanda pengenalan lalu melencong kearah kiri jalan mungkin untuk pergi kedestinasi lain dari kami.

"Weh dia lambai kat kita lah..nak kejar tak.."

"Huh..yeke?? its a good sign..nak follow ke"

"ikut koranglah..aku ok je"

"Ahh tak payahlah..kan kita punya plan nak pegi Nasi Kandar Raihan.."

"Tapi kata kita flexible..jom ikut neo tu dulu pastu baru pergi nasi kandar.."

"Oh tidak, kita memang fleksibel tapi kita juga mesti ada prinsip dan objektif, fokus utama nak makan sebab lapar, so stick to the plan..ahahaha"

"Ahahaha dont give a damn..jom"

Perhatian, bila kami sedang lapar dan memberi fokus untuk makan tiada siapa dapat menghalangnya. Siapa mahu cuba nasi kandar terbaik dari Pulau Pinang tetapi di Shah alam, sila email aku. Entri ini ditaja oleh Boss nasi kandar Raihan (sambil tersenyum)

Thursday, 22 January 2009

MOGWAI sana, MOGWAI sini.

MOGWAI sana..MOGWAI sini.. Aku tak peduli, aku takkan tengok mereka 'live' di Kuala Lumpur. Suasananya tidak sama, ambiencenya tidak tenang, Adrenalinnya tidak meluap, emosinya tidak sengsara. Lupakan, aku hanya akan tengok MOGWAI di Bradford, Westyorshire bersama Nasra Zalia sahaja dan bukannya dengan orang² lain. So tak perlu cerita dengan aku pasal semalam. Huh!!

Wednesday, 21 January 2009

Petang semalam sambil meneguk baris² lirik.

Aku masih didalam perut pejabat, keadaan amat sunyi, ramai yang sudah pulang, aku terperangkap disini kerana hujan turun dengan amat lebat, sambil mata amat mengantuk, sambil telinga cuba meresap lagu² dari THE PAVEMENT dan HUSKER DU. Setiap bait² lirik aku cuba ingat dan secara tidak lansung ianya mengembalikan suasana 10 tahun kebelakang. Banyak perkara² pelik, lucu, sedih dan gembira telah berlaku sekita 10 tahun yang lalu aku cuba meneroka satu persatu, fokus aku cuma pada kisah² kelakar supaya boleh gelak dan jadi ubat untuk aku. Bila sudah ingat aku terus hantar teks ringkas kepada kawan aku "Weh kau ingat tak dulu, kita pernah buat benda ni..macam...." Tak sampai 3 minit kawan aku terus call aku dan perkataan pertama bukan "hello" tetapi gelak tanpa belas kasihan.

"Serius kita macam tak sedar je apa yang kita buat kan time tu.." Jelas dia.

"Tulah pasal..jahanam hidup kita macamni.." Aku.

"Sial lah napa kita tak sedar time tu ha..main buat je tak fikir.." Jawab dia.

"Ahahaha..ntahlah macam kena rasuk je..ahahaha"

"Ahhahahahaha kah..kak..kah.."

Ada beberapa manusia didalam pejabat juga hairan melihat aku ketawa, tetapi tidak mengapa. Aku sedang amat menghargai kisah² indah dan bagi aku itulah 'moment' paling berharga

Jika aku Rob fishman dalam filem THE ROCKER

Hati aku berdedar² didalam perjalanan menuju ke studio rakaman, setelah lebih setahun lagu² untuk band aku diperam, di perasap kemenyankan, segala²nya kerana masing² tidak puas hati dengan hasil bunyi yang telah dikeluarkan. Aku bukan seorang 'perfectionist' tetapi bila semua didalam band memikirkan kesempurnaan, bila 1 otak bergabung kepada 3 otak memang motif dan objektif kami adalah kesempurnaan. Selepas merakamkan kesemua lagu, selepas melalui proses pengadunan kami masih tidak puas hati, beringgit² telah dikeluarkan tetapi jawapan yang diterima adalah kegagalan. Kami bawa lagu ke studio lain. Malam tadi setelah diberitahu yang lagu sudah siap diadun kami pun berdondon² ke studio dan akhirnya segala keresahan dan segala persoalan terjawab. Semuanya betul² puas hati, turun dari studio buat 'car test' dan seperti dipetik dari dialog Rainn Wilson dalam cerita THE ROCKER, "jika kita tidak bosan mendengar lagu kita sendiri berulang² kali maknanya kita sedang menuju ke pentas Hall of fame". Perasaan membuak² seperti hendak terbang ke Cleveland pada malam yang sama jugak walaupun tidak pernah ambil kisah tentang duit poket. Ketika berhenti di stesyen minyak untuk memberi makan pada jentera pemusnah dan pada masa yang sama lalu sekawan gadis² yuppies yang ayu dan cuba mendapatkan kredit dengan berpakaian separa bogel juga tidak mampu untuk menarik perhatian kami didalam kereta kerana terlalu fokus dengan lagu dari corong kotak suara dan kata² dari Rainn Wilson, hanya cukup pandang sekali dan terus berlalu. Jika dalam masa terdekat ini terdengar tentang sebuah band yang berjaya membuat rilisan dan berjaya mendapat sambutan, jika dalam masa terdekat ini terdengar sebuah band bersiap untuk membuat tour ke seluruh Asia Tenggara dan tak lama selepas itu pula kedengaran hendak buat tour ke sekitar bandar² penting di Eropah hingga ke Sacramento. Jangan ragu mahupun sangsi terima dengan hati terbuka itulah band aku. Maaf android juga sudah pandai pasang angan².

