Tuesday 26 August 2008

Sorotan semalam

Kaki aku melangkah malas menuju ke depan muka pintu bilik, aku tolak perlahan² daunnya, tersenggam malap dan hambar keadaan ruang didalam bilik.
Tangan aku dengan secara tidak dipaksa telah menekan suis dan sepantas kilat terpancar cahaya jingga dari bahagian atas kepala, aku tanpa membuang masa
membuka mp3 player yang telah disambung kepada corong pembesar suara dan aku mainkan lagu yang mana atmosferanya tenang,
tetapi lama kelamaan lagu itu membawa maksud kesedihan dan kekecewaan, tidak mengapa robot paham erti sedih dan kecewa. Setelah membuka kemeja aku tanpa
mahu kehilangan walaupun sesaat terus melemparkan diri diatas katil, tenang setenangnya, girang dan riang seluruh otot badan aku kerana telah berjaya diregang.
Namun kepala aku masih berpusing, didalamnya masih lagi tekun berusaha memadamkan segala apa yang telah aku lakukan dari pagi hingga ke petang di medan perperangan
yang lansung tidak nyata. Mata aku merenung bilah² kipas disyiling yang seolah² meminta aku menghayunkannya. Aku cuba melelapkan mata, aku cuba menarik nafas lega,
aku cuba melupuskan segala ingatan. Sedang roh aku hendak cuba meniggalkan jasad tiba-tiba kedengaran bunyi mesej masuk melalui telefon. Segala²nya terbantut.
Apabila aku renung kearah paparan skrin ianya bertulis.


"oit semalam kita pegi kedai tu dah tutup, takkan hari ni taknak repeat balik, jomlah aku tak makan lagi ni. ahahaha"


Huhuhu..

Wednesday 20 August 2008

Journal seorang pengejar pelangi.

Beberapa ratus jam yang lalu hingga ke hari ini aku masih dan terus bekukan hati, aku kelukan jiwa, aku kedukan minda. Semua disekeliling aku gembira melihat kegembiraan, riang melihat kebahagiaan, ceria melihat kegemilangan, begitu juga dengan aku. Tetapi semuanya palsu, tiada siapa pun yang pasti juga mengerti apa yang sedang bergolak, apa yang sedang berselerak dan apa yang sedang koyak didalam naluri aku. Bukan mudah untuk memudahkan...

Wednesday 13 August 2008

tertekannya tekanan # 2

Ketika sedang kusyuk aku merenung buih² air nescafe tarik, ketika di tangan memegang secebis roti, sambil yang lain² sedang sibuk bergelumang dengan rezeki masing², ada yang melontarkan perasaan marah dan benci, ada yang berkongsi cerita tentang perkara semalam, ada yang sedang terbahak² ketawa selepas menyerap cerita lucu. Ada yang sedang mengira duit, sambil kedengaran bunyi sudu bergaduh dengan pinggan mahupun cawan, kedengaran juga bunyi sedutan air dari dalam gelas kedalam rongga melalui batang² straw, diikuti dengan cahaya yang sayup berlegar² mengelilingi suasana didalam ruang perut kafeteria.

Tiba-tiba.

"Bang Amin ada masalah ni" Jelas Amin.

"Hah apa dia" tanya aku.

"Semalam birthday Sofea, Amin lambat wish kat dia" Terang Amin.

"La kenapa tak wish kau lupa ke???" Tanya aku.

"Tak lupa..macam mana ni bang, Amin rasa bersalah sangat ni" Amin.

"Kau ni kalau tak lupa kenapa tak wish" Tanya aku lagi.

"Amin tak teringat..sorry bang Amin salah, tolong Amin bang." Jelas Amin.

Oh aku rindu american eagle.

Pelangi oh pelangi.

Dengan keadaan yang hingar bingar, dalam waktu yang amat suntuk dan sempit dan sewaktu ruang menjadi libang libu. Tiba² aku teringat kepada satu baris² ayat yang berbunyi lebih kurang begini,

"kita selalu gembira melihat matahari, setiap hari akan berusaha untuk memberi sinar, tapi tidak selalu matahari akan bercahaya, kadang² langit mendung dan juga hujan turun lalu menutup segala cahaya, kita akan sedih kerana kehilangan cahaya matahari, tapi kita lupa kerana selepas hujan pasti pelangi akan muncul mewarnai dunia".

Kita akan gembira semula kerana melihat keindahan pelangi. tetapi kita lupa pelangi tidak akan bertahan, pelangi juga akan hilang, dan pelangi juga tidak sehebat matahari yang mampu memberi cahaya serta tenaga kepada semua pada setiap masa. Mungkin ada yang sukar untuk faham tetapi itulah lumrah, itulah hakikat yang hakiki.

Sunday 10 August 2008

sinikal #8.4

Tidak tertulis dalam mana² artikel. Sepanjang perjuangan UMNO untuk mendapatkan kemerdekaan dari kolonial pemerintahan British sekitar tahun 1946 hingga seterusnya untuk tanah melayu, tiada siapa pun yang terkorban mahupun cedera. Sebaliknya segala pertubuhan haluan kiri telah dicop sebagai pengkhianat negara dan bangsa. Mereka telah ditangkap dan ada yang diseksa dan dibunuh, dilemparkan segala cerita bohong juga fitnah untuk menakutkan rakyat pada ketika itu. Akhirnya kemerdekaan dikecapi tetapi melalui idealogi yang tidak sempurna dan kita tanggung akibatnya sekarang tahniah semua. Kepada siapa yang paham sila cari buku teks sejarah semasa di sekolah menengah dan makan sampai kenyang buku itu. Kepada yang tidak paham sila bakar buku itu. Kepada yang sudah tidak jumpa lagi buku tersebut, selamat melalui hari² mendatang dengan penuh keindahan.

anak kecil main api,
terbakar dirinya sendiri,
air mata darah bercampur keringat,
bumi dipijak milik orang.

Everybody's got to learn sometimes

Ketika dunia sedang bergolak, ketika pengeboman sedang dasyat dilaksanakan, ketika acara gemilang sedang dilancarkan, ketika ada yang sedang gembira, ketika ada yang sedang kecewa dan sebagainya. Jika diberi peluang aku mahu jadi robot yang kejam. Robot yang mampu memadamkan beberapa memori silam yang bahagia mahupun kecewa, agar aku dapat meneruskan perjalanan kehidupan yang liku²nya semakin bersimpul. Tapi malangnya aku tidak mampu untuk berbuat demikian, tiada jalan pintas untuk padam semunya. Namun aku percaya pasti ada manusia disekeliling aku sedang cuba untuk melupakan aku, pasti ada yang sedang cuba menjauhkan diri dari aku, pasti ada yang sedang berusaha mengotorkan aku, pasti ada yang cuba memadamkan memori mereka tentang aku, pasti juga ada yang sedang berusaha melemparkan dakyah buruk tentang aku. Mungkin juga ada yang sedang sengsara memikirkan tentang aku, tidak kira pula yang cuba membunuh jiwa aku lalu menyimpannya kedalam peti yang dikunci rapi. Jika mampu pergi aku sudah pasti akan pergi namun aku tiada kuasa ajaib yang mampu berbuat demikian. mungkin sekalung mahupun sejambak kemaafan tidak cukup, tapi tiada jalan pintas untuk segalanya.

Saturday 2 August 2008

cœur vide

Maaf Jiwa aku kosong, tiada entri yang ikhlas.

Bendera aku berwarna pelangi.

