Bekerja sebagai pegawai perancang untuk sebuah syarikat penerbangan gergasi dunia didalam kumpulan kejuruteraan memang nampak gah dimata manusia² yang lansung tidak tahu apa² tentang dunia penerbangan, dengan gaji yang hampir sama dengan kerani kerajaan tetapi mempunyai cabang kerja yang sama banyak seperti seorang setiausaha penting dengan pengendalian kertas kerja yang sama seperti melengkapkan permainan teka silang kata mahupun 'jigsaw puzzle' dengan melayan karenah pelanggan yang hantar pesawatnya untuk dibaiki serta menahan perasaan sakit hati terhadap 'boss' yang terlalu ramai serta mempunyai pelbagai kebolehan seperti menyekat elaun kerja lebih masa dengan memberi alasan untuk 'cut cost' perbelanjaan syarikat, bijak memberikan kerja sampai kerja sendiri pun aku yang nak siapkan, tidak pandai menjaga hati pekerja bawahan seperti aku, mampu buat semua pekerja runtuh moralnya akibat dari kata² semangat yang lansung tidak mengambarkan kebaikan dan mereka juga sentiasa mengambil 'kredit' hasil dari penat lelah orang lain seperti aku semata² untuk tunjuk kepada 'boss' yang lebih besar supaya mudah untuk mereka naik pangkat lagi. Terlalu banyak yang ingin diluahkan tetapi tidak sanggup untuk aku perkatakan. Mungkin ini adalah nasib aku yang terlalu sibuk untuk mencari kelainan dan sentiasa mengejar cabaran baru ketika bekerja. Apa yang aku dapat?? kini aku telah didaftarkan sebagai seorang robot dan mampu buat apa saja kerja yang diberikan tanpa perlu protes, itulah kelebihan aku. Tiada siapa pun nak peduli tentang hal ini. Tetapi disebabkan aku amat sayang pada syarikat penerbangan gergasi inn dan sebaliknya amat membenci orang² atasan. aku tidak akan pergi bodek 'boss' semata² hendak naik pangkat, lalu aku telah membina impian baru dimana satu hari nanti aku akan beli saham syarikat dan akan jadi orang yang palin berkuasa maka dengan itu semue orang² atasan aku ketika ini akan jadi orang bawahan aku dan pada waktu itu mereka akan tahu buruk baik menjadi seorang 'boss'. Aku percaya mungkin ada diantara kita juga mempunyai masalah yang sama seperti aku. Jadi jangan buang masa, cuba fikir macam mana hendak beli saham syarikat anda dan jadilah pemegang syer yang terbesar dan bagilah sesuatu yang istimewa kepada 'boss²' anda pada waktu itu.
Selamat membalas dendam..
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment