Ramai yang bertanya kenapa aku terlalu diam, senyap dan sunyi. Yes..aku sedang didalam proses membersihkan segala kekotoran. Mana² sampah yang aku nampak pasti akan aku masukkan kedalam beg plastik hitam lalu campak ke kawasan pembuangan sampah. Hidup ini memang sampai bila² pun akan penuh dengan drama dan aku rasa seperti sudah jelik dengan segala macam plot² bodoh yang berlegar² disekeliling aku. Lalu keputusannya adalah buang saja apa yang tidak perlu. Aku benar² perlukan masa untuk menyelesaikan segala kekalutan dan kekusutan yang dah lama bersarang didalam kepala. Jika dilihat beberapa rakan aku, mereka juga sedang melalui perkara yang sama dengan aku dan disebabkan itu juga kami memang benar² kurang melakukan perkara² terapi bersama kerana masing² sibuk berjuang membersihkan segala kekotoran. Yes..we need a break..!!
Bersambung...
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment