Monday 15 February 2010

The biggest loser.

Didalam perut pejabat, keadaan sangat lengang, semua sudah keluar pergi menempek perut yang kosong, yang tinggal hanya aku yang juga perut kosong serta dua lagi manusia lain yang masih tidak mahu berhenti² membuat kerja. Lampu dipadamkan terasa udara dingin mula berlegar² didalam ruang empat segi panjang. Aku menegangkan segala urat dengan menyandarkan bahu ke kerusi yang tidaklah berapa empuk namun cukup selesa pada saat² ianya diperlukan. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Keadaan sangat senyap dan sunyi sama seperti sedang hendak membuat serangan hendap didalam hutan. Aku toleh kekanan dan kelihatan seorang rakan sedang kyusuk memalitkan pandangan di skrin monitor. Mukanya bercahaya² akibat pantulan sinaran dari dalam kotak skrin monitor. Kedengaran sayup suara manusia bercakap dari dalam pc dan aku pasti dia sedang menonton video. Perut aku terus bergema kelaparan. Lalu aku bangun dan pergi kearahnya dengan harapan untuk ajak dia pergi makan sama².

"Weh ape bende ni.." Tanya aku sambil memerhatikan kotak skrin monitor.

Sambil tersenyum Nazry jawab "Eehehe kau tengok ni, dorang gemuk gile tapi boleh kurus.."

"Oh the biggest loser...season bile ni..cube kau play balik" jelas aku dalam keadaan tertanya².

Terus menarik nafas Nazry jawab lagi "kau tengok mamat ni, dulu besar tak ingat, haa yang ni dah kurus dah..gilelah..tapi teruk kena torture la.."

"Tulah..gile semangat dorang training.." ringkas dari aku dalam nada bersahaja.

Sambil pandang kearah aku "aku nak start diet lah, tapi kali ni betul² punye, tak boleh mcm ni je..badan tak sihat..jomlah sekali"

"Hmmm..boleh lah tapi memang kena fokus betul² kalau tak penat je.." Jawab aku dengan nada kecewa kerana tidak sempat ajak makan tenghari.

sambil tangan gosok ke perut "Tapi aku lapar lah ni..jom pegi skypark, Mc'd sane ade 20% off utk staff la.."

"Ahaha...diet minggu depan ke..??" Cantas aku sambil terus berdiri.

"Tengoklah macam mane..kite makan dulu.."

1 comments:

Anonymous said...

ape pun x boleh korg nih...ahahaha

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law