Aku masih didalam perut pejabat, keadaan amat sunyi, ramai yang sudah pulang, aku terperangkap disini kerana hujan turun dengan amat lebat, sambil mata amat mengantuk, sambil telinga cuba meresap lagu² dari THE PAVEMENT dan HUSKER DU. Setiap bait² lirik aku cuba ingat dan secara tidak lansung ianya mengembalikan suasana 10 tahun kebelakang. Banyak perkara² pelik, lucu, sedih dan gembira telah berlaku sekita 10 tahun yang lalu aku cuba meneroka satu persatu, fokus aku cuma pada kisah² kelakar supaya boleh gelak dan jadi ubat untuk aku. Bila sudah ingat aku terus hantar teks ringkas kepada kawan aku "Weh kau ingat tak dulu, kita pernah buat benda ni..macam...." Tak sampai 3 minit kawan aku terus call aku dan perkataan pertama bukan "hello" tetapi gelak tanpa belas kasihan.
"Serius kita macam tak sedar je apa yang kita buat kan time tu.." Jelas dia.
"Tulah pasal..jahanam hidup kita macamni.." Aku.
"Sial lah napa kita tak sedar time tu ha..main buat je tak fikir.." Jawab dia.
"Ahahaha..ntahlah macam kena rasuk je..ahahaha"
"Ahhahahahaha kah..kak..kah.."
Ada beberapa manusia didalam pejabat juga hairan melihat aku ketawa, tetapi tidak mengapa. Aku sedang amat menghargai kisah² indah dan bagi aku itulah 'moment' paling berharga
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment