Friday 29 June 2012

Norma-norma perubahan.

Ada beberapa perubahan sedang dan telah melintas didalam kehidupan aku, pertama jari aku sudah tidak menyepit American eagle, akibat dari 'living cost' yang semakin meningkat, aku memberi ruang kepada 'handrolling tobacco blended'. Kedua, aku semakin kritkal didalam memberi persoalan² tentang apa yang sedang berlaku disekeliling aku. Ketiga pula, tekanan darah semakin meninggi. Tapi yang paling penting aku bukan seorang android lagi. aku sudah lucutkan segala pergelutan yang menghantui diri selama ini.

Yes, aku sedang Jobless..!! dan aku juga sedang menghela nafas lega.

Tuesday 19 June 2012

We found a place to which we drive And i offer you the time to sleep, to dream, to wake up when we arrive

Lontarkan kebodohan.

Kisah salah guna kuasa, skandal rasuah, kerajaan korup, projek juta-juta, fitnah, demonstrasi, berdebat, sidang akhbar, kes mahkamah,  media dikawal, fakta tipu, isu perkauman, isu murtad, Institusi di Raja, Dewan Rakyat, Dewan Negara, Kedai 1 Malaysia, laporan audit negara, keganasan polis, rusuhan dan bermacam² lagi adalah seribu satu gambaran tentang lanskap politik negara. Bila kita sebut tentang politik adakah ianya hakmilik mutlak ahli² politik, ahli² parlimen di Dewan rakyat mahupun pengikut/pencacai sesebuah parti? Yes majoriti rakyat negara ini beranggapan sedemikian, kisah politik tidak ada kena mengena dengan kehidupan seharian mereka, kisah politik tidak pernah/akan menggangu kehidupan mereka. Malah sering juga aku dengar dialog² seperti dibawah.

"Ala..ape nak susah², UMNO ke, BN ke, PAS ke, DAP ke, PKR ke..semue same je..ade duit, hulur bawah meja..projek dapat..dorang jugak yang kaye..kite same macam ni jugak..jadi kite tak payah pening² fikir..lantak lah kat dorang, dosa pahala bukan kite yang tentukan.."

Persoalannya, ramai diantara kita tahu tentang penyelewengan, tentang projek² kroni, nak kaya cepat masuk dunia parti politik, nak dapat projek lembu jadilah menteri, ianya sebagai satu 'rahsia terbuka' untuk semua. Tapi malangnya masih ramai yang kurang faham, kurang celik dan juga kurang fasih tentang bagaimana sesebuah sistem kerajaan berjalan. Betul 55 tahun kita merdeka dan 55 tahun juga kita telah dicetekkan pemikiran dan paling sedih apabila ada sesetengah para graduan, belajar hingga ke seberang laut, belajar hingga dapat anugerah dekan, belajar tentang perbezaan kehidupan tapi masih tidak tahu untuk menilai. Yes, mereka pandai tapi mereka tidak cukup bijak. Paling sedih juga apabila pekerja profesional, mampu cipta sumber kewangan tapi sumber pengetahuan masih berkurangan.

Mari kita kupas satu persatu, mengapa kisah politik amat penting untuk kehidupan kita..? Politik adalah satu seni untuk memonopoli sesebuah kuasa, apabila sudah punya kuasa maka semua perkara mampu untuk dikawal, dalam bahasa mudah jika sesebuah parti menang pilihanraya maka parti tersebut diberi mandat untuk mengurustadbir kerajaan dalam bahasa jahatnya adalah berkuasa, mampu mengawal juga mampu untuk buat apa saja. Perkara paling solid yang perlu dijaga adalah punca pendapatan negara. Dari mana datangnya punca pendapatan negara..? Dari sumber alam seperti Petroleum, kelapa sawit, getah, bijih, perladangan, pertanian, penternakan, industri pelancongan, industri berat juga ringan, sektor² kilang, perkapalan, import dan eksport, tenaga kerja rakyat negara ini dan banyak lagi. Selain dari itu wang cukai persendirian, cukai hiburan, cukai tanah, cukai taksiran, cukai kereta import, saman lalulintas, Amanah saham, kumpulan wang pekerja, wang untuk buat passport, kad pengenalan, pembaharuan lesen, cukai perniagaan dan banyak lagi. Kesemua sumber kewangan yang ada dikumpul dan dalam bahasa cincainya 'disimpan' untuk kegunaan negara seperti membuat sekolah, Universiti, hospital, jalanraya, longkang dan parit, jambatan, kemudahan² awam, membayar gaji penjawat awam, membayar pencen kepada pesara, biasiswa pelajar, elaun para Sultan dan Raja, subsidi minyak juga subsidi makanan seperti beras, tepung dan gula, pembelian buku teks untuk sekolah, alat² ketenteraan untuk sistem pertahanan negara, polis juga Bomba dan banyak lagi. Ianya bergerak setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun seperti sebuah pusingan juga lengkap melengkapi diantara satu sama lain. Sumber kewangan negara adalah milik negara dan bila kita sebut negara maka ianya milik seluruh rakyat jelata. Cuma ianya diurustadbir oleh sesebuah parti yang dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihanraya. Parti yang menang akan pilih ketua, timbalannya, ahli-ahli kabinet dan sebagainya untuk pastikan semua berjalan dengan lancar apabila hendak mengurustadbir negara. Itulah kuasa yang dimaksudkan.

Apa ada dengan kisah politik juga kena-mengena dengan kita?? dalam matematik mudah, jika setahun kita ade RM 2 ribu hasil dari pengumpulan duit lebihan gaji setiap bulan dan melalui duit RM 2 ribu ini juga kita hendak beli bermacam² benda seperti telefon bimbit, kereta juga pakaian berjenama. tidak cukup, tapi disebabkan kita mahu juga puaskan hati lantas kita buat pinjaman peribadi RM10 ribu dan beli semua benda yang kita mahu, tapi setiap bulan melalui duit gaji kita perlu bayar hutang sekali dengan bunganya. Akibat dari itu kita tidak cukup untuk beli makanan malah untuk isi minyak kereta juga tidak mampu. Sudah tentu ianya adalah kesilapan salah urus tadbir pendapatan peribadi kita. Sama juga halnya dengan pendapatan negara. Ianya adalah kesinambungan dari kisah 'hulur bawah meja'. seperti yang kita tahu melalui pendapatan negara mereka akan bina sekolah, hospital, beli peralatan ketenteraan dan sebagainya, tapi malangnya sebagai contoh modal untuk buat sekolah adalah RM1 juta tapi peruntukkan yang diolah pula adalah RM2 juta. Bakinya dijadikan untung dan begitulah lumrah setiap perniagaan mahukan keuntungan. Nampak seperti perkara tidak penting, tapi apa akan jadi bila duit simpanan kerajaan berkurangan atau habis. Jawapan mudah adalah ekonomi mungkin merudum, bila merudum perlukan suntikan kewangan. Apakah mekanisma penting untuk memberi suntikan kewangan? kurangkan subsidi seperti minyak dan bahan makan, hasil dari pengurangan subsidi mampu untuk memberi nafas baru kepada pendapatan negara, tapi kesannya bakal/akan ditanggung oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini. Contohnya jika subsidi minyak dipotong maka harga minyak akan dinaikkan, jika harga minyak naik semua keperluan harian bakal naik kerana setiap proses penghantaran barang keperluan dari kilang ke pengedar juga peruncit memerlukan pengangkutan dan secara tidak lansung minyak perlu digunakan. Jadi setiap harga barang perlu dinaikkan untuk menampung modal kasar setiap perniagaan akibat dari kenaikan minyak. Maka secara rumusnya jika kita faham tentang pengiraan yang ada sudah pasti kita juga akan faham tentang faktor² utama kenapa perihal politik bersangkut paut dengan kehidupan kita seharian.

Teori mudah untuk kita semua adalah, perlu kritkal dan analitikal ketika berfikir dan persoalan paling penting adalah bagaimana kita sebagai rakyat negara ini serta pembayar cukai mengambil tindakan sewajarnya jika berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa. Kita perlu peka dan tahu bertindak, kita sudah tidak boleh mengeluarkan dialog² mudah seperti

 "dosa dan pahala hanya tuhan saja yang tahu" atau "ala...standard la makan duit sikit kalau tak macam mana nk dapat projek."

  kerana sesungguhnya sebagai umat yang hidup dimuka bumi ini juga perlu memerangi penindasan dan ketidakadilan juga ketidaktelusan. Memang agak sukar untuk wujudkan masyarakat yang peka dan mampu berfikir apabila terjadi nya kontroversi penyelewengan duit atau dana kerajaan dan ianya perlukan masa yang agak panjang untuk berlakunya 'revolusi minda' dikalangan kita lebih² lagi bila setiap hari disuap, dimomokkan dengan segala macam racun menerusi media. cuma sebagai individu yang faham tahu peka, haruslah memberi pencerahan kepada yang tidak tahu agar kita mampu untuk wujudkan satu budaya yang sihat dari segi sosial politk juga sosial ekonominya.

Contohnya, jika berlakunya penyelewengan didalam parti 'U' misalnya, takkan kita masih atau ingin  memberi sokongan sedangkan telah banyak kali diminta untuk membawa dan membuat perubahan. Sama juga dengan parti² lain. Belum tentu pemimpin memakai jubah, beserban serta berjanggut lebat mampu untuk bersikap telus didalam mengurustadbir kerajaan. Jadi kita sebagai sebuah masyarakat yang mampu berfikir harus tahu untuk tolak mana² pemimpin atau parti yang tidak telus, zaman omong² kosong seperti "ala standard la", "tak sedar diuntung, dulu kau sekolah, siapa tanggung??, jalanraya siapa yang buatkan??" sudah berlalu. Kita harus berani untuk memecahkan tembok kekufuran, tembok takut, juga tembok yang selama ini telah mengikat kita dengan pelbagai dakyah dan surah juga pelbagai fakta dan sejarah pesong.

Jadi, satu perubahan besar harus berlaku, bukan sahaja sekadar menolak kepimpinan yang korup, tapi menolak segala kebododan juga kebebalan diharuskan terlebih dahulu. Jika kita tidak ubah cara berfikir, ubah persepsi juga perspektif, bukan sahaja sampai kucing bertanduk, malah sampai kucing ada sayap juga kita tidak berubah.

Bersambung . . .
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law