Thursday 31 December 2009

After all these year.

Ketika aku sedang tersengguk-sengguk didepan monitor, sambil badan menahan sakit serta urat saraf menegang setegang-tegangnya akibat tidur yang tidak cukup.

"Eh malam ni kau celebrate kat mane??" Tanya Kanthar kepada aku.

Dalam keadaan cuba membesarkan mata "Aku memang tak pernah celebrate new year.."

"Isshh kau ni..yeke..chill lah..malam new year lepak² and celebate with friends..." Jawab Kanthar lagi.

Dengan muka sarkastik "U know, everytime kite celebrate new year is like kite celebrate hari kita semakin tua, aku pun tak paham kenapa korang semue tak sabar-sabar nak jadi tua..chill la dulu.."

"Ahahaha....apelah kau ni.."

Wednesday 30 December 2009

A good start.

Pejam celik, terkebil-kebil, hilai dan ketawa, menangis dusta, bercinta lara sedar² saja dunia sudah semakin laju berputar meninggalkan aku. Sedar atau tidak itu hakikat yang harus aku akur. Usia semakin bertambah, masalah juga semakin bertambah dan sebagai alternatif gelak ketawa juga haru bertambah. Seperti tahun² yang terdahulu aku memang tidak pernah meletakkan apa² azam setiap kali muncul tahun baru. Begitu juga untuk 2010 yang bakal tiba beberapa puluh jam saja lagi. Nah, aku memang tidak suka mengotakan janji dimana akhirnya nanti tersekat dan terjerat didalam janji aku sendiri. Cuma seperti biasa aku akan buat beberapa rancangan untuk diri aku, untuk masa depan aku, juga untuk orang² di sekeliling aku. Sebagai orang yang selalu gagal, berjaya atau tidak bukan satu masalah untuk aku. Yes!! aku memang dah lali dengan kepahitan dan keperitan walaupun dari perspektif lain orang nampak semuanya manis. Rancangan aku untuk tahun akan datang adalah preparation for my 'big day' dan 'futher study', semuanya akan aku terangkan di entri² yang akan datang satu persatu. Berbanyak terima kasih kepada semua rakan² yang sudi lawat blog biru aku tanpa rasa jemu dan yang paling penting SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU kepada semua.

Simpan dikepala "its a good start for us..."

Sila bergembira dengan lagu ini.



Harap maaf kerana aku masih dibelenggu dengan alunan² SIGUR ROS sebab ada sesuatu yang baru sedang aku usahakan melibatkan band dari Iceland ini.

Kosong.

Aku penat, tak cukup tidur, fikiran tertanggu, penuh dengan tekanan dan tangisan juga lemah daya ingatan

Cuba teka, apa yang sedang aku lakukan..

Friday 25 December 2009

Bila ada orang cakap aku gila..

Dan aku iya kan saja..

kesesakkan yang sesak.

Dalam keadaan hiruk pikuk semua orang berkejaran menyiapkan segala kerja, kerana cuti Krismas, aku disini serta yang lain juga sama sibuk untuk pastikan projek kali ini sama berjaya seperti projek² yang lepas. Kami tidak cuti, kami tidak rehat. Kami kerja dan terus kerja untuk pastikan semuanya berjalan lancar. Itulah yang berlaku didalam 'Aviation industry'. Tidak kira apa yang berlaku kapal terbang harus terbang 'on time', jika tidak syarikat akan rugi besar. Lalu aku pun tekun meneruskan segala kerja yang aku perlu siapkan. Belek dan terus belek setiap kertas kerja, susun dan terus susun apa yang perlu, tulis dan terus tulis laporan. Aku memang beri fokus tiba² datang seorang rakan menyapa aku dalam keadaan sugul.

"Hidup kat KL ni boringlah, duduk kampung lagi best, aman jek..." kata dia.

Lalu aku jawab "Ahaha...tapi kita tak lah dekat center Kl, kite kat tepi² je..kan.."

"Memanglah, tapi aku percaya lagi dua tiga tahun mesti akan sesak sama macam KL jugak, aku bosanlah hari² pergi kerja menghadap jamm je..jamm kepala otak aku ni.."

Sambil tarik nafas dan berhenti menulis "Tulah..jamm ni memang boring, tapi nak buat macam mane..."

"Sakit hati sial..macamane lah nak bagi kurang jamm, aku dengan setiap petang nak kena amek wife lagi, kalau hujan lagilah teruk..kacau semua, kenapa lah jadi macam ni..". Cantas dia.

Aku tanya "Kau nak tau ke kenapa jadi macam ni..??"

"Kenapa??" Tanya dia balik.

sambil sandarkan badan di kerusi "Sebab kita dah diajar, naik kereta lebih selesa n boleh berlagak sikit, senang nak kemane², kita dah diajar naik public transport menyusahkan dan yang lagi best sekarang ni kita dah diajar kalau nak beli kereta takde duit deposit pun boleh beli kerete, pastu tanggunglah tiap² bulan sampai lagi sepuluh tahun..best kan..lagi banyak kereta kat atas jalan lagi best..so layan jelah jamm.."

"Adoi..."

Aku tambah lagi "kita nak capai status negara maju kan?? bile ade banyak kerete baru maju.."

"Ahahaha..."

Wednesday 23 December 2009

Perlu ke kita sedih dan kecewa.

Jika kau sedang menangis hari ini kerana terlalu sedih dan kecewa, cuba ingat waktu kau gembira, pernahkah kau fikir tentang orang yang sedang sedih dan kecewa pada waktu itu.

Tuesday 22 December 2009

Ketika sedang baring mendongak ke langit.

Perkara yang aku tiba-tiba terfikir hari ini adalah..kenapa setiap kali aku habis jamming di studio mahupun turun dari pentas selepas apa² persembahan yang melibatkan band aku pasti keesokkan harinya aku akan rasa sakit pinggang yang amat sangat. Ini adalah tanda² awal yang usia sudah semakin lanjut. Jadi aku rasa aku perlu buat band baru, genre baru juga bunyi yang baru.

Mungkin sudah tiba masanya aku buat band rock jiwang karat pula.

Monday 21 December 2009

2355, aku mahu bebas.

Malam semalam, ketika menarik nafas lega sambil memerhati keadaan sekeliling, lalu tangan mencangkuk telinga gelas dan terus halakan ke mulut dalam keadaan yang sangat tenang aku meneguk air kopi kegemaran. American eagle dinyalakan dan aku bawa masuk segala asap kedalam saraf. Kedengaran hilai tawa rakan² dikiri dan kanan benar² beri aku tenaga untuk terus menongkah segala kepayahan dan keperitan yang berlegar² disekeliling aku. Biarlah, malam ini adalah malam untuk aku lupakan segala²nya. Janji hati dan jiwa aku ringan tanpa sebarang kekalutan dan kebuntuan. Sudah lama aku tidak jumpa mereka. Aku mahu bebas tanpa beban juga tanpa sebarang persoalan. Dalam keadaan hingar bingar dikedai makan, melihat manusia² berjuang untuk terus hidup dengan makan minum. Tanpa disedari aku didatangi satu soalan.

"Eh, kawan aku tak bleh blah la...gf die contol hidup dia..camne nak buat ha..?" Tanya Fili kepada aku.

"Janji tak contol hidup kau dah la..ape nak sibuk²..adoi.." Jawab aku sambil meneguk kopi.

"Bukan..masalah skang ni..kawan aku ni, main gitar tuk band aku..kiteorang nak pegi jamm pun susah..sebab die kene tipu gf die kalau nak keluar rumah..Fuck lah.." Jelas Fili dengan nada marah.

"Ahahah..korang memang sakit..carilah orang lain main gitar.." Jawab aku lagi.

"Tak boleh..die kreatif buat lagu..susah lah nak cari orang lain.." Cantas Fili lagi.

"Senang je..korang pun pegi cari gf yg same macam kawan kau tu, yang jenis control..nak keluar rumah pun tak bagi..lepas dah jumpe, korang fokus je kat gf masing²..band kasi RIP settle masalah korang.." Jawab aku.

"Tak membantu lansung..."

Saturday 19 December 2009

Mungkin

Sejak beberapa hari yang lalu, setiap petang sambil terbaring didalam bilik aku akan dengar secara layang lagu² dari SIGUR ROS dan kemudiannya secara tidak sengaja aku terus lenyap dibuai mimpi. Tidak kiralah tidur aku hanya 30 minit mahupun 3 jam. Hari ini aku cuba cari video² live dari SIGUR ROS di youtube dan salah satu video yang aku jumpa adalah seperti dibawah. Aku terus simpan impian dan cita² mungkin satu hari nanti aku akan pergi kesana.

Mungkin..

I wish..



Gambar diatas adalah bandar Reykjavík, Iceland.

Jika secara tiba-tiba.

Jika secara tiba-tiba ada orang yang tak dikenali datang dekat pada aku dan dengan selambanya dia bertanya

"Kau nak tak aku jadikan kau Perdana Menteri..?"

Aku akan jawab dengan penuh riak "Buat apa jadi Perdana Menteri..aku nak jadi 'Presiden'.."

Friday 18 December 2009

Hidup ini penuh dengan warna-warna










We need a break.

Ramai yang bertanya kenapa aku terlalu diam, senyap dan sunyi. Yes..aku sedang didalam proses membersihkan segala kekotoran. Mana² sampah yang aku nampak pasti akan aku masukkan kedalam beg plastik hitam lalu campak ke kawasan pembuangan sampah. Hidup ini memang sampai bila² pun akan penuh dengan drama dan aku rasa seperti sudah jelik dengan segala macam plot² bodoh yang berlegar² disekeliling aku. Lalu keputusannya adalah buang saja apa yang tidak perlu. Aku benar² perlukan masa untuk menyelesaikan segala kekalutan dan kekusutan yang dah lama bersarang didalam kepala. Jika dilihat beberapa rakan aku, mereka juga sedang melalui perkara yang sama dengan aku dan disebabkan itu juga kami memang benar² kurang melakukan perkara² terapi bersama kerana masing² sibuk berjuang membersihkan segala kekotoran. Yes..we need a break..!!

Bersambung...

Tuesday 15 December 2009

Little miss Sunhine

Antara filem terbaik yang pernah aku tonton sepanjang tahun ini walaupun ianya telah dikeluarkan sejak dari tahun 2006 adalah filem arahan Jonathan Dayton dan Valerie Faris iaitu LITTLE MISS SUNSHINE. Sebuah filem yang paling cantik untuk tatapan mata kasar, tidak kira dari segi pengunaan warna mahupun angel. Sebuah plot yang ringan juga dipenuhi dengan unsur² humor dan yang paling menenangkan adalah lagu dari DEVOTCHKA dikeluarkan pada awal babak dalam filem ini. Ianya mampu mengubah mood anda bila menontonya.



Monday 14 December 2009

0139

Malam tadi, didalam gelap ketika menyerap bait² lagu dari KATE NASH melalui telefon bimbit, dengan alunan piano serta suara lantang, sambil tangan aku memotong navel orange lalu masukkan kedalam mulut satu persatu secara perlahan. Aku suka pada waktu tengah malam dalam keadaan gelap menikmati lagu² perlahan disamping menelan navel orange. Cuma malam tadi keadaan jadi agak lain. Aku cuba kupas satu persatu jaringan hati dan jiwa aku. Yes..aku memang sedang kecewa dengan beberapa orang dekat sekeliling aku. Yes.. dan mereka tak faham pun apa yang aku dah korbankan selama ini. Tapi aku bukan jenis yang suka tunjukkan kesedihan dan kekecewaan.

Biarkan..!!

Tuesday 8 December 2009

La vie est trop compliquée

Kehidupan bukanlah tentang bagaimana kita mencari erti hidup untuk diri sendiri. Tetapi kehidupan adalah tentang bagaimana kita mencorakkan sendiri apa yang kita mahu didalam hidup.

Siapa setuju?

Saturday 5 December 2009

Ghlacadh eile

Tiada persoalan, tiada pertanyaan mahupun jawapan. Aku sedang berehat di sebuah syurga rekaan aku sendiri untuk beberapa hari ini.

Wednesday 2 December 2009

Persoalan kepada jawapan.

Dua minggu yang lalu aku terima satu mesej di Facebook, dia bertanya tentang kenapa didalam setiap entri blog aku sudah tidak ada dialog² lucu diantara aku dan rakan-rakan, especially dialog dari Wan, dan jawapannya adalah Wan sedang sibuk dengan penghasilan produk makannya yang terbaru. Gambar dibawah mampu beri jawapan. Siapa berani boleh cuba. Dari warna kemerah-merahan ditambah pula dengan aroma yang mengasyikkan serta segala resepi dan bahan² rahsia juga istimewa didalamnya.
Apa lagi...



MEE BANDUNG MUAR AZUAN dibuka setiap hari dari jam 12.30 tghari hingga 12.00 malam, further info 0172673627

Nantikan produk yang lagi baru tidak lama lagi, kami sedang sibuk buat R&D buat masa ni, i'll tell you guys..

Puas

Ada orang rasa puas jika dapat makan makanan yang sedap², ada orang akan rasa sangat puas bila berhempas pulas bekerja dan hujung bulan dapat gaji yang lumayan, ada orang akan rasa puas bila dapat beraksi diranjang, ada orang juga akan rasa puas bila sesuatu projek yang dijalankan sukses, ada orang rasa sangat puas bila dapat mengembirakan orang lain, ada juga orang akan rasa puas jika dapat sakitkan hati orang lain. Tidak kurang juga ada orang akan rasa sangat² puas bila dapat pusing ke seluruh dunia, dan jika tanya pada aku pula, cukuplah dengan menghabiskan beberapa jam di studio sambil memetik dan menggubah lagu² bergenre postrock malam tadi.

Yes!! aku sangat puas..
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law