Saturday 31 July 2010

Let my love open the door.

Kadang-kadang kita rasa kita tahu apa yang bakal berlaku keatas diri kita pada masa akan datang, dalam erti kata yang lain, selalunya kita akan anggap yang kegagalan akan terus menyeliputi diri kita. Tapi sebenarnya kita sendiri pun tidak tahu apa yang bakal terjadi pada hari mendatang.

 Jadi kuatkan diri sekuat-kuatnya sebelum kita dipukul dengan arus ombak yang besar.

East is east.

Filem ini menarik, filem ini 'thru', filem ini mampu buat anda tergelak dan ketawa, filem ini juga ringkas, walaubagaimana pun ianya sarat dengan unsur-unsur tersirat dan tersurat. Filem ini berlatar belakangkan pada sekitar tahun 70an di Manchester, England dimana terdapat sebuah keluarga yang bapanya adalah seorang muslim dan berasal dari Pakistan lalu berkahwin pula dengan seorang wanita inggeris. Mereka telah dikurniakan dengan 6 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Namun begitu mereka sering dilanda dengan konflik akibat dari si bapa yang tidak henti-henti hendak menerapkan budaya Pakistan kedalam diri anak-anaknya sedangkan mereka telah biasa dengan cara kehidupan orang-orang British pada ketika itu, lebih-lebih lagi ibu mereka adalah seorang wanita berbangsa inggeris, untuk cerita lebih lanjut anda mungkin boleh mula 'download' dan mula menonton filem ini.
Aku rasa menyesal kerana baru tahu tentang filem ini sedangkan ianya telah dikeluarkan pada tahun 1999.

Terima kasih kepada 'super wife' kerana berjaya download filem ini.

Friday 30 July 2010

Bebas ertinya merdeka.

Pejam celik, pejam celik, terkangkang dan tergolek, hari ini sudah jumaat. Esok sabtu aku bebas,begitu juga dengan hari ahad. Isnin dan sampai jumaat yang seterusnya pun aku masih bebas.

Kerana kerja masih tiada..Woohoo..!!

Wednesday 28 July 2010

Live without cash.



Mark Boyle dah buktikan, anda bila lagi.

Ini lumrah.

Dari semalam lagi aku telah dipanggil oleh orang² atasan untuk membincangkan tentang 'job spec' aku sebagai 'planner'. Bekerja didalam sebuah syarikat penerbangan gergasi negara dibahagian kejuruteraan memang banyak tanggungjawab yang terpaksa aku pikul, hinggakan boss aku cakap, aku punya kuasa mutlak untuk tahan pesawat dari terbang jika aku tidak puas hati dengan segala dokumentasi ketas kerja yang ada. Dengar macam akulah yang paling hebat, tapi bila aku mula bicara tentang tanggungjawab yang berat dengan jumlah pendapatan bulanan yang aku dapat kurang setimpal, semua orang jahit mulut dan sumbat batu dalam telinga. Pagi ini sesudah aku sampai kedalam ruang pejabat, aku duduk sambil bancuh kopi lalu telefon berbunyi dan boss aku panggil semula untuk terus sambung berbincang hal semalam.

Kali ni aku pula jahit mulut dan potong terus telinga aku.

Tahniah pada mereka.

Aku benci gila bila ada sesetengah golongan yang hidup diantara kita melemparkan 'statement' seperti ini

"Aaahh politic is dirty bussiness, lantaklah dorang nak gaduh ke nak buat ape pun, takde kene mengena dengan kita.."

kadang² aku sedih dengan orang² yang kurang peka seperti diatas, bukannya untuk mintak sokong parti mana satu, bukannya mintak turun kejalan raya untuk berdemo dan bukannya untuk minta ampu sana dan ampu sini, aku pun sama tak berminat. Cuma dalam keadaan kita bergelumang dengan kecanggihan teknologi ni, cubalah buka minda dan ambil tahu mana yang telus dan mana yang bolos, mungkin perkara² ini tak ada sangkut paut dengan kita, tapi fikirkan tentang anak cucu kita. Kesannya sangat mendalam dan aku percaya tak payah tunggu sampai 30 tahun lagi, sekarang pun dah rasa, bagi yang kurang hendak membuka minda, cuba fikir subsidi diselaraskan dengan cara menaikkan harga kepada beberapa jenis barang supaya negara dapat jimat duit untuk beberapa ratus juta ringgit, tapi dalam pada masa yang sama jumlah yang lebih dikeluarkan untuk bina sebiji istana. Is it fair???, fikirkan.

"Oppss aku tak boleh guna ayat 'harga barang naik' aku patut guna 'harga barang baru selepas subsidi diselaraskan'..."

Monday 26 July 2010

Jobless android.

Pagi ini aku bangun dari tidur, mandi,bersiap², buat sarapan dan terus bergegas ke tempat kerja, dalam keadaan cuaca yang suram dan dingin, sambil duduk dihadapan monitor dengan sedut bau aroma kopi dan kemudiannya bangun untuk pergi ke bilik bebas udara untuk sedut asap dari american eagle, lalu bersembang dengan teman² kerja yang lain dan terus masuk ke dalam 'office' semula, duduk dihadapan monitor sambil buka web² jujur dan tulus. Tengok jam didinding, tengok keadaan sekeliling lalu regangkan seluruh badan sambil tangan dijulangkan ke atas.

Yes..!!! aku sedang merdeka..

Friday 23 July 2010

Island in the sun.

Inilah erti merdeka.

Hari jumaat adalah hari paling bahagia buat pelajar² sekolah, sebab apa?? sebab esoknya sabtu dan lusanya ahad, hari cuti, tak perlu bangul awal pagi, tak perlu runsing pasal kerja sekolah lagi. Bagi mereka itu adalah erti merdeka dan sampai ke hari ini pastinya budak² yang sedang berada dibangku sekolah mempunyai jalan cerita yang sama dengan aku. tetapi mereka lupa, selepas hari ahad mereka perlu bangun tidur awal dan pergi sekolah seperti biasa, nak hadap muka² cikgu, muka² pengawas, muka buku latihan dan beg yang berat memang betul² memeritkan, sama juga pada mereka² yang bekerja 5 hari seminggu, hari isnin pasti jadi biru bila fikir nak hadap muka boss, muka pemandu² kereta waktu 'traffic jam' pagi hari, muka² sial yang suka tikam orang dari belakang dan banyak lagi. Pendek kata hari jumaat mereka merdeka tapi hari isnin mereka terkurung dan terseksa. Berbeza pula dengan aku, selepas Kapal berjaya terbang ke Instanbul semalam dan selepas aku berjaya menutup segala kertas kerja juga semalam, hari ini adalah hari paling 'merdeka' buat aku, esok dan ahad pula cuti dan yang paling menggembirakan adalah hari isnin masih tidak ada kapal baru dan ianya akan berterusan selama lebih 2 minggu,

Jadi, korang mesti cemburu pada aku kan..??..kan??

How to Grow Petunias That Will Bloom All Summer.

Dari awal tahun lalu selain dari sibuk menguruskan hal² kahwin, aku dan 'super wife' juga sibuk menguruskan hal pembelian rumah, yes.. proses pembelian rumah dan tukar hak milik memang agak rumit tapi lawyer aku bekerja dengan agak progresif dan last two month kami telah berjaya dapat kunci. Walaubagaimana pun kami berdua masih lagi tidak berpindah kerumah baru kerana rasanya better kami memperkukuhkan lagi sumber kewangan sebelum berpindah, dalam erti kata lain kami ingin penuhkan dahulu dengan kelengkapan keperluan perabut baru fikir untuk pindah, lagi pun beli rumah 2ndhand memang banyak yang perlu diubah dari segi membersihkan rumah, tukar lampu, paip dan segala macam suis termasuklah kipas juga menukar warna baru pada dinding. Itu belum masuk lagi cerita 'mini garden' dibelakang rumah, semua perlu buat secara berperingkat-peringkat. Idea untuk ubah itu dan ini memang banyak, aku sangat² teruja untuk buat semua benda, tapi semuanya perlukan satu pelan perancangan yang paling ideal untuk kami supaya ianya dapat berjalan dengan sempurna.
Anyway kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui perjalanan juga idea² untuk 'decorate' rumah yang bakal aku dan 'super wife' aku lakukan boleh lah melawat di http://hyperhelluvalife.blogspot.com dan kepada sesiapa yang ada bertanya pada aku tentang hal² kahwin pula bolehlah melawat di http:\\themissbridetobe.blogspot.com disana ada banyak idea menarik untuk semua. Kedua² blog ini milik 'super wife' aku. So happy viewing.

Thursday 22 July 2010

Tear these curtains down.

Beginilah akibatnya bila semua kerja sudah selesai.
Harap semua gembira.

Mesej untuk Crispian Mills.

Selain dari jadi kaki makan, aku juga amat suka pada muzik dan perkara yang dah lama aku tak buat adalah pergi tengok konsert, malangnya dinegara yang tercinta ini konsert yang melibatkan artis² kegemaran aku jarang berlaku, kalau arits² MTV berlambaklah, kadang² aku rasa macam sampah pun ada diaorang ni. Anyway as per list below adalah band² kegemaran aku yang aku pun tak pasti bila aku ada peluang untuk tengok dengan mata dan kepala aku sendiri.

1. RADIOHEAD - terlalu sukar untuk aku bayangkan tentang lagu dan lirik mereka. Korang faham² sendiri lah.

2. MEW - bagi sesiapa yang suka band ini pasti akan rasa sama macam aku. Hail to Danish rock..!!

3. LUKESTAR - Aku mula dengar lagu² band dari Norway ni sekitar 2 tahun yang lalu, diperkenalkan oleh Arwith, seorang rakan yang telah berjaya untuk pasarkan album mereka di sini, pada mulanya aku rasa nak tergelak tapi bila 'study' pasal drum work lagu² mereka buatkan aku rasa hendak duduk berdekatan dengan drummer jika ada peluang untuk lihat mereka beraksi secara 'live'.

4. THE SWELL SEASON - Selepas filem 'ONCE' berjaya menarik perhatian aku dan juga orang lain melalui muzik juga jalan cerita yang dihasilkan termasuklah pemandangan² indah Ireland, Glen Hansard dan Marketa Irglova telah mula mengorak langkah dengan menghasilkan sebuah album yang berjudul 'Strict Joy'

5. PEARL JAM - siapa yang tidak kenal dengan kelunakan suara Eddie Vedder, aku hampir² berjaya untuk tengok mereka secara live di Melbourne, Australia tahun lepas. Joe kawan aku telah beli 2 tiket untuk aku dan dia, malangnya aku tarik diri kerana kakak saudara aku kahwin pada tarikh yang sama.

6. AS BLOOD RUNS BLACK - Band deathcore paling sedap dari Los Angeles yang pernah aku dengar, lagu² mereka paling ber-variasi dan drummer aku Sharman selalu contact drummer band ini, tapi rasanya peluang untuk tengok mereka secara 'live' terlalu gelap untuk kami semua disini.

7. EXPLOSIONS IN THE SKY - Yes, band postrock ini pernah datang ke sini dulu, tapi malangnya aku pula berada di Hamburg,Germany pada waktu itu. Damn!!

8. BUTTERFINGERS - Aku tau dah banyak kali aku tengok dorang, tapi always miss them.

9. REGINA SPEKTOR, IMOGEN HEAP, FEIST, KATE NASH - Aku sentiasa harapkan ada promoter yang mampu satukan keempat² artis ni dibawah satu pentas yang sama.

10. YEAH YEAH YEAHS - Karen O gila, itu saja yang mampu aku katakan tentang band ini, walaupun mereka pernah datang ke Singapura, tapi tak guna juga bila hari pertama tiket dijual, semuanya sudah habis.

Sebenarnya ada banyak lagi band² atau artis yang aku ingin tengok mereka beraksi secara live, cuma aku tak pasti sama ada berjaya atau tidak,

contohnya KULA SHAKER, waktu aku muda remaja dan sibuk melalak² lagu 'hush' dan 'Tatva' mereka tak nak datang sini pun.

Aku, gitar dan dia.

Baring diatas ribanya sambil tangan mula memetik lagu-lagu indah serta suara keluar tanpa ada rasa kecewa dihiasi pula dengan curahan sinar lampu warna jingga dari satu sudut yang berbeza manakala telinga pula menyerap bunyi pusingan daun kipas yang perlahan serta degupan jantung dan hela nafasnya, benar-benar buat aku rasa hilang sengsara.

Terima kasih dia.

10 makanan penting yang harus dimakan sebelum kita tinggalkan negara ini.

Aku memang kaki makan, 'super wife' dan kawan-kawan aku juga sama dengan aku. Bagi kami menikmati hasil makanan yang sedap adalah sama seperti menghargai hasil seni abstrak yang agung. First thing sebagai kaki makan kami harus tahu dimanakah kedai-kedai makan yang terdekat dengan tempat kami tinggal dan mampu menghasilkan hidangan yang menarik perhatian. Kedua baru cari kedai makan yang berada diluar kawasan tempat tinggal, tapi pastikan hasilnya mampu tersemat didalam dada kita sampai bila-bila. Jadi secara ikhlas dari hati aku, ada sepuluh tempat makan kegemaran yang paling aku akan ingat sampai bila-bila dan kepada sesiapa yang rajin atau berminat untuk mencuba, jangan ragu-ragu serta segan silu. Aku tahu pasti ada ramai yang ingin cuba, sebab aku pun dah lama tak pergi makan di kedai² seperti dibawah.

Sila rujuk dibawah :-

1. GINGER BEEF KUEH TIAW - di Uptown lama damansara, nama kedai Bintang Henry. Menu lain aku tak pasti sedap atau tidak tapi masakan cina paling pekat dan sedap yang pernah aku rasa.

2. IKAN GORENG BAWAL with nasi, ulam & sambal belacan - juga di Uptown lama, kedai ini dimiliki oleh Emri, drummer band BLIND TRIBE.

3. STEAM BURGER - di Subang perdana juga sebuah lagi stall baru dibuka dihadapan banggunan Symphony area Ara Damansara. Daging burger dikukus dengan cara yang paling sihat dan dicampur pula bersama kuah black pepper yang sama taraf enaknya dengan black pepper di Victoria Station. Takkan taknak cuba kan..

4. SWEEDISH MEATBALL dan DAIM CAKE diminum bersama Black gold coffee - di Ikea. Siapa tak pernah cuba memang aku tak mampu nak cakap apa.

5. NASI KUKUS - di TTDI jaya, Shah Alam. Waktu operasi pukul 5 petang hingga 9 malam saja, harga sangat berpatutan. Kalau nak tengok waktu petang orang beratur panjang semata-mata nak makan nasi, sinilah tempatnya.

6. IKAN BAKAR FENDI - di Kelana Jaya, ikan pari bersama2 kuah asam pedas memang terbaik.

7. LASAGNA MEATBALL - di WILLIAM Taman Mayang, anda akan rasa seperti ada lembu hidup diatas meja. Macam biasalah kalau nak cerita pasal menu di William sampai minggu depan pun tak habis.

8. SATAY KAK TIMAH - di Pekan Subang, secucuk hanya rm 0.50 untuk saiz satay yang besar dan rasa yang jauh lebih sedap dari satay Hj.Samuri. Beberapa tahun lalu aku ada perkenalkan pada beberapa rakan aku warga Australia dan hingga kini mereka tidak berhenti untuk datang makan, ada yang siap bawa family untuk makan sama.

9. NASI KANDAR RAIHAN - Di Glenmarie Shah alam, berdekatan dengan workshop2 kereta. Ayam goreng berempah paling lazat aku pernah rasa

10. NASI AYAM WAK CORNER - di dalam area Kampung subang. 7 jenis beras dicampur ke dalam periuk untuk dikukus, nak lagi sedap mintak dia goreng nasi tersebut.

Jika kita lihat senarai diatas ada beberapa menu yang melibatkan nasi turut serta dalam menjayakan hidangan paling sedap yang aku suka makan dan sebenarnya ada banyak lagi makanan yang menarik boleh dikongsi bersama, tapi mungkin pada entri yang lain, lagipun aku belum cerita pasal food di Penang, Ipoh mahupun Melaka. So just wait and see.

Damn..!! kenapa nasi..!!??

Tuesday 20 July 2010

Situation comedy.

Bila kita rasa sangat murung atau kecewa ditambah pula dengan konflik kewangan yang melanda negara hingga kita sebagai rakyat terpaksa menangung risikonya dengