Dulu sewaktu aku kecil aku ada seorang sahabat yang amat aku sayang, amat aku suka, Aku panggilnya Ah Chun, dia adalah seorang yang berbangsa cina, kami amat rapat, kami selalu bermain bersama² tidak kira apa jenis permainan pun kami tetap akan bermain bersama, Ah Chun tinggal tidak berapa jauh dari rumah aku, dia selalu menghabiskan masanya dirumah aku, aku tidak pernah bersikap prejudis atau sebaliknya dekat Ah Chun, aku betul ikhlas berkawan dengannya, emak dan ayah aku juga amat rapat dengan keluarga Ah Chun, jika dia berada dirumah aku kami selalu makan bersama² sehinggalah dia pun akan baca Bismillah ketika hendak makan, lama kelamaan doa makan pun dia boleh menyebutnya, tidak perlu cheong chee fun, tidak perlu bak kut teh dan yang paling menarik Ah Chun tidak boleh makan babi kerana dia alergi dengan daging babi, setiap hari aku akan habiskan waktu petang bersama Ah Chun, pada ketika itu aku tidak lansung memikirkan masalah warna kulit, perbezaan agama dan budaya. Aku amat gembira hidup didalam dunia yang sebegitu, kawasan tempat tinggal aku memang dipenuhi dengan pelbagai kaum baik cina, india, melayu, serani, mahupun sikth, mahupun lain-lain. Kami hidup dengan aman dan gembira, tiada sebab untuk mengkhianati diantara satu sama lain, tiada sebab untuk dengki mendengki, tiada sebab untuk memusuhi diantara satu sama lain, aku juga masih ingat dengan uncle Dorai iaitu seorang jejaka India tetapi telah jadikan bapa aku sebagai abang angkatnya, mereka tidak pernah fikir tentang warna kulit, uncle Dorai juga selalu datang kerumah menghabiskan waktu hari minggu bersama bapa aku dan juga menikmati masakan ibu aku, tidak perlu Tosai ataupun capati, tidak perlu kari ikan mahupun susu pekat tairu. Uncle Dorai akan makan apa saja yang emak aku masak walaupun sambal petai, aku memang kecil ketika itu, aku hanya tahu hendak bermain, bergembira, pergi sekolah tadika dengan kemas balik sekolah tadika dengan libang libut, tapi aku tau makna kehidupan pada ketika itu. Aku juga masih ingat pada keluarga uncle Javinder Singh, keluarganya juga amat baik dengan emak dan ayah aku, aku juga masih ingat dengan Rani Kaur anak perempuan uncle Javinder Singh. Aku juga masih ingat pada suatu hari dimana keluarga Javinder telah memberikan segala peralatan perabot dirumahnya kepada jiran² yang bersebelahan termasuklah keluarga aku kerana mereka hendak berpindah ke Canada, aku juga telah terputus hubungan dengan Rani Kaur sehinggalah kehari ini, setelah aku dan emak pindah ke tempat lain aku memang amat rindu saat² gembira pada waktu itu. Kini hidup aku sudah tidak seperti dulu, memang aku masih gembira walaupun terluka tapi apa yang pasti pada waktu ini kehidupan yang aku lihat sudah tidak seperti dulu lagi, ianya sudah bertukar menjadi "kau..kau, aku..aku". Kita sudah tidak duduk didalam satu negara yang bertuah lagi, kita terlalu pentingkan tentang warna kulit setiap orang, kita sudah tidak mahu berada didalam alunan irama yang sama, kita semua sudah jauh berbeza. Aku amat kecewa. Kenapa kita perlu bersikap kejam diantara satu sama lain, dan aku janji jika aku seorang Raja atau Agung aku akan pastikan perkara ini tidak berlaku, aku akan pastikan setiap kawasan pola penduduk akan dipenuhi dengan pelbagai jenis manusia dan berbilang warna kulit. Aku akan tukar bendera dari warna merah biru putih dan kuning kepada warna² pelangi indah yang terbit selepas hujan pada waktu petang. Aku janji..
0 comments:
Post a Comment