Tuesday, 20 January 2009

Malam semalam memang indah

Malam tadi ketika sedang asyik menyerap lagu² klasik dari Tchaikovsky, Schubert dan kemudiannya Vivaldi disebuah cafe terkemuka yang bukan pro yahudi, sambil empat jejaka melayan perasaan hingga kadang² menjadi perasan, masing² dengan aroma kopi masing serta berusaha keras memanggil malaikat datang dengan dekat. Setiap sedutan diamati dengan penuh perasaan, setiap hembusan diluahkan dengan penuh ketenangan. Syurga mahupun neraka semuanya sedang bersiap sedia. Mata liar mengerling kearah setiap manusia yang lalu-lalang, jiwa gembira mentertawakan dunia mereka.

"Adoi esok boring lah nak kene keje lagi, bosan gila..!!" Jelas Wan sambil memerhatikan sepasang kekasih lalu.

"Tula pasal, paling cam sial bila nak bangun tidur..sakit gila telinga nak dengar bunyi loceng" Jelas Aji.

"Ada kawan aku letak jam jauh dari dia, and then bila bunyi dia akan paksa diri dia bangun, coz sakit telinga" Aku pula menyampuk.

"Huh..kalau aku buat bodoh je dengar bunyi jam tu, lantak pi lah..ahahah" Jawab Sharman.

"Kadang² aku set sampai 3 kali untuk jam bunyi, tapi memang susah gila nak bangun.." Wan.

"Kau set lah awal sikit so bila bunyi untuk kali ketiga tu kau dah boleh bangun.." Jelas Aji pula sambil terus hisap rokok.

"Ahaha cibailah malam ni sebelum tidur aku cuba set 60 kali lah bunyi jam loceng aku.." Jawab Wan lalu menghirup kopi.

"Aku lapar lagi lah, nak makan apa plak ye.." Sharman bersuara.

"Man orang serius pasal nak bangun pagi ni, hang nak lapar plak, mana boleh, selalunya aku je yang lapar.." Jawab Wan.

"Ahahaha..nak bangun awal senang je.." Jelas aku sambil membelek buku menu.

"Macam mana..?" Tanya Aji.

"Nak bangun awal tidur lah awal..tu je.." Jawab aku..

"Ahahaha...Waiter, give me sticky rice with chicken curry" Sambung Wan dengan penuh perasaan.

"Aik..aku lapar ke hang yang lapar ni.." Sharman terkejut.

"Hang lambat sangat order sapa suruh.." Wan.

Aku memang tidak mampu berubah.

Petang ini cuaca amat gembira, aku dari dalam perut pejabat merenung jauh keluar tingkap menyaksikan cahaya terang benderang mengibarkan panji² sempurna. Kelihatan sama burung² sedang terbang bebas menjalankan tugas mewarnai langit. Sambil di pc aku sedang bergelumang dengan lagu lama dari SEBADOH iaitu 'skull' cukup berjaya menarik aku kebelakang, cukup sempurna untuk aku kenang dunia semalam. Kini semuanya sudah tiada, kini semuanya telah berubah dan hanya tinggal aku malas disini. Manusia memang susah untuk berubah dan aku sebagai android amat berjaya mempelajarinya. Terlalu banyak janji cuba dikotakan tetapi malangnya tidak berjaya. Aku cuba untuk berubah, aku cuba untuk mengubah, aku cuba lari dari musibah tetapi biasanya bila bangun saja dari tidur aku akan lupa segala janji² yang ingin dikota.
Aku memang tidak mampu.

Saturday, 17 January 2009

Menyayangi tidak perlu memiliki #1.2


sila mainkan video lagu ini sebelum membaca entri dibawah.

