Sunday 28 February 2010

Tiba-tiba aku teringat sewaktu aku di tingkatan tiga.



March ni mereka di The Ruums, Kuala Lumpur. Korang buat rilek je..

Pagi pada waktu tengahari.

Dalam suasana bilik yg gelap bercampur suhu kepanasan yang sangat seperti didalam sebuah 'microwave' aku terlantar penat, baju basah kerana dilumuri peluh dan baru sahaja menghabiskan sebuah mimpi. Kedenganran sayup bunyi deringan telefon bimbit aku, dengan keadaan malas untuk membuka mata tapi aku paksa juga biarkan cahaya lampu dari skrin menerjah masuk kedalam retinan aku. Lalu jari menekan butang dan aku bercakap.

"Sayang....good morning.." walaupun aku tahu sudah dekat pukul dua petang.

Lalu dia jawab dengan mengikut rentak jenaka aku seperti biasa "Hey...hey..good morning"

"sayang i mimpi jumpa u tadi..and i see u so miss me.." Jelas aku dalam keadaan tekak sangat perit.

"Dia jawab lagi tapi kali ini dengan nada sedang tersenyum "Oh yeke...i miss u so much lah.."

"U know what, i nampak u pakai baju kurung warna coklat tapi sangat² light in my dream, eh bukan coklat but more to cappuchino tapi sangat² light.." Terang aku lagi..

Lalu dia cantas sambil ketawa "huhu nak minum kopi lah tu..kesian orang dah lama tak jumpe kopi sampai tengok warna baju pun cerita pasal warna² kopi"

"Tak perlu lah...." Cantas aku secepat mungkin.

Sambil dalam hati tertanya² "siapa yang mula² jadikan biji kopi sebagai bahan minuman..Damn.."

Saturday 27 February 2010

A cup of beer and a glass of coffee.

As a fat man aku memang terpaksa lalui segala macam halangan untuk mengurangkan lemak dan lebih² lagi jika sudah terlalu ramai yang menegur "Eh aku tengok badan kau dah naik lah.." Jadi buat masa ini aku sedang sangat² bermusuh ketat dengan nasi dan semua jenis karbohidrat dalam erti kata lain, aku juga sedang against roti, biskut, segala macam mee dan pasta apatah lagi kentang.. Tapi sedikit pun aku tak gentar kerana aku masih berkawan dengan sayur²an dan buah²an, daging dan ikan juga masih lagi menjadi teman.

Cuma..

Aku juga terpaksa berjauhan dengan 'kopi' kerana jumlah kafein yang tinggi mampu membiakkan lemak. Damn..aku rasa seperti dunia sudah sampai ke penghujungnya dan sekali lagi, jika aku mati sila taburkan serbuk kopi di pusara aku.

Kenapa perlu sangsi.

Setiap persoalan yang selalu bermain didalam kepala aku apabila memikirkan soal kahwin adalah, apa tujuannya sebenarnya kita kahwin?? ada isteri kemudiannya ada anak dan seterusnya ada anak lagi, lemparkan ilmu dengan hantar pergi sekolah. Aku pula sibuk cari nafkah, pagi petang mencakar, pulang kerumah bersama anak dan isteri, tonton kotak tv, hujung minggu keluar bersiar² dan seterusnya. Begitulah rutin harian, lama² perut makin buncit, rambut makin hilang, dahi terus berkedut, anak semakin besar, kalau bijak boleh hantar untuk sambung belajar, kalau kurang bijak bagi motivasi untuk pergi cari kerja, kemudian jumpa bakal isteri atau suami mereka, berkahwin dan seterusnya dapat anak dan aku pula jadi datuk dan begitulah seterusnya sampai padam, sampai putus nyawa. Bila aku sorot semula kisah² ini memang kaget, memang seperti kena kejutan elektrik. Tapi malam tadi aku petik dan simpan kata² Goerge Clooney dari filem UP IN THE SKY, hidup kita ibarat jam yang tidak berhenti berpusing, setiap apa yang dilalui sama ada pahit atau manis akan jadi pengalaman untuk kita dan alangkah baiknya jika setiap yang dilalui itu dapat diharungi bersama² dengan orang yang kita sayang.

