Hari isnin akan dianggap hari paling menggembirakan buat kita semua bila 'public holiday' seperti hari raya Aidilfitri, Krismas, deepavali, Tahun baru cina atau hari² yang sama maksud dengannya jatuh pada hari isnin. Jika tidak hari isnin akan dianggap sebagai mimpi ngeri buat semua yang bekerja. Begitu juga dengan aku, hari isnin tidak ubah seperti hari paling gelap untuk memulakan setiap langkah untuk ke tempat kerja. Bila aku cuba fikir, rasanya hampir 80% pekerja disini mengalami gejala yang sama, iaitu malas untuk bekerja, kita lupakan tentang hari isnin, semua hari adalah sama melainkan hari cuti, tapi kenapa perkara ini sering berlaku. Cuba anda semua tanya balik pada diri masing² adakah anda berpuas hati dengan kerja yang anda lakukan setiap hari, bangun tidur awal pagi, bergegas ke tempat kerja, mula buat kerja tanpa henti, kadang² ada drama politik untuk jatuhkan orang semata² hendak kejar pangkat, kadang² ada seni 'tai chi' ditempat kerja dimana orang yang tertindas akan terus ditindas, ada yang buat kerja seperti anjing tapi bila dah siap orang lain yang dapat nama, kerja penuh dengan tekanan dan bebaban, bila cukup bulan gaji yang dapat tidak secemerlang yang kita bayangkan, tak sampai 5 hari semua gaji yang ada dah habis akibat bayar segala macam hutang piutang yang diri kita sendiri cipta akibatnya duit gaji yang kita dapat tidak pernah cukup. Aku tak juruskankan kepada semua pihak, tapi rasanya majoriti disini mengalami nasib yang sama. Tekanan kan?? Tapi macam mana kalau kita dapat kerja yang kita suka hendak buat setiap hari, contohnya Kamal suka memancing dan dia bekerja di syarikat pengeluaran joran atau memiliki kedai menjual joran dan menguntunggkan, Lisa suka sangat mengumpul clutch juga heels dan dia bekerja disyarikat 'design' heels atau mungkin menjadi penulis untuk majalah kecantikan dan gajinya lumayan, Azuan suka pada makanan yang lazat dan dia bekerja di restoran paling gah di kota sebagai pembantu chef dan banyak restoran² lain memerlukan khidmatnya sebagai chef , Mike suka pada muzik dan di bekerja sebagai ahli muzik sepenuh masa, ramai artis beli lagunya dengan harga yang tinggi Sarah amat suka membaca dan kerjanya sebagai 'proof reader' atau mungkin penulis mahupun editor, setiap buku yang dihasilkan pasti mencapai jualan yang membanggakan, manakala Bakri amat suka pada kamera dan kerjanya sebagai profesional photographer mampu berikan pendapatan yang tinggi kepadanya. Teori aku mudah saja, jika kita buat kerja yang kita suka pasti kita akan beri yang terbaik kepada kerja kita.
Berani untuk buat anjakan??
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
1 comments:
BELUM.
*sambung bertekanan* T___T
Post a Comment