Thursday 31 December 2009

After all these year.

Ketika aku sedang tersengguk-sengguk didepan monitor, sambil badan menahan sakit serta urat saraf menegang setegang-tegangnya akibat tidur yang tidak cukup.

"Eh malam ni kau celebrate kat mane??" Tanya Kanthar kepada aku.

Dalam keadaan cuba membesarkan mata "Aku memang tak pernah celebrate new year.."

"Isshh kau ni..yeke..chill lah..malam new year lepak² and celebate with friends..." Jawab Kanthar lagi.

Dengan muka sarkastik "U know, everytime kite celebrate new year is like kite celebrate hari kita semakin tua, aku pun tak paham kenapa korang semue tak sabar-sabar nak jadi tua..chill la dulu.."

"Ahahaha....apelah kau ni.."

Wednesday 30 December 2009

A good start.

Pejam celik, terkebil-kebil, hilai dan ketawa, menangis dusta, bercinta lara sedar² saja dunia sudah semakin laju berputar meninggalkan aku. Sedar atau tidak itu hakikat yang harus aku akur. Usia semakin bertambah, masalah juga semakin bertambah dan sebagai alternatif gelak ketawa juga haru bertambah. Seperti tahun² yang terdahulu aku memang tidak pernah meletakkan apa² azam setiap kali muncul tahun baru. Begitu juga untuk 2010 yang bakal tiba beberapa puluh jam saja lagi. Nah, aku memang tidak suka mengotakan janji dimana akhirnya nanti tersekat dan terjerat didalam janji aku sendiri. Cuma seperti biasa aku akan buat beberapa rancangan untuk diri aku, untuk masa depan aku, juga untuk orang² di sekeliling aku. Sebagai orang yang selalu gagal, berjaya atau tidak bukan satu masalah untuk aku. Yes!! aku memang dah lali dengan kepahitan dan keperitan walaupun dari perspektif lain orang nampak semuanya manis. Rancangan aku untuk tahun akan datang adalah preparation for my 'big day' dan 'futher study', semuanya akan aku terangkan di entri² yang akan datang satu persatu. Berbanyak terima kasih kepada semua rakan² yang sudi lawat blog biru aku tanpa rasa jemu dan yang paling penting SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU kepada semua.

Simpan dikepala "its a good start for us..."

Sila bergembira dengan lagu ini.



Harap maaf kerana aku masih dibelenggu dengan alunan² SIGUR ROS sebab ada sesuatu yang baru sedang aku usahakan melibatkan band dari Iceland ini.

Kosong.

Aku penat, tak cukup tidur, fikiran tertanggu, penuh dengan tekanan dan tangisan juga lemah daya ingatan

Cuba teka, apa yang sedang aku lakukan..

Friday 25 December 2009

Bila ada orang cakap aku gila..

Dan aku iya kan saja..

kesesakkan yang sesak.

Dalam keadaan hiruk pikuk semua orang berkejaran menyiapkan segala kerja, kerana cuti Krismas, aku disini serta yang lain juga sama sibuk untuk pastikan projek kali ini sama berjaya seperti projek² yang lepas. Kami tidak cuti, kami tidak rehat. Kami kerja dan terus kerja untuk pastikan semuanya berjalan lancar. Itulah yang berlaku didalam 'Aviation industry'. Tidak kira apa yang berlaku kapal terbang harus terbang 'on time', jika tidak syarikat akan rugi besar. Lalu aku pun tekun meneruskan segala kerja yang aku perlu siapkan. Belek dan terus belek setiap kertas kerja, susun dan terus susun apa yang perlu, tulis dan terus tulis laporan. Aku memang beri fokus tiba² datang seorang rakan menyapa aku dalam keadaan sugul.

"Hidup kat KL ni boringlah, duduk kampung lagi best, aman jek..." kata dia.

Lalu aku jawab "Ahaha...tapi kita tak lah dekat center Kl, kite kat tepi² je..kan.."

"Memanglah, tapi aku percaya lagi dua tiga tahun mesti akan sesak sama macam KL jugak, aku bosanlah hari² pergi kerja menghadap jamm je..jamm kepala otak aku ni.."

Sambil tarik nafas dan berhenti menulis "Tulah..jamm ni memang boring, tapi nak buat macam mane..."

"Sakit hati sial..macamane lah nak bagi kurang jamm, aku dengan setiap petang nak kena amek wife lagi, kalau hujan lagilah teruk..kacau semua, kenapa lah jadi macam ni..". Cantas dia.

Aku tanya "Kau nak tau ke kenapa jadi macam ni..??"

"Kenapa??" Tanya dia balik.

sambil sandarkan badan di kerusi "Sebab kita dah diajar, naik kereta lebih selesa n boleh berlagak sikit, senang nak kemane², kita dah diajar naik public transport menyusahkan dan yang lagi best sekarang ni kita dah diajar kalau nak beli kereta takde duit deposit pun boleh beli kerete, pastu tanggunglah tiap² bulan sampai lagi sepuluh tahun..best kan..lagi banyak kereta kat atas jalan lagi best..so layan jelah jamm.."

"Adoi..."

Aku tambah lagi "kita nak capai status negara maju kan?? bile ade banyak kerete baru maju.."

"Ahahaha..."

Wednesday 23 December 2009

Perlu ke kita sedih dan kecewa.

Jika kau sedang menangis hari ini kerana terlalu sedih dan kecewa, cuba ingat waktu kau gembira, pernahkah kau fikir tentang orang yang sedang sedih dan kecewa pada waktu itu.

Tuesday 22 December 2009

Ketika sedang baring mendongak ke langit.

Perkara yang aku tiba-tiba terfikir hari ini adalah..kenapa setiap kali aku habis jamming di studio mahupun turun dari pentas selepas apa² persembahan yang melibatkan band aku pasti keesokkan harinya aku akan rasa sakit pinggang yang amat sangat. Ini adalah tanda² awal yang usia sudah semakin lanjut. Jadi aku rasa aku perlu buat band baru, genre baru juga bunyi yang baru.

Mungkin sudah tiba masanya aku buat band rock jiwang karat pula.

Monday 21 December 2009

2355, aku mahu bebas.

Malam semalam, ketika menarik nafas lega sambil memerhati keadaan sekeliling, lalu tangan mencangkuk telinga gelas dan terus halakan ke mulut dalam keadaan yang sangat tenang aku meneguk air kopi kegemaran. American eagle dinyalakan dan aku bawa masuk segala asap kedalam saraf. Kedengaran hilai tawa rakan² dikiri dan kanan benar² beri aku tenaga untuk terus menongkah segala kepayahan dan keperitan yang berlegar² disekeliling aku. Biarlah, malam ini adalah malam untuk aku lupakan segala²nya. Janji hati dan jiwa aku ringan tanpa sebarang kekalutan dan kebuntuan. Sudah lama aku tidak jumpa mereka. Aku mahu bebas tanpa beban juga tanpa sebarang persoalan. Dalam keadaan hingar bingar dikedai makan, melihat manusia² berjuang untuk terus hidup dengan makan minum. Tanpa disedari aku didatangi satu soalan.

"Eh, kawan aku tak bleh blah la...gf die contol hidup dia..camne nak buat ha..?" Tanya Fili kepada aku.

"Janji tak contol hidup kau dah la..ape nak sibuk²..adoi.." Jawab aku sambil meneguk kopi.

"Bukan..masalah skang ni..kawan aku ni, main gitar tuk band aku..kiteorang nak pegi jamm pun susah..sebab die kene tipu gf die kalau nak keluar rumah..Fuck lah.." Jelas Fili dengan nada marah.

"Ahahah..korang memang sakit..carilah orang lain main gitar.." Jawab aku lagi.

"Tak boleh..die kreatif buat lagu..susah lah nak cari orang lain.." Cantas Fili lagi.

"Senang je..korang pun pegi cari gf yg same macam kawan kau tu, yang jenis control..nak keluar rumah pun tak bagi..lepas dah jumpe, korang fokus je kat gf masing²..band kasi RIP settle masalah korang.." Jawab aku.

"Tak membantu lansung..."

Saturday 19 December 2009

Mungkin

Sejak beberapa hari yang lalu, setiap petang sambil terbaring didalam bilik aku akan dengar secara layang lagu² dari SIGUR ROS dan kemudiannya secara tidak sengaja aku terus lenyap dibuai mimpi. Tidak kiralah tidur aku hanya 30 minit mahupun 3 jam. Hari ini aku cuba cari video² live dari SIGUR ROS di youtube dan salah satu video yang aku jumpa adalah seperti dibawah. Aku terus simpan impian dan cita² mungkin satu hari nanti aku akan pergi kesana.

Mungkin..

I wish..



Gambar diatas adalah bandar Reykjavík, Iceland.

Jika secara tiba-tiba.

Jika secara tiba-tiba ada orang yang tak dikenali datang dekat pada aku dan dengan selambanya dia bertanya

"Kau nak tak aku jadikan kau Perdana Menteri..?"

Aku akan jawab dengan penuh riak "Buat apa jadi Perdana Menteri..aku nak jadi 'Presiden'.."

Friday 18 December 2009

Hidup ini penuh dengan warna-warna










We need a break.

Ramai yang bertanya kenapa aku terlalu diam, senyap dan sunyi. Yes..aku sedang didalam proses membersihkan segala kekotoran. Mana² sampah yang aku nampak pasti akan aku masukkan kedalam beg plastik hitam lalu campak ke kawasan pembuangan sampah. Hidup ini memang sampai bila² pun akan penuh dengan drama dan aku rasa seperti sudah jelik dengan segala macam plot² bodoh yang berlegar² disekeliling aku. Lalu keputusannya adalah buang saja apa yang tidak perlu. Aku benar² perlukan masa untuk menyelesaikan segala kekalutan dan kekusutan yang dah lama bersarang didalam kepala. Jika dilihat beberapa rakan aku, mereka juga sedang melalui perkara yang sama dengan aku dan disebabkan itu juga kami memang benar² kurang melakukan perkara² terapi bersama kerana masing² sibuk berjuang membersihkan segala kekotoran. Yes..we need a break..!!

