Sesudah menghabiskan masa dikedai minum, sesudah puas melihat riaksi dan pergerakkan manusia² plastik aku dan yang lain² pulang dengan perasaan hampa.
didalam perjalanan disaat jentera sedang bergerak dengan kejam dan aku duduk dibelakang sedang memerhatikan kesucian langit dan awan serta kelihatan bintang² sedang gembira menari² bersama bulan. Siapa yang pernah menjadi teman rapat aku mungkin tahu yang kegemaran aku adalah mendongak kelangit pada waktu malam untuk melihat keindahan warna² gemilang diatas. Tetapi itu adalah perkara yang berlaku 5 - 6 tahun yang lalu itupun kerana aku pernah bercita² untuk berada diatas sana, sekarang aku memang benar² berubah secara tidak aku perasan, tetapi malam ini ianya berjaya mengimbas kembali detik² yang lalu dimana aku sentiasa menghargai kecantikan langit dan awan serta bintang dan bulan pada waktu malam. Adakah ianya satu lumrah dimana bila kita rasa ianya cantik pasti akan cuba untuk dapatkannya. Jika petang tadi kita dapat lihat pelangi selepas hujan turun sudah tentu kita akan cuba lihatnya kembali pada masa akan datang dengan harapan akan muncul pelangi yang lebih indah dari hari semalam. Jika hari ini kita sudah mampu untuk berjalan pasti esoknya kita akan cuba untuk berlari contohnya jika hari ini kita sudah beli sebiji kereta mungkin tidak lama lagi kita akan cuba dapatkan kereta yang jauh lebih mewah dari hari semalam. Jika hari ini kita dinaikkan pangkat untuk jadi pengurus mungkin esok kita cuba untuk dapatkan kerusi pengarah tidak kira dengan cara macam mana sekalipun. Jika hari ini kita sudah ada seorang teman istimewa yang cukup sempurna tetapi mungkin esok kita akan cuba mencari yang lebih sempurna dari semalam. Adakah ianya satu kitaran biasa bagi sebuah kehidupan ataupun ianya satu paksaan demi untuk melengkapkan putaran agar sentiasa sempurna. Kenapa kita sering tidak berpuas hati dengan apa yang ada di gengaman kita hingga kita lupa dengan setiap janji yang dijanjikan. Aku masih banyak kelemahan dan hari semakin hari semakin banyak kelemahannya. Dunia aku amat kosong sekarang dan aku terimanya dengan perasaan yang juga kosong kerana mungkin sudah sampai kepenghujungnya. tunggu sahaja.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
6 comments:
manusia takkan pernah puas dengan apa yang dia dah ader... dah kaya, duit 4,5 kontena pun, masih lagi nak mencari duit....
tu la pasal..so yang belum kaya ni macam mane pulak..
eh smalam i ade snap pic langit n awan membiru.gimme ur email, balik keje i send :P
email saya adelah notatanpanoktah@gmail.com
terima kasih ya..
ok dah sent :)
Thank u..
Post a Comment