Wednesday 30 June 2010

Jika gundah untuk kemana-mana.


AUKU & SEJARAH KEBANGKITAN MAHASISWA '60AN


Tarikh: Khamis, 1 Julai 2010

Masa: 8:30 malam

Tempat: Auditorium KLSCAH, Jalan Maharajalela, KL (berdekatan Stesen Monorel Maharajalela) 

Pelabon: Fahmi Reza (pengarah dokumentari 10 Tahun Sebelum Merdeka & penyelidik sejarah gerakan mahasiswa)
 
Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sekali lagi menjadi perhatian umum bila empat mahasiswa jurusan Sains Politik UKM bakal dikenakan tindakan disiplin di bawah AUKU kerana didakwa melibatkan diri dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor baru-baru ini.  
Tetapi ramai yang sudah lupa bahawa suatu ketika dahulu pada zaman '60an, zaman sebelum AUKU, mahasiswa berada di barisan hadapan perjuangan politik menuntut hak mahasiswa dan mempertahankan hak asasi rakyat.  

FAHMI REZA akan menyingkap semula sejarah disebalik penggubalan AUKU pada tahun 1971 yang lahir sebagai tindakbalas kerajaan terhadap kebangkitan gerakan mahasiswa di kampus Universiti Malaya pada penghujung tahun '60an. 

MASUK PERCUMA! 

Public lecture ini adalah siri pertama dari "AUKU Public Lecture Series" anjuran KLSCAH Youth, DEMA dan Malaysiakini. 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: 03-22746645 (Miss Loo

Monday 28 June 2010

Forgotten memories.

Ini bukan kisah dongeng, ini bukan cerita tahyul, ini juga bukan cerita sains fiksyen, segala²nya sudah berlaku, jika kita menangis sampai pecah rongga ataupun terkeluar biji mata juga sudah tidak ada gunanya. Semua kerana mahu simpan impian tongkat dunia dengan segala wang yang ada. Jumpa aku di neraka dan kau akan tahu akibatnya.


Forgotten Memories - Pudu from fatul ghazali on Vimeo.

Diatas adalah sebuah filem dokumentari arahan Fatul Ghazali, sebelum Penjara Pudu dirobohkan.

Andai langit kita runtuh.

Mata aku sangat berpasir bila lihat dua orang perempuan sedang 'rival' secara halus untuk tunjuk pada semua orang siapa lebih 'cool' diantara mereka yang sebenarnya pada aku lansung tak masuk dalam "league of cool" pun.

Sigh..!!

Perjalanan merentas masa.

Jumaat yang lalu selepas jam menunjukkan pukul 2 pagi, kami semua telah pun berada didalam jentera pemusnah. Masing² girang dan gembira ada yang menyalakan rokok, ada yang mengunyah, ada yang memalit perasaan cinta, ada yang sambung berdengkur dan ada yang bergelak ketawa dengan setiap kata² sepanjang perjalanan kami ke Pulau Pangkor, Yes!! aku nampak laut warna biru dan airnya sejuk dekat sana (itu cerita lain). Dalam jentera milik aku ada 'super wife' aku. duduk disebelah manakala dibelakang ada Man dan Wan. Jadi kami pun tidak henti² bersembang untuk menghilangkan rasa mengantuk, dan salah satu topik yang menarik disembangkan adalah seperti dibawah.

"Cibailah..badan aku dah makin naik dah ni..kene buat something..semalam kite jamm, aku main gitar pun dah rasa penat dah.." Wan mengeluh

"Ikut hang memang jahanam Wan..aku pun rase macam dah naik dah ni..semue hang punye pasal lah..makan je keje.."  Sambung Man dalam keadaan sugul.

"Dietlah..sikit² pun jadilah.." Cantas aku ketika sedang fokus memandu.

"Tulah..tapi aku susah jugak lah.." Wan lagi

"Nape???" Tanya aku lagi.

"Kakak aku kahwin bulan 10 ni, semalam aku dengan bapak aku baru pegi tempah baju melayu untuk wedding die..so kalau aku diet nanti bukan 10 pakai baju longgar plak..macam mane...kan??Wan dalam keadaan gelisah.

"Macam haram.." Man.

"Nampaknye kene tunggu lepas kakak aku habis kahwin lah..tu pun dah bulan 10..alang² habiskan sampai bulan 12, tahun depan lah baru start diet..amacam.."  Jelas Wan sambil tersenyum.

"Ahahahaha..."

Cerita semalam tentang hari ini.

Sambil telinga sedang serap bunyi berkecamuk dari corong speaker juga hentakan padu drum, sambil adrenalin tidak jadi meluap, sambil jiwa terasa marah dalam keadaan parah, sambil tenaga semakin hilang ketika tangan kuat menojah kearah tali gitar dan lalu berhenti, aku dengar kata² ini.

"Cibai lah..aku rasa perut aku dah makin besar lah..gitar main gitar aku rasa tak selesa sebab perut makin besar." Jelas Wan

Aku cantas " kenapa??"

"Yelah kau tengok ni..gitar akan kebawah kalau aku tak pegang head dia..ni mesti sebab perut dah besar ni..adoi" Decis Wan lagi sambil menggerak²kan posisi gitarnya.

Aku cuba memberi penyelesaian "Ahaha..kau turunkan sikit strap tu bagi kebawah..barulah selesa"

"Ahh.. dulu perut hang kecik ke?? aku tengok sama besar je dengan sekarang perut hang..nak bising² plak.." Cantas Man.


"Eh yeke???"  Tanya Wan.

"Kahkahkah..yelah same je..."

Aku norah jones, dia pula Dave Grohl #3

Thursday 24 June 2010

Apa beza bulat dan sfera.

Jika kau rasa apa yang kau miliki sekarang sudah cukup kuat untuk tunjuk pada semua yang kau sudah mampu untuk tongkat dunia, sila rujuk kata² dibawah.

Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself - Leo Tolstoy

Wednesday 23 June 2010

Magic bullet for me and her.

Kata-kata tanpa prolog.

Dulu orang cakap "hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri"

Aku pula cakap "Baik duduk negara orang ambil hujan emas dan bawa balik ke negara sendiri"

tapi sekarang bila ada orang cuba ulang semula kata² "hujan emas di negara orang, hujan batu dinegara sendiri, lebih baik di negara sendiri"

Aku akan cakap "sekarang ni, hujan batu pun ada orang rembat dan jual pada negara orang lain, jadi lebih baik kita cabut dari sini"

Teori aku sendiri.

Hari isnin akan dianggap hari paling menggembirakan buat kita semua bila 'public holiday' seperti hari raya Aidilfitri, Krismas, deepavali, Tahun baru cina atau hari² yang sama maksud dengannya jatuh pada hari isnin. Jika tidak hari isnin akan dianggap sebagai mimpi ngeri buat semua yang bekerja. Begitu juga dengan aku, hari isnin tidak ubah seperti hari paling gelap untuk memulakan setiap langkah untuk ke tempat kerja. Bila aku cuba fikir, rasanya hampir 80% pekerja disini mengalami gejala yang sama, iaitu malas untuk bekerja, kita lupakan tentang hari isnin, semua hari adalah sama melainkan hari cuti, tapi kenapa perkara ini sering berlaku. Cuba anda semua tanya balik pada diri masing² adakah anda berpuas hati dengan kerja yang anda lakukan setiap hari, bangun tidur awal pagi, bergegas ke tempat kerja, mula buat kerja tanpa henti, kadang² ada drama politik untuk jatuhkan orang semata² hendak kejar pangkat, kadang² ada seni 'tai chi' ditempat kerja dimana orang yang tertindas akan terus ditindas, ada yang buat kerja seperti anjing tapi bila dah siap orang lain yang dapat nama, kerja penuh dengan tekanan dan bebaban, bila cukup bulan gaji yang dapat tidak secemerlang yang kita bayangkan, tak sampai 5 hari semua gaji yang ada dah habis akibat bayar segala macam hutang piutang yang diri kita sendiri cipta akibatnya duit gaji yang kita dapat tidak pernah cukup. Aku tak juruskankan kepada semua pihak, tapi rasanya majoriti disini mengalami nasib yang sama. Tekanan kan?? Tapi macam mana kalau kita dapat kerja yang kita suka hendak buat setiap hari, contohnya Kamal suka memancing dan dia bekerja di syarikat pengeluaran joran atau memiliki kedai menjual joran dan menguntunggkan, Lisa suka sangat mengumpul clutch juga heels dan dia bekerja disyarikat 'design' heels atau mungkin menjadi penulis untuk majalah kecantikan dan gajinya lumayan, Azuan suka pada makanan yang lazat dan dia bekerja di restoran paling gah di kota sebagai pembantu chef dan banyak restoran² lain memerlukan khidmatnya sebagai chef , Mike suka pada muzik dan di bekerja sebagai ahli muzik sepenuh masa, ramai artis beli lagunya dengan harga yang tinggi Sarah amat suka membaca dan kerjanya sebagai 'proof reader' atau mungkin penulis mahupun editor, setiap buku yang dihasilkan pasti mencapai jualan yang membanggakan, manakala Bakri amat suka pada kamera dan kerjanya sebagai profesional photographer mampu berikan pendapatan yang tinggi kepadanya. Teori aku mudah saja, jika kita buat kerja yang kita suka pasti kita akan beri yang terbaik kepada kerja kita.

Berani untuk buat anjakan??

Sunday 20 June 2010

spaghetti in love.

Maaf, aku sedang gembira menikmati hidangan spaghetti yang rasanya paling 'mild' yang pernah aku makan dan ianya dimasak oleh 'super wife' aku..Damn.. Terbaik.!!!

Jadi tidak ada entri baru walaupun aku baru lepas tengok gambar perdana menteri pegang kucing parsi yang dibelinya dari karnival barangan buatan Malaysia.

Wednesday 16 June 2010

Dream about beautiful ballon.

Bila kau tak tenang, kau susah untuk menang,
Bila kau gembira, kau mudah untuk jadi seperti raja,
Moga hari esok ianya jadi milik kita.


Friday 11 June 2010

Adrenalin tersungkur.

Bila cerita pasal piala dunia, aku teringat lagi bagaimana Diego Maradona telah berjaya jadi aku punya superhero pada sekitar tahun 80an, untuk piala dunia tahun ni dia telah berjaya jadi jurulatih untuk pasukan Argentina, tapi bila ditanya tentang apa pasukan kegemaran aku, memang sudah jadi lumrah, mana² pasukan yang kuat, ada ramai pemain popular dan punya nilai² kormesil yang tinggi akan aku humban jauh², jadi pasukan pilihan aku tahun ini

Korea utara..

Bila kita tak nampak diri kita silap.

Ada orang cakap hidup seperti sebuah roda, ada yang cakap hidup seperti bola dan ada juga yang pandai² tambah hidup seperti 'rollercoaster', masing² punya definasi sendiri tentang naratif dan plot sesebuah kehidupan. Hari ini aku pula rasa kehidupan seperti sebuah permainan 'monopoly', dimana setiap pemain harus tahu selok belok untuk mengumpul duit juga harta, dalam pada masa yang sama juga mereka perlu berhati² dengan setiap denda yang ada agar tidak perlu bayar apa² kepada pemain lain mahupun pihak bank, siapa yang bijak bermain, akan terus kekal kukuh sambil bina empayar dan teruskan pusingan demi pusingan. Bagi yang kurang bijak, mungkin akan curi atau bersekongkol dengan pihak bank untuk dapatkan duit dan beli segala macam harta yang ada.

Jadi, bila ada yang cakap kehidupan ini tidak adil, aku rasa kalau kau duduk diam tanpa usaha memang sampai bila² pun kau takkan jumpa keadilan.

Wednesday 9 June 2010

Perbezaan Edith Wharton dengan kawan-kawan aku.

Edith Wharton pernah berkata
"There are two ways of spreading light, to be the candle or the mirror that reflects it"

Aku pula berkata
"Terima kasih pada rakan² yang beri banyak hadiah lampu dari Ikea pada hari perkahwinan aku, anda semua memang awesome..!!"

Kotak memori.

Kadang² kita tidak sedar, apabila setiap kali kita bercakap tentang prinsip dan etika yang kita pegang, ada orang² disekeliling kita akan simpan semuanya dalam kotak memori mereka, dan selepas beberapa tahun kita cuba cerita semula tentang prinsip dan etika tapi dalam keadaan yang sonsang serta berlainan arah, mungkin orang² disekeliling kita akan mula rasa mual dengan kita dan waktu itu baru kita sedar yang kita sudah kurang kawan juga kurang teman sebaliknya sedang kumpul lawan.

Jadi tak salah kan kalau kita cuba fikir dulu sebelum bercakap.

Tuesday 8 June 2010

Perfect sunrise for us.

Ini bukan iklan.

Dari hari pertama aku gembar-gemburkan tentang aku hendak berkahwin hinggalah ke saat dimana semuanya telah selesai, memang ramai yang memberi soalan² kepada aku tentang persiapan perkahwinan dan secara jujurnya setelah lalui segala macam warna serta pancaroba, aku akui, persiapan untuk sesebuah perkahwinan sangat² menakutkan, dari perkara kecil seperti inai dijari sampai ke urusan pernikahan, sewa pelamin, dekorasi barang² hantaran serta pembelian cincin hinggalah ke perkara yang besar seperti susun atur meja dan kerusi serta kanopi juga yang paling penting iaitu hidangan makanan untuk para tetamu yang hadir. Terlalu banyak aspek perlu diambil kira, contohnya makanan, perlu sedap dimakan, tidak rosak atau basi dan cukup untuk semua para tetamu yang hadir, jika tidak?? mungkin akan masuk kedalam kotak memori setiap orang yang hadir sampai bila². Perselisihan faham, lidah tergigit juga bermasam muka memang tak perlu dicerita. Aku tak sanggup hendak terangkan satu persatu, cuma aku rasa dapat timba pengalaman baru dan mampu untuk bagi sikit 'guideline' kepada sesiapa saja yang nak kahwin pada masa akan datang, dan ada juga timbul idea dari aku dan 'super wife' untuk jadi wedding planner, its a fun and cool things..trust me..

Jadi, bagi lelaki² yang malas nak ambil tahu tentang persiapan perkahwinan mereka sendiri dan biarkan bakal isteri mereka berkerja keras untuk siapkan semua benda mungkin sesuai untuk gunakan khidmat aku dan 'super wife' aku sebagai wedding planner. Sampai bila² pun orang akan ingat majlis kenduri kahwin yang paling cool yang pernah mereka hadiri.

Monday 7 June 2010

Tengahari yang sangat kecewa.

Setelah penat berlakon membuat kerja sampai pada waktu yang sepatutnya, perut aku telah memberi satu isyarat normal, biasalah bila keluar pada waktu pagi untuk pergi kerja dengan hanya menggigit sebiji epal hijau dan kemudiannya bilas dengan secawan kopi memang tidak mampu untuk buat aku bertahan sampai waktu tengahari. Jadi seperti biasa aku cuba ajak mana² rakan yang ada untuk sama² pergi makan tengahari.

"Weh bz ke..makan mane tengahari ni..? Tanya aku.

Dia jawab "ishhh aku malas dah nak makan, perut dah semakin besar ni.."

"La...rilek la makan sikit je dah la..perut aku pun besar jugak ni.." Cantas aku semula.

Dia terus menjawab "tak boleh..aku dah teruk terjalak ni..makan sampai lupe semuenye..skang ni lepas balik keje terus pegi gym..workout...!!workout..!!

"Apesal lah..." dengus aku.

Dalam keadaan binggung dia tanya " nape bro..??"

"yelah..nape korang hukum badan korang pegi gym, workout penat² sedangkan mulut korang tak kena hukum pun..padehal makanan masuk dari mulut korang..nape mulut tak kena hukum" Jelas aku.

"Ahaha..macam sial.."

hari Isnin, hari penuh dengan kecemasan.

Hari isnin, macam biasa semua orang kurang idea, kurang rajin, kurang tenaga, kurang gembira untuk pergi bekerja. Aku pula selepas dapat hadiah percuma cuti sakit lebih kurang 3 minggu akibat dari pembedahan kecil dan sambung pula dengan hadiah cuti kahwin selama seminggu benar² buat aku rasa bersemangat untuk mula bekerja pada hari ini, bukanlah kerana aku gila rindu pada suasana ditempat kerja mahupun dengan rakan² disana, cuma aku rasa otak dan minda jadi sangat tepu bila terlalu lama duduk diam dirumah. Jadi seperti biasa aku mula kan rutin harian pada pagi ini dengan segelas kopi yang aku bawa sendiri dari rumah kemudian hirup bersama² dengan asap dari American eagle, selain duduk dengan seorang rakan sambil mendengar segala rumusan tentang kerja dengan harapan aku akan lalui segala getir hari pertama ditempat kerja dengan tenang juga gembira, tapi sangkaan dan jangkaan aku meleset apabila boss aku buat panggilan dan bagi dua kerja serentak untuk dua operasi yang berbeza serta aku perlu berulang alik ke dua 'office' yang tidak sama. Pendek cerita aku dapat dua kerja akibat dari ramai yang ambil cuti kecemasan.

Damn.. kenapa aku??

Saturday 5 June 2010

Terima kasih

Kepenatan memang tak mampu aku luahkan melalui kata² mahupun tulisan, tapi apa yang pasti, segala²nya telah selesai dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua, lebih² lagi rakan² yang terdekat yang telah menjayakan majlis resepsi perkahwinan aku minggu lalu, terima kasih juga kepada semua sahabat handai serta saudara mara yang telah lama aku tidak jumpa tapi hadir sama untuk memeriahkan majlis. Its like a big gathering for us..

TERIMA KASIH semua..and i'm back on track now.

Nanti aku upload gambar lagi.

Jika aku Norah jones, dia pula Dave Grohl.











Foto ihsan dari Bakri
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law