Apa perasaan anda jika mempunyai seorang rakan yang amat baik dengan anda, macam² perkara dilakukan bersama, segala benda dikongsi bersama, kesedihan, kegembiraan juga dimiliki bersama, dan tiba² anda rasa seperti ingin meluahkan kata² dari jadi seorang rakan yang baik tetapi ingin beralih arah untuk menjadi sepasang kekasih. Anda rasa segala²nya tetapi bukan dia. cuma keberanian yang ada pada anda tidak seteguh mana. cukup lama anda pendam perasaan cinta terhadapnya kerana ingin menjaga persahabatan yang telah terjalin, tetapi malangnya disebabkan anda terlalu membuang masa melayan perasaan tiba² rakan anda itu mula menjauhkan diri dari anda, semakin lupakan anda, semakin tidak peduli tentang erti persahabatan, semakin kabur perhubungan anda dan lama-kelamaan lansung tidak mahu menjadi teman rapat anda, rakan karib anda malah terus hilang dari pandangan anda dalam erti kata lain cuba untuk putuskan persahabatan tanpa memberi apa² ucapan perpisahan. Hari demi hari anda tunggu tetapi lansung tiada jawapan, erti cinta dan sayang memang sudah tiada makna apatah lagi erti sahabat setia. Walaupun anda sering nantikan keajaiban agar rakan anda muncul semula didepan anda tetapi malangnya tidak. Anda sedih, anda kecewa, anda terkilan dan sebagainya. Kepada sesiapa yang pernah lalui perasaan yang sama seperti baris² ayat diatas. Sudahlah, cukuplah, hentikanlah segala kemurungan dan kekecewaan. Tidak perlu hentikan pusingan jarum jam anda, tidak perlu untuk terlalu fikir tentangnya kerana ianya seperti anda sedang menikam dengan mengunakan pisau ke dada sendiri. Pergi bangun keluar dari bilik dapatkan mp3 player penuhkan dengan lagu² gembira seperti 'Friday i'm in love' dari THE CURE mahupun 'merry happy' dari KATE NASH atau 'whiteshade' dari LUKESTAR juga 'jaded' dari AEROSMITH dan 'viva la vida' dari COLDPLAY. tidak perlu pahamkan liriknya cuma hayati karya muziknya biarkan melodinya berkata², pakai kasut dan mulalah berlari sejauh yang mungkin sambil tersenyum kerana ianya benar² berjaya melepaskan apa yang terbuku didalam jiwa tetapi awas jangan lari tidak tentu pasal sampai kena langgar dengan mat rempit mahupun lori hantu. Kalau tak dapat nak elak dari kemalangan maknanya hidup anda memang masih tidak boleh lari dari memikirkan tentangnya, jadi sesudah sihat dari kemalangan pergilah cari teman anda yang hilang tadi dan nyatakan apa yang tersimpan tidak kira sama ada dia sudah mempunyai teman lain atau sebaliknya. Tetapi jika kemalangan itu melibatkan nyawa anda just say "selamat jalan Sheila (bukan nama sebenar) semoga bahagia bersama dengannya".

p/s - cerita ini bukan tentang aku tetapi tentang orang² disekeliling aku.

3 malam yang lalu

Sesudah menghabiskan masa dikedai minum, sesudah puas melihat riaksi dan pergerakkan manusia² plastik aku dan yang lain² pulang dengan perasaan hampa.
didalam perjalanan disaat jentera sedang bergerak dengan kejam dan aku duduk dibelakang sedang memerhatikan kesucian langit dan awan serta kelihatan bintang² sedang gembira menari² bersama bulan. Siapa yang pernah menjadi teman rapat aku mungkin tahu yang kegemaran aku adalah mendongak kelangit pada waktu malam untuk melihat keindahan warna² gemilang diatas. Tetapi itu adalah perkara yang berlaku 5 - 6 tahun yang lalu itupun kerana aku pernah bercita² untuk berada diatas sana, sekarang aku memang benar² berubah secara tidak aku perasan, tetapi malam ini ianya berjaya mengimbas kembali detik² yang lalu dimana aku sentiasa menghargai kecantikan langit dan awan serta bintang dan bulan pada waktu malam. Adakah ianya satu lumrah dimana bila kita rasa ianya cantik pasti akan cuba untuk dapatkannya. Jika petang tadi kita dapat lihat pelangi selepas hujan turun sudah tentu kita akan cuba lihatnya kembali pada masa akan datang dengan harapan akan muncul pelangi yang lebih indah dari hari semalam. Jika hari ini kita sudah mampu untuk berjalan pasti esoknya kita akan cuba untuk berlari contohnya jika hari ini kita sudah beli sebiji kereta mungkin tidak lama lagi kita akan cuba dapatkan kereta yang jauh lebih mewah dari hari semalam. Jika hari ini kita dinaikkan pangkat untuk jadi pengurus mungkin esok kita cuba untuk dapatkan kerusi pengarah tidak kira dengan cara macam mana sekalipun. Jika hari ini kita sudah ada seorang teman istimewa yang cukup sempurna tetapi mungkin esok kita akan cuba mencari yang lebih sempurna dari semalam. Adakah ianya satu kitaran biasa bagi sebuah kehidupan ataupun ianya satu paksaan demi untuk melengkapkan putaran agar sentiasa sempurna. Kenapa kita sering tidak berpuas hati dengan apa yang ada di gengaman kita hingga kita lupa dengan setiap janji yang dijanjikan. Aku masih banyak kelemahan dan hari semakin hari semakin banyak kelemahannya. Dunia aku amat kosong sekarang dan aku terimanya dengan perasaan yang juga kosong kerana mungkin sudah sampai kepenghujungnya. tunggu sahaja.

