Sunday, 13 November 2011

Semoga berjaya jentera pemusnah.

Lebih dari 7 tahun aku bersama dengan kau, susah dan senang aku yang tanggung tapi aku tahu kau juga merasa aura kepedihan mahupun kegembiraan. Jentera pemusnah tidaklah sekejam nama yang aku berikan kepada kau kerana aku tahu jasa kau terlalu banyak untuk aku dan setiap memori yang ada tersimpan rapi bersama kau, namun aku terpaksa akur, untuk terus bernafas dengan tenang didalam dunia yang penuh dengan udara kekejaman aku harus buat sesuatu, aku harus lakukan sesuatu dan tiada pilihan lain dimana aku terpaksa korban kan kau. Maaf kan aku jentera pemusnah, harapan aku kau akan jumpa orang yang lebih bagus dan tahu untuk jaga kau. Jangan khuatir atau sangsi utnuk terus berhadapan dengan segala cabaran dihari yang mendatang kerana aku tahu kau mampu untuk melaluinya. Jentera pemusnah, saat dan waktu aku memandu kau dalam keadaan cuaca dingin dan berangin sambil hirup kopi sejuk juga jari mengepit rokok ditepi jendela yang terbuka serta corong speaker mengeluarkan pelbagai lagu kegemaran dan hati aku berteriak sama serta otak aku luas terbuka adalah kenangan indah yang pastinya aku tidak akan padam dari kotak memori aku. Yes aku tidak akan dapat cipta kenangan itu lagi dimasa hadapan dan ianya adalah kenangan milik kau.

Selamat jalan jentera pemusnah. Jangan salahkan aku, jangan tunding jari pada aku, kerana aku juga salah seorang mangsa kepada sistem kapitalis.

Monday, 7 November 2011

Wir sind nicht Roboter.

Universiti perlu menjadi tempat memupuk reformis dan pemikir, bukannya institusi yang melahirkan pelajar yang dilatih menjadi robot.

Siapa setuju..
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law