Bersambung...

Tuesday 15 December 2009

Little miss Sunhine

Antara filem terbaik yang pernah aku tonton sepanjang tahun ini walaupun ianya telah dikeluarkan sejak dari tahun 2006 adalah filem arahan Jonathan Dayton dan Valerie Faris iaitu LITTLE MISS SUNSHINE. Sebuah filem yang paling cantik untuk tatapan mata kasar, tidak kira dari segi pengunaan warna mahupun angel. Sebuah plot yang ringan juga dipenuhi dengan unsur² humor dan yang paling menenangkan adalah lagu dari DEVOTCHKA dikeluarkan pada awal babak dalam filem ini. Ianya mampu mengubah mood anda bila menontonya.



Monday 14 December 2009

0139

Malam tadi, didalam gelap ketika menyerap bait² lagu dari KATE NASH melalui telefon bimbit, dengan alunan piano serta suara lantang, sambil tangan aku memotong navel orange lalu masukkan kedalam mulut satu persatu secara perlahan. Aku suka pada waktu tengah malam dalam keadaan gelap menikmati lagu² perlahan disamping menelan navel orange. Cuma malam tadi keadaan jadi agak lain. Aku cuba kupas satu persatu jaringan hati dan jiwa aku. Yes..aku memang sedang kecewa dengan beberapa orang dekat sekeliling aku. Yes.. dan mereka tak faham pun apa yang aku dah korbankan selama ini. Tapi aku bukan jenis yang suka tunjukkan kesedihan dan kekecewaan.

Biarkan..!!

Tuesday 8 December 2009

La vie est trop compliquée

Kehidupan bukanlah tentang bagaimana kita mencari erti hidup untuk diri sendiri. Tetapi kehidupan adalah tentang bagaimana kita mencorakkan sendiri apa yang kita mahu didalam hidup.

Siapa setuju?

Saturday 5 December 2009

Ghlacadh eile

Tiada persoalan, tiada pertanyaan mahupun jawapan. Aku sedang berehat di sebuah syurga rekaan aku sendiri untuk beberapa hari ini.

Wednesday 2 December 2009

Persoalan kepada jawapan.

Dua minggu yang lalu aku terima satu mesej di Facebook, dia bertanya tentang kenapa didalam setiap entri blog aku sudah tidak ada dialog² lucu diantara aku dan rakan-rakan, especially dialog dari Wan, dan jawapannya adalah Wan sedang sibuk dengan penghasilan produk makannya yang terbaru. Gambar dibawah mampu beri jawapan. Siapa berani boleh cuba. Dari warna kemerah-merahan ditambah pula dengan aroma yang mengasyikkan serta segala resepi dan bahan² rahsia juga istimewa didalamnya.
Apa lagi...



MEE BANDUNG MUAR AZUAN dibuka setiap hari dari jam 12.30 tghari hingga 12.00 malam, further info 0172673627

Nantikan produk yang lagi baru tidak lama lagi, kami sedang sibuk buat R&D buat masa ni, i'll tell you guys..

Puas

Ada orang rasa puas jika dapat makan makanan yang sedap², ada orang akan rasa sangat puas bila berhempas pulas bekerja dan hujung bulan dapat gaji yang lumayan, ada orang akan rasa puas bila dapat beraksi diranjang, ada orang juga akan rasa puas bila sesuatu projek yang dijalankan sukses, ada orang rasa sangat puas bila dapat mengembirakan orang lain, ada juga orang akan rasa puas jika dapat sakitkan hati orang lain. Tidak kurang juga ada orang akan rasa sangat² puas bila dapat pusing ke seluruh dunia, dan jika tanya pada aku pula, cukuplah dengan menghabiskan beberapa jam di studio sambil memetik dan menggubah lagu² bergenre postrock malam tadi.

Yes!! aku sangat puas..

Sunday 29 November 2009

Jika kau resah aku juga sama.

Hidup ini hanya ada satu, tidak ada tujuh tidak ada enam belas mahupun tigapuluh lapan, apatah lagi seratus sembilan puluh sembilan so..

Live it..!!

Saturday 28 November 2009

Its all about us.

Ketika fajar menyinsing, ketika embun sejuk masih berlegar², aku bangun didalam ruang gelap lalu tersenyum kerana dunia ini milik aku juga kau dan kita akan harunginya bersama-sama sampai bila-bila.

Woohoo..!!

Dari aku untuk semua...

Friday 27 November 2009

Let it go.

Sejak beberapa bulan lalu ada beberapa manusia bertanya kepada aku, manusia² ini ada yang aku kenal dan yang kelakarnya ada yang bertanya melalui email. Seperti biasa kesemua mereka ingin berkongsi masalah cinta. Damn!! aku ada nampak macam doktor sakit cinta ke?? hidup pun masih terhuyung hayang. Tapi biasalah dalam kehidupan manusia memang perlu ada drama dan aku memang selalu jadi pelengkap didalam drama² mereka. Cinta bagi aku adalah satu virus yang pada asalnya adalah penawar kepada kesakitan tetapi jika disalah guna ianya akan menjadi satu penyakit yang amat kronik. Tapi aku juga setuju cinta itu satu gambaran indah tentang kehidupan, cuma bila ramai yang mempunyai masalah dengan pasangan masing² ini ada sedikit tips yang aku baru jumpa dan mungkin dapat bantu sesiapa saja yang sedang ada masalah cinta dengan kekasihnya, keliru kerana ada banyak kekasih, kurang percaya kepada kekasih atau apa saja yang mampu mendorong kepada kehancuran sesebuah perhubungan cinta. Mungkin ada yang pernah tahu hal ini tapi buat² tak tahu saja. Senang.. Ianya bermula dengan sehelai kertas kosong dan juga pen, bahagian depan kertas itu tulislah semua tentang kebaikan kekasih dimata anda, dibahagian belakang pula senaraikan segala keburukkan yang pernah anda nampak atau tegur pada pasangan anda. Lakukan dengan tenang dan perlahan², lakukan dengan penuh emosi juga konsentrasi. Setelah selesai sila bandingkan jumlah kebaikan dengan keburukan yang wujud dekat pasangan anda. Jika 'kebaikan' melebihi dari keburukan maknanya perhubungan anda berdua atau bertiga masih boleh diperbaiki cuba ajak teman anda berbincang mungkin dia juga ada masalah dengan anda. Tapi jika 'keburukan' melebihi dari kebaikan.

"let it go..!! bukannya ada 13 orang je dalam negara anda"

Thursday 26 November 2009

5 minit yang akan datang, aku sudah hentikan segala kekalutan.

Hari ini hari khamis, hari dimana semua orang sibuk membuat kerja dengan pantas, dimana semua orang member fokus. Jika ditanya kenapa, mereka akan jawab yang esok nak raya korban, jadi hari ini semua orang nak pulang kerumah cepat. Sejauh mana mereka faham dan mengerti erti sesebuah pengorbanan, aku pun tidak pasti. Sambil bernafas dengan tenang, aku lihat cahaya matahari terang dari jendela pejabat dalam keadaan didepan aku orang lalu lalang bertungkus lumus berkorban menyiapkan segala kerja yang ada. Tidak bermakna aku hanya duduk diam saja, aku juga sedang memainkan peranan didalam setiap pengorbanan yang sedang berlaku didepan mata. Cuma tiba² aku rasa hidup dan mati demi 'company' tercinta tidak tersemat dekat aku hari ini. Hari² sebelumnya memang aku sanggup mati untuk semua, hari ini tidak. Jam di dinding menunjukkan sudah pukul 3.36 petang dan secara tiba² aku terbayang tentang balik rumah terdampar didalam bilik yang sambil layan "How i met your mother", bergelak-gelak didalam gelap. Hmmmm...

No turning back, aku nak balik sekarang.

Wednesday 25 November 2009

Disebalik kisah lalu #2

Sekali lagi terima kasih kepada Aina Abdul Jamil.










To be Continued. . .

Its hard to face the future when you cant escape your past.

Bait-bait diatas aku petik dari buku "Crazy as Chocolate" hasil penulisan Elisabeth Hyde yang baru saja aku belek malam tadi, baca?? belum ada masa lagi. Setelah lama berfikir sebelum tidur ternyata apa yang aku lalui tahun ini kebanyakkannya sia-sia dan buang masa, cuma ada beberapa cahaya baru didalam hidup aku yang mampu memberi sedikit penawar. Jadi, cuma tinggal beberapa ratu jam sahaja lagi untuk kita tempuh tahun baru dan aku rasa seperti sempat untuk buat sesuatu dalam hidup aku untuk tahun ini, yang dah lama berlalu biarkan berlalu kerana menangis air mata darah pun tidak ada guna. Aku perlu ubah semua, yang mana sampah tidak perlu simpan, terus buang jauh², yang mana boleh recycle aku cuba buat sesuatu, yang mana hilang pergi beli baru, yang mana sudah tiada cuba dapatkan yang baru.

"I've to do something with my life.."

Nampak macam azam tahun baru tapi semua silap kerana aku rasa sedang cuba jadi lebih advanced dari orang lain.. siapa rasa sama seperti aku, mari jadi macam aku.

Tuesday 24 November 2009

A filmmaker is born.

Aku tidak sabar untuk tunggu hari khamis semata² untuk filem dibawah.

Impian dan cita-cita #2

Aku masih ingat lagi kisah lalu, aku masih lagi dengar jalan cerita lama walaupun dan berpuluh tahun ditinggalkan. Didalam bilik darjah 1 Ros dimana hari pertama persekolahan kami beramai² duduk diatas kerusi bertemankan meja juga beg dan botol air. Aku masih ingat botol air milik aku pada waktu itu berbentuk seperti sebuah telefon bimbit bersaiz besar dan bewarna merah jambu. Semua didalam bilik darjah tekun melihat cikgu didepan dalam keadaan semuanya berseluar pendek warna biru dan berbaju putih juga berambut kemas, manakala yang perempuan memakai baju kurung juga skirt sambil diperhatikan oleh para ibu dan bapa di luar kelas. Ada yang menangis tidak tentu hala mungkin masih tidak suka ke sekolah, ada yang bercerita tentang alat mainan yang baru dibeli, ada yang cerita pasal hendak makan ais krim di luar sekolah nanti. Cikgu meminta semua bangun sorang demi seorang memperkenalkan diri serta beritahu tentang cita-cita masing². Seperti biasa zaman aku membesar memang kerja jadi polis, askar juga bomba sangat popular. Aku pun jawab benda yang sama, cuma aku teringat ada seorang rakan yang namanya Halim

"Bila dah besar saya nak jadi peninju negara cikgu" Kata Halim sambil berdiri dengan megah.

Ada juga yang cakap

"Saya hendak jadi suri rumah seperti emak saya cikgu" Kata seorang budak perempuan yang aku dah lupa namanya tapi aku pasti dia.

Enam tahun kemudian aku masuk kesekolah menengah, kali ini tidak lagi ditemani ibu bapa, dulu seluar pendek warna biru, sekarang seluar panjang warna hijau. Dulu meja susun 6 biji sekali sekarang dua biji, dua biji. Seperti biasa juga cikgu suruh semua orang bangun perkenalkan diri dan cerita tentang impian juga cita-cita. Ada yang cakap hendak jadi lawyer, nak jadi doktor, nak jadi jurutera, nak jadi ahli perniagaan yang berjaya dan banyak lagi. Aku pula jawab aku hendak jadi penulis sebab pada waktu itu aku sangat obses dengan penulisan. 2 tahun lepas tu, 3 tahun lepas tu, 7 tahun lepas tu, semua jadi sia-sia saja. Aku tak jadi penulis, kawan aku tak jadi doktor mahupun lawyer. Masing² jadi apa yang sedang mereka jadi sekarang. Ada yang berpuas hati, ada yang tidak, ada yang rasa mereka menyesal, ada yang rasa bersyukur dengan apa yang ada dan jika ditanya kepada aku, jawapannya adalah..

"Come on, walaupun dah tua kita masih boleh ada cita-cita dan boleh jadi apa saja yang kita nak jadi selagi termampu.."

Monday 23 November 2009

Impian dan cita-cita.

Aku sudah simpan impian dan cita-cita, sebelum aku pejamkan mata ataupun tercabut nyawa aku ingin buat 'tour' ke setiap pulau yang cantik dan indah bagi pandangan mata, tidak kiralah sama ada Pulau Perhentian atau Pulau Sipadan mahupun pulau yang jauh seperti di Maldives ataupun Hawaii. Janji aku dapat lihat budaya orang² disana, cara hidup mereka juga untuk mencuci mata dengan melihat keindahan warna² yang mempesona di setiap pulau yang aku ingin lawati. Jadi untuk merealisasikan impian, aku perlu mula dari sekarang, aku harus membuat perancangan yang terperinci dari segi kewangan, jadual perjalanan, perkara² yang perlu aku buat disetiap pulau yang aku nak pergi nanti. Nasib baik juga kerana kita ada kemajuan teknologi dimana setiap info aku boleh dapat dari hujung jari saja iaitu kemudahan internet. So selepas membuat sedikit research aku rasa pulau pertama yang aku nak pergi mungkin...

Pulau Pinang kut dan jika ada orang tanya kenapa Pulau Pinang, aku akan jawab..

"Heaven of food la...ape lagi.."

Disebalik kisah lalu.

Terima kasih kepada Aina Abdul Jamil.












To be continued. . .

Friday 20 November 2009

Ssshhh...

Kadang² duduk diam dan berhenti berfikir tentang orang lain benar² menenangkan.

Ok aku sedang cuba switch on button silent mode..

Wednesday 18 November 2009

Petang ini dan petang semalam.

Pagi tadi datang kerja dalam keadaan yang sangat gembira, kerana petang semalam aku berjaya jogging, aku berjaya keluarkan peluh dan pada malam hari makan dalam kuantiti yang agak kecil. Aku akan rasa puas bila berada disituasi seperti pagi tadi. Aku sangat gembira. Masuk saja keadalam perut pejabat, sambil manusia² sedang sibuk berbincang perihal kerja, sama juga dengan aku, menyelak satu persatu dokumen, susun dengan cermat, kemudiannya 'update' kedalam pc sambil telinga menyerap lagu² dari THE CURE. Tiba-tiba 75 minit kemudian aku dihampir oleh seorang rakan dengan kedua² tangannya berisi penuh 2 bungkus nasi lemak.