Yes..kita tidak perlu sangsi untuk menjadi sebahagian dari kisah² pahit dan manis.

Arkib dari kisah-kisah klasik.









Friday 26 February 2010

Seni mampu ubah segala-galanya.



FORUM : SENI UNTUK REVOLUSI/ REVOSUSI SENI

BILA: AHAD 28hb Februari 2010

JAM BERAPA : 2.00 ptg - 5.00 ptg

TEMPAT : The Annexe Gallery, Central Market/PASAR SENI Annexe
Jalan: Jalan Hang Kasturi
Bandar/Pekan: Kuala Lumpur, Malaysia
Lihat Peta

Forum santai ini akan membincangkan bagaimana medium seni boleh menjadi agen perubah dalam masyarakat dan bagaimana seni boleh diletakkan di sisi yang berpengaruh dan digeruni semua.

AHLI PANEL/PELABON/TOK SELAMPIT

Hishamuddin Rais - NGI/Tukar Tiub
Hasmi Hashim - penulis dan ahli politik
Fared Ayam - penggiat teater
Haekal Taleb - pemuzik, bekas ahli band Komplot

Pengasas Music Forum yang juga aktivis muzik, Mazir Ibrahim akan menjadi moderator

AKAN ADA PERSEMBAHAN AKUSTIK DARI:

Nikbindijan
Meor Yusof
Beeha
Liyana Fizi

sila jemput hadir.

Thursday 25 February 2010

Pagi semalam diatas kerusi panjang.

Didalam bilik empat segi panjang yang penuh dengan 'blower' juga bau asap rokok yang mekar berlegar², diatas sebuah kerusi panjang, kelihatan 3 orang lelaki sedang duduk berderetan tapi berjauhan, masing² sibuk melayan kenangan dan memori ciptaan mereka sendiri sambil menelan asap rokok. Aku adalah salah seorang dari 3 lelaki tadi, cuma kelebihan aku ada segelas kopi pahit disebelah aku selain dari asap rokok. Sambil telingar mendegar kata² yang keluar dari orang lelaki yang turut sama merokok, mereka bercerita tentang kisah² lama mereka bersama rakan². Mereka cuba mencari semula segala pertalian yang mungkin sudah lama hilang dan secara tidak sengaja aku cuba singkap semula kisah lama aku, kisah antara aku dan rakan² lain. Macam mana teguh pun sesebuah pertalian persahabatan, macam mana erat dan kukuhnya sesuatu perhubungan lambat laun masing² akan mencari hala tuju masing². Kita tidak akan kekal sebagai satu kelompok tanpa sebarang perubahan walaupun setakuk. Itulah lumrah itulah hukum dan itulah jawapannya. Aku telah diingatkan banyak kali tentang perkara ini tapi aku menolak sebulat²nya dan akhirnya aku akur bahawa setiap yang berlaku, sama ada kisah gembira, kisah kecewa, kisah duka dan lara semuanya akan terus jadi arkib dalam kotak memori kita dan semuanya tidak akan mampu untuk kembali kepada kita.

Nota kepada kawan² - Hidup aku memang selama-lamanya untuk anda semua, jangan gentar.

Wednesday 24 February 2010

Beauty is pain.

Berdasarkan tajuk diatas, siapa mahu menyebelahi aku??

Hail to monogamy..!!

Bila aku sudah mula membuat kenyataan rasmi kepada rakan² terdekat tentang idea untuk berkahwin. Ramai yang memberi komen yang membina, tidak kurang juga yang memanjatkan doa kesyukuran dan yang paling lucu adalah riak muka terkejut kerana ramai yang tidak menyangka yang aku membuat keputusan untuk berkahwin, ada yang tanya "Eh kau sure ke ni??", ada yang cakap "Biar betul kau ni.." dan yang paling aku jangkakan "Eh come on man..what happened to ur rules..??" dan setiap persoalan yang disoalkan bukanlah satu perkara mudah untuk aku buat keputusan. Yes.. selaku seorang lelaki yang memegang prinsip "hidup seorang lebih cool dari berpasangan" aku akur memang aku pegang prinsip tu, cuma kita juga semua pasti tentang perkahwinan. Cuma kita tidak pasti bila? dengan siapa, berjaya atau sebaliknya. Macam aku selalu cakap "got some one out there for you" and finally aku dah jumpa someone for me. Cuma ianya tidak semudah yang disangka oleh semua orang bila aku dan dia bercakap tentang perkahwinan, bermonogami, masa depan, masa sekarang, isu² kekeluargaan, tanggungjawab dan beratus² perkara lagi. Sebagai seorang yang suka kan cabaran aku macam dapat rasakan ianya satu cabaran untuk aku. Well, bila cerita hal kahwin,dari berbulan² yang lalu aku dan dia tidak habis² berbincang, discuss, briefing, presentation dan banyak lagi perkara agar kedua² diantara kami mendapat kata sepakat. Sebagai seorang 'rocker' aku hendak terus rock walaupun aku sudah berkahwin dan bagi sesiapa yang perasan benda tu selalu aku laungkan waktu lepak² sembang kosong di kedai mamak dan Yes!! bakal isteri aku juga seorang 'rocker' yang cool. Aku dan dia taknak nampak seperti seorang lelaki atau perempuan yang tua pada usia muda dan kami akan terus kekalkan imej kami seperti biasa tanpa ada apa² perubahan. Aku akan terus jadi seperti aku dan dia juga akan terus jadi seperti dia. Cuma setiap tanggungjawab harus didahulukan dan aku rasa semua orang faham tentang perkara itu. We have our own idea and theory for our own relationship. Jadi setiap perkara yang berlaku pasti akan ada sebabnya dan aku sangat² pasti tentang itu.

Hail to monogamy..!!

Wednesday 17 February 2010

Kawan.

Kadang-kadang bila kita banyak bercerita perihal diri kita pada orang yang pernah rapat dengan kita, secara tidak sengaja mungkin akan buatkan hati mereka terluka atau kecewa. Bagi aku itu adalah satu permainan emosi yang sangat tragis.

Lebih baik duduk diam dan jalani hidup seperti biasa tanpa rasa gundah.

Monday 15 February 2010

The biggest loser.

Didalam perut pejabat, keadaan sangat lengang, semua sudah keluar pergi menempek perut yang kosong, yang tinggal hanya aku yang juga perut kosong serta dua lagi manusia lain yang masih tidak mahu berhenti² membuat kerja. Lampu dipadamkan terasa udara dingin mula berlegar² didalam ruang empat segi panjang. Aku menegangkan segala urat dengan menyandarkan bahu ke kerusi yang tidaklah berapa empuk namun cukup selesa pada saat² ianya diperlukan. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Keadaan sangat senyap dan sunyi sama seperti sedang hendak membuat serangan hendap didalam hutan. Aku toleh kekanan dan kelihatan seorang rakan sedang kyusuk memalitkan pandangan di skrin monitor. Mukanya bercahaya² akibat pantulan sinaran dari dalam kotak skrin monitor. Kedengaran sayup suara manusia bercakap dari dalam pc dan aku pasti dia sedang menonton video. Perut aku terus bergema kelaparan. Lalu aku bangun dan pergi kearahnya dengan harapan untuk ajak dia pergi makan sama².

"Weh ape bende ni.." Tanya aku sambil memerhatikan kotak skrin monitor.

Sambil tersenyum Nazry jawab "Eehehe kau tengok ni, dorang gemuk gile tapi boleh kurus.."

"Oh the biggest loser...season bile ni..cube kau play balik" jelas aku dalam keadaan tertanya².

Terus menarik nafas Nazry jawab lagi "kau tengok mamat ni, dulu besar tak ingat, haa yang ni dah kurus dah..gilelah..tapi teruk kena torture la.."

"Tulah..gile semangat dorang training.." ringkas dari aku dalam nada bersahaja.

Sambil pandang kearah aku "aku nak start diet lah, tapi kali ni betul² punye, tak boleh mcm ni je..badan tak sihat..jomlah sekali"

"Hmmm..boleh lah tapi memang kena fokus betul² kalau tak penat je.." Jawab aku dengan nada kecewa kerana tidak sempat ajak makan tenghari.

sambil tangan gosok ke perut "Tapi aku lapar lah ni..jom pegi skypark, Mc'd sane ade 20% off utk staff la.."

"Ahaha...diet minggu depan ke..??" Cantas aku sambil terus berdiri.

