Monday, 21 December 2009

2355, aku mahu bebas.

Malam semalam, ketika menarik nafas lega sambil memerhati keadaan sekeliling, lalu tangan mencangkuk telinga gelas dan terus halakan ke mulut dalam keadaan yang sangat tenang aku meneguk air kopi kegemaran. American eagle dinyalakan dan aku bawa masuk segala asap kedalam saraf. Kedengaran hilai tawa rakan² dikiri dan kanan benar² beri aku tenaga untuk terus menongkah segala kepayahan dan keperitan yang berlegar² disekeliling aku. Biarlah, malam ini adalah malam untuk aku lupakan segala²nya. Janji hati dan jiwa aku ringan tanpa sebarang kekalutan dan kebuntuan. Sudah lama aku tidak jumpa mereka. Aku mahu bebas tanpa beban juga tanpa sebarang persoalan. Dalam keadaan hingar bingar dikedai makan, melihat manusia² berjuang untuk terus hidup dengan makan minum. Tanpa disedari aku didatangi satu soalan.

"Eh, kawan aku tak bleh blah la...gf die contol hidup dia..camne nak buat ha..?" Tanya Fili kepada aku.

"Janji tak contol hidup kau dah la..ape nak sibuk²..adoi.." Jawab aku sambil meneguk kopi.

"Bukan..masalah skang ni..kawan aku ni, main gitar tuk band aku..kiteorang nak pegi jamm pun susah..sebab die kene tipu gf die kalau nak keluar rumah..Fuck lah.." Jelas Fili dengan nada marah.

"Ahahah..korang memang sakit..carilah orang lain main gitar.." Jawab aku lagi.

"Tak boleh..die kreatif buat lagu..susah lah nak cari orang lain.." Cantas Fili lagi.

"Senang je..korang pun pegi cari gf yg same macam kawan kau tu, yang jenis control..nak keluar rumah pun tak bagi..lepas dah jumpe, korang fokus je kat gf masing²..band kasi RIP settle masalah korang.." Jawab aku.

"Tak membantu lansung..."

2 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law