Saturday 31 May 2008

cœur vide

Maaf Jiwa aku kosong, tiada entri yang ikhlas.

Thursday 29 May 2008

Selamat tinggal XXL

Malam tadi setelah tidak mempunyai keputusan untuk berbuat apa, aku telah diarahkan oleh mak aku untuk membuat housekeeping dibahagian tempat aku mengantungkan baju² yang selalu aku pakai, "Mak tengok semaklah, kau kemas sikit boleh??". aku menarik satu persatu baju yang aku rasa tidak perlu lagi aku pakai, hati aku gembira kerana baju² yang aku tarik keluar adalah jenis baju² yang bersaiz besar, badan aku sudah tidak perlukan lagi baju² itu, let it be a history. dalam hati aku hanya berbisik kegembiraan kerana aku hanya akan tinggalkan baju yang besaiz agak kecil dari baju besar sahaja di tempat aku gantungkan baju, jawapan yang aku dapat setelah menarik keluar semua baju besar adalah badan aku sebenarnya telah sedikit demi sedikit kehilangan kuasa untuk membesar, tetapi sebaliknya sedang bergerak perlahan² untuk mengecil, sekalung tahniah untuk aku, sebentuk terima kasih untuk emak aku sebab dah jarang masak makanan² yang mampu untuk mendorong aku makan banyak, sebutir penghargaan buat semua orang disekeliling aku sama ada tahu atau tidak yang aku sedang berhempas pulas berjuang menentang sifat² membesar didalam badan aku. Perjuangan ini tidak selesai lagi, aku perlu berusaha keras, bekerja dengan gigih untuk mendapat keputusan yang sepatutnya, terima kasih juga kepada Peter Walton yang memarahi aku kerana jatuh cinta pada junk food setelah putus harapan kepada nasi. Mungkin ada yang tidak paham tapi aku tidak peduli dan jika aku berjaya keperingkat terakhir dan memenanginya, aku pasti akan tulis sebuah buku tentang diri aku yang gigih berjuang menentang sifat² membesar didalam badan aku.
Akhir sekali terima kasih Sammi Cheng, i really love u.
Tapi bila aku tenung semula yang tinggal tergantung hanyalah baju² yang berwarna hitam, sudah tidak ada warna lain.

Wednesday 28 May 2008

Sex, Drug, Alcohol, Rock n Roll...

Aku amat penat hari ini tiada apa didalam kepala aku melainkan sebuah petunjuk tentang perkara yang bakal berlaku untuk tempoh 30 tahun akan datang bermula dari sekarang, maaf semua ini hanyalah sebuah khayalan yang mungkin jadi kenyataan, aku tidak berniat untuk buat semua manusia memikirkan tentangnya tapi haruslah berjaga² aku tidak pro siapa² cuma amat mementingkan keamanan dan kedamaian yang semakin pupus disekeliling kita. Gambaran yang aku dapat lihat setakat ini adalah.

Tunku Abdul Rahman - Pertama
Tun Abdul Razak - Kedua
Tun Hussien Onn - Ketiga
Tun Dr. Mahathir - Keempat
Abdullah Ahmad Badawi - Kelima
Najib Tun Razak - Keenam
Hishamuddin Tun Hussien - Ketujuh
Mukhriz Tun Mahathir - Kelapan

Jawapannya adalah Feudalism akan semakin berkembang dan kita akan semakin mengecil. Harap maaf aku tidak berniat untuk memesongkan fikiran semua orang.

Sebuah Episod putus harapan.

Malam tadi didalam sebuah jentera pemusnah alam, 4 manusia muda bebas menghirup udara malam, bebas kerana masih muda dan tiada siapa dapat menghalang jiwa mereka dari terus terbakar, sambil terdengar alunan lagu dari COLDPLAY - Yellow dan semua keempat mereka termasuk aku meluahkan perasaan sambil mengikut setiap bait² lirik yang keluar.
Look at the stars..Look how they shine for you...And everything you do..Yeah, they were all yellow..
kemudian beralih ke bahagian seterusnya dan keempat² manusia masih tekun menyanyi,
Your skin..Your skin and bones..Turn into something beautiful..You know, you know I love you so...You know I love you so..
Kesemuanya melemparkan perasaan kebebasan, aku dapat rasakan ertinya sambil american eagle dibibir, sambil tangan aku memutar steering kerea dari kiri ke kanan, dari atas kebawah dan tangan kiri aku pula bijak mengatur pergerakan untuk menukar setiap posisi gear disetiap posisi jalan, seraya kakiku juga amat mahir menekan brek apabila terpancar cahaya merah ditepi jalan yang dikeluarkan oleh sebatang tiang mampat dari besi keluli, masing² seperti tidak sabar untuk sampai kedestinasi yang dituju, setelah muka masing² dipancarkan dengan warna hijau yang dikeluarkan dari sebatang besi mampat ditepi jalan kaki ku pula amat bijak untuk menekan pedal minyak dan jentera pemusnah alam bergerak dengan lancarnya. Salah seorang mula bersuara.

"Bestkan layan lagu COLDPLAY ni, tenang je..ingatkan aku kat xgf akulah sbb die minat gile lagu ni.." Aji bersuara.

"Ceh..takde lagu lain ke yang die suke?? xgf aku pun suke lagu ni" Sahut Wan.

"Ahaha..Chris Martin buat lagu ni memang untuk awek² suke..tak payah nak heran.." Sampuk aku pula.

"Bukan awek je..mak aku pun suka,eheheh abistu mana pi awek hang Aji.." Sharman.

"Entah, aku dah lost contact..tu la sape suruh tak pandai masak macam mane aku nak jadikan die isteri" Jawab Aji dengan kejam.

"Kau nak wife kau macam mane?? aku suka yang tak reti nak marah²..kire cool lah..ahahah" Tanya Wan.

"Aku nak wife aku bile aku balik keje tunggu aku kat hall, pakai lawa² wangi² pastu ajak makan, dia yang akan suapkan aku makan..ehey...best kan.." Jawab Aji.

"Ushhh bosannye, tu zaman bapak² kite pilih isterilah..sekarang ni semue orang keje, kucing aku pun nak cari kerje..inikan pulak isteri kau nanti.." Jawab Aku.

"Weh..cite pasal bakal isteri kan aku suke perempuan yang pandai menyanyi sebab nanti malam² lepas penat bekerja boleh lawan karaoke..best gile.." Sharman.

"aha...aku suka bini aku pandai makan..ahah bukan pandai masak, nanti kiteorg bolehlah jalan malam² hunting for food..lagi best Man.." Jelas Wan pula..

"Weh..jahatnya hang Wan..aku pun nak yang camtu lah.." Jelas Sharman.

"Weh..aku suke perempuan yang perut berlipat..husshh mesti best..ahahaha" Aji.

"Kalau camtu aku nak cari perempuan yang tak reti masaklah..lagi best" Jawab aku.

"Ukk..?? nape plak weh?? bosannye tak reti masak..." Tanya Wan.

"Sebab bile die tak reti masak aku tak perlu makan, bolehlah diet sepanjang masa..ahaha ok tak??" Jawab aku.

"Gile..lah...boring nanti..makan maggi hari²" Aji.

"Takpe lain dari yang lain..baru relevan..ahaha" Aku.

"Ahh...mane² pun boleh lah..aku dah penat cari tak jumpe² pun..cis.." Sharman.

"Dah la..malas cite hal ni, aku tak nak kahwin" Aku.

"Eh makan² ade tak malam ni..ehehe" Wan.

Molekul indah #3

Aku melangkah masuk kedalam ruang yang amat gelap, bila aku toleh kebelakang aku masih mampu melihat keheningan cahaya dari luar sambil 2 orang askar tadi sedang berdiri, perasaan lega tiba² datang, namun bila aku toleh kehadapan tanpa diduga, tanpa dijangka keadaan didalam rumah yang gelap tidak lagi suram tetapi telah bertukar kepada keadaan yang amat tenang, keadaan tidak lagi didalam rumah tapi aku sedang berdiri dalam keadaan yang tidak pasti dimana belah kiri dan kanan aku adalah pepohon rimbun dengan keadaan yang amat berangin sambil aku dapat melihat dari jauh seorang budak perempuan kecil yang sedang mengayuh basikal sambil ditemani ayah dan ibunya, aku cuba menggerakkan langkah tapi masih tidak pasti kemana harus dituju. cuba cuba berjalan kearah budak kecil itu dan semakin lama aku melangkah baru aku dapat kesan yang sebenarnya kawasan aku berjalan itu adalah tempat tinggal aku, tapi keadaan amat lengang sekali, dimana semua orang yang lain. aku cuba mencari jalan untuk kerumah tapi fikiran aku masih samar² untuk mengingatinya. tiba² aku terlihat sebuah kereta berwarna biru berlalu terus dan yang aku pasti didalamnya adalah kawan aku Farid. aku cuba menjerit memanggilnya namun dia lansung tidak menoleh kearah aku malah terus laju meluncur. Aku menjerit memanggil Farid..!!! Farid..!!.. ternyata tidak berhasil, aku teruskan langkah aku, hingga aku dapat lihat sebuah kedai makan, namun tidak ada orang disitu melainkan Farid yang sedang duduk seorang diri, aku cuba mendekatinya tapi pelik kerana dia lansung diperasan yang aku didepannya, aku cuba menyapanya aku pegang bahunya tapi dia seperti tidak tahu tentang aku, seperti tidak nampak aku. Keadaan menjadi semakin pelik bila Farid lansung tidak pedulikan aku, keadaan menjadi semakin binggung bagi aku kerana perkara² begini berlaku didalam keadaan yang amat bercelaru. Aku cuba berbisik ketelinganya..

Bersambung...

Tuesday 27 May 2008

Orkestra no. 26

Entri kali ini adalah jujur tentang hati dan perasaan aku.

Kabus ribut indah berseri-seri.

Pagi ini aku hanya mampu terus tersenyum, aku sudah ada teori baru tentang perjalanan arena politik disini dari sekarang hingga 30 tahun yang akan datang. Ketika malam tadi Sharman menerangkan kepada aku yang setiap student medik akan ada subjek tentang tulisan buruk, membuatkan aku teringat semula kepada Nasra Zalia, tapak pertama ketika sampai di Dublin adalah sebagai pelajar perubatan tapi kini dia adalah seorang designer, Joe semakin runsing di swiss menantikan cahaya harapan yang sebenarnya semakin gelap untuk dia, apa pun aku harap dia berjaya memperoleh kehidupan dan aku disini akan terus mengekalkan senyuman.

Monday 26 May 2008

Champange Supernova

How many special people change, How many lives are living strange
Where were you when we were getting high?
Slowly walking down the hall, faster than a cannon ball. Some day you will find me
Caught beneath the landslide in a champagne supernova in the sky
Wake up the dawn and ask her why a dreamer dreams she never dies, Wipe that tear away now from your eye. Cause people believe that they're gonna get away for thesummer.
But you and I, we live and die the world's still spinning round We don't know why...
We don't know why...

Dying Tulips are grand.

Kehidupan ini tidak selalunya indah, namun kita masih boleh terus mencari keindahan, satu permulaan yang agak sempurna hari ini apabila keadaan amat lengang didunia aku, warna-warna kuning masih tidak kelihatan lagi tapi aku percaya aku akan atasi segala yang berlaku hari ini. Hari ini adalah hari yang terbaik untuk membuktikan yang diri kita adalah terbaik. Sempurnakannya saja.

Sunday 25 May 2008

Perjumpaan berdarah.

Petang ini sebuah band metal yang datang dari Helsingborg,Sweden SOILWORK akan datang beraksi di kota Kuala Lumpur, walaupun aku telah berjanji yang aku tidak akan ke Kuala Lumpur lagi, maaf hari ini aku akur, kerana ramai rakan² yang telah call dan ada yang sms suruh datang, ianya seperti perjumpaan berdarah. Tapi bukanlah datang dari darah kambing yang sering digembar-gemburkan oleh media² jahanam tanahair, kepada sesiapa yang baca entri ini tolong bukakan minda seluas-luasnya, kami ataupun peminat muzik metal bukanlah manusia² yang menyembah berhala mahupun minum darah kambing, kami adalah golongan manusia² yang jujur dan ikhlas dengan cara kami yang tersendiri, kami hanya minum darah orang² kaya, darah ahli² politik yang makan rasuah, darah orang² yang menipu. Manusia² begini yang sebenarnya memakan darah, darah anak bangsanya sendiri, dan untuk menutup segala kesalahan dan takut dikorek oleh media² jahanam mereka telah membayar sejumlah kehendak demi menutup bau² kejahatan dan cara yang paling mudah adalah dengan mengalih cerita dan berita dari kes makan rasuah kepada golongan pemuda yang menyembah syaitan sambil meminum darah kambing, walaupun sebenarnya kami hanya mendengar METALLICA dan berbaju t-shirt hitam. Aku akan terus tetap dan teguh seperti aku membiarkan apa saja jenis bunyi meresap kedalam minda aku melalui telinga sama ada SOILWORK, MEGADEATH, AS BLOOD RUNS BLACK mahupun CASSANDRA, sama ada THE CARDIGANS, THE STROKES, RADIOHEAD ataupun SONIC YOUTH, sama ada BAD RELIGION, THE CURE, THURSDAY , ALEC EMPIRE mahupun TAKETHAT atau NEW KIDS and THE BLOCK aku tetap jujur menerima dan akan terus ikhlas berjuang.
Pengikut metal tidak semestinya perlu memakai t-shirt hitam dengan logo² yang menakutkan, mat metal juga boleh berpakaian kemeja putih mahupun merah jambu, kerana tiada tertulis dimana² sanskrit. Muzik metal bukan satu agama.

kepada sesiapa yang tidak dapat hadir, insyaAllah aku cuba sediakan review.

Kita semakin berjaya.

"Indahnya bumi kita ini, warisan berkurun lamanya..
Air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang..."

Gambaran yang semakin jelas aku lihat adalah seperti bait² lirik diatas. Tahniah semua, kita semakin hampir untuk berjaya. Teruskan usaha kita dan bersatu padu memberikan bumi yang dipijak ini kepada orang lain.

Molekul indah #2

Dan terus binggung, aku teruskan langkah perlahan yang tiada hala untuk dituju, sambil mencari paksi² magnet, aku merenung jauh bulatan matahari yang merah menyala sedang bersiap sedia untuk turun kebawah, aku semakin resah kerana hari akan gelap dan aku masih terus disini sendiri mencari jawapan yang aku sendiri pun tidak tahu soalannya, tapi yang nyata bila aku toleh kebelakang semuanya sudah dipadam, semuanya hilang, aku rasa seperti ada orang sedang memerhatikan aku, oh tidak bukan memerhatikan aku tapi mengawal aku. sambil berjalan dalam keadaan yang tidak pasti dengan nadi yang amat lemah dari jauh aku terlihat seorang budak perempuan memegang anak patung duduk seorang diri ditepi unggun api, dia kelihatan amat menyedihkan, airmatanya berlinangan aku cuba mendekatinya, aku tanya siapa dia dan dari mana datangnya dia, budak itu tidak mengeluarkan kata² tapi hanya mampu menggelengkan kepala, aku jadi semakin binggung, kenapa aku harus ada didalam dunia ini, aku amat sedih melihat budak kecil ini yang hanya mampu duduk diam sambil matanya menampung kesedihan, aku ajaknya berjalan mencari kepastian dia hanya terus menggelengkan kepalanya, aku tidak mampu untuk tinggalkan dia seorang diri, lalu duduk disitu menghabiskan waktu senja. Tiba² aku terdengar satu bisikan yang amat menakutkan hinggap ditelinga aku, "Apakah dosa yang telah kau lakukan hingga kau dicampakkan kesini" aku terkejut dan takut aku cuba toleh kesisi aku tapi tiada apa disitu.
Tiba² aku terlihat satu cahaya yang amat terang menyuluh aku dan datang 2 orang askar beserta senjata mendekati aku, disuruhnya aku bangun, aku seperti biasa dalam keadaan binggung, askar itu menundingkan senapangnya kearah aku dan aku bingkas bangun, tanpa berfikir diheretnya aku menuju kesatu tempat aku hanya mampu toleh kebelakang melihat budak perempuan kecil itu tidak henti² mengeluarkan air mata, dan lama kelamaan hilang dari pandangan mata. Aku terus diheret hingga terjumpe sebuah rumah batu yang amat buruk, kedua² askar itu memaksa aku masuk kedalam rumah itu, tapi kenapa aku perlu masuk?. Salah seorang askar itu berkata dalam bahasa Jerman "gehen und alles klar, wir warten Sie hier" yang membawa maksud, "pergi selesaikan apa yang sepatutnya kau selesaikan, kami tunggu disini". Aku terus melangkah perlahan menuju kearah pintu rumah buruk itu, semakin lama semakin aku mendekatinya, perasaan aku bercampur takut, sedih, pelik dan macam² lagi, bila aku toleh kearah dua askar itu mereka hanya angguk dan suruh aku meneruskan langkah, tanggan aku sudah pun bersedia untuk menolak daun pintu dan perlahan² aku gerakkan, keadaan agak gelap, perasaan semakin takut...

Bersambung..

Dont slow me down.

Malam tadi selepas menghabiskan masa di OneCafe Club, setelah meluahkan perasaan dipentas aku dan yang lain² menghayunkan kaki ke tempat makan dan minum sambil melepaskan lelah masing² dengan kegiatan ikhlas dari hari pertama sampai kelima, kami bergurau senda, gelak ketawa, senyum sambil berpegan tangan pun ada, melihat manusia² lain, menyuap makanan, menghilangkan dahaga kasih sayang dan sebagainya. Selepas makan masing² akan meneruskan aktiviti dimalam minggu, ada yang akan mabuk bersama² air cinta, ada yang akan meluaskan fikiran dengan muzik² bising, ada juga yang akan terus mencari kebebasan, ada juga yang akan bertengkar menegakkan keadilan, tapi aku dan Bob hanya menuju laju untuk pulang kerumah. Bob sukar untuk meluahkan kata² dan aku sering menggunakan kaedah monolog dalaman jika ingin bersembang dengan Bob. Dia tanya kenapa aku tak teruskan kehidupan malam, aku cakaplah aku lebih suka menghabiskan masa bersama² John Alagia dan Bjork dirumah, aku tanya kenapa kau tak buat benda yang sama, dia cakap dia nak siapkan assignment yang bertimbun², kemudian aku tanya lagi ke sebab kekasihnya tak bagi balik lewat?? dia hanya tersenyum, aku gelak dan cakap Bob..Bob..hidup ini terlalu indah untuk dinikmati tidak perlu kawalan, tidak perlu paksaan, terbanglah setinggi mana pun dan biarkan ianya melayang tanpa batasan. Setiba dirumah aku lemparkan diri sambil terus merenung syiling tapi kali ini aku sudah tidak letak tangan didahi lagi. Menyerap lagu² dari Bjork, John Alagia, Toki Asako, Matt Costa, KT Tunstall dan lain² sambil terus berfikir dan berfikir (maaf Sasha aku masih tidak mampu untuk tidak berfikir)
aku coretkan, aku rangka kan dan aku hitam putihkan segala inspirasi dan ianya akan dipentaskan bersama warna² indah tidak lama lagi.

'Aku pembanteras virus cinta agung'

Saturday 24 May 2008

She dreams in color, she dreams in red.

Waiting, watching the clock, its four o'clock, its got to stop. Tell him, take no more, she practices her speech. As he opens the door, she rolls over Pretends to sleep as he looks her over. She lies and says shes in love with him, cant find a better man...
She dreams in color, she dreams in red, cant find a better man...Cant find a better man. Talking to herself, theres no one else who needs to know She tells herself, Memories back when she was bold and strong and waiting for the world to come along. Swears she knew it, now she swears hes gone. She loved him, she dont want to leave this way. She feeds him, thats why shell be back again.
Cant find a better man

Better man - PEARL JAM

Bendera aku berwarna pelangi.

Dulu sewaktu aku kecil aku ada seorang sahabat yang amat aku sayang, amat aku suka, Aku panggilnya Ah Chun, dia adalah seorang yang berbangsa cina, kami amat rapat, kami selalu bermain bersama² tidak kira apa jenis permainan pun kami tetap akan bermain bersama, Ah Chun tinggal tidak berapa jauh dari rumah aku, dia selalu menghabiskan masanya dirumah aku, aku tidak pernah bersikap prejudis atau sebaliknya dekat Ah Chun, aku betul ikhlas berkawan dengannya, emak dan ayah aku juga amat rapat dengan keluarga Ah Chun, jika dia berada dirumah aku kami selalu makan bersama² sehinggalah dia pun akan baca Bismillah ketika hendak makan, lama kelamaan doa makan pun dia boleh menyebutnya, tidak perlu cheong chee fun, tidak perlu bak kut teh dan yang paling menarik Ah Chun tidak boleh makan babi kerana dia alergi dengan daging babi, setiap hari aku akan habiskan waktu petang bersama Ah Chun, pada ketika itu aku tidak lansung memikirkan masalah warna kulit, perbezaan agama dan budaya. Aku amat gembira hidup didalam dunia yang sebegitu, kawasan tempat tinggal aku memang dipenuhi dengan pelbagai kaum baik cina, india, melayu, serani, mahupun sikth, mahupun lain-lain. Kami hidup dengan aman dan gembira, tiada sebab untuk mengkhianati diantara satu sama lain, tiada sebab untuk dengki mendengki, tiada sebab untuk memusuhi diantara satu sama lain, aku juga masih ingat dengan uncle Dorai iaitu seorang jejaka India tetapi telah jadikan bapa aku sebagai abang angkatnya, mereka tidak pernah fikir tentang warna kulit, uncle Dorai juga selalu datang kerumah menghabiskan waktu hari minggu bersama bapa aku dan juga menikmati masakan ibu aku, tidak perlu Tosai ataupun capati, tidak perlu kari ikan mahupun susu pekat tairu. Uncle Dorai akan makan apa saja yang emak aku masak walaupun sambal petai, aku memang kecil ketika itu, aku hanya tahu hendak bermain, bergembira, pergi sekolah tadika dengan kemas balik sekolah tadika dengan libang libut, tapi aku tau makna kehidupan pada ketika itu. Aku juga masih ingat pada keluarga uncle Javinder Singh, keluarganya juga amat baik dengan emak dan ayah aku, aku juga masih ingat dengan Rani Kaur anak perempuan uncle Javinder Singh. Aku juga masih ingat pada suatu hari dimana keluarga Javinder telah memberikan segala peralatan perabot dirumahnya kepada jiran² yang bersebelahan termasuklah keluarga aku kerana mereka hendak berpindah ke Canada, aku juga telah terputus hubungan dengan Rani Kaur sehinggalah kehari ini, setelah aku dan emak pindah ke tempat lain aku memang amat rindu saat² gembira pada waktu itu. Kini hidup aku sudah tidak seperti dulu, memang aku masih gembira walaupun terluka tapi apa yang pasti pada waktu ini kehidupan yang aku lihat sudah tidak seperti dulu lagi, ianya sudah bertukar menjadi "kau..kau, aku..aku". Kita sudah tidak duduk didalam satu negara yang bertuah lagi, kita terlalu pentingkan tentang warna kulit setiap orang, kita sudah tidak mahu berada didalam alunan irama yang sama, kita semua sudah jauh berbeza. Aku amat kecewa. Kenapa kita perlu bersikap kejam diantara satu sama lain, dan aku janji jika aku seorang Raja atau Agung aku akan pastikan perkara ini tidak berlaku, aku akan pastikan setiap kawasan pola penduduk akan dipenuhi dengan pelbagai jenis manusia dan berbilang warna kulit. Aku akan tukar bendera dari warna merah biru putih dan kuning kepada warna² pelangi indah yang terbit selepas hujan pada waktu petang. Aku janji..

Friday 23 May 2008

Aku ke Aku..??? # 1.3

Semua orang menyimpan impian untuk menjadi seorang yang banyak duit, kaya, berharta, bagi manusia² yang sudah sedia banyak duitnya ataupun telah dilahirkan dari kekayaan pula pasti akan cuba untuk menambah kekayaan mereka. Lihatlah Bill Gates hari ini dia akan mempromosi satu software baru, esok dia akan keluarkan virus baru dan lusa dia pasti akan lancarkan anti-virus pula, semuanya untuk apa?? untuk kekayaan. Bagi aku manusia robot yang hidup sebagai sederhana juga menyimpan impian untuk menjadi seorang yang kaya dan berharta. Tapi aku tidak perlukan kuasa kerana ia mampu untuk memadam setiap data tentang erti kesusahan.

Kenapa perlu ada entri ini..??

Esok Petang ketika aku sedang menghirup kopi sambil bertemankan Amerikan Eagle, ketika minda aku penuh dengan tanda tanya, sambil mata aku melihat 2 ekor anak kucing berkejaran dan menari kegembiraan dibawah meja, sambil aku cuba untuk memahami isi hati seorang rakan yang duduk didepan aku, aku cuba berfikir untuknya tapi aku tidak mampu lalu aku tanya.

"Eh kenapa aku tengok kau serabut je sekarang ni??" Aku.

"Entahlah, keje banyaklah, aku tak mampu nak siapkanlah" Aji

"Keje yang mane tak siap??" Aku.

"Biaselah keje aku tu lah..hari² org push nak cepat, semue main suruh je, main nak pakse je, ingat aku ape??? cibai..!! aku nak berhenti keje, aku nak quit..i'm quit..!@#$%^&*" Jelas Aji.

"Huh??? dari hari tu cakap nak berhenti..so cabut jelah..this is time for revenged baru diaorang kelam kabut.." Aku.

"Yes aku akan berhenti, esok aku jumpe boss aku depan² and then bagi yang aku dah bosan keje dengan die, aku dah tak tahan macam ni, aku boleh hidup tanpa keje dengan company die..aku akan cekak leher die..pastu aku nak bagi hadiah penumbuk..

"Bagus..macam tulah, jangan lupa korek hidung sekali..ahaha"

"Memang pun..tengok lah esok Ishh..aku memang nak berhenti, surat berhenti pun aku dah buat," Jelas Aji lagi.

Tiba² terdengar bunyi deringan fon

"Allo..yes..ha..ok..ok..u tunggu jap lagi i sampai ye..ok..takecare.."

"Eh aku kene bla dulu la pegi ofis jap,nanti aku jumpe kau lagi lah" Aji

"Oit kate nak berhenti keje..get lost lah semue.." Tanya aku

"Ehehe..aku tak jadi berhentilah.." Jelas Aji.

"Nape pulak??" Tanya aku lagi.

"Boss aku skang ni dah bagi aku sorang assistant awek cun buat praktikal, aku lemahlah..eheheh" Jelas Aji.

"Kirim salam kat boss kau..kalau ade budak praktikal lagi antar kat opis aku skali..
dapat lelaki lagi best..ahahah"

A closed mind is wonderful thing to loose #2

Aku benci manusia tidak berfikir sebelum membuat apa² tindakan seperti meluahkan kata². Aku benci manusia yang terlalu rasa dirinya seperti malaikat yang sentiasa sempurna dan tidak mahu memikirkan setiap kesalahan yang pernah dilakukan. Aku benci manusia yang terlalu memikirkan kepentingan diri sendiri. Aku akan terus benci manusia² yang tertulis didahinya dengki. Maaf aku akan padam kau.

Regina Spektor is back...!!!

Setiap pagi selepas aku bangun dari tidur dan sedang bersiap untuk ke tempat kerja aku pasti akan perdengarkan lagu 'Snow Brigade' dari MEW ianya seperti sejenis dadah vallium yang mampu untuk memberikan nafas baru, semangat baru dan juga keyakinan baru. Jika aku tak dengarnya aku seperti hilang kawalan, aku seperti tiada tumpuan dan amat tidak bersedia, aku sejenis manusia robot yang tidak mampu untuk buat orang tersenyum, aku mempunyai sifat dimana kadang² jika aku tidak bercakap aku akan terus tidak bercakap, tetapi jika bercakap aku akan amat tidak pasif untuk bercakap, dan selalunya akan jadi begitu dengan manusia yang aku kenal, dan juga manusia yang aku tidak kenal. Kehidupan ini memang penuh makna yang tersurat dan tersirat, namun yang paling pasti ianya haruslah diteruskan walaupun sebenarya sudah tiada jalan untuk dilalui, ini bermakna kita perlu untuk menciptanya sendiri, dan aku sedang kearah itu. memang masih banyak tanda tanya tetapi ianya akan dikupas sedikit demi sedikit, mungkin ramai yang agak pelik dengan apa yang cuba aku terangkan, tapi biasalah hidup ini penuh dengan makna yang tersurat dan tersirat, begitu juga denga tulisan didalam blog ini penuh dengan unsur² tersurat, tersirat yang amat berselirat. Tapi aku yakin lama kelamaan semuanya akan paham dan mengerti.
Jangan jadikan kehidupan anda sama seperti sebuah roda, kerana lambat laun ia pasti akan menjahanam kan hidup kita, lupakan pepatah ini. Jadilah seperti seekor burung yang mampu terbang bebas kemana² dalam keadaan cuaca yang amat tenang tanpa ada batasan mahupun halangan. Aku percaya, aku pasti dan aku yakin tiada siapa yang mampu menghalangnya.