"Hah..apa lagi, jom makan.." Kata Nazry dengan senyuman.

"Aaahh...mana dapat nasik lemak ni" Tanya aku sambil dalam hati cuba untuk mengelak untuk makan nasi lemak.

"Adalah orang belanja. satu untuk kau, jom aaa" Kata Nazry sambil menghulur sebungkus nasi lemak kepada aku.

Hendak taknak aku dipaksa makan sambil dalam hati berkata

"Tak apa, petang ni jogging jauh sikit dari semalam"

tapi aku tahu petang ni akan turun hujan lebat.

Tuesday 17 November 2009

Hari ini hari gembira.

Pagi tadi yang sangat sejuk, tengahari yang sangat dahaga, semoga petang ini penuh dengan makna.

Yes aku dapat keluar ber-jogging.

Perancangan yang tak terancang

Hari ini, pada pagi ini, saat dan ketika ini sepatutnya aku sedang beratur bersama Joe rakan aku di KLIA untuk terbang ke Melbourne, sejak dari dua bulan yang lalu kami rancang untuk sama² ke Etihad Stadium di Dockland street, sama² menjerit bait² lagu dari PEARL JAM dengan ribuan manusia lain didalam stadium sambil ditemani rumput serta angin sepoi² serta melihat aksi Eddy Vedder dan yang lain² diatas pentas, kemudiannya berehat² di St.Kilda. Malangnya semua itu tidak menjadi kenyataan bagi aku kerana hujung minggu ini ada majlis perkahwinan didalam bulatan keluarga aku. bagaimanapun Joe dengan semangat kental tetap terus kesana hari ini. Sudah menjadi lumrah kehidupan, setiap apa yang dirancang tidak semestinya menjadi kenyataan dan apa yang kita perlu buat adalah terus merancang lagi.

Contohnya hantar email kepada booking agent PEARL JAM supaya datang ke Kuala Lumpur pula.

Sepetang di Jalan Tuanku Abdul Rahman

Monday 16 November 2009

White small cigar.

George Bizet adalah seorang komposer dari France juga pemain piano yang berkaliber pada sekitar abad ke 18. Didalam pementasan opera yang berjudul "Carmen" pada tahun 1830 di Spain watak utama pada mulanya menjadi pekerja buruh dikilang membuat rokok. Ianya adalah salah satu elemen penting didalam meng-komersilkan rokok. Pada tahun 1845 negara France telah memonopoli industri pengilangan rokok. Manakala pada tahun 1853 pula Crimean War yang melibatkan empayar Britih, France dan beberapa empayar lagi yang menentang Russia secara lansung telah mem-popularkan budaya rokok pada ketika itu. Hingga ke hari ini merokok telah menjadi salah satu budaya penting dikalagan masyarakat dunia dan secara tidak sengaja aku juga turut sama serta memeriahkan suasana. Aku percaya ramai yang kental walaupun kebelakangan ini telah banyak iklan tentang keburukkan rokok disiarkan. Cuma sejak beberapa minggu yang lalu, aku seperti terpanggil untuk berhenti secara drastik dari merokok walaupun aku rasa yang aku bukanlah penghisap rokok tegar. Aku rasa seperti sangat cool kalau tidak merokok dan secara tidak lansung aku sedang cuba memberi ruang juga belajar untuk terus hidup secara bebas tanpa rokok. Walaupun hakikatnya aku tidak berazam cuma aku rasa seperti tidak salah sekiranya kita mencuba kan..?? Tiba²secara satu pesanan ringkas masuk kedalam telefon bimbit aku. Buka dan baca.

"Oi..hujan ni..jom minum2 n cigars"

Perlukah aku putuskan hubungan kawan dengan dia.

Isnin lagi.

Dari malam tadi ketika membuat rumusan bersama² dengan rakan² yang lain aku dah dengar diantara mereka mengeluh "Adoi...esok nak keje..boring gile..", "Isnin mesti memang tak best lah" dan beberapa lagi keluhan yang aku dengar. Tapi nak buat macam mana, untuk terus hidup kita perlu bekerja, untuk bekerja kita terpaksa hadapi hari isnin setiap minggu. Macam aku pernah cakap kita memang tak mampu menentang arus. Jadi bila bangun pagi, cuba senyum, senyum selebar²nya dan aku rasa mungkin hati dan fikiran akan berubah. Tidak percaya, cuba lihat aku. Hari isnin ke, hari rabu ke, ahad ke aku tenang saja bangun dan pergi kerja.

Walaupun sebenarnya aku dah muak tengok keadaan sekeliling kat dalam pejabat aku.

