Friday 28 May 2010

Hari ini aku lakar sebuah sejarah.

Hari ini hari sangat penting, hari untuk aku lakar satu sejarah iaitu sejarah milik aku, dia juga semua yang dekat dengan aku. Syukur segalanya sudah selamat, pagi tadi lebih kurang jam 1020 pagi aku dengan tenang melafazkan kata ijab dan kabul didepan puluhan pasang mata dan kini aku sudah bergelar seorang suami manakala super gf sebagai seorang isteri. Yes we made it..!!, dan dalam keadaan sibuk bersalaman, berpelukan ada yang makan dan minum, tangkap gambar, bersembang-sembang, bergelak ketawa dan sebagainya, tanpa disedar satu teks ringkas masuk ke telefon bimbit aku dan berbunyi

"Pian ahad ni kenduri kahwin kau, aku nak pakai baju ape..??"

Perlu ke aku jawab soalan macam ni..??

Friday 21 May 2010

Jika hari ini cinta kau hilang.

Cinta satu perkara paling indah buat semua, satu perkara sangat gembira untuk semua tapi aku percaya ramai orang akan hilang arah bila tersekat dalam dunia cinta. Aku juga pernah lalui perkara yang sama, jadi bodoh, jadi alpa, jadi terpaksa, jadi kecewa, jadi beban, jadi tekanan dan macam² perkara lagi. Ada juga yang sibuk dan paksa diri untuk cari cinta seolah² cinta itu sama seperti sebutir pil 'pain killer', konon²nya akan lega jika jumpa tapi kesudahannya diri sendiri merana. Cinta sebenarnya adalah satu perkara yang menyakitkan jika kita terlalu meletakkan harapan yang tinggi padanya.

Jadi jika hari ini kau kecewa disebabkan cinta kau hilang, aku pasti kau akan jumpa cinta gemilang pada hari² yang akan datang.

Thursday 20 May 2010

Perlukah kita jawab setiap soalan..??

Memandangkan aku baru sahaja keluar hospital akibat dari pembedahan kecil, aku diminta oleh doktor untuk datang hari² ke hospital untuk buat 'dressing' dalam bahasa pasar cuci luka, kerana doktor takut terkena jangkitan pada luka aku dan disebabkan doktor telah menganugerahkan aku MC yang sangat panjang lalu aku akur dan pergi untuk cuci luka setiap hari. Setiap pagi sekitar jam 10 aku pasti akan ada di hospital, melihat pelbagai jenis penyakit yang hinggap pada manusia² sekeliling, mendengar teriakan anak kecil kesakitan, menyerap bau² ubatan dan berjumpa dengan jururawat² yang tiap² hari bertukar orang untuk cuci luka aku. Baju mereka semua sama, tapi cara mereka mencuci luka aku berbeza, kadang² sakit, kadang² tidak, kadang² ambil masa yang lama, kadang² sangat cepat. Aku dah lali dengan perkara tersebut cuma pagi tadi ada seorang jururawat yang agak dah berumur dan bahasakan dirinya "akak" ditugaskan unntuk mencuci luka aku. Pada mulanya dia suruh aku baring diatas kati, aku memang sudah lali sebab setiap hari aku perlu baring untuk cuci luka, sambil tunggu dia siapkan peralatan untuk mencuci luka, dia pun mula bersembang dengan aku.

"Adik keje kat mane??" tanya dia sambil memakai sarung tangan,

Aku jawab dengan nada perlahan "Saya kerja kat MAS.."

"Oh yeke..?? bahagian ape..seronok tak.."

Soalan yang biasa hinggap pada aku bila aku beritahu pekerjaan aku dan dalam nada yang agak pedih aku jawab 'keje bahagian engineering..biase jelah kak.."

"Oh..adik ni engineer ke..??" Tanya dia lagi sambil mengunting kapas lalu celup kedalam air ber-kimia.

Aku memang dah agak soalan kedua dari dia dan aku jawab seperti biasa "Eh taklah..saye bukan enggineer..saye keje biase² je.."

"Yelah keje biase² tu keje ape.." Tanya dia lagi lalu mula meletakkan kapas pada luka aku.

dengan nada malas aku jawab "Saye keje sebagai planner..kire handle paperwork la kak.."

"oh...tapi cite-cite adik ape..??" tanya dia lagi dengan muka selamba

Aku terus diam sekejap lalu bercakap didalam hati kerana ini pertama kali aku dapat soalan begini sejak 20 tahun yang lalu,

"Akak nurse ni nampak aku macam budak darjah 3 ke.."

Monday 17 May 2010

Qoutes of the day.

Ronald Reagan pernah berkata

"You can tell a lot about a fellow's character by his way of eating jellybeans"

Aku pula berkata

"kalau berani makan nasi kandar lah.."

Sambil gembira lalu mengetis abu rokok kebawah.

Sesudah makan, sesudah sedut air dan yang tinggal hanyalah sudu dan garfu serta pinggan kotor dan gelas berisi air sambil semua sedang gembira menyerap asap rokok masuk kedalam rongga.

"Eh Awi mane..lame tak nampak.." Tanya aku,

"die pegi rumah pakcik dia ada kenduri cukur jambul.." Jelas Lan.

"Ha..kau tau tak, yang cukur jambul untuk bayi haram" Kata aku.

"Yeke..??" Tanya Wan.

"A'ah..aku ada baca satu artikel kalau tak silap dari JAKIM kut..better buat kenduri doa selamat je" Jelas aku.

"Ala..bende² ni semua kite ikut budaya india lah.." Jelas aku lagi.

"Yelah ratus² tahun dulu berape jenis bangsa datang jajah kite..."Cantas aku lagi.

"Tula..Parameswara tu dari mane...kan." Sambung Man.

"Issshh...kite ni semue nak ikut orang lah..originality memang takde lansung..kalau cite pasal makan lagilah memang semue tiru orang lain je.." Kata Wan.

"Oh adelah originality..hasad dengki, iri hati, tak bleh tengok orang lain berjaya...ha tulah kite punye originality.." Sambung Wan lagi dalam keadaan muka kering..

"Tulah...hati busuk...perut busuk...semue bagi kat kitelah.." Cantas aku.

"Biaselah..contohnye depan kite ni...perut kau ni kalau pecah..huh..satu kampung bau busuk.." Kata Aji sambil mata merenung kearah Wan.

"Kah...Kah..Kah..

Disebalik sebuah kekalahan.

Tiga hari lalu sambil duduk bersidai dibawah lampu kalimantang putih, sambil melihat keadaan keliling yang sarat dengan manusia² lain. Di meja kami ada yang sedang menyuap nasi goreng ke mulut, ada yang sedang bergaduh dengan mee goreng menggunakan garfu dan sudu, ada yang dalam keadaan tenang menghirup dan hembus keluar asap rokok, sambil aku pula menyedut air manis menerusi batang straw dan ada juga yang berbuih² sembang.

"Eissshh Malaysia kalah lagi..Piala Thomas.." kata aku.

"kita memang tak performed lah malam ni, main lembik je.." Jelas Sharman.

"Main macam nak tak nak je...bosanlah.." Cantas Aji pula.

"Malaysia ni ape pun tak boleh..memang tak boleh nak buat ape..tapi kalau politik memang no.1 tak pun realiti show memang terbaik..macam haram" Kata Wan.

"Lagi satu kalau nak naik kan harga minyak pun dorang hebat.." Aku

"Ahahaha..."

Friday 14 May 2010

The most interesting about love is making love

Malam tadi didalam panggung wayang dalam keadaan sejuk aku tersenyum simpul bila lihat dua orang gadis sedang berbaring lalu bercakap dalam bahasa France yang berbunyi seakan dibawah

"The most interesting about love is making love"

"and poor we need a man for that"

Satu metafora paling ber-metafora bagi aku dan kenapa lah tidak ada movie begini disini, Anyway sempena dengan French Festival anda semua boleh ke GSC Pavillion,Midvalley or OU untuk menonton filem² yang berkualiti, contohnya COCO AVANT CHANEL, sebuah filem yang benar² berjaya bawa aku masuk kedalam lokasi filem tersebut dan aku percaya mana² perempuan yang gemarkan dunia fesyen anda perlu tonton filem ini. Sekalung tahniah kepada Audrey Tatou sebab membawa watak Coco dengan sangat berkesan, Tahniah juga kepada super gf aku sebab berjaya seret aku untuk tonton filem ini.



Thursday 13 May 2010

Yes... i'm back..!!

Aku sudah kenal mana satu warna hijau mahupun jingga.

Sejak pulang dari hospital, sejak tinggalkan wad yang bagi aku penuh kelam aku rasa diri aku tidak berada didalam jasad aku, aku rasa semua perkara seperti jauh tinggalkan aku. Mungkin kesan dari pengambilan dadah yang berlebihan.

Tapi hari ini aku rasa aku sudah kembali untuk mewarna dunia aku juga dunia milik kau.

Antara plot dan cerita tentang dia #3

What if, you had a chance to find true love??


Dia masih belajar di UTM Skudai, aku pula adalah seorang android di syarikat penerbangan gergasi negara, pada waktu itu hidup aku sangat kelam dengan pelbagai drama ditempat kerja, hari² aku kerja tidak kira hari cuti mahupun hari biasa dan hari² juga aku pulang lewat. Pada waktu yang sama juga aku sering bersembang dengan dia melalui telefon, bertukar pelbagai cerita juga pengalaman. Pada waktu yang sama juga aku memang kenal dengan ramai perempuan, aku kenal dengan banyak jenis drama, aku juga faham dengan setiap konflik yang ada tapi aku senang dengan dia dan aku rasa dia juga senang dengan aku, setiap kali bila dia pulang dari UTM kami pasti melepak, makan juga bergelak ketawa, sampailah ke satu tahap dimana aku rasa sangat senang dengan dia, sangat bebas bersama dia dan hinggalah pada satu ketika dia terpaksa dimasukkan ke hospital kerana menjalani satu pembedahan kecil. Aku rasa akulah yang paling risau tentang dia walaupun aku bukanlah 'bf' dia. Kami terputus hubungan dengan dia buat seketika dan tak lama selepas itu dia menghubungi aku semula, syukur dia sudah kembali sihat dan aku pelawa dia untuk pergi ke satu gig di KL sehari sebelum dia pulang ke UTM, kami menghabiskan masa dari siang hingga ke malam menonton band THE UPSTAIRS sama², bersembang dan bergelak ketawa hingga aku hantar dia ke Pudu raya kerana malam itu dia terus pulang ke UTM, hati sudah mula terdetik tapi lidah masih kelu. Aku biarkan saja ianya berlalu.

Bersambung . . .

Monday 10 May 2010

Kesakitan semalam untuk penawar hari ini.

Sejak selasa lalu aku terperangkap dan terdindas didalam wad akibat dari pembedahan, hidup seperti tidak ada makna, matahari dan bulan tidak kelihatan, atmosfera bising tidak kedengaran, alunan muzik gembira tidak diserap, American eagle jauh sekali untuk aku hirup, yang ada cuma katil, kotak tv kecil, jururawat, makanan² sihat serta ubat²an. Mujur 'super gf aku sentiasa bersama aku, mujur dibawanya kopi setiap hari dan terima kasih juga kepada sesiapa saja yang datang melawat. Namun segalanya seperti tidak kena, hati kecil aku meronta setiap detik untuk terus lari keluar dari wad dan paling mengecewakan bila sepatutnya aku sudah boleh keluar tapi ditahan lagi sehari kerana berlaku pendarahan, rasa hidup ini lansung tidak adil, rasa hidup ini lansung tidak setimpal. Otak dan fikiran aku semakin beku, hati dan jiwa aku semakin tidak menentu, kenapa aku..?? kenapa aku..?? walaupun pun aku sering pujuk hati aku untuk bersabar, hingga lah ke hari ini aku semua deria melonjak gembira, sebab apa??

Aku sudah boleh keluar dari hospital dan Doktor beri MC sampai minggu depan, jadi aku boleh rehat sambil senyum sampai ketelinga dirumah.. Yes..!!!

Viva la Doctor..

Thursday 6 May 2010

Terlantar dan terdampar.

Sejak dari selasa yang lalu hidup aku terbengkalai di wad, satu pengalaman baru yang sememangnya aku tak nak tempuh dari dulu sampai bila-bila tapi tanpa diduga aku terpaksa laluinya juga, satu pembedahan kecil telah dibuat keatas diri aku, sakit apa?? (itu cerita lain). Cuma satu perkara penting yang aku dah lama lupa kembali mekar dikepala, aku memang tidak berdaya untuk harungi segala beban yang ada tapi ada satu insan masih kuat berdiri disebelah aku, dari hari pertama aku menjalani pembedahan hingga ke hari-hari seterusnya aku dirawat dia masih kekal dan teguh bersama aku. Beri aku makan, beri aku senyuman, beri aku kad istimewa dan beri aku segala ketenangan disaat luka itu amat pedih untuk aku telan. Aku menangis terharu bila lihat wajahnya yang sedang bersandar dikerusi dan tertidur ketika tunggu aku sedar selepas pembedahan. Insan-insan begini memang agak susah untuk kita jumpa dan aku rasa bersyukur bila salah seorangnya akan jadi milik aku tidk lama lagi iaitu super gf aku.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Asma, setiap apa yang telah kau lakukan, akan aku sematkan di jiwa aku sampai bila-bila.

Monday 3 May 2010

Dari nota kepada nota.











Karma tidak sepatutnya dihukum.

Bila aku buka blog aku, aku sentiasa berharap yang setiap entri aku taip mampu untuk menjadi satu sumber pembelajaran bagi sesiapa yang baca, tidak kira 'silent reader' mahupun kawan² aku disekeliling yang tidak pernah kering dengan drama² tragis. Aku sentiasa berharap yang blog aku mampu untuk 'educate orang', lebih² lagi bagi sesiapa yang lansung tidak pernah mahu belajar dari apa yang telah dilalui oleh diri masing² sebelum ini.

Maaf jika aku salah, betulkan aku jika ianya mampu menimbulkan resah dan salahkan aku jika kamu kalah.

Minggu lalu aku tersekat didalam sesak.

Adakah anda semua rasa adil, jika setiap hari bila hendak pergi kerja terpaksa meredah kesesakkan lalu lintas yang panjang lebar dan adakah anda semua berpuas hati jika setiap hari apabila hendak pulang dari kerja terpaksa bergelumang dengan kesesakkan lalu lintas yang sama..??

Jika tanya pada aku, biarlah habis satu album FOO FIGHTER berkumandang didalam kereta, biarlah habis serak suara menyanyi bersama Dave Grolh lagu "Everlong" mahu pun "February star".

Aku memang tidak sanggup.


Pemandangan lalu lintas jam 8 pagi di kota Hamburg,Jerman setiap hari. Sumpah aku tak tipu.
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law