"Tengoklah macam mane..kite makan dulu.."

Thursday 11 February 2010

I heard you say.

Jika anda sedang memandu, jalan mana yang menjadi pilihan. Pertama, jalan yang dekat tapi terlalu sesak dengan kesesakkan lalulintas. Kedua, jalan yang juga dekat tetapi penuh dengan lopak serta lubang² yang dalam serta ekstrim untuk anda memandu. Ketiga pula adalah jalan yang amat jauh tapi lurus serta tenang untuk memijak pedal minyak hingga sampai ke destinasi yang dituju. Kalau aku memang akan pilih jalan yang ketiga, jauh tapi lurus sambil boleh menyedut udara segar serta asap rokok American eagle dan juga melalak sekuat² hati lagu "Dont look back in anger".

Hidup ini perlu buang segala kebencian, hidup ini juga perlu lupakan segala api kemarahan.

Wednesday 10 February 2010

The black is back.

Selamat datang kedunia penuh kegelapan walaupun kita sering diajar untuk bebas bersuara. Siapa punya banyak wang boleh bersiap sedia untuk lari jauh-jauh, siapa tidak punya wang bersiap sedia untuk terus dipijak.

Friday 5 February 2010

Duduk statik selama-lamanya.

Hendak cerita banyak² pun susah, nak cerita sikit² juga susah, sila lihat video dibawah dan mari ramai penuhkan Klpac 10hb March ni..

Thursday 4 February 2010

Where the Wild Things Are

Beberapa bulan yang lalu aku ada terlihat iklan filem ini di pawagam, ianya adalah sebuah filem yang menarik aku rasa, tetapi malangnya sampai ke hari ini filem ini tidak keluar dimana² pawagam disini pun dan baru beberapa hari lepas aku berjaya menontonnya dengan membeli dvd. Yes.. sebuah filem yang unik dan penuh dengan tragedi. Sebuah filem yang diadaptasi dari sebuah buku karya Maurice Sendak pada tahun 1963 dan diarahkan oleh Spike Jonze, manakala Tom Hanks juga terlibat didalam projek filem dimana telah mengeluarkan sejumlah wang yang besar semata² untuk penghasilan filem penuh fantasi ini. And the best part adalah Karen O bersama² dengan YEAH YEAH YEAHS telah diberi tanggungjawab untuk menyiapkan original soundtrack untuk filem ini. kombinasi terbaik, sila lihat video dibawah..



Persoalan tentang cerita semalam.

Beratus-ratus tahun dahulu nenek moyang kita disini sibuk mencipta adat dan tradisi dimana ianya terus menjadi ikutan hingga kini walaupun semakin hari semakin terhakis penggunaannya. Tetapi beratus-ratus tahun dahulu manusia² disebelah barat sibuk mencipta pelbagai benda seperti telefon, kapal terbang, segala jenis ubat penawar kepada penyakit, struktur² banggunan dan bermacam² lagi benda untuk kesenangan kita semua dan ianya terus menerus digunakan hingga kini sebagai keperluan penting didalam kehidupan kita setiap hari.

Kenapa??

Monday 1 February 2010

Perasan tanpa perasaan

Sama ada kamu pemandu teksi mahupun pencuci toilet, tidak kira kamu adalah penjual tiket wayang di kaunter ataupun kerja membaiki alat penghawa dingin. Aku percaya semua diantara kita ada cita-cita, ada impian juga harapan. aku juga percaya sama ada kamu adalah pengurus bank mahupun jurutera, tidak kira kamu adalah doktor mahupun usahawan yang berjaya, setiap disebalik apa yang kita sudah kecapi masih ada simpan sekelumit cita-cita, harapan juga impian. Begitu juga dengan aku, cuma apa yang diimpikan selalunya akan tersasar dari apa yang aku mahukan dan sebagai orang yang selalu tidak berjaya aku sudah biasa dan lali dengan keadaan begini, jadi tidak perlu meletakkan harapan setinggi gunung ataupun menara supaya tidak terus kecewa. Percayalah, kita tidak akan lalui jalan yang sukar jika kita tidak mampu melaluinya.

Kehidupan ini sebenarnya sangat adil, cuma kita saja yang tidak perasan atau berperasaan.
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law