Petang ini cuaca amat gembira, aku dari dalam perut pejabat merenung jauh keluar tingkap menyaksikan cahaya terang benderang mengibarkan panji² sempurna. Kelihatan sama burung² sedang terbang bebas menjalankan tugas mewarnai langit. Sambil di pc aku sedang bergelumang dengan lagu lama dari SEBADOH iaitu 'skull' cukup berjaya menarik aku kebelakang, cukup sempurna untuk aku kenang dunia semalam. Kini semuanya sudah tiada, kini semuanya telah berubah dan hanya tinggal aku malas disini. Manusia memang susah untuk berubah dan aku sebagai android amat berjaya mempelajarinya. Terlalu banyak janji cuba dikotakan tetapi malangnya tidak berjaya. Aku cuba untuk berubah, aku cuba untuk mengubah, aku cuba lari dari musibah tetapi biasanya bila bangun saja dari tidur aku akan lupa segala janji² yang ingin dikota.
Aku memang tidak mampu.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
2 comments:
nak berubah memang payah taw.. kene berubah slow-slow.. tak blay secara drastik.... nanti tak tercapai akalmu pulak.... hihihik...
huhu itulah pasal..
Post a Comment