Thursday 22 May 2008

Molekul indah

Sudah beberapa malam aku mengalami mimpi yang buruk tapi sama, mimpi dimana bila aku terjaga dari tidur pada waktu petang rumah aku sudah tiada bumbung yang tinggal hanyalah dinding² yang menanti waktu untuk jatuh, lantai telah bertukar menjadi pasir yang berlalang, angin kencang bertiup melepasi setiap jendela yang ada, aku hilang kawalan, aku bingkas bangun dalam keadaan yang pelik mencari mak tapi tiada walaupun sayup aku masih mendengar suaranya namun makin lama makin jauh dan hilang, kucing² yang selalu berkeliaran didalam rumah aku pun sudah tidak kelihatan lagi, yang aku dengar cumalah bait² lirik dan alunan lagu, aku berjalan tanpa arah kesetiap ruang yang ada tapi tidak dapat melihat apa², suasana amat cerah dan berangin kedengaran diluar pasir sedang beterbangan sambil berbisik. aku cuba mencari jalan keluar dan apabila aku buka pintu yang aku dapat lihat hanyalah kawasan yang amat suram tiada penghuni dan yang tinggal hanyalah kain jemuran yang beralun² diampaian kerana ditiup angin, aku menjadi semakin pelik dan terus melangkah keluar, fikiran aku amat bercelaru tapi penuh dengan hasrat ingin tahu. Setiap langkah yang aku cipta pasti menjadi tanda tanya kerana aku tidak pasti apa yang sedang berlaku disekeliling aku, semakin jauh aku melangkah dan bila aku toleh kebelakang sedikit demi sedikit gambaran dinding rumah aku hilang, aku jadi amat pelik, setiap langkah yang telah aku lepasi juga akan bertukar menjadi gelap, dihidung aku ada terbau seperti air laut berada dekat depan aku, tapi mata aku amat sukar untuk memastikannya. Terus berjalan adalah objektif aku, dan dari jauh aku terlihat sepasang kekasih yang sedang berlari² kegembiraan sambil berkejaran ditepi pantai, aku cuba untuk mendekati mereka, aku ingin lari tapi aku tidak mampu, badan aku amat lemah, aku cuba untuk jerit tapi tiada apa yang boleh aku lontarkan, aku seperti tidak mampu untuk menjerit. Aku semakin bingung..

Bersambung..

From Humanoid to Android.

Aku ada terima pelbagai reaksi dari rakan² yang pernah mengenali aku dan diantara persoalan yang ditanya adalah tentang luahan yang tertulis di dalam blog ini. Kenapa tidak banyak info mahupun review ataupun artikel tentang muzik, mereka kata aku sepatutnya menulis tentang muzik kerana itu adalah kehidupan aku. Ada yang pelik, ada yang sangsi tapi sebenarnya aku masih akan terus begini, terima kasih kerana mengajukan soalan seperti itu dan aku akan cuba kupas satu persatu, aku tidak pernah lupa cuma mungkin terlalu kecewa. Tetapi itu semalam, hari ini aku tidak kecewa lagi. Aku sedang sibuk dengan dunia yang aku cipta dan mungkin aku akan jemput semua orang melihat dunia aku nanti, dunia yang penuh tanda tanya, dunia yang kita mampu untuk menggapai bintang dan bulan tanpa perlukan roket. Ramai yang tidak faham, ada juga yang tidak mahu faham, tapi semua orang akan tahu nanti.
Aku masih Rock..

MOLEKUL INDAH sebuah karya ikhlas dan jujur dari aku untuk pemilik jiwa yang sedang berkecamuk, akan difilemkan didalam setiap minda manusia tidak lama lagi.

A closed mind is a wonderful thing to loose

Selamat pagi dunia yang aku cipta. Dunia yang penuh harapan, dunia yang tiada keamanan, tapi penuh dengan ketelusan dan ketulusan.

Wednesday 21 May 2008

Dialog Ikhlas tapi jauh.

Pagi tadi selepas mandi sambil menyerap lagu dari SUNNY DAY REAL ESTATE aku teringat satu dialog.

"Eh kenapa Mahathir keluar UMNO??" tanya Aji.

"Sebab UMNO dah tak best.." Aku.

"Maksud kau dah tak relevan lagi ke??" Aji.

"Lebih kurang macam tu lah.." Jawab aku.

"Macam mane nak bagi jadi relevan" Tanya Aji.

"Patut ajak Britney Spears atau Shakira join UMNO barulah relevan" Jawab aku.

"Biar betul?? kalau ajak Johnny Depp boleh ke?" Aji.

"Sesuai sangat untuk Puteri UMNO..Shahrukh Khan pun ok.." Aku.

"Ahahaha..macam tu Aishwarya Rai pun boleh Join lah.." Tanya Aji.

"Aishwarya Rai aku rase tak boleh lah sebab PAS dah ajak die join PAS dulu..ahahaha" Jawab aku.

"Habis tu siape lagi sesuai ek??" Tanya Aji.

"Ajak Michael Jackson pun ok..tak pun Jakie Chan" Jawab aku.

"Hancur sial UMNO, tapi betullah bila ramai international artis join baru popular UMNO, silap² orang putih pun join UMNO.." Aji.

"Barulah relevan, barulah ekonomi meningkat diaorang taknak kaji bende ni semua.."

"Lagi siapa yang patut diaorang panggil??" Tanya Aji.

"Tiger wood pun ok, baru betul perjuangan UMNO, main Golf..ahahah"

sinikal #7

Malam tadi sambil menghabiskan masa bersama Fairus, aku membuat perlbagai rumusan dan carta tentang kehidupan yang telah berlalu serta yang bakal ditempuhi oleh aku dan dia, Fairus membuang pelbagai persoalan dan tanda tanya yang aku pun tidak pasti jenis jawapan yang bagaimana harus aku beri. Sambil memerhatikan manusia² lain lalu lalang dengan jentera pemusnah, ada yang duduk berbincang tentang pelbagai perkara, ada yang sibuk meluahkan perasaan cinta, ada yang duduk fokus pada makanan yang hendak dimakan, ada yang termenung, ada ketawa berdekah² tapi apa yang pasti Fairus perlukan jawapan. Perlukah dia berkahwin awal dengan pasangan yang dia sayang semata² pasangannya hendak sambung belajar ke oversea. Aku tidak yakin sebenarnya dengan keputusan yang dipilih oleh nya kerana bagi aku perkahwinan bukan seperti membakar rokok dengan menggunakan mancis ataupun membuka penutup botol sos, dan kadang² ianya tidaklah sesukar seperti hendak menerbangkan sebuah kereta yang tiada sayap seperti didalam klimaks cerita Hishamudin Rais "Dari Jemapoh ke Manchestee". Namun apa yang pasti bagi aku Kahwin bukanlah azab ketika membuat persiapan tapi ianya adalah permulaan kepada pengakhiran.

"Kau dah fikir betul² ke hal ni?? its not too easy dude.." Aku

"Thats why lah nak mintak pendapat ni" Fairus.

"Its like a game over story, kau paham tak maksud aku??" Aku

"Game over?? tak paham, Eh abang bila pulak nak kahwin" Fairus.

"Ahaha..i'm not ready for game over story so forget it.." Jawab aku.

"Tak pahamlah ape yang game over??" Fairus.

"Apelah kau ni,aku penatlah nak terangkan, kalau kau sayang dekat dia hari ini, bermakna kau kene sayang die walaupun sampai ada kucing yang bukan sahaja ade tanduk tapi dah mampu terbang sampai kebulan..kau paham tak ni?? u too young for this la dude..aku rase kau ni main² je ni..dont get so serius, nape kau takut she left u after this??" Aku.

"Something like that la, memang susah pun tapi aku cintakan dia" Fairus.

"Kau jangan ingat hari ini kau cintakan dia, tapi lagi 4 tahun kau akan cakap kau dah boring dengan die..silap² lagi 6 bulan. Belajar dulu lah weh..trust me nothing left too loose.." Jelas aku lagi.

"Payah la Bang, its all about love" Fairus.

"Nope, cinta agung dah tak mampu bagi ape² pun sebenarnye ni bukan zaman Romeo and Juliet, ni zaman Romeo must survived, kau paham ke tak ni?" Aku.

"Ok Romeo must survived, nak kene ada pedang tak?? ahahaha" Fairus.

"Bukan pedang, orang pakai particle canon sekarang ni" Aku

"Bukan bang reaktor gelung macam IRONMAN" Fairus.

"Thats it, balik ni kau cuba check dalam bilik kau, or tanye mak kau, ade simpan lagi tak barang² mainan waktu kau kecik² dulu, kalau takde pegilah beli yang baru and kau mainlah puas², bulan depan jumpe aku balik ye..ahahahah" Aku.

Tuesday 20 May 2008

sinikal #6

Maaf tiada entri baru kerana aku gembira hari ini.

Viva la Mahathir.

Ramai terkejut, ada yang kecewa, ada yang menyokong, ada yang membantah, ada yang ambil kesempatan, ada yang cakap "lantaklah, kite macam ni jugak", ada yang sedih, ada yang benci tapi itulah hakikatnya, Dr.Mahathir keluar UMNO. Aku agak terkejut tapi buat² tidak terkejut cuma dikepala bermain dengan pelbagai tanda tanya. Adakah ianya akan mengubah apa², kesan yang macam mana akan berlaku.Nah itu semua tidak penting aku cuma mahu tahu bila hidup disini mahu sempurna, bila hidup disini tiada kecewa, senang cerita bila harga beras nak turun, tol nak turun, sardin setin pun nak turun, polis,bomba badan² kerajaan tak makan rasuah lagi bila tu semua akan berlaku??. Aku memang tak makan nasi, aku tak sepatutnya peduli pun tapi manusia² lain amat memerlukan. Manusia² yang makan rasuah juga perlukan. Cukuplah berpusing² aku dah bosan dengan drama cerekarama ini semua. Bukan aku tapi semua mahukan ketelusan dan ketulusan. Aku tidak akan maafkan semua orang yang terlibat ketika mereka mencari aku dihari penentuan nanti. Percayalah aku tidak akan.

"Takkan Melayu hilang didunia" - Hang Tuah (aku sokong kau Hang Tuah tapi jenis melayu yang macam mana takkan hilang kat dunia ni..)

www.chedet.com

0743hrs

Hari ini atau lebih sesuai pagi ini, hati aku berasa amat gembira, aku seperti seorang pemain badminton dari China yang dapat menjulang Piala Thomas beberapa hari lepas, aku seperti seorang penyanyi yang berjaya memuaskan hati berpuluh² ribu penonton yang menghadiri konsert Coachella music festival, aku seperti Khairi Jamaluddin yang berjaya menang kerusi diRembau, aku seperti seorang pemancing yang baru berjaya dapat ikan yang amat besar dengan hanya menggunakan umpan cacing, aku seperti seorang tukang masak yang telah memasak makanan untuk Raja dan Raja itu amat memuji masakan aku walaupun dia tidak tahu apakah nama masakan aku. Aku seperti seorang ketua Polis Negeri yang berjaya mendapat suapan puluhan ribu ringgit. Aku amat gembira hari ini, aku hanya mampu senyum hari ini. Kejayaan paling gemilang dan cemerlang bagi aku hari ini adalah kerana berjaya sampai awal ditempat kerja.
Yess..!!

Hujan emas dinegara orang hujan batu dinegara sendiri, lebih baik hujan dinegara sendiri.

"Aku nak tinggalkan malaysia lah, sini panas sangat lah, aku dah boring gile kat sini" Wan.

"Sini memang panas nak buat macamane?" Aku.

"Tulah, tapi selain dari panas aku memang dah boringlah kat sini, aku nak blah lah..jomlah ikut aku." Jelas Wan.

"Its not too easy dude..tapi kalau kau nak blah..nak pegi mane??" Tanya aku lagi.

"Tempat yang takde makanan..aku nak diet lah..tolong lah aku.." Jawab Wan.

"Africa is the best place..Lubnan also can.." Aku.

"Huhu..ok gak la tu.." Wan.

"So serisu lah ni nak pegi, target bile??" Tanya aku lagi.

"Eh bihun sup ada jual tak kat sane..eheheh" Wan.

Hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri, lebih baik hujan di negara sendiri. Tapi jika aku lebih baik duduk dinegara orang tadah hujan emas dan bawa pulang emas ke negara sendiri.

Monday 19 May 2008

Dilema seekor kucing.

Aku ada banyak kucing, tapi dalam ramai² tu aku paling suka dengan seekor kucing jantan yang aku panggil dengan nama 'demok' sebab dia adalah seekor kucing yang amat gemuk,tampan lagi comel. Kehidupan kucing aku amat mewah seperti jejaka kacak yang berharta, setiap hari dia tidak akan duduk dalam rumah dia selalu keluar dating dengan ramai gf, dia adalah seperti seorang playboy, aku gembira melihat dia kerana setiap hari jika terserempak dengannya dia akan senyum dekat aku, biasalah seekor kucing jantan yang hidup senang lenang dikelilingi ramai gf, semua orang akan happy kalau jadi macam kucing aku si demok. Lepas bangun tidur dia akan keluar rumah dan tidak balik sampai lah lewat pagi, kehidupan sosialnya terlalu urban bagi seekor kucing, dia terlalu liar. Sehinggalah beberapa hari yang lalu sampai ke hari ini aku pelik melihat demok, setiap kali bila aku pulang ke rumah dia pasti akan ada bersama² dengan mak aku dirumah,aku tanya "Demok, kau tak keluar ke?" dia geleng kepala bila waktu malam pun dia tak keluar rumah, aku tanya lagi "Kau tak pegi clubbing ke malam ni" dia hanya geleng kepala, sehinggalah tadi aku cuba berbincang dengannya manalah tahu kalau² dia mempunyai masalah.

"Eh kenapa sejak akhir² ni kau tak keluar rumah??" Aku

"Malas, aku dah bosan hidup macam ni.." Jawab Demok.

"Ha..?? Malas duduk diam² tak buat kerja, orang bagi kau makan banyak tiap² hari pun kau malas ke?? kau nak jadi apa ni?? Tanya aku lagi.

"Tak taulah, aku nak cari kerja, aku nak kahwin, aku nak ada anak, aku dah insaf, aku taknak jadi liar lagi.." Jawab Demok.

"Ahahahaha...jahanam punya kucing.." Aku

Sunday 18 May 2008

A bowl of salad atau daun salad #3

Diet yang terbaik adalah makan kacang pada waktu tengahari dan makan pringles pada waktu makan malam, ada yang cakap diet yang terbaik adalah jika kita ditinggalkan oleh kekasih ataupun pasangan hidup, ada yang beritahu diet yang terbaik adalah tidak makan atau lupa makan sewaktu kita sedang sibuk siapkan assignment yang berlambak². Tapi bagi aku diet yang terbaik adalah sewaktu duit poket atau wallet kita semakin tebal dengan not rm1 dan bukannya not rm50 dan jika kita tengok pada kalendar baru menunjukkan 15 haribulan ataupun 7 haribulan setiap bulan.

Gambate..!!!

Kita semua tidak akan dapat lari dari masalah, walaupun ianya sekecil virus didalam zarah ianya tetap masalah. Berberapa tahun kebelakang aku telah ditimpa dengan pelbagai masalah, tiada jalan untuk terjumpa dengan penyelesaian, aku teruk tersentak dan dihentak, aku betul² berada didalam lingkaran api yang amat membara, aku cuba simpan niat dan teruskan semangat agar tahun² yang akan datang segala masalah² dapat dilunaskan tapi semuanya hanya sebuah mimpi disiang hari, kerana semua masalah yang ada semakin berkembang pesat, semakin kuat bersorak², menari² melompat kegembiraan disisi aku. Seperti biasa banyak manusia memberi nasihat semata² untuk sedapkan hati aku. "hidup ini ibarat roda, kadang² diatas, kadang² dibawah" tapi semua orang tak tahu yang aku dah kena lenyek dengan roda, kena lenyek sampai lumat. Sehinggalah satu hari aku dan Jason seorang rakan yang amat menggemari dunia manga dan anime dari Jepun. Aku dan dia banyak mengkaji tentang dunia disana, aku telah mengkaji siri anime BLEACH dan sebelum itu NARUTO, sebelum tv3 memuat turun siri cerita² tersebut.Walaupun aku tidak membaca manga atau menonton anime tapi aku banyak buat artikel tentang mereka untuk sebuah majalah, NARUTO bukanlah sebuah cerita yang sesuai untuk kanak² apatah lagi BLEACH. Tapi apa yang pasti siri manga mahupun anime banyak mempengaruhi manusia² di sana ianya telah jadi satu budaya, jadi tidak hairanlah kenapa mereka gigih bekerja. Mereka amat obses dengan semangat perjuangan, dari setiap siri manga dan anime di Jepun mereka telah dilatih minda untuk menjadi seorang manusia yang kuat, sentiasa bersemangat, teguh dan utuh. Aku hormat pendirian mereka, manga dan anime adalah tuhan serta injil mereka. Semangat seperti itu telah diserapkan kepada mereka sejak mereka kecil dan aku amat impikan semangat seperti itu disini. Aku kagum dan selepas membuat kajian serta artikel dan sehingga hari ini walaupun semua masalah masih lagi rapat dengan aku, aku tetap terus berdiri.
GAMBATE..!!!

Ertenal sunshine of the spotless mind

Malam tadi Sasha bagi text "Jangan terlalu berfikir sangat. Malam untuk menenangkan fikiran, bukan untuk menyerabutkan fikiran. No wonderlah u susah nak tidur awal...".

Yup aku terima kata² itu, aku cuba untuk tidak berfikir pada waktu malam lagi, kan lebih bagus jika 1 hari bukan 24 jam tetapi 32 jam supaya aku boleh luangkan masa sejam dua untuk berfikir, aku manusia yang penuh teori, aku suka berfikir. Aku mempunyai teori tentang pelbagai benda, aku punya teori tentang apa yang telah dan sedang berlaku didalam kancah politik didunia disini, aku mungkin tidak mampu untuk sempurnakannya dalam bentuk tulisan, aku mungkin tidak akan tulis secara telus didalam blog ini tentang dunia politik kerana kerajaan didunia disini amat lemah. Tidak bukan lemah tapi malas. Mereka tidak mahu mengkaji tapi akan terus tangkap dan hancurkan penulis² blog yang menulis tentang mereka, aku tidak boleh jadi seperti Raja Petra, aku tidak sekuat itu tapi teori aku amat jelas, kepada sesiapa yang ingin tahu boleh datang berjumpa dengan aku serta bawa buku nota kerana aku akan terangkan secara lisan. Aku memang suka berfikir tentang macam² benda tapi malam tadi aku hentikan semua jentera² didalam kepala aku.
Pagi ini aku bangun seperti biasa dengan kepala yang amat kosong terus ke tempat kerja dengan hati yang amat gembira. Jika aku gagal aku akan terus gembira.
Terima Kasih Sasha kerana...

Saturday 17 May 2008

sinikal #5.2

Orang Arab selalu cakap yang duit adalah Agama dan tuhan mereka perempuan pula adalah kiblat mereka, aku tak nafikan semua itu, aku memang terima semua itu, tapi bagi aku yang amat penting bagi aku saat ini adalah rakan² disekeliling aku.

Luapan adrenalin

Pagi ini sampai sahaja aku ditempat kerja dalam keadaan yang amat tenang tanpa ganguan, aku melihat Amin terpesok ditepi meja sambil menatap manusia² plastik didalam kotak monitor cuba menyelam kan jari²nya diatas papan kekunci demi untuk manusia² plastik yang dilihatnya. Minda aku masih lagi terapung² menghayati waktu pagi yang akan meninggalkan aku sekejap lagi.

"Bang kenapa awek² myspace susah nak layan Amin.."?? Tanya Amin.

"Hah?? same goes to me..no luck.."?

Dengan keadaan yang amat hening dibantu oleh udara mengelilingi aku membuatkan luapan adrenalin semakin memuncak, aku agak bersemangat hari ini untuk bekerja. Tapi segala² bertukar menjadi huru-hara, kelam-kabut bila semua orang datang berjumpa aku untuk menyelematkan punggung masing². Aku paling cukup runsing bila ada yang kena tekan dan datang menemui aku sambil membawa segala tekanan, aku bukan penyelamat emosi. aku manusia robot yang menurut perintah. Aku jadi hilang kawalan, aku tidak suka semua ini, aku perlukan secawan nescafe bersama² dengan 2 batang american eagle untuk menenangkan aku.

"Hey..where's this EO..Where's that EO..Why they didnt sign, why they...what happened..how to...oh my...!@#$%^&* this is not good, u supposed to..haiya..
this is problem.." kata² dari manusia² jahanam yang menggangu hari pagi aku.

tett..tett.. (bunyi sms masuk)

"hi there, gud morning i nak mintak tolong sikit boleh" sms dari manusia² plastik.

"Eh can u do me a favour..?" Herve

Aaaarrggghhh...!!! pagi² aku dah tension.

Radikal kah Amy

Malam tadi sambil menyusuri jalan dari subang jaya ke UM aku bersama Amy rakan sekolah yang sudah lama tidak berjumpa, Amy sedang menghabiskan saat² indah di UM kerana dia akan menjadi manusia biasa selepas ini, sama ada warna hitam atau putih yang akan mencorakkan kehidupan dia selepas ini hanya dia sahaja yang tahu jawapannya, aku berkata begitu kerana dia bakal meneruskan perjuangan sebagai seorang lawyer dan aku sentiasa mengharapkan dia tahu apa yang akan diperjuangkan nanti. Seorang lelaki yang dahulunya aku kenal sebagai budak yang amat pendiam tetapi hari ini akan petah bercakap di ruang legar mahkamah, aku bangga kerana ada rakan seperti itu, aku tidak lansung menyentuh perkara² tentang sistem kehakiman mahupun tribunal² sampah yang telah diwujudkan didunia disini, aku dan Amy hanya menyingkap semula perkara² yang telah dilupakan, sambil kedua² manusia yang sedang mencari hala tuju didalam kehidupan.

"Eh kau bile nak kahwin??" Tanya Amy.

"Bagi kau kahwin dulu la..eheh" Jawab aku.

"Aku tak tau lah, dah lame sangat time terbuang sbb study, nak carik awek pun takde mase.." Amy

"Biasalah tu, nak buat camne.." Jawab aku yang memang bosan dengan soalan yang diberikan.

"Kau tengok Badminton petang tadi..Malaysia gagal lagi lah" Tanya aku semula.

"Tulah negara kita ni semue dah tak boleh dah..tapi kalau nak naikkan harge barang macam beras, minyak, gula, tepung semue boleh lah.." Jelas Amy.

"Yes Malaysia Boleh..!!!" Aku

Harap-harap Amy terus bersikap radikal.

Friday 16 May 2008

For Martha

Jiwa aku kosong sekosong-kosongnya hari ini, otak aku tidak mampu berfikir dengan sempurna, terlalu banyak sangat yang aku nak kejar sehingga aku pun tidak pasti apa sebenarnya yang aku perlukan. Aku pun tidak mampu hendak menulis apa² hari ini, aku seperti biarkan sahaja semua perkara berlalu dengan tenang hari ini, bukan sebab aku amat tenang tapi sebab aku tidak berdaya untuk menghalang dari semua perkara itu berlalu dengan sewanang²nya. Ianya terlalu sukar untuk difahami kerana aku pun masih kabur didalam setiap pencarian yang ingin dicari. Apa pun aku masih aku dan akan terus menjadi aku. Maaf aku tak mampu untuk menewaskan manusia² plastik.

Whenever I run
Whenever I run to you lost one
It's never done
Just hanging on

Just past has let me be
Returning as if dream
Shattered as belief

If you have to go don't say goodbye
If you have to go don't you cry
If you have to go I will get by
Someday I'll follow you and see you on the other side

But for the grace of love
I'd will the meaning of
Heaven from above

Your picture out of time
Left aching in my mind
Shadows kept alive

Long horses we are born
Creatures more than torn
Mourning our way home

Smashing Pumpkins - For Martha

Thursday 15 May 2008

sinikal #5.1

Kata-kata indah semakin melupakan aku, sambil mendengar lagu dari EMOTIONAL RESCUE - The same aku menyorot kembali setiap detik yang amat bermakna, setiap detik yang sepatutnya diceritakan semula, tapi aku pasti ianya tidak akan dikenang lagi.

A bowl of salad atau daun salad #2

Diet yang terbaik adalah biarkan sahaja makanan memenuh kan perut sehingga saraf tidak mampu untuk menghantar mesej kepada otak untuk nyatakan kita dah kenyang kerana lemak telah menyekat kemaraan mereka. Diet yang terbaik juga adalah cuba berjogging pada waktu malam itu pun sambil memejamkan mata serta berbaring diatas tilam tapi pastikan pintu tertutup rapat, padamkan aircond mahupun kipas dan cuba selimut seluruh badan. Bila keadaan menjadi berbahang secara tidak lansung badan akan keluarkan peluh dan itu adalah cara temudah untuk membakar lemak, apabila bangun dari tidur sudah pasti baju akan basah kerana berpeluh dan itulah kepuasan yang sebenar. Bagi wanita pula jadikan window shopping sebagai terapi yang terbaik untuk membakar lemak.

"Wan macam mana nak kurangkan berat badan ni..i serius ni..? Tanya Zeera.

"Jom kuar jalan² window shopping.." Jelas Wan.

"Malas lah, penatlah nak jalan, lagipun duit takde nanti sakit hati je kalau ternampak bende² yang lawa..i tanye camne nak kurus bukan abiskan duit" Jelas Zeera.

"Thats whylah i ajak u pegi window shopping, bila kita boleh berjalan seluruh shopping complex maka lemak akan terbakar, kan bagus tu, sambil tengok² barang u also can burn ur fat.." Jelas Wan pula.

"A'ah..lah nape i tak terfikir, tapikan i kene pakai pakaian jogging la ek, sbb boleh berlari² kat area shopping complex sambil tengok barang² yang ade..good Idea la Wan..u memang best sayang u.." Zeera.

"Taklah u salah, sape suruh u pakai baju jogging, nanti orang ingat u gile pulak.." Wan.

"So what should i do..??" Tanya Zeera.

"Sampai je kat shopping complex kite pegi cari kakak² indon yang mop lantai or cleaning toilet, i akan slowtalk dengan akak tu untuk bagi pinjam baju die kat u, so u pakai baju akak tu and mop lantai kat seluruh shopping complex sambil² tu u boleh window shopping, and its help u to burn ur fat sebab u mengemop. kan.." Jelas Wan.

"Kau Gila..."

Aku masih gagal

Selalunya bila waktu aku hendak tidur aku pasti akan letak tangan aku didahi, sambil merenung syiling bilik walaupun gelap gelita namun aku akan dapat gambaran yang amat jelas tentang apa yang aku telah buat dari pagi hari hinggalah sewaktu hendak tidur. Segala kesilapan akan aku catitkan didalam kepala, segala kegagalan akan aku simpan dan kunci sebaik² didalam jiwa aku, jika ada sekelumit kejayaan akan aku jadikan sebagai kenangan, jika aku terima kata² indah akan aku tampal diseluruh ruang minda aku yang kosong. Setiap malam sebelum tidur aku akan cuba mencari kesalahan dan cuba perbaiki kelemahan, semuanya dengan cara teori kerana aku memang pakar dalam teori. Selain dari memikirkan tentang apa yang telah berlaku disiang hari aku akan cuba maju lebih dari selangkah untuk memikirkan tentang apa yang bakal aku buat untuk hari esok, lusa, minggu depan, bulan depan dan seterusnya tahun depan. Berjaya kah aku?? mampukah aku?? segalanya² dalam bentuk teori, aku pasti akan sematkan didada yang aku akan buat yang terbaik mulai esok hari. Tapi selalunya aku gagal kerana setiap pagi aku tersedar dari tidur jam pasti menunjukkan waktu 0730 atau mungkin 0750 dan kadang² 0815, sedangkan waktu masuk kerja aku adalah 0745. Aku masih gagal.

Wednesday 14 May 2008

A bowl of salad atau daun salad #1

Permulaan untuk diet adalah makan sepuas²nya hari ini dan sematkan didalam hati yang esok kita akan mula untuk berdiet. Jika kita gagal untuk memulakan pada keesokan harinya, pastikan kita cuba pada hari seterusnya, jika gagal lagi, teruskan pada hari seterusnya. Sehinggalah kita sedar yang kita tidak pun diet tapi terus makan dan akhirnya perasan yang badan kita semakin membesar. Ianya adalah satu permulaan yang amat baik untuk bersukan agar lemak dibadan kita boleh terbakar, rehatlah hari ini dan sematkan didalam hati yang esok kita akan mula berjogging ataupun main tenis dan paling tidak pun berenang, jika kita gagal lakukannya, pastikan kita cuba buat pada hari seterusnya, tapi jika kita gagal untuk memulakannya, pastikan kita sentiasa sematkan didalam hati yang kita akan buat pada keesokkan harinya. Sehinggalah pada satu hari kita sedar yang badan kita semakin membesar kerana hari² makan banyak dan hari² tidak bersenam. Sehingga ada rakan² disekeliling menegur tentang berat badan kita bertambah, sehinggalah teman wanita atau teman lelaki kita tinggalkan kita kerana kita terlalu gemuk untuknya dan rasa amat malu untuk keluar jalan² dengan kita, sehinggalah kita rasa manusia paling tidak sempurna didunia ini adalah kita apabila berdiri dengan manusia² yang jauh lebih kecil dari kita. Sehinggalah kita rasa amat malu dan kecewa, sehinggalah kita mampu menjawab untuk menyedapkan hati yang gemuk itu adalah 'lambang kemewahan' apabila ada orang menegur kita. Maka itulah masa yang amat sesuai untuk kita mulakan diet.

Puteri Zurina pramugari berjiwa rakyat.

Bila kita sayang dekat seseorang, ianya tidak cukup dengan luahan kata² indah, tapi haruslah dikuatkan dengan perilaku, kadang² kita tidak perlu untuk luahkan apa², cuma buktikan dengan tunjukkan sesuatu yang bermakna. Mungkin aku tidak berjaya dalam hal begini, mungkin aku tidak mampu untuk berbuat apa². tapi apa yang pasti setiap perkenalan harus ditamatkan jika rasa ianya tidak sepatutnya diteruskan.
Maaf Zurina, kau terlalu lengkap untuk dilengkapkan dan aku tidak seharusnya menjadi penyelamat kerana dunia aku pun hampir kiamat. So Long...

"Eh kenapa dengan minah tu, she's ok rite??" Wan.

"Nah..hard for me..nantilah aku terangkan.." Aku.

"But she's cute..eh tak..tak..die cantik, lawa, cute, semue adalah, kau nak ape lagi??" Tanya Wan.

"Isshhh..Die tak dengar EUCALYPT mahupun CARBURETOR DUNG..so aku tak boleh accept perempuan² camtu.." Jelas aku.

"Kau nak yang macam mane weh?? cube kau terangkan.." Tanya Wan lagi.

"Yang Pandai masak bihun sup, nanti kalau aku kahwin korang boleh datang umah aku hari² especially kau..ahahaha" Jelas aku.

"Yes..aku baru sedarlah kenapa aku dah tak suke Mc'D.." Wan

"Ha?? kenape??" Aku.

"Skang ni aku obses dengan bihun sup lah..tak pun kueh tiaw sup..aku pun tak tau kenape?? Wan.

"Wan....kenape tibe² cite jadi lain ni.."

HAPPY BIRTHDAY TO PALI semoga berjaya dengan kuasa elektrik yang mengalir didalam badan.

Tuesday 13 May 2008

sinikal #5

Hari ini adalah hari bersejarah, hari dimana aku amat gembira walaupun penuh sesak dengan pelbagai kehendak dan keperluan didalam kepala, walaupun penuh dengan pelbagai masalah didalam jiwa. Orang ramai cakap hidup ini ibarat roda, kadang² kita kat atas kadang² kita dibawah, tapi kehidupan aku adalah seperti sedang dilenyek oleh roda, aku tidak berada diatas, tidak berada dibawah tapi sedang penyek tertanam akibat dihempap oleh roda. Namun hari ini aku amat gembira, aku rasa hendak berlari² ditepi pantai Cran Sur Mer, aku seperti ingin terbang melepasi lautan andaman, aku seperti ingin berenang ditasik Lockland.
Aku amat gembira hari ini jangan tanya kenapa, jangan tanya...

"Ok hari ini aircraft nak painting, its take around 4 to 5 hours, so korang semua merayau² la dulu pastu masuk sini balik" Maizuki manusia yang paling berkuasa didalam medan perang.

"Oh yeke?? bagus tu. so lagi empat lima jam masuk balik lah bang.." Aku

"Yes Sir.." Maizuki.

"Pegi mampuss aku nak masuk balik..ahahha" Dalam hati aku.

tiada dakwa-dakwi. Dunia aku, aku yang cipta.

Monday 12 May 2008

Bila Gastralgia menyerang

Semua manusia selalu lihat aku gembira, selalu nampak aku suka, selalu pandang aku seperti tiada apa sedang berlaku. Dunia aku terlalu indah untuk aku, dunia aku memang milik aku. Aku senyum, aku ketawa, aku bercerita, aku luahkan apa yg disimpan, aku gelak, aku berkata², aku menaip, aku memetik gitar, aku reply sms, aku membaca,aku mendengar aku amat tenang dengan American eagle aku, aku dan lain² lagi aku amat hilang dari kawalan. Tapi apa yang pasti aku masih terus mencari dan pencarian itu masih belum aku dapat pastikan, jauh disudut hati sebenarnya aku masih berkecamuk, aku masih berhentakan, aku masih menangis keesakkan, aku masih meronta kesedihan, aku masih menangung derita, aku masih dalam kesakitan, aku masih lemah untuk menghadapi semuanya. Aku masih gagal menanganinya. Maaf kepada semua jika satu hari nanti yang tinggal hanya bisikan yang semakin hari semakin jauh dan terus dilupakan, maafkan aku jika selama ini ada yang terguris kerana sebenarnya luka aku lagi parah dari yang lain, kerana air mata sudah tidak mampu untuk bewarna jernih, aku akan teruskan selagi termampu, tapi mungkin tidak seteguh dulu. Harap kita mampu bertemu lagi di 12 Barisan pada hari terakhir.

Hyperballad - BJORK

Sinikal #4.1

"Serius weh..aku dah bosan dengan keje aku, aku nak berhenti kerje.." Aji.

"Ala...bosan sikit je nak berhenti..lemah daya pemikiran la kau ni" Aku.

"Kau tak paham, ape yang sedang aku lalui skang ni, aku memang dah malas dah nak keje, nak buat macam mane.??" Jelas Aji.

"Kalau berhenti kau nak buat ape?? macam mane nak bagi makan kat kiteorg semua??" Tanya Wan pula.

"Abis tu after this kau nak buat ape..?" Tanya aku pula.

"Kau diam Wan..aku sumbat dengan goreng pisang kau nak??, aku nak jadi pengarah filem lah..kau boleh tolong??" Jawab Aji.

"Ahahah ok tu..buat cite kelakar mesti best punye.." Wan lagi.

"Kau diam lah Wan, kau nak aku sumbat durian plak ke dalam mulut kau.." Aji

"Ahahahaha...susah weh nak buat filem, modal besar lah." Aku.

"Kite buat kecil²an dulu ala macam berniaga burger tepi² jalan dulu lah..ahahah, kau tolong buat skrip boleh??" Jelas Aji.

"Ahahahaha...aku mane tau, aku bz gile skang ni, takde mase lah.." Jawab aku.

"Ala..ok bagi idea dah lah.." Aji.

"OK kite buat cite pasal seorang pemuda miskin lagi papa kedana, perlukan duit untuk keluarga dan jugak masa depan, tiba² die dapat idea untuk jadi kaya.." Aku.

"Hah..die masuk Akademi Fantasia ke??" Jawab Aji.

"Tak, die berjinak² dengan dunia politik bermula dengan tampal poster sampai lah akhirnya jadi YB dan kemudiannya jadi Menteri dan seterusnye makan semua duit rakyat..ahahah amacam ok tak??" Jelas aku.

"Hak ala..makan duit rakyat?? makanlah Chicken Chop ke, fish n chip ke..Char kueh tiaw ke..ahaha" Sampuk Wan.

"Arrrgghhh...kau memang nak kene BANTAI..!!! Wan..."

Jam 11 malam di belakang Bangsar Village.

Pagi tadi aku bangun tidur sambil mandi aku masih lagi tidur, sudah sampai ditempat kerja juga aku masih tidur, ketika sedang menaip juga aku rasa aku masih tidur. Apa yang semua orang cuba terangkan dekat aku cuma dengar dalam keadaan tidur, aku amat tidak mampu untuk membuka mata, aku masih dilamun mimpi, secara teorinya aku masih lagi tidur, aku cuba cari puncanya dan baru aku sedar malam tadi jam 11 malam aku dan yang lain² memenuhkan perut dengan nasi lemak, setelah dari siang memang tidak makan aku seperti membalas dendam setelah sekian lama tidak menghargai ciptaannya, lagi² setelah melihat gambar nasi lemak di blog Liza beberapa hari yang lepas mendorong aku untuk lupa tentang segala²nya aku cuma makan dan terus makan, dan akibatnya hari ini sambil sedang menaip aku masih tidur. Jahanam..!!!
Aku takkan makan nasi lemak lagi.

Rock n Roll legacy #2

Petang semalam sewaktu aku melihat dan mendengar luahan perasaan muda dari seorang warga tua iaitu Hisamuddin Rais di MCPA, aku tertanya apa sebenarnya yang dia mahukan dalam hidup dia, apa sebenarnya yang dituntut dalam hidup dia, berlakon seperti dajjal dan menyeru semua orang membuat kejahatan selagi masih ada waktu, adakah dia insan yang sepatutnya dicontohi?? adakah dia manusia yang harus dijadikan model?? aku pun tak pasti tapi yang nyatanya habiskan zaman muda pada waktu yang muda jangan bila dah tua baru nak muda. Aku juga sama seperti dia benci manusia² skema, manusia² yang tidak mahu menerima perubahan, manusia² yang tidak mahu membuka kepala. tapi aku taknak jadi macam dia. Aku cuma mahu rock n roll. rock n roll..rock n roll.rock n roll..rock n roll dan BUTTERFINGERS masih lagi terbaik.

Sunday 11 May 2008

Rock n Roll legacy

Semalam aku rakan² dan gadis² yang sedang koma menghabiskan waktu malam di Zouk, sambil menanti waktu yang sesuai untuk dibunuh, sambil menyambut hari bakal² Ibu THEY WILL KILL US ALL memang pembunuh yang kejam. aku tidak teguh. Aku hanya biarkan mereka datang membunuh, aku hanya biarkan sahaja apa yang berlaku malam tadi tanpa melawan tanpa protes tanpa pedang ditangan. Aku biarkan sahaja.

Pagi ini aku bangun, aku amat merdeka, aku amat bebas jauh dari segala jajahan manusia² kejam. Yes aku lupakan kawasan tempat kerja, aku lupakan segala kertas kerja, aku tak mahu bekerja, aku mahu merdeka hari ini. Fikiran aku kosong dan bebas aku rasa seperti didalam syurga walaupun keadaan bilik aku masih gelap tanpa cahaya sedangkan jam sedang terus berpusing, jarum sudah ke nombor 12. Aku gembira hari ini adalah hari aku. hari adalah hari aku lagi. Aku telah tetapkan segala ketetapan aku hanya hendak teruskan perjuangan. Biar apa manusia lain nak cakap memang mereka semua adalah insan² yang gagal. Selain dari Hari Ibu, bagi aku hari ini adalah hari Rock N Roll, Thats it..Aku kembali walaupun seribu tahun lagi. Tiada siapa yang nak peduli, aku dan rakan² serta gadis² yuppies yang tak tau apa² akan ke MCPA hari ini, legasi rock n roll akan berlansung beberapa jam lagi. Sementara menunggu Wan bersiap kerana mabuk² minum milo ais sambil menyambut hari ibu² malam tadi. Hati aku telah dipahatkan dengan paku yang amat besar. Yes aku manusia robot yang akan menuntut dendam hari ini. BUTTERFINGERS kembali dari awan yang kesembilan.
Selamat hari ibu kepada mak aku walaupun dulu waktu aku kecil selalu dirotan, selalu dititik dengan lilin tidak mengapa mak, aku relakan semua itu, aku terima semua itu, kerana kau adalah hero paling kuat dialam alam semesta dunia aku. Kerana kau aku mampu terus berdiri teguh, mampu berlari dan seterusnya terbang tinggi.
Selamat hari Ibu juga kepada bakal² ibu yang amat dahagakan kasih sayang.
SELAMAT HARI IBU SERTA SELAMAT HARI ROCK n ROLL..

"Weh jomlah..aku dah siap" Wan.

"Aji tak sampai lagi, macam mana??" Aku

"Adoi Aji ni mane?? aku dah lapar ni.." Tanya Wan.

"Oit hari ini takde makan²..minum je.." Jelas Aku.

"Hah?? yeke..boringnye..aku malas pegilah camni.." Wan lagi.

"Tak nak pegi sudah, aku tak pakse.." Jawab aku.

"OK..aku tak pegi" Wan sambil membuka baju.

"OK..aku pegi dengan Aji je..Pali dah gerak dulu dengan Diana" Jelas aku.

"Ala..bolehlah..kite makan dulu..please.." Rayu Wan.

"Ahahahaha....tak boleh, kite pegi terus" Aku.

"Bolehlah...boleh lah.." Wan.

Saturday 10 May 2008

sinikal #4

Dulu sewaktu aku kecil setiap malam sebelum hendak tidur bapa aku atau mak aku tidak akan bercerita tentang 'Sang kancil dengan buaya' mahupun 'Arnab dan kura-kura'. Mereka memang tidak terapkan cara yang selalu kita lihat didalam filem² yang datang dari barat dan kemudiannya ditiru oleh pengarah² drama mahupun filem didunia disini.
mak dan bapa aku lebih senang membuat kuiz seperti 13+80 sama dengan berapa??, 7 x 12 sama dengan berapa, cuba menyoal tentang apa yang aku makan dan minum hari ini tetapi dalam bahasa inggeris dan aku perlu menjawabnya dalam bahasa inggeris juga, bila aku bangun pagi barulah mak atau bapa aku akan beri buku cerita dan suruh aku baca sendiri, aku dibesarkan pada zaman rock sedang berada pada era kegemilangan pada zaman semua orang memakai kasut aliph. Zaman dimana Dr.Mahathir pernah tegur Ella kerana menggunakan suara yang amat kasar dan kini Ella pula telah tergolong didalam golongan perempuan² yuppies.
Harap maaf aku masih belum makan lagi.

sinikal #3

Bila perut kita kosong atau dalam bahasa saintifiknya perlu diisi dengan makanan dan kita tiada masa untuk mencari makanan, konon²nya terlalu sibuk dengan kerja, sudah tentu kerja jika kita sebagai doktor akan berubah menjadi pemotong daging, sudah tentu jika kita adalah seorang arkitek akan berubah menjadi peladang, jika kita seorang jurutera pasti akan bertukar kerja menjadi seorang penjual ayam dipasar. Jika kita sedang memandu untuk mencari restoran yang terdekat tetapi keadaan jalan raya amat sesak, sudah pasti kita akan tukar perkataan sesak kepada sesat, jika kita sedang berdiskusi dengan rakan niaga mahupun seorang cikgu sudah pasti kata² yang dikeluarkan adalah menu² makanan yang menyelerakan. Jika kita sedang menulis atau menaip sudah pasti kita akan tulis atau menaip perkataan² yang tidak sepatutnya kita tulis seperti burger, nasi beriyani, ayam goreng mahupun murtabak sedangkan kita sepatutnya tulis tentang minit² mesyuarat yang berlaku pagi tadi. Keadaan persekitaran yang indah permai akan bertukar seperti berada dalam lembah penghinaan.

"Eh lembah penghinaan tu macam mana??" Aku

"Entahlah aku pun tak tau macam mane, aku main tulis je.." Aku juga.

Itulah hakikatnya bila perut menangis² minta diisi dengan makanan hati dan jiwa kita tidak akan tenteram. Rasa seperti ada konsert CROMOX didalam nya. Cukuplah sampai disini, aku perlu hentikan tangisan perut aku.

Mädchen kann tödlich sein

Aktiviti sihat dipetang hari adalah melepak di kedai mamak sambil minum kopi ataupun teh ais, kalau perut kosong mungkin kita boleh dapatkan maggi goreng or roti canai dan ketika itu adalah waktu yang amat sesuai untuk berbincang hal² sekelilng.

"Aku bencilah perempuan² yang suka MU sebab minat kat Christian Ronaldo" Aji.

"Kenapa? kau penyokong MU ke?" tanya aku.

"Aku suka perempuan yang tak terlalu mengongkong aku lah.." Sampuk Man.

"Hah betulah Man aku pun suke perempuan yang macam tu lah" Wan pula.

"Ok jom cite pasal perempuan² idaman.." Aku

"Hak ala.. aku cite pasal MU dgn awek² yg suke Christian Ronaldo je..apehal korang ni??" Aji

"Kau diam lah aji..ni cite orang tua² kau mane tau..sebab kau lagi tue dari kiteorang..ahahaha" Wan.

"Hah betul tu..." Man

"Tapikan aku lagi suke perempuan yang sms aku ajak pegi makan..ehehe amat romantik, ahahaha" Wan lagi..

Friday 9 May 2008

sinikal #2

Aku menarik tangan dia, aku bawanya berjalan² menyusuri pantai, ketika itu cuaca amat panas sekitar 48 darjah celsius tapi angin² yang bertiup kencang disekeliling aku membuatkan aku tidak lansung berasa panas, akibat dari pengangan tangan kami berdua juga telah membuatkan aku lupa yang aku sedang dilanda bahang kepanasan. Aku toleh keatas melihat awan yang kesembilan warna² biru dan putih sedang gembira berlari² bermain bersama dengan burung² yang sibuk beterbangan kesana sini. Bunyi kicauannya bercampur aduk dengan deruan ombak serta dipintas oleh bunyi angin yang amat deras, aku berasa amat gembira, aku bawanya terus berjalan hingga ke satu tempat yang agak redup, hati aku amat berdebar, jantung aku seperti tidak mahu berdenyut lagi, aku amat malu mahu melihat keindahan wajahnya, aku hanya mampu melihat kesuteraan tangannya, aku perlu kuat, aku perlu kental untuk berterus terang dengannya. Peluang ini hanya sekali sahaja, aku tidak boleh biarkan saat indah ini pergi bersama² dengannya..Aku gagahkan bibir aku untuk berkata² sambil tunduk melihat pasir.

"Saya nak bagi tahu sesuatu kat awak" Aku.

"Nak bagi tau apa, cakaplah" Dengan lembut dia berkata².

"Saya terpaksa bagi tau kat awak, hati saya dah tak mampu untuk bertahan lagi, ini adalah peluang saya yang terakhir" Aku lagi.

"Ye apa dia, bagi taulah" Dia bertanya.

"Saya suka dekat awak, saya nak jadi teman hidup awak, boleh tak awak menerima saya seadanya.." Tanya aku secara spontan.

"What??? Kau dah gile ke?? muke macam TV samsung, badan macam floor tom jenama LAZER, duit ada rm8 je dalam wallet ada hati nak suke kat aku..Eeeuuu..tolonglah..kau pergi cermin muka tu sikit, tak pun bak sini kamera kau, aku tangkap muke kau, and then tengok puas² muke kau..tak sedar diri punya orang, kau siapa nak hidup dengan aku???" Jawab dia dalam keadaan marah.

Aku tersentak, langit yang cerah tiba² bertukar menjadi kelabu, burung² semua sudah pulang balik ke sarang masing², angin hilang begitu sahaja seperti ada orang tutup suis kipas, bunyi ombak menjadi amat perlahan seperti ada tangan sedang merendahkan paras bunyi dengan memulaskan knob volume radio, aku hilang kawalan, aku hilang tumpuan, keadaan menjadi semakin gelap, aku cuba melihat wajah si dia, patutlah dia tolak cinta aku kerana dia adalah Drew Barrymore, dan aku tak perasan lansung yang aku pegang tangan milik Drew Barrymore serta bawaknya melalui sisiran pantai. Aku amat malu, aku amat malu.. aku amat malu..tidak.

"Dah la..cukup²lah tu, bangunlah dah pukul 9 tak nak pegi keja ke??" Tanya Mak disebalik daun pintu bilik aku.

Aku gagal lagi untuk sampai awal ke tempat kerja, terima kasih Drew Barrymore, aku pun tak nak lansung jadi kekasih kau.

Thursday 8 May 2008

sinikal #1

Jangan ingat kau orang dengar HATEBREED mahupun COMEBACK KID dah boleh melaungkan "Hardcore is way of life", jangan ingat kau orang tak merokok dah boleh memekik "Aku StraighEdge..aku Straighedge..", jangan ingat kau orang ada band sendiri dah boleh sebut "Unite and Fight..!!" jangan rasa kau orang hardcore kalau masih minum air coke.

Petang menuju senja

Petang menuju senja, di rumah Sharman masing² berehat, bersantai. Ada yang sedang fokus dihadapan skrin cuba mencari idea untuk membuat model² baru kereta, ada yang sibuk menyerap bunyi² lunak dari AS BLOOD RUNS BLACK, ada yang sedang cuba menghabiskan goreng pisang yang sudah hilang kepanasan. Ada juga yang sibuk membalas teks² sms yang masuk menceroboh kedalam handphone, aku yang baru sampai cuba mengubah pandangan dari keadaan yang berselirat didalam pejabat ke keadaan yang amat tenang bercampur dingin, sambil baring menonton tv ulangan berita tengahari yang sibuk berhujah tentang kepanasan didalam dewan parlimen, hati aku terus berkata² "Korang gaduh jelah dalam tu, harga buku belum disubsidikan, tol² tak dihancurkan lagi, elaun untuk ibu² tunggal tak diperkatan pun lagi, harga nasik lemak semakin meninggkat...teruskan la bergaduh, lepas ni suruh Hillary clinton serang kita pastu rampas minyak.." semua orang akan gembira. Tiba² ada suara mencetuskan fikiran aku yang sedang seronok dan gembira melayang²..

"Eh Wan, u pakar dalam hal pemakanan sihat, i nak tanye sikit boleh??" Tanya Zeera kepada Wan.

"Huh?? nak tanya apa.." Jawab Wan dan aku nampak dalam keadaan tidak puas hati kerana menggangu dia mendapatkan riff² gitar dari AS BLOOD RUNS BLACK.

"Ala nak tanya sikit pun tak boleh, takpelah..." Zeera.

"Yelah..tanye jelah..kenape??" Wan lagi.

"I rase badan i semakin besarlah, i nak diet. Makanan ape yang bagus kalau nak diet ek??" Tanya Zeera.

"Oh..nak diet ye..senang je kalau nak makan ape.." Jelas Wan dengan riak muka yang amat hendak membantu.

"Hah..Macam mane?? makan ape yang bagus supaya badan kite tak gemuk..??" Tanya Zeera lagi dengan cuba menumpukan perhatian sambil menguyah goreng pisang.

"U kene makan cheese ataupun bende² yang diperbuat dari majerin.." Jawab Wan.

"What??? tu kan banyak fat kalau makan lagi besarlah.." Tanya Zeera kebingungan..

"Isshh Cheese dan majerin kan boleh cair and at the same time boleh kenyang, so u makan je cheese and then lepas makan u pegilah cari seterika or dekatkan perut u dengan dapur gas ke..cuba panaskan perut u nanti cair lah die..so u tak perlu risau dah after this u makan banyak mane pun cheese or benda² majerin u still boleh hilangkan dengan mencairkannya..ehehe ok tak.." Jawab Wan sambil gelak..

"Hishh aku memang malas nak layan budak ni lah.." Zeera dalam keadaan marah.

"Ha..for first move, why not u call Pizza Hut and kite makan ramai² kat sini, ok tak??" Jelas Wan lagi.

"What Pizza hut?? kenape pulak.." Zeera tanya.

"La..kan banyak cheese dalam tu so baguslah, tak pun order for us double cheese burger pun ok jugak..ehehe" Jawab Wan.

"I tak kawan dengan u lagi..get lost..get lost..u from my life" Zeera.

"Geng aku balik dulu lah" Aku.

Wednesday 7 May 2008

To Sheila

Twilight fades
Through blistered avalon
The sky's cruel torch
On arching autobahn
Into the uncertain divine
We scream into the last divine

You make me real
You make me real
Strong as i feel
You make me real

Sheila rides on crashing nightingale
Intake eyes leave passing vapor trails
With blushing brilliance alive
Because it's time to arrive....


Taken from SMASHING PUMPKINS - AVA ADORE

Nasra Zalia??? Siapa??

Malam tadi ada beberapa mata bertanya, Eh siapa Nasra Zalia, kenapa aku tak kenal pun dia, bila masa kau bercinta dengan dia, eh aku kawan kau dan kenapa aku tak tau semua ni, aku cuma dengar cerita sedih je..
Huh, aku bukan dilahirkan sebagai penulis, aku cuma penulis jadian yang akan menulis berdasarkan perjalanan emosi aku setiap hari, aku sudah lama meninggalkan dunia tulis menulis dan aku perlu tulis apa sahaja yang aku rasa nak tulis. Siapa Nasra Zalia adalah tidak penting bagi aku. Nasra Zalia adalah sumber adaptasi sebuah cerita yang disampaikan kepada aku dalam bentul lisan dan aku kembangkan menjadi tulisan, aku tidak berniat untuk tipu siapa² tapi itu cara aku menulis, aku akan menyelami setiap emosi dan perasaan, aku akan memanjat semua akal fikiran untuk hasilkan sebuah karya yang aku rasa bukan karya, sebuah penulisan yang tidak seperti tulisan. Aku cuba untuk jadi seorang manusia yang amat mengenali Nasra Zalia, yang amat mencintai Nasra Zalia, yang amat mengagungkan Nasra Zalia tapi akhirnya jatuh tersungkur. Mungkin ianya tidak sesuai untuk dipahamkan oleh minda² yang tidak mampu untuk menerima perubahan. Aku tidak diajar untuk menulis, aku tak pernah rasa nak belajar pun untuk menulis, aku tidak akan ikut peraturan yang telah diaturkan untuk menulis, aku cuma hendak tulis apa yang sedang bermain² didalam kotak² emosi aku. Nasra Zalia adalah sebuah watak yang sedang aku bangunkan yang sedang aku usahakan untuk seseorang yang aku amat suka. Mungkin satu hari nanti semua manusia² lain akan sedar.

Maaf Joe ini sahaja yang aku mampu setakat ini, tapi aku takkan berhenti, ianya antara kau, aku dan Nasra Zalia, just keep on searching.

Tuesday 6 May 2008

Tadi di pagi hari tadi.

Pagi tadi sedang aku bersiap untuk ke tempat kerja, diluar rumah aku terdengar mak aku mengeluarkan kata² tanda protes, rasa tanda tidak puas hati dengan beberapa manusia disekelilingnya.

"Ntah sekarang ni, beras 5 kilo pun dah rm15 lebih, kalau keluarga tak ramai, tak kesahlah, yang mana ada sampai 5,6,8 orang anak macam mana nak buat, dengan harga minyak lagi, sardin pun mahal..bla..bla...ba..PakLah..bla..maggi pun naik, bla..bla..
nak bayar tol lagi, gaji berape sen je..bla..bla..Parlimen..bla..." Mak.

"Hah..tulah..kesian diaorang kan kak..Bla..Bla...huhu..sok sek..sok sek" Manusia² sekeliling.

Aku keluar rumah pakai stokin kasut, hidupkan enjin moto..sambil terus dengar mak aku mengeluarkan hujah² yang amat berjiwa rakyat.

"Pegi dulu Mak.." Aku.

"Hah..elok²...sok..sek..sok sek..bla..bla.." Mak.

Atas motor aku terfikir sekali lagi, yelah kalau anak sampai 12 orang macam mana nak handle semua ni, Isshh tulah aku dah cakap jangan makan nasi, kita boikot nasi, tapi semua orang taknak dengar..kucing aku pun mak aku bagi makan nasi, nak buat macam mana..?? Aku gagal menyebarkan dakyah dan dakwah kepada orang lain, aku rasa amat bersalah, aku tidak sehebat Perdana Menteri Jepun yang pernah menyeru penduduk Jepun untuk makan roti dan bukannya nasi. Tapi aku fikir semula, kenapa semakin ramai yang tidak mahu ambil peduli, tidak mahu ambil tahu tentang kesan semua ini, why they dont want to change..kenapa tiada siapa yang hendak bertanggungjawab walaupun semua orang tau yang mereka bersalah, Nah mungkin mereka telah pasti sepastinya yang neraka tidak wujud, dan tiada siapa akan menyoal mereka tentang generasi yang mereka pimpin. well congrats for that thing, semua berjaya dengan idealogi masing² dan teruskan untuk bertikam² di parlimen, dan TV3 akan adakan rancangan BERSAMAMU setiap hari sebanyak 7 kali tanyangan yang berbeza, kerana semakin hari semakin ramai yang berjaya menjadi daif, papa kedana dan bakal mencipta manusia² yang tak berguna..

Aku tetap akan minum kopi serta roti.

così dispiace

Harap maaf..tulisan aku berkarat, perkataan aku rapuh, ejaan aku gagal..
'The great Failure is me' - Ahmad Suffian Salim

Aku kah aku #2

Aku mula minat menulis ketika berumur 13 tahun, aku paksa emak aku beli mesin taip, pada waktu itu harganya lebih kurang rm260 kalau tidak silap jenama Olivetti dan aku rasa rm260 tu amat bernilai pada ketika itu. Emak aku berharap aku dapat menerukan cita² aku untuk menjadi penulis, Aku berjaya menyiapkan cerpen pertama yang berunsurkan sains fiksyen, yes pada ketika itu kehidupan aku dikelilingi dengan dunia sains fiksyen, ketika itu perdana menteri aku cuba menyematkan budaya sains dan inventor didalam setiap para remaja. Ideologi yang amat berjaya pada ketika itu tapi tidak dapat diteruskan sekarang, aku pun tidak pasti mengapa. Aku mula berjinak² menulis puisi. Sehinggalah aku mengenali gitar, sehinggalah aku belajar jamming pada waktu itu di Kompleks Wilayah berdekatan dengan balai Polis jalan Dang Wangi, sehinggalah aku mengenali BAD RELIGION, PROPAGHANDI, METALLICA selepas James bergaduh dengan Dave Mustain, NIRVANA dimana ketika itu Kurt Cobain sedang meminati THE MELVINS. MINOR THREAT masih lagi mempunyai bisa yang luar biasa, Ian Mckaye amat berjaya dengan FUGAZI, dan aku percaya pada BLACK FLAG. Aku masih minat menulis walaupun tangan aku lebih gemar nak bermain gitar, aku membantu rakan² membuat Zine. Aku telah mengumpul sifat rebel didalam kepala aku, aku telah sematkan budaya protes dijiwa. Aku amat mementingkan hak aku, aku amat membetulkan setiap apa yang keluar dari mulut aku, walaupun sebenarnya tidak betul, aku amat tidak akan mempedulikan apa yang orang lain hendak kata, aku adalah manusia yang amat ber-etika ketika itu, aku terlalu ekstrim sehingga tidak memikirkan hati dan perasaan orang lain. Aku gemar menulis tentang benda² yang pasti akan buat orang lain seperti hendak menelan racun agar mati saja dari membaca tulisan aku, aku amat egois, apa orang cakap tidak betul, aku pasti akan pastikan mereka semua salah. Sehinggalah satu hari ketika aku menuntut di pusat pengajian, dan aku kenal dengan seorang manusia bernama Farid, dia juga adalah seorang penulis, dia juga adalah seorang yang amat egois, mungkin penulis ekstrim amat ego. Kami mula mengkaji tentang Karl Mark, mengkaji tentang Fidel Castro, Michael Taussig, Guevara, David Ricardo, Frank Zappa juga tidak terlepas dari kajian kami. Terlalu banyak pahaman dipahamkan didalam minda aku. Aku rasa seperti mampu menjahanam kan semua manusia lain. Pada ketika itu aku amat bencikan teori kapitalis. Terlalu banyak jenis music aku dengar dari RATM hinggalah ke BRUJERIA, sehinggalah satu hari rakan aku Farid telah membuat pengakuan yang dia tak nak ada mana² kuasa mutlak memerintah minda dan jiwa dia, dia ingin bebas, lebih bebas dari burung². tiada pahaman yang mampu memahamkannya. Dia menjadi lebih Ego dari aku, dia menjadi lebih ekstrim dari aku. Tapi dia gagal buktikan pada aku yang dia telah bebas dari segala kuasa mutlak apabila dia hanya mampu makan sayur, dia tidak makan daging, yes dia hanya makan sayur dan bijirin, "thats it..maknanya kau masih dipegang oleh kuasa mutlak yang memaksa kau makan sayur setiap hari dan tak nak makan benda lain, kau masih tidak bebas, maaf aku tidak sekuat kau, maaf kau teruskanlah idealogi kau sebab cakap kau saja yang betul, so long my friend...Aku masih ada pegangan, aku amat menyukai kuasa mutlak yang menguasai aku.
Malam ini aku secara tiba² teringatkan Farid, mana dia sekarang, aku masih nampak Joe Kidd di CM, aku masih perasan Weng, tapi dimana Farid?? Siapa Farid??. Tahun lepas aku ada terjumpa dengan rakan kepada rakan Farid.

"Aku sihat je, Eh mana Farid sekarang ye, aku dah lama tak dengar cerita dia..?" Tanya aku..

"Entahlah..dia tu semuanya tak betul..semua orang salah, dia je yang betul..aku rasa dah tak betul mamat tu, aku pun dah lama tak jumpa dia."

Dan hari ini aku masih berdiri teguh dengan pendirian dan matlamat aku, dan aku masih lagi dengar POLVO, dengar HUSKER DU dan DRIVE LIKE JEHU, aku juga tak lupa pada NASUM dan aku gembira dengan manusia² disekeliling aku.

Malam di pasar malam.

Tadi aku dan yang lain² menghabiskan waktu senja menuju malam dipasar malam, Idea makan bihun sup utara amatlah bernas sekali walaupun cuaca amat panas sejak dua tiga hari ini. Sambil menghirup sup bersama bihun dibawah lampu neon ciptaan Thomas Eddison bercampur dengan laluan udara panas disertakan dengan bunyi generator yang agak kalut bunyinya, mata aku dan yang lain² tidak putus² memerhatikan manusia berlalu lalang ditepi ruangan kami bersantai.

"Kau cuba tengok, mat² indon dgn mat² bangla tu..aku macam kesian pun ada tengok diaorang, terpaksa datang kenegara orang nak cari duit, untuk sara family kat kampung..kesian la" Jelas Wan.

"Apa nak buat, terpaksalah hidup susah demi untuk sempurnakan hidup orang lain" Jelas aku.

Aji tiba² menyampuk.."Cuba kau tengok awek tu..cun lah.."

"Tulah diorang bila gaji baru boleh kuar beli barang macam²..makan macam² lepas tu mana ada dah..aku kesian gila lah.." Jelas Wan lagi.

"Tulah..kita tengah² bulan walaupun takde duit sanggup jugak pegi makan KFC la, Mc'D lah, William lah..apa nak jadi kita ni.." Aku

"Ishhh..aku kalau banyak duit tak tau nak buat apa..memang aku tolong diaorang ni semua..aku kesianlah..kau cube tengok mamat tu.." Jelas Wan sambil menunjuk sesuatu kearah salah seorang mat indon.

"Ahahaha..kau nak tolong semua ke, kat Malaysia ni ada lebih kurang 1.2 juta pendatang asing..macam mana nak tolong??" Tanya aku.

"Takda lah..mana yang aku jumpa dan betul² memerlukan..memang aku tolong..aku kesian gila lah..tengok diaorang..lepas ni aku dah taknak kuar makan kat KFC ke William ke..kalau tengah² bulan..aku nak simpan duit, nanti boleh tolong diaorang.." Jawab Wan.

"Ok Wan..aku sokong kau..tapi kalau tiba² kau dekat Uptown lama, dan time tu kau lapar..dan takde mat² Indon atau mat² bangla pun kat situ..camne..?? Tanya Man Pula..

"Hah..kalau kat Uptown lama..apa lagi STEVEN's lah..sedap siot, Weh malam ni jom..lewat² sikit lah..aku sebelum nak mula buat tesis kena makan dulu.." Jelas Wan sambil ketawa..


"Ahahahaha...tak boleh blah..aku malas lah nak join, ni dah makan banyak dah ni..aku ingat balik kang nak Jogging lah.. Jelas Aku.

"Ahahaha..kau nak jogging kat mana malam² ni..??" Tanya Wan.

"Balik kang mandi, lepas mandi aku baringlah..pastu tertidur..time tidur tu aku mimpilah tengah jogging..." Jawab aku.

"Tak guna..."

Monday 5 May 2008

Mesej untuk Zaid

Tiba² aku terfikir tentang rekording lagu² band aku...
Oi Zaid bila nak siapkan ni..??
kami dah tak tahan nak tunggu. Bila nak fixed computer kau tu..kami amat ghairah menunggu ianya disiapkan. Tolonglah, semua orang dah tanya dah ni.

Kadang² memori aku hilang, so kena shutdown kejap.

Hari ini #4

Hari ini seperti biasa aku memang telah membuat setting didalam kepala untuk malas ke tempat kerja dan aku pasti manusia² lain pun akan berfikir sama seperti aku, its monday dude..!! dan macam biasa aku tiba lewat dan sambil berjalan malas menuju ke perut pejabat, tiba² ada yang menegur.

"Hey dah pukul berapa baru nak masuk ni"

Jam dikepala aku pukul 8.20, aku hanya mampu senyum dan biarkan manusia yang bertanya melewati aku. Dia tidak tau apa masalah aku, dia tidak tahu yang ini cara aku protes terhadap bos aku, dia tidak tahu ini adalah cara aku untuk dapatkan apa yang aku tak dapat, dan aku rasa dia hanya perlu duduk diam sambil jaga seluar dia. Aku cuma perlukan orang menegur aku dengan ucapan salam atau hello itu sudah cukup untuk memulakan langkah yang amat mencabar, setibanya di dalam perut pejabat. tidak ramai didalamnya, suasana amat lembut seperti sutera, cahaya matahari yang selalunya menembusi kesetiap cermin hari ini seperti malu untuk mengembangkan cahayanya. Aku amat tenang seperti kedua² kaki aku tidak memijak bumi. Aku duduk seperti biasa memutarkan lagu 'My life in the knife trade' dari BOY SETS FIRE. oh amat tidak sesuai untuk ketenangan pagi ini, aku tukar kepada 'Telescope Eyes dari EISLEY. Yes dunia aku..aku yang punya. Emosi aku amat gembira hari ini. Kan bagus kalau medan perperangan sebegini rupa setiap hari. Dalam keadaan yang amat tenang bercampur gembira di pagi isnin tanpa diduga seorang manusia telefon aku,

"Oit aku dapat tau MAS buat low fare sampai rm 0 betul ke..??" Wan

"Hah??? yeke aku tak pasti lah, kejap" Jawab aku sambil terus buka memo open client dan terdapat satu email menerangkan tentang harga tiket rm 0 tidak perlu baya.

"Ok betul lah ape yg kau cakap tu, Eh mane kau tau ni, nape kau nak fly ke?? nak pegi mane.." Tanya Aku dengan perasaan tidak puas hati kerana menganggu ketengangan atmosfera aku.

"Ala dalam news paper ade tulis lah, kau tak bace paper lagi ke??" Wan

"Paper tak betul lah, malas nak bace, Weh kau nak pegi mane?" Tanya aku lagi sambil terfikir tentang malaysiakini.com

"Jom pegi Penang..aku tak perlu bayar, jomlah" Jelas Wan

"Huh?? bila?? nak buat apa?? aku bz la skang ni..." Jawab aku.

"Bukanlah harini tapi secepat mungkinlah.." Jelas Wan.

"Tapi nak buat apa, jambatan baru pun tak siap lagi kalau nak pegi bergambar" Tanya aku lagi.

"Char kueh tiaw ade, pasembor ade, nasik kandar lagi..dorang tu semua rindu kat kite lah..ahaahha..jomlah..aku roger Man." Jelas Wan.

"Ahahaha..OK petang ni kite pegi..aku sms kau nanti.. Jawab aku.

Sunday 4 May 2008

Kisah bersulam # 8 (Melayu ke kau)

"Aku tengok cara hidup kau ni lebih kearah barat lah, kau bangga ke dengan hidup kau sekarang" Tanya Saiful,

"Kearah barat?? ape maksud kau..bangga?? aku sayang kehidupan aku..thats all..." Jelas aku.

"Yelah, lepak tempat² urban, bercampur dengan orang² yang berfikir cara barat. Kita kena ingat asal usul kita..,Siapa lagi yang nak jaga bangsa melayu kalau bukan orang melayu..??" Tanya Saiful lagi.

"Oh Melayu ye, aku tak paham apa masalah kau, aku tak tau apa yang kau fikir, apa sebenarnya kau nak terangkan kat aku??" tanya aku semula.

"Yelah aku tengok dah ramai orang² melayu semakin sesat dengan budaya barat dan aku rasa kau dan kawan² kau pun sama je.." Jelas Saiful.

"Oh..sesat, Saiful salah satu kelemahan orang melayu adalah mudah bercakap tanpa berfikir, Yes aku bukan melayu, aku bukan melayu tipikal sekarang ni aku nak kau bukak baju yang pakai sebab ada tulisan 'StarWars kat situ, StarWars adalah budaya orang barat, kalau boleh buang kasut and pakai selipar, sebab Hang tuah dulu pakai selipar, tengok aku pakai selipar baru melayu. Aku tidak segan nak bagi tau kat semua orang yang aku tinggal di 'Kampung Melayu Subang', aku bangga bagi tau kat semua orang termasuk kau yang aku tak minum arak macam kawan² kau. Aku masih tau macam mana nak makan sambal ikan bilis. Aku masih ingat asal usul aku walaupun aku sebenarnye kecewa dengan nenek moyang aku sebab dengan mudah bagi tanah yang aku pijak sekarang ni dekat penjajah, aku rase kau yang bermasalah, melayu aku dan melayu kau berbeza. Aku benci cara orang² melayu macam kau berfikir, aku benci sebab kau racist..aku bangga sebab aku ada bermacam² jenis kawan yang bukan melayu, tapi aku masih tahu untuk berbahasa melayu. Hah lagi satu kau pesan kat pemimpin² melayu kau, jangan paksa budak² belajar matematik dan sains pakai bahasa orang lain, pakailah bahasa melayu, suruh mereka ubah semua nama² tempat kat seluruh tanah melayu dengan menggunakan nama melayu, tolong tukar MIDVALLEY kepada pusat membeli belah BUNGA RAYA, suruh mereka ubah THE PAVILLION kepada SRI KERONCONG, suruh mereka ubah KL SENTRAL kepada SRI BAKAWALI, suruh mereka ubah semua...sekarang ni aku nak tau siapa yang merosakkan melayu?? aku ke kau?? aku ke pemimpin² melayu kau?? siapa??
Tuhan bagi akal fikiran tolong gunakan sebaik² bukannya kondem orang. Oh aku lupa budaya orang melayu suka kondem orang lain. Tahniah,,kau adalah melayu sejati, tolong jangan minum Coke or pepsi mahupun makan KFC, itu makanan orang barat, orang melayu makan nasik. Jangan tengok TV sebab banyak rancangan² nak hancurkan melayu kat TV. Kau teruskanlah selamatkan MELAYU kau...
Aku bangga menjadi orang melayu yang tidak racist..orang melayu yang tidak tipikal.

Selamat Jalan Hafiz.

Hari ini aku bangun malas sambil mata masih lagi tidak mampu untuk menerima cahaya pagi, aku melangkah malas menuju ke bilik Air. Sememangnya lumrah kalau tidur lewat sudah pasti tidak mampu untuk bangun, apa² pun didalam hati aku berkata² Selamat Jalan Hafiz semoga suksess dengan dunia baru di Melbourne, Nantikan kehadiran aku di Brisbane tak lama lagi, kita akan habiskan waktu indah bersama di Gold Coast dan pastikan kau bawak gadis² boomerang untuk menemani kita nanti. Aku doakan kejaayaan kau. Lepas aku mandi sampai dibilik dan 1 mesej masuk di handphone.

"Dude thanx for ur support, thanx for celebrate with me last nite, ill see u soon. Aku akan tunggu hang kat Brisbane nanti. adioss..!! - Hafiz

Rika & Nia

Petang semalam di The Borders, sambil berdiri dan ketawa aku membelek cerita tipu tentang kejayaan syarikat penerbangan tambang murah yang amat berjaya didunia disini, dan tiba² ada yang menegur..

"Hi..may i know, kenapa kamu laughing baca buku itu"

"Oppss, sorry am i disturbing u..? sorry again" Jelas aku.

"Oh No..tidak menganggu, just ingin tahu kenapa kamu ketawa membaca buku itu"

"Oh nothing just rasa cerita² didalamnya amat kelakar" Jelas aku.

"Like what?? serius saya ingin tahu"

"Hard for me to explained..maybe next time ill tell u" Jawab aku.

"Oh so sad, berilah tahu sekarang"

Tiba² datang seorang lagi gadis mendekati perbualan aku dan dia.

"Hey Rika..i'm done shall we" tiba² gadis itu bersuara.

"Oh nanti dulu, aku mahu dengar cerita dia tentang buku yang dipegangnya, please i want to know, eh by the saya Rika and this is my friend Nia,we're from Jakarta tapi menuntut disini"

"Oh nice to know both of u..study dimana" Tanya aku.

"Kami study di KDU, so apa ceritanya" Tanya Rika.

"Actually semasa saya baca buku ini, saya teringat tentang cerita pakcik saya naik kapal dari syarikat ini untuk ke Sabah, dia terjumpa lalat didalamnya, dan bila tanya pada stewardess mengapa ada lalat, lalu stewardess itu menjawab yang lalat pun mahu pergi bercuti, so thats why saya ketawa bila membaca kejayaan² yang tertulis didalam buku ini..this company is..bla..blaa..kutuk..blaa..blaa..kutuk lagi..blaa..worst..worst..blaa..not worth it.bla..bla.." Jelas Aku.

"Oh really..mengapa begitu teruk sekali" Tanya Rika.

"Biasalah tambang murah, what u can expect rite" Jelas aku.

"Ok nanti aku mahu tanya papi aku tentang ini" Jelas Rika (papi tu maksudnya ayah)

"ha...for what?? saya rasa tidak perlu" Jelas aku..

"Kerana my dad manager company ini di Jakarta" Jawab Rika sambil ketawa bersama rakannya Nia.

"Oh Gosh..is it?? oh..sorry for that.." Jawab aku dalam keadaan bersalah.

"Tidak mengapa, its ok, eh u free now??" Jelas Rika.

"Errr..maaf yaa..huh free now?? kenapa i think free just wait my friend" Jelas Aku.

"Saya bayar kamu minum and tell me more about this company..boleh ya.." Jawab Rika.

"Oh..that so sweet, sama seperti orangnya. thanks sebab hendak belanja, tapi saya tidak mahu bercerita tentang company tersebut, saya cerita pasal benda lain, boleh" Tanya aku semula.

"Kenapa?? cerita apa pula??" Tanya Rika semula.

"Mmmm saya cerita pasal ADAM AIR, kamu mesti tahu kan" Jelas aku.

"Oh kamu memang expert didalam bidang penerbangan ya..? semuanya kamu tahu.." Tanya Rika.

"Tahulah sikit², anyway ADAM AIR more worst than ur dad company" Jelas aku.

"Is it...tapikan Ayahnya Nia orang² besar didalam ADAM AIR." Jawab Rika sambil tenung kearah rakannya Nia.

"Huh...ye ke?? tidak mengapalah Rika, rakan saya maybe sudah sampai, so we meet next time lah, nanti saya cerita pasal MAS pula.." Jelas aku malu.

"Kenapa gitu, ayuhlah sebentar sahaja..Ayuh.." Jelas Rika.

"Next time ya.." Jawab aku.

"Saya tinggal berdekatan sini, jika kamu free call ya..this is my num..i like to chat.." Jelas Rika sambil senyum..

"Oh..Thanks..ill call u later..bye.

Aku ke Aku..??? # 1.2

Aku bukan dilahirkan sebagai penulis, aku cuma penulis sambilan yang pernah menulis untuk sebuah majalah muzik yang amat terkemuka satu ketika dulu, tapi akhirnya berkubur kerana ramai orang melayu disekeliling produksi majalah tersebut, dan kerana ada beberapa watak² penting di dunia disini amat membenci hasil nukilan aku, mereka amat berjaya memanipulasi keadaan, mereka telah berjaya mencipta watak jahat untuk aku mereka berjaya buktikan pada orang lain yang mereka membawa watak baik dalam kisah hitam ini. Tidak mengapa aku memang tidak akan ambil peduli, tapi aku ada cara aku yang tersendiri untuk pastikan semua watak² baik dalam kisah hitam ini jatuh tersungkur, Nah jangan pedulikan kisah hitam ini.
Aku menulis berdasarkan emosi dan juga atmosfera disekeliling aku, aku menulis tentang diri aku, tentang manusia² disekeliling aku. Aku tak nak tahu apa yang berlalu dilaluan aku, yang pasti aku hanyalah penulis jadian. Semua manusia harus ingat yang aku adalah robot, aku tidak sesempurna manusia² lain. Tapi aku suka kamu semua.

Delusion of grandeur

"Kenapa aku tengok kau ni macam bad mood je..??" Tanya aku.

"Ntah lah aku pun tak tau lah.." Jawab Wan.

"Rileks lah, apa masalah kau ni, cube cite" Tanya aku lagi.

"Susah lah aku nak terangkan, takpelah biar aku handle sendiri..its about my life" Jelas Wan.

"Your life?? kan kite dah janji nak sehidup semati..so thats is our life sayang.." Jawab aku.

"Ok..Ok..cukup²..aku cite" Jelas Wan.

"Huhuhuhu...kau tak sayang kat aku ke..??, hah cite lah.." Tanya aku lagi.

"Errr...ahhh...Uhh..Mmmmm, aku masih pelik lah kenapa aku dah benci nak makan Mc'D skang ni. Aku betul² dah tak boleh tengok lambang Mc'D tu pun..sakit je hati aku..pening aku fikirkan.." Jawab Wan dalam keadaan resah.

"Ala ni mesti kau dah jemu, tekak kau dah boring kut, Eh tapi Man baru sms aku die kt Mc'D subang, jomlah ala minum² dah la..takpun tengok kami makan..kau online lah.." jelas aku.

"Man dah ade kat sane..isshh oklah jomlah..aku minum jelah..lagipun aku nak diet ni." Jelas Wan.

Setibanya di Mc'D..

"Kak, bagi Ayam goreng spicy ye dengan double cheese burger, yang super saver, milo satu.." Jelas Wan di depan kaunter.

"Oit..." Aku.

"Aku rasa lapar lah plak, dari siang tak makan..ehe..esok aku start diet,"

Saturday 3 May 2008

Aku tidak mampu berdiri

Bila tertekan aku cuma perlukan satu tin Nescafe dan 2 batang America Eagle, ianya amat cukup untuk aku lepaskan segala beban dikepala, ianya amat cukup untuk aku terbang tinggi, aku tak perlukan Australian White wine, aku tak perlukan ubat penenang. cuma putarkan saja lagu² kegemaran dan ianya akan meresap masuk kejiwa aku. Aku lebih selesa dengan cara begini, jika aku sedih aku hanya perlu menatap wajah Nasra Zalia. Aku akan pasang dvd cerita 'Once' aku suka filem itu kerana pengambarannya di sekitar kota Dublin,Ireland. Kenapa dengan Dublin, kerana situ adalah tempat bermulanya kisah kehidupan Nasra Zalia sebagai pelajar jurusan perubatan sebelum ke WestYokshire. Bila melihat setiap pergerakan didalam filem 'Once' perasaan sedih aku akan bertukar menjadi gembira. Tapi sekarang aku amat hiba, minggu lepas aku ada email kepada Joe iaitu seorang manusia yang telah menganggap dunia aku disini gagal untuknya, aku minta dia mencari Nasra Zalia. Dia balas dan beritahu akan membantu aku. Tetapi malam tadi aku terima email dari Nasra Zalia, mengatakan dia telah berkahwin dan akan berpindah ke Liverpool bersama suaminya yang bertugas di firma arkitek. Aku amat hampa, aku amat kecewa. aku rasa seperti ingin mencari Dr. Howard Mierzwiak dari filem 'Eternal Sunshine of the Spotless Mind ' supaya memadamkan semua memori aku tentang Nasra Zalia. Kenapa terlalu kejam untuk aku terima semua ini. Jika aku sedih lagi lepas ni apa yang perlu aku buat kerana aku akan buang semua kenangan indah aku bersama Nasra Zalia. Maaf aku bukan dilahirkan sebagai penulis, aku hanya penulis jadian. Aku tidak teguh hari ini.

Sepetang di Kuala Lumpur # 2

Hancurkan Kuala Lumpur untuk aku...




Sepetang di Kuala Lumpur.

Rabu yang lepas aku bersama² dengan manusia lain telah ke ibukota yang tercinta, ada berberapa perkara yang hendak diperlakukan disana. Aku bangga melihat keindahan banggunan² mencakar awan yang kesembilan, aku bangga melihat manusia² sibuk berjalan ke kiri dan ke kanan, aku kagum melihat atmosfera bergerak maju kehadapan, tapi aku amat kecewa dengan hiruk-pikuk ditengah² medan perjalanan, aku sunggu tidak selesa memandu didalam keadaan yang amat dinggin iaitu 40 darjah celsius dan ditambah pula dengan jentera² hebat dikiri dan kanan jentera yang dipandu oleh aku bersama² rakan yang lain, tidak kira besar mahupun kecil, tidak kira panjang atau pendek. aku cukup rimas dan berkecamuk menghadapi situasi yang sedemikian. Aku benci...

"Weh aku rasa lepas ni aku takkan nak pegi KL lagi..tekanan..!!" Terang aku.

"Tu la pasal mulai hari ini, The Curve adalah ibu negera kita" Jelas Man sambil menoleh kekiri dan kanan.

"Yes aku sokong, memang neraka jahanam KL, aku takkan jejakkan kaki lagi, lantaklah apa nak jadi pun..ehehe" Jelas Wan pula dalam keadaan perut yang amat kosong.

"Tapi next week BUTTEFINGER orchestra kt MCPA Theater Hall, KL macam mane?? Tanye Aji pula.

"Ahaha Konon² nya MCPA tu kat Sunway pyramid lah.." Jelas aku.

"Tulah..hujung bulan SOILWORK kt The Ruums..cis..camne ni..??" Jelas Man.

"Ahahah..konon² nya The Ruums kat Artport,Shah Alam lah..kan tenang" Jelas aku lagi sambil pusing steering.

"Uishh aku lupelah, aku nak pegi Low Yatt sabtu ni" Terang Aji.

"Takpe kononnya Low Yatt tu kat Subang Parade lah..kan dekat" Jawab aku.

Titt..titt..(bunyi sms masuk)

"Yes..ada awek ajak kuar date esok, cayalah..." Sahut Wan dengan gembira.

"Kat mane weh..??" Tanya Aji.

"Ala...KLCC..Sorry geng aku tarik balik kata² aku tadi..KL bukan neraka Jahanam tapi syurga yang penuh dengan bidadari..eheheh" Jawab Wan dalam keadaan hampir² lupa yang perutnya kosong.

Aku bangga mempunyai bandaraya berkecamuk.
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law