Wednesday, 14 January 2009

Mengharap sekelumit harapan #6

Ketika didalam bilik sebuah pejabat, semuanya sedang memberi tumpuan pada kerja, masing² tajam menikam ke skrin komputer masing² yang kedengaran hanyalah petikan² dan hentakan papan kekunci serta gerakan tetikus. Aku sedang menyelak satu persatu kertas kerja sambil didalam kepala memikirkan satu benda yang lain, sambil didepan monitor aku sedang memainkan lagu² yang amat 'mellow' dari THE GATHERING dan cuba mengimbas semula detik² hitam yang kelam. Disatu sudut yang lain kedengaran pula suara seorang perempuan yang sedang berbisik² di telefon bimbitnya. Nah aku memang lansung tidak ambil peduli dengan keadaan sekeliling janji semuanya tenang dan berada didalam situasi yang menang. Disaat suasana melayang² didalam pejabat yang cuma dengar hanyalah gesekan roda kerusi bergolek² berpeluk² dengan lantai, disaat telinga sedang menyerap lagu² melodi yang amat puitis aku terdengar bunyi tapak kasut mendekati aku.

"Bang, dekat area² sini mana ada kedai jual bunga ros ek..?" tanya Ati kepada aku.

"Huh??? bunga ros?? nak buat apa??" Tanya aku semula sambil mengerling mata kearah Ati.

"Ati nak belilah.." Jawab Ati dengan riak muka yang tiada penyesalan.

"Hmmmm...Ati mana ada perempuan bagi bunga ros kat lelaki.." Jawab aku selepas menarik nafas panjang.

"Biarlah..takkan tak boleh, kita buat kelainan sikit.." Ati dengan selamba.

"Huh..??" aku.

Cinta memang tidak peduli apa² mahupun sesiapa.

Sila jangan percaya

Pagi tadi aku dapat satu sms dari rakan yang tidaklah berapa rapat, namun begitu selepas baca entri dari blog aku semalam, dia bertanya macam mana caranya untuk beli saham syarikat dia bekerja, kerana tiada nama syarikatnya di BSKL,aku hanya mampu tersenyum selepas baca sms dari kawan aku. Perhatian untuk semua sila jangan percaya pada entri sebelum ini kerana aku hanya cuba memanipulasi minda semua orang. jika rasa tidak puas hati dengan boss anda sila berhenti kerja dan jadilah 'rockstar' sejati tetapi bukan disini pergilah mencuba nasib dinegara orang lain, di sini jika anda seorang 'rockstar' duit yang anda dapat hanya cukup untuk belanja 'groupies²'anda minum supaya dapat dibawa kebilik tidur pada malamnya, itupun jika mereka tidak 'demand' yang lain². bagaimana hendak jadi seorang 'rockstar' sila dengar dan paham muzik 'rock' terlebih dahulu dan harus ingat Robbie William bukanlah penyanyi 'rock' walaupun dia pernah nyanyi lagu 'We are the champion' dari QUEEN.
Sila ambil perhatian.

Monday, 12 January 2009

Delusion of grandeur #2

Bekerja sebagai pegawai perancang untuk sebuah syarikat penerbangan gergasi dunia didalam kumpulan kejuruteraan memang nampak gah dimata manusia² yang lansung tidak tahu apa² tentang dunia penerbangan, dengan gaji yang hampir sama dengan kerani kerajaan tetapi mempunyai cabang kerja yang sama banyak seperti seorang setiausaha penting dengan pengendalian kertas kerja yang sama seperti melengkapkan permainan teka silang kata mahupun 'jigsaw puzzle' dengan melayan karenah pelanggan yang hantar pesawatnya untuk dibaiki serta menahan perasaan sakit hati terhadap 'boss' yang terlalu ramai serta mempunyai pelbagai kebolehan seperti menyekat elaun kerja lebih masa dengan memberi alasan untuk 'cut cost' perbelanjaan syarikat, bijak memberikan kerja sampai kerja sendiri pun aku yang nak siapkan, tidak pandai menjaga hati pekerja bawahan seperti aku, mampu buat semua pekerja runtuh moralnya akibat dari kata² semangat yang lansung tidak mengambarkan kebaikan dan mereka juga sentiasa mengambil 'kredit' hasil dari penat lelah orang lain seperti aku semata² untuk tunjuk kepada 'boss' yang lebih besar supaya mudah untuk mereka naik pangkat lagi. Terlalu banyak yang ingin diluahkan tetapi tidak sanggup untuk aku perkatakan. Mungkin ini adalah nasib aku yang terlalu sibuk untuk mencari kelainan dan sentiasa mengejar cabaran baru ketika bekerja. Apa yang aku dapat?? kini aku telah didaftarkan sebagai seorang robot dan mampu buat apa saja kerja yang diberikan tanpa perlu protes, itulah kelebihan aku. Tiada siapa pun nak peduli tentang hal ini. Tetapi disebabkan aku amat sayang pada syarikat penerbangan gergasi inn dan sebaliknya amat membenci orang² atasan. aku tidak akan pergi bodek 'boss' semata² hendak naik pangkat, lalu aku telah membina impian baru dimana satu hari nanti aku akan beli saham syarikat dan akan jadi orang yang palin berkuasa maka dengan itu semue orang² atasan aku ketika ini akan jadi orang bawahan aku dan pada waktu itu mereka akan tahu buruk baik menjadi seorang 'boss'. Aku percaya mungkin ada diantara kita juga mempunyai masalah yang sama seperti aku. Jadi jangan buang masa, cuba fikir macam mana hendak beli saham syarikat anda dan jadilah pemegang syer yang terbesar dan bagilah sesuatu yang istimewa kepada 'boss²' anda pada waktu itu.
Selamat membalas dendam..

Dialog tanpa prolog # 1.6



jiwa aku sedang berimaginasi.

Antara cheritera, cerita dan juga citra #1

Adakah maksud kesempurnaan hidup bagi anda, adakah ianya seperti lelaki yang baru habis belajar di universiti kemudian jumpa cinta sejati, menghabiskan masa bersama kekasih setiap hari lalu tinggalkan kawan² semata² demi cinta agung yang sedang dibina, cukup 3 atau 4 tahun bercinta kemudian rancang untuk berkahwin, dalam pada masa yang sama masih sukar untuk bersama rakan², terlalu banyak yang telah dicurahkan untuk cinta yang agung. Namun begitu sesudah berkahwin, sesudah semuanya bahagia, sesudah menimang cahaya mata, tiba² ingin rasa jadi muda semula. Baru ingat nak keluar berjumpa rakan lama, baru ingat untuk berseronok, baru ingat hendak bebas tanpa batasan, baru rasa dunia ini miliknya. Kekasih agungnya ditinggalkan dirumah, anak juga dilupakan buat sementara, segala²nya buat² lupa. Lalu berpecah belah kehidupan yang dulu rasanya amat sempurna.
Cuba fikir perlukah anda menghargai cinta agung..

Sunday, 11 January 2009

Pagi Ahad untuk seorang android

Pagi ahad..adalah pagi yang amat indah, pagi yang amat bermakna bagi sesiapa saja yang boleh merasai nikmatnya. Pagi ahad amat penting bagi sesiapa yang sudah menghabiskan waktu kerja selama 6 hari dan hari ahad inilah hari untuk melepaskan segala dendam. Di 'Europe' mereka amat menghargai hari ahad, hari dimana semua akan bangun lambat dari biasa, kemudian keluar makan bersama keluarga, ataupun memandu ke taman² rekreasi mahupun ditepi pantai. menghabiskan masa bersama² mendegar rumusan² dari setiap orang. Tapi itu semua mereka. Bagi android seperti aku, tiada makna untuk hari ahad, tiada makna untuk hari isnin, selasa dan seterusnya. Semua nampak macam biasa, jika ada kerja ditempat kerja setiap hari adalah hari yang sama. Tetapi selalunya hari Ahad aku cuba untuk merawat hati dan jiwa yang sakit dimana selalunya rakan² akan keluar bersama dengan kekasih, dengan keluarga mahupun kawan² yang lain mahupun bangun lewat kerana malam tadi membuang masa di Avenue K atau Euphoria. tetapi aku terpaksa ke tempat kerja. Lalu setiap ahad aku cuba mencipta haluan aku, peraturan aku. Seperti biasa waktu masuk kerja adalah pukul 8 pagi dan aku seboleh²nya akan sampai di ofis pukul 10 pagi paling awal, dont give a damn.. Aku tidak peduli apa orang nak cakap, apa boss aku nak cakap, hari ahad memang tidak ada rasa sangsi untuk aku. bangun tidur, masuk dan keluar dari bilik air, bersiap dengan t-shirt dan jeans pandu kereta sambil menyerap lagu 'shape of light' dari LUKESTAR, berhenti di Petronas dapatkan sebiji Pau kari ayam dan setin nescafe sejuk, goncang tin sebelum buka dan pastikan ianya bebuih selepas itu, dengan lagu sedang berkumandang didalam kereta habiskan sebiji pau dan kemudian teguk air nescafe lalu pandu kejalan yang benar sambil menyalakan rokok kegemaran sedut sedalam²nya lalu hembus dan itulah erti syurga untuk aku dipagi hari ahad. Kombinasi terbaik adalah diantara air nescafe yang telah digoncang bersama dengan pau kari ayam yang panas serta sebatang rokok Amerian eagle dan juga lagu² semangat juang yang tinggi, percayalah ianya satu terapi yang paling bagus untuk memulakan pagi anda terutamanya hari ahad disaat semua orang sedang sibuk dengan dunia masing². Siapa berani sila cuba..

* Lagi seronok jika dapat hisap rokok surya..

Friday, 9 January 2009

Android sedang bergolak.

