Adakah maksud kesempurnaan hidup bagi anda, adakah ianya seperti lelaki yang baru habis belajar di universiti kemudian jumpa cinta sejati, menghabiskan masa bersama kekasih setiap hari lalu tinggalkan kawan² semata² demi cinta agung yang sedang dibina, cukup 3 atau 4 tahun bercinta kemudian rancang untuk berkahwin, dalam pada masa yang sama masih sukar untuk bersama rakan², terlalu banyak yang telah dicurahkan untuk cinta yang agung. Namun begitu sesudah berkahwin, sesudah semuanya bahagia, sesudah menimang cahaya mata, tiba² ingin rasa jadi muda semula. Baru ingat nak keluar berjumpa rakan lama, baru ingat untuk berseronok, baru ingat hendak bebas tanpa batasan, baru rasa dunia ini miliknya. Kekasih agungnya ditinggalkan dirumah, anak juga dilupakan buat sementara, segala²nya buat² lupa. Lalu berpecah belah kehidupan yang dulu rasanya amat sempurna.
Cuba fikir perlukah anda menghargai cinta agung..
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
2 comments:
Cinta agung hanyala kepada tuhan... betol tak :)
yup betul..
Post a Comment