Sunday 15 November 2009

Meet the Europeans

Aku sangat percaya dengan menonton filem kita dapat serap pelbagai sumber pengetahuan, nilai² moral, pegangan dan kepercayaan agama, gambaran tentang sesebuah kelompok masyarakat, cerita tentang golongan minoriti mahupun sebaliknya. Warna² sebenar tentang kehidupan orang lain selain dari kehidupan kita. Mungkin ramai yang sudah terbiasa dengan filem² komersil dari Hollywood, yang penuh dengan kesan² khas walupun kita tahu yang semuanya datang dari kemajuan teknologi juga semua sedia maklum yang end up cerita tersebut hero pasti akan menang, Bollywood pula penuh dengan warna² ceria alunan muzik dan kata² yang sangat meracun jiwa ditambah pula dengan pelakon² yang panas, mahupun filem dari 'Prof' Razak Mohaideen yang sarat dengan pelakon² yang aku pun tahu nama mereka. Nah itu semua tidak penting. Aku ingin ajak semua pergi rehatkan minda dan hilangkan bosan dengan menonton filem² pendek yang telah dihasilkan oleh pengarah² berbakat dari sekitar Eropah. Ini bukan iklan, aku pun bukan nak tolong syarikat kapitalis cuma ingin berkongsi, kepada sesiapa yang berminat menonton filem dan inginkan kelainan dari sekarang hingga ke 22 november ini disekitar pawagam GSC di Midvalley, OU dan Pavillion mereka sedang meraikan Festival filem Eropah dimana ada banyak filem dari sekitar Eropah ditayangkan secara berperingkat-peringkat di pawagam dan paling menarik tiketnya hanya rm5 sahaja.



Saturday 14 November 2009

Pertanyaan yang tidak perlukan jawapan.

Lelaki selalunya lebih mudah jadi lupa daratan berbanding perempuan..

Do u guys agree??

Thursday 12 November 2009

Hari ini hari bodoh saya.

Aku selalu bertanya kepada diri aku, kenapa hidup perlu berliku-liku dan diri aku jawab

"Entah lah..."

Aku pula jawab "Tak membantu lansung.."

Flowers between us.

Selamat Pengantin baru Shahrizal & Meeza, semoga bersama sampai bila-bila.










Wednesday 11 November 2009

Ketika sedang menyedut aroma dari kopi.

Pagi tadi dalam keadaan separuh sedar, disudut meja sambil aku sedang sibuk menyusun dokumen² penting ditambah pula dengan aroma kopi serta alunan lagu dari IMOGEN HEAP, tiba² aku dapat satu panggilan dari seorang rakan baik yang memang dah lama aku tidak jumpa, selain dari bertanya khabar dia bercerita tentang betapa aku perlu merasai setiap fasa baru didalam hidup, dari mula dilahirkan, boleh berjalan dan bercakap, menimba ilmu disekolah, menghargai zaman muda remaja, berkahwin, punya anak juga punya cucu serta seterusnya. Dia cuba terangkan betapa aku telah lama tersekat didalam satu fasa dan tidak mahu melonjak ke fasa lain. Aku faham dan aku juga mengerti betapa seorang rakan yang agak sudah stabil didalam hidup, sudah berkahwin juga punya anak merasa seperti aku perlu rasa apa yang dia sudah rasa.

"Kita tak tahu bila kita akan mati, so terimalah semua fasa dalam hidup kau selagi termampu"
kata dia kepada aku.

Sikit pun aku tidak tersentak dan bukannya aku lansung tidak menerima semua idealogi cuma aku rasa semua perkara ini tidak boleh dipaksa mahupun terburu². Jadi untuk sedapkan hatinya aku jawab.

"Rileks..aku tak sedia lagi nak tipu wife aku cakap kene balik keja lewat, padehal pergi kelab dangdut.."

"Tak gune...ahahaha"

Mereka atau aku.

Salah satu perkara yang aku masih tak mampu nak ubah dalam diri aku adalah, jika ada perkara menggembirakan untuk orang lain, aku pasti akan bijak memegang watak yang penuh dengan senyuman dan turut sama gembira walaupun hakikatnya hati aku amat pedih terguris. Aku pasti akan buat semuanya sempurna seperti biasa.

Adakah mereka yang kejam atau aku sebaliknya..

Monday 9 November 2009

Memperbaiki kesilapan yang telah silap.

Aku pasti dan aku percaya, setiap diantara kita pasti pernah melalui satu time frame dimana bila kita ingat pada waktu sekarang pasti akan berkata di dalam hati "Bodohnya aku". Yes aku mengaku yang aku juga pernah laluinya beberapa kali, dan kadang-kadang kita akan rasa betapa tidak logik dan tragiknya setiap perbuatan yang pernah mengambarkan kebodohan kita. Sekarang aku rasa seperti sudah lama tinggalkan dunia bodoh, tetapi sebaliknya melihat dan mendengar kebodohan orang lain pula. Ianya bukanlah satu perkara yang aneh mahupun pelik kerana bagi aku semua orang perlu belajar buat silap demi untuk memperbaiki kesilapan itu, cuma kadang-kadang aku rasa mual bila mereka lansung tak nak belajar betulkan keadaan, contohnya bila ada orang hantar teks ringkas kepada aku yang berbunyi

"Weh jom lunch mkn nasik ayam"

dan aku balas dengan "Nasi itu racun, sorry"

Sambil menyimpan semula telefon bimbit kedalam poket seluar aku terfikir...Wah nampaknya aku sudah berjaya memperbaiki kesilapan.

Love will tear us apart.

Ada orang cakap blog ini mampu ubah orang, tapi aku cakap

"Aku pun belum mahu berubah"

Tuesday 3 November 2009

Berjanji demi janji.

Sabtu ini adalah penentu kepada segala permulaan, ianya ibarat final presentation dari aku untuk semua. Yes aku memang sudah penat dengan segala macam warna dan kadang² aku rasa warna hitam dan putih lebih bermakna kerana tiada sengketa. Hidup dengan terus tenang. Aku sudah mula gatal, gatal untuk menjadi penulis jadian kembali, gatal untuk menari² dipapan kekunci. aku sedar dan aku tahu, terlalu banyak perkara aku tangguhkan demi untuk siapkan persiapan pada sabtu ini. Aku janji lepas ini anda semua pasti dapat berdiri sama² dengan aku. Sementara menunggu kehadiran aku sila hayati lagu dibawah, ianya khas dan istimewa untuk anda semua.

Kenapa kita mudah faham erti cinta.

"Perempuan memang tak guna..!!" Jelasnya.

"Perempuan memang kaki kencing..!!" Jelasnya lagi.

"Perempuan memang teruk..!!" Terlalu jelas dari nya.

Aku tanya "Kenapa kau ni, relaks lah.."

"Perempuan memang suka bagi harapan, lepas aku dah suka dekat dia and nak cakap yang aku dah suka dekat dia, tiba² hilang, diam..tup..tup aku nampak dengan lelaki lain..Cibai aaar..!!," Cantasnya lagi sambil mendengus.

Aku pula hanya senyum sambil berkata "Oklah tu kau nampak dia keluar dengan lelaki lain, kalau nampak dengan perempuan lain macam mana??

"Aaaahhh lantak lah..aku malah nak tiaw.." Cantas lagi.

sambil membuang puntung rokok dari bibir "Fine...kau pergilah cari lelaki pulak, They now better than woman.."

"Ahahaha..kau sial la..."

Cuba bayangkan jika aku jumpa Jonathan Burkett.

Pusing semula ke 15 tahun yang lalu aku dan rakan² memang suka berbasikal, pusing² kampung, masuk denai² naik bukit dan turun bukit, berlumba² ditepi dan tengah² jalan, jatuh dan bangun, luka dan bengkak itu semua perkara biasa. Selain dari menggunakan basikal untuk pergi mandi sungai aku dan rakan² juga akan berkonvoi 3 atau 4 orang, contohnya dari Kampung Subang ke stadium Shah Alam, ke Subang jaya, ke tasik biru kundang dan banyak lagi tempat. Bagi yang tidak familiar dengan nama² tempat yang aku sebut just imagine yang kami akan berbasikal sejauh 20 ke 30 km pada usia baru meningkat remaja dan lebih ekstrim lagi tanpa pengetahuan ibu dan bapa, juga dengan kelengkapan basikal yang lansung tidak lengkap.. Hebat tak??

Jadi aku tak kisah lansung kalau sekarang semua orang sibuk nak beli basikal dan berbasikal dari satu tempat ke satu tempat, tidak kiralah dari jenis fixed gear mahupun single-speed kerana 15 tahun dulu aku dah buat dah benda² ni. So siapa lagi advanced???

Saturday 31 October 2009

Tunggu aku Karen O.

Tak perlu bercerita panjang lebar, tak perlu ragu² serta gusar. Mari merayakan keindahan lagu²nya, mari menghargai kehidupan kita dengan bait² liriknya. Mari pergi melihatnya. Tiada dakwa-dakwi januari ini mari ke tanah singapura untuk melihat aksinya..Yes aku akan pergi walaupun hanya ada habuk dipoket.



YEAH YEAH YEAHS di Singapura januari ini...

Thursday 29 October 2009

Pada ketika ini aku rindukan titisan peluh.

Sudah banyak hari aku lalui keperitan dan juga kesengsaraan emosi. Hidup aku memang dah totally jahanam. Kenapa aku cakap macam tu?? sebab aku dah tak berhenti² makan. Terlalu banyak idealogi yang aku serap tentang makanan dan agak sedih juga kerana setiap petang hujan turun dengan lebat maka aku tak dapat hendak ber-kardio.

Ada sesiapa yang hendak hadiahkan aku sebuah treadmill..??
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law