Sejak beberapa hari yang lalu, aku tidak banyak berpusing-pusing dengan manusia lain, masuk kerja setiap hari, tidak sedar apa yang berlaku ditempat kerja setiap hari, balik dari kerja dalam keadaan yang amat 'lonely', dengar lagu-lagu dari John Lennon dan Cyndy Lauper, cuba bermain gitar tapi hanya kekal untuk tempoh 3 minit. Kemudian sms rakan-rakan terdekat lalu keluar menghirup udara segar sambil diulam dengan asap rokok juga manisan air kopi, mata liar memerhatikan orang namun begitu tidak cukup bahan untuk perkatakan, selepas 2 jam membuang masa, pulang kerumah, cuba bermain gitar tapi hanya mampu kekal selama 1 minit dan terus berhenti lalu menonton DVD cerita-cerita lama yang pernah aku tengok. Memang amat pathetic, memang amat memilukan, kehidupan seorang pria yang lansung tidak ada hala tuju. Menonton DVD adalah salah satu terapi untuk aku, rasanya seperti sedang berdunia dengan manusia - manusia lain apabila menonton DVD. Mesti ada yang tertanya cerita jenis yang macam mana yang aku suka lihat. Harap maaf tiada cerita superhero mahupun hero kemas didalam list aku, sebabnya walaupun jalan cerita pening kepala mahupun kesan khas amat berjaya dengan letupan dan pergaduhan objektifnya tetap sama, hero akan menang and "When u saved the world u will get the girl" oh amat tipikal, lebih menyedihkan dari jalan hidup aku. Kisah epik juga tidak ada didalam hati aku, ini semua gara-gara cerita LOTR, setelah 3 tahun bergelumang dengan movie itu lalu aku telah melupakan movie-movie yang lain kerana cerita LOTR telah berjaya dari segi hasil garapannya mahupun naratif ceritanya. Bagi aku lah, bagi orang lain mungkin cerita High school musical lebih menarik, tapi tidak mengapa masing-masing ada pendapat masing-masing. Bagi aku, cerita-cerita lucu dan lawak sentiasa mendapat tempat dihati, selain dari itu cerita-cerita yang banyak mengisahkan tentang kehidupan juga amat menarik perhatian aku, tidak kisahlah cerita pasal penjual dadah ke, seorang rockstar ke, seorang pencopet ke, seorang playboy ke janji ianya mengisahkan sebuah kehidupan. kerana aku amat cuba untuk menghargai kehidupan orang lain. Lebih-lebih lagi kehidupan yang lebih bermakna dari kehidupan yang sedang aku alami sekarang. Sesiapa yang rasa aku amat menyedihkan sila gembirakan aku..

Wednesday, 7 January 2009

Minggu lepas yang sudah lepas.

Hujung minggu yang lalu aku dan beberapa orang rakan karib telah dengan kejamnya memandu kereta kearah utara, Yes kami sedang berusaha untuk ke Penang, ada 2 tujuan utama kenapa kami semua ke Penang, yang pertama sebab dah lama terbakar dengan orang² disekeliling kami terutama rakan karib kami iaitu Man yang selalu cakap makanan² di Penang adalah yang terbaik. Perasaan semakin membara bila ada artikel disurat khabar berbunyi 'Penang kota makan', 'Penang syurga makan-makan'. Jadi setiap diantara kami memang betul² menyimpan perasaan berdendam dan akan makan apa sahaja yang ada di Penang nanti tidak kira kereta yang lalu-lalang mahupun pintu bilik hotel. Apatah lagipenduduk² di sana. Tujuan kedua kenapa kami sekawan ke sana juga adalah disebab kan ada konvensyen (gig) pemuzik² metal dimana band aku pun terlibat sama berkongsi pentas. Eh aku ada band metal ke?? jangan persoalkan sebab aku dengar semua jenis muzik, tidak kira sama ada LISA LOEB mahupun YEAH YEAH YEAHS, tidak kira QUEEN mahupun RAGE AGAINST THE MACHINE dan sekarang sedang amat meminati LUKESTAR. Aku tidak peduli semua itu, metal bukan kerana ber t-shirt hitam dan ada cop THE BLACK DAHLIA MURDER di depannya, metal bukan kerana tiap² hari dengar lagu INFLAMES di mp3 player, metal juga bukanlah menyembah syaitan dan meminum darah kambing yang sering diwar-warkan oleh akhbar² tabloid semata² nak lakukan perniagaan mereka. Tapi tidak mengapa itu cerita kemudian.
Disebabkan masing² sedang berdendam jadi kami telah memutuskan untuk tidak makan dari siang lagi, setibanya di Pulau Pinang dengan keadaan yang amat lemah bercampur gembira akhirnya kami berjaya memulakan misi utama iaitu makan. Man telah bawa kami ke kedai 'nasi kadar beratur' kedai yang memulakan operasi dari pukul 10 malam hingga ke pagi dan itulah keunikan makan nasi kandar di Pulau Pinang. Apa yang membuatkan aku dan lain² terkejut adalah orang² yang beratur untuk makan nasi kandar dimana mereka terpaksa berbaris sepanjang 100 meter semata² untuk dapatkan nasi kandar. Sesudah makan dengan hati dan jiwa yang tenang, segala²nya baru nampak indah. Baru fikir untuk check-in hotel walaupun jam sudah menunjukkan pukul 5 pagi. Itu tidak penting janji hati puas dan esoknya kami bercadang untuk makan nasi kandar lagi.. siapa yang baca blog ini tolong jangan persoalkan hal ini. Esok harinya kami ke tempat gig dimana ratusan mat² metal berhimpun, semuanya seperti tidak sabar untuk memulakan segala²nya. MISTIK adalah salah satu band yang memang aku dah lama nak tengok dan pada hari itu aku berjaya merasai perjanjian² syaitan dari mereka. MISTIK masih tetap sama. Sebuah perhimpunan yang agak berjaya pada hari itu, aku gembira, kawan² gembira, orang² yang datang juga gembira, dan yang paling aku suka ada juga beberapa abang² metal yang datang dengan membawa anak, membawa isteri semata² untuk bersama² memeriahkan keadaan. Secara rumusnya metal bukan terletak pada panjangnya rambut seseorang, hitamnya baju mereka mahupun ganasnya cara mereka. Segala²nya letak dihati, segala²nya didalam jiwa. Tapi tidak mengapa janji makan..makan..dan makan..

"Aku tak puas hatilah.." Wan dengan muka yang bengang.

"Kenapa.." Tanya aku.

"Semalam time kita kat Penang, banyak lagi benda² lain yang kita tak makan lah" Jelas Wan.

"Tula pasal, kita bz kat tempat gig" Jelas Aku.

"Aku rasa aku nak pegi Penang next week lah, hati aku tengah panas ni.." Wan.

"Ahahaha..."

3 pagi 2 hari yang lalu # 1.2

Suasana yang seram lagi suram bertukar menjadi suam, dari bulu roma yang kental meremang terus berbahang, Semuanya tengah bengang dengan rumusan kisah seram yang amat paradoks, lalu lampu dipadamkan, semunya diminta diam, peti televisyen dipasang tetapi bunyi yang keluar diperlahankan. skrin televisyen ditutup dengan t-shirt hitam untuk mengurangkan cahaya yang keluar, maka cerita yang kedua cuba diluahkan.

"Bodoh punya cerita, aku nak jumpa ustaz kau lah Aji.." Jelas Wan.

"Mana aku tau dah cerita dia macam tu.." Aji.

"Dah ni cerita aku pulak, eh kau kenal Izzul tak Amin" Tanya Wan.

"Tak kenal, kenapa..?? Tanya Amin semula.

"Takpe, cerita ni Izzul yang cita dengan aku, kisah dia macam ni, kat asrama dia dulu, ada hantu ni orang semua panggil hantu 'greg'" Jelas Wan kepada semua dengan riak muka yang menyeramkan.

"Huh?? napa lain macam je nama dia, hantu Greg Henderson ke??" Tanya aku binggung.

"Tak, orang panggil hantu tu nama 'Greg' sebab setiap malam dia akan masuk dorm dan lalu di tengah² pemisah katil kiri dan kanan, kat kaki hantu ni ada rantai besi, dan setiap kali dia berjalan memang berbunyi macam 'greg...greg..grekk..' pasal tu orang panggi hantu 'greg'.."Jelas Wan lagi sambil menarik nafas.

"OOooo.." Semua tanda paham.

"So setiap malam hantu ni akan berjalan masuk dari pintu dorm dan menuju ke arah tingkap.." Sambung Wan lagi.

"Kenapa pergi kat tingkap pulak" Tanya Aku.

"Dia panjat tingkap pastu terjun kebawah.." Sambung wan lagi..

"Pastu, apa jadi.." Tanya amin pelik.

"Dah terjun abis lah.." Jelas Wan sambil Senyum.

"Lagi bodoh cerita kau ni dari ustaz aku..cis.." Aji.

"Ahahaha..dah jom pi makan aku lapar gila ni.." Wan

"Tadi kan baru makan.."

Tuesday, 6 January 2009

3 pagi 2 hari yang lalu.

Pukul 3 pagi didalam bilik hotel di Penang, dengan suhu yang amat dingin, dengan cahaya lampu yang samar², diatas tilam yang amat empuk dimana dua katil besar disatukan, kelima² manusia duduk diatasnya sambil membentuk bulatan, ada yang memetik gitar, ada yang menghirup kopi, ada yang sedang sibuk reply sms di telefon bimbit, ada yang sedang termenung kepenatan. Kedengaran tapak kaki sedang berhentakkan diluar bilik hotel melalui daun pintu yang sedang tertutup. Masing² sedang bersiap sedia untuk mendengar siri² cerita hantu. Masing² sedang cuba mendapatkan jiwa seram, disebabkan keadaan bilik semakin sejuk telah berjaya meremangkan segala bulu roma. Lalu bermula lah kisah hantu yang pertama.

"Cerita ni time tu aku dekat Asrama, ustaz aku bagitau kat aku" Jelas Aji.

"Ok..pastu.." Wan.

"Ada satu hari ni, time tu baru nak masuk maghrib, ustaz aku terlelap kat dalam bilik dia, pastu tiba² dia macam terkejut and terus bangun and duduk kat katil dia, tapi dia terkejut gila bila tengok kat sekeliling dia penuh dengan darah, kat dinding, kat syiling, kat lantai plak ada darah pastu ada banyak kaki dan tangan yang dah terpotong², bau bilik dia jadi busuk gila.."

"Huh..whoa mesti terkejut gila bangun je dari tidur nampak benda² macam tu, pastu Aji.." Amin.

"Pastu dia bangun and jalan terus keluar dari bilik dia.." Terang Aji.

"Ha..dia keluar dari bilik??? pastu dia buat apa plak.." Tanya aku.

"Dia pergi ambil air sembahyang.." Aji.

"Pastuh..." Semua

"Dia sembahyang jelah..dah ambil air sembahyang pergi sembahyang lah.." Aji.

"La...tu je ke..apa jadi dengan bilik ustaz kau tu.." Tanya Wan.

"Iye lah tu je lah.." Jelas Aji.

"Cibai..!!! ni cerita hantu apa ni??? tak seram lansung.." Jelas Wan.

"Ahahaha..Kau sakit ke Aji.." Tanya aku.

"Adoi..Bosan jek..." Amin.

"Jom lah keluar pegi makan..sakit hati je layan kau" Wan

"Huh..makan lagi"

Monday, 5 January 2009

Selamat menyambut masalah-masalah baru 2009

Disaat ketika semua sedang gembira, berseronok suka, sambil mabuk², sambil menari², sambil bergelak ketawa dan hilai manja, sambil berpeluk² berpesta diteluk, sambil awan diterangi cahaya bunga api. sambil semua mengucapkan selamat tahun baru 2009, sambil ada yang memberi kata² semangat untuk azam tahun baru, aku hanya duduk diam diatas kerusi, disalah sebuah kedai makan di ss15 subang, sambil mengirup air kegemaran, sambil bergelumang dengan rakan karib, sambil mengulas cerita² sorotan tentang perkara² yang telah berlaku, sedang berlaku juga bakal berlaku. Lebih banyak kegagalan dari kejayaan, lebih banyak kesilapan dari kebenaran tapi tidak mengapa, kita sememangnya harus belajar dari semua kesilapan dan kegagalan, jika tidak memang kita akan sentiasa fikir tentang kesempurnaan sahaja. Apa pun bagi aku Tahun baru, maka akan banyaklah masalah² baru, tapi anggap saja ianya sebagai satu proses keluar dari kepompong kegagalan, Azam baru??? nah..lupa kan sahaja. Lagi baik hirup buih nescafe tarik dan kemudian sedut asap dari American Eagle serta mata liar memandang gadis² yang gagal dan tidak reti berfesyen tetapi rasa diri mereka sudah cukup vogue.
Siti Nurhaliza sebut Vogue diradio berbunyi Vogiiuu.. woohhoo..!! HAPPY NEW YEAR..!!

Thursday, 1 January 2009

Dialog tanpa prolog 3.5

Satu malam di restoran cina. beberapa lelaki melayu islam sedang seronok bersembang tentang kehebatan kereta masing² sambil minum minuman beralkohol.

"Malam ni ramai betul orang kat restoran ni kan" Jeff.

"Baguslah macam tu, lagi ramai lagi meriah" Sahut Rosdi sambil meneguk air.

"Tak baguslah, serabut je aku tengok bila ramai² ni, nak mabuk pun tak best" Jelas Azman pula.

"Ala biar lah dorang, baik kita cerita pasal hal kereta kita" Jawab Jeff sambil menuang air didalam jag kedalam gelas.

"Betul tu, tapikan aku lapar lah..ingat nak pekena mee goreng lah..kau nak tak??" Jawab Rosdi sambil mengajak Azman bersama.

"Huisshh..!! biar betul korang, ni kan restoran Cina, dorang masak babi pastu pakai kuali yang sama goreng mee yang korang nak tu, babi kan haram kita tak boleh nak makan" Jelas Jeff lagi.

"Blurrppp..betul lah..jom lepak kedai mamak lah, aku lapar ni.." Rosdi.

"Adoi kepala aku dah berat la nak drive.." Azman.

"Tula, minum sikit² lah.. kan dah mabuk..ahahahah " Ketawa.


Moral disebalik cerita ini bukanlah sebab arak itu haram, makan mee goreng di restoran cina itu salah, mahupun bercerita tentang kereta itu berdosa. Cuma aku selalu perasan yang orang lain selalu akan nampak kesalahan orang lain dari kesilapan diri sendiri..

* aku tidak pernah minum arak di resotoran cina mahupun di bar² sekitar ibu kota.ahaha
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law