Dulu sewaktu aku kecil aku ada seorang sahabat yang amat aku sayang, amat aku suka, Aku panggilnya Ah Chun, dia adalah seorang yang berbangsa cina, kami amat rapat, kami selalu bermain bersama² tidak kira apa jenis permainan pun kami tetap akan bermain bersama, Ah Chun tinggal tidak berapa jauh dari rumah aku, dia selalu menghabiskan masanya dirumah aku, aku tidak pernah bersikap prejudis atau sebaliknya dekat Ah Chun, aku betul ikhlas berkawan dengannya, emak dan ayah aku juga amat rapat dengan keluarga Ah Chun, jika dia berada dirumah aku kami selalu makan bersama² sehinggalah dia pun akan baca Bismillah ketika hendak makan, lama kelamaan doa makan pun dia boleh menyebutnya, tidak perlu cheong chee fun, tidak perlu bak kut teh dan yang paling menarik Ah Chun tidak boleh makan babi kerana dia alergi dengan daging babi, setiap hari aku akan habiskan waktu petang bersama Ah Chun, pada ketika itu aku tidak lansung memikirkan masalah warna kulit, perbezaan agama dan budaya. Aku amat gembira hidup didalam dunia yang sebegitu, kawasan tempat tinggal aku memang dipenuhi dengan pelbagai kaum baik cina, india, melayu, serani, mahupun sikth, mahupun lain-lain. Kami hidup dengan aman dan gembira, tiada sebab untuk mengkhianati diantara satu sama lain, tiada sebab untuk dengki mendengki, tiada sebab untuk memusuhi diantara satu sama lain, aku juga masih ingat dengan uncle Dorai iaitu seorang jejaka India tetapi telah jadikan bapa aku sebagai abang angkatnya, mereka tidak pernah fikir tentang warna kulit, uncle Dorai juga selalu datang kerumah menghabiskan waktu hari minggu bersama bapa aku dan juga menikmati masakan ibu aku, tidak perlu Tosai ataupun capati, tidak perlu kari ikan mahupun susu pekat tairu. Uncle Dorai akan makan apa saja yang emak aku masak walaupun sambal petai, aku memang kecil ketika itu, aku hanya tahu hendak bermain, bergembira, pergi sekolah tadika dengan kemas balik sekolah tadika dengan libang libut, tapi aku tau makna kehidupan pada ketika itu. Aku juga masih ingat pada keluarga uncle Javinder Singh, keluarganya juga amat baik dengan emak dan ayah aku, aku juga masih ingat dengan Rani Kaur anak perempuan uncle Javinder Singh. Aku juga masih ingat pada suatu hari dimana keluarga Javinder telah memberikan segala peralatan perabot dirumahnya kepada jiran² yang bersebelahan termasuklah keluarga aku kerana mereka hendak berpindah ke Canada, aku juga telah terputus hubungan dengan Rani Kaur sehinggalah kehari ini, setelah aku dan emak pindah ke tempat lain aku memang amat rindu saat² gembira pada waktu itu. Kini hidup aku sudah tidak seperti dulu, memang aku masih gembira walaupun terluka tapi apa yang pasti pada waktu ini kehidupan yang aku lihat sudah tidak seperti dulu lagi, ianya sudah bertukar menjadi "kau..kau, aku..aku". Kita sudah tidak duduk didalam satu negara yang bertuah lagi, kita terlalu pentingkan tentang warna kulit setiap orang, kita sudah tidak mahu berada didalam alunan irama yang sama, kita semua sudah jauh berbeza. Aku amat kecewa. Kenapa kita perlu bersikap kejam diantara satu sama lain, dan aku janji jika aku seorang Raja atau Agung aku akan pastikan perkara ini tidak berlaku, aku akan pastikan setiap kawasan pola penduduk akan dipenuhi dengan pelbagai jenis manusia dan berbilang warna kulit. Aku akan tukar bendera dari warna merah biru putih dan kuning kepada warna² pelangi indah yang terbit selepas hujan pada waktu petang. Aku janji..

Dont slow me down.

Malam tadi selepas menghabiskan masa di OneCafe Club, setelah meluahkan perasaan dipentas aku dan yang lain² menghayunkan kaki ke tempat makan dan minum sambil melepaskan lelah masing² dengan kegiatan ikhlas dari hari pertama sampai kelima, kami bergurau senda, gelak ketawa, senyum sambil berpegan tangan pun ada, melihat manusia² lain, menyuap makanan, menghilangkan dahaga kasih sayang dan sebagainya. Selepas makan masing² akan meneruskan aktiviti dimalam minggu, ada yang akan mabuk bersama² air cinta, ada yang akan meluaskan fikiran dengan muzik² bising, ada juga yang akan terus mencari kebebasan, ada juga yang akan bertengkar menegakkan keadilan, tapi aku dan Bob hanya menuju laju untuk pulang kerumah. Bob sukar untuk meluahkan kata² dan aku sering menggunakan kaedah monolog dalaman jika ingin bersembang dengan Bob. Dia tanya kenapa aku tak teruskan kehidupan malam, aku cakaplah aku lebih suka menghabiskan masa bersama² John Alagia dan Bjork dirumah, aku tanya kenapa kau tak buat benda yang sama, dia cakap dia nak siapkan assignment yang bertimbun², kemudian aku tanya lagi ke sebab kekasihnya tak bagi balik lewat?? dia hanya tersenyum, aku gelak dan cakap Bob..Bob..hidup ini terlalu indah untuk dinikmati tidak perlu kawalan, tidak perlu paksaan, terbanglah setinggi mana pun dan biarkan ianya melayang tanpa batasan. Setiba dirumah aku lemparkan diri sambil terus merenung syiling tapi kali ini aku sudah tidak letak tangan didahi lagi. Menyerap lagu² dari Bjork, John Alagia, Toki Asako, Matt Costa, KT Tunstall dan lain² sambil terus berfikir dan berfikir.
aku coretkan, aku rangka kan dan aku hitam putihkan segala inspirasi dan ianya akan dipentaskan bersama warna² indah tidak lama lagi.

Dying Tulips are grand.

Kehidupan ini tidak selalunya indah, namun kita masih boleh terus mencari keindahan, satu permulaan yang agak sempurna hari ini apabila keadaan amat lengang didunia aku, warna-warna kuning masih tidak kelihatan lagi tapi aku percaya aku akan atasi segala yang berlaku hari ini. Hari ini adalah hari yang terbaik untuk membuktikan yang diri kita adalah terbaik. Sempurnakannya saja.
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law