Pagi ahad..adalah pagi yang amat indah, pagi yang amat bermakna bagi sesiapa saja yang boleh merasai nikmatnya. Pagi ahad amat penting bagi sesiapa yang sudah menghabiskan waktu kerja selama 6 hari dan hari ahad inilah hari untuk melepaskan segala dendam. Di 'Europe' mereka amat menghargai hari ahad, hari dimana semua akan bangun lambat dari biasa, kemudian keluar makan bersama keluarga, ataupun memandu ke taman² rekreasi mahupun ditepi pantai. menghabiskan masa bersama² mendegar rumusan² dari setiap orang. Tapi itu semua mereka. Bagi android seperti aku, tiada makna untuk hari ahad, tiada makna untuk hari isnin, selasa dan seterusnya. Semua nampak macam biasa, jika ada kerja ditempat kerja setiap hari adalah hari yang sama. Tetapi selalunya hari Ahad aku cuba untuk merawat hati dan jiwa yang sakit dimana selalunya rakan² akan keluar bersama dengan kekasih, dengan keluarga mahupun kawan² yang lain mahupun bangun lewat kerana malam tadi membuang masa di Avenue K atau Euphoria. tetapi aku terpaksa ke tempat kerja. Lalu setiap ahad aku cuba mencipta haluan aku, peraturan aku. Seperti biasa waktu masuk kerja adalah pukul 8 pagi dan aku seboleh²nya akan sampai di ofis pukul 10 pagi paling awal, dont give a damn.. Aku tidak peduli apa orang nak cakap, apa boss aku nak cakap, hari ahad memang tidak ada rasa sangsi untuk aku. bangun tidur, masuk dan keluar dari bilik air, bersiap dengan t-shirt dan jeans pandu kereta sambil menyerap lagu 'shape of light' dari LUKESTAR, berhenti di Petronas dapatkan sebiji Pau kari ayam dan setin nescafe sejuk, goncang tin sebelum buka dan pastikan ianya bebuih selepas itu, dengan lagu sedang berkumandang didalam kereta habiskan sebiji pau dan kemudian teguk air nescafe lalu pandu kejalan yang benar sambil menyalakan rokok kegemaran sedut sedalam²nya lalu hembus dan itulah erti syurga untuk aku dipagi hari ahad. Kombinasi terbaik adalah diantara air nescafe yang telah digoncang bersama dengan pau kari ayam yang panas serta sebatang rokok Amerian eagle dan juga lagu² semangat juang yang tinggi, percayalah ianya satu terapi yang paling bagus untuk memulakan pagi anda terutamanya hari ahad disaat semua orang sedang sibuk dengan dunia masing². Siapa berani sila cuba..
* Lagi seronok jika dapat hisap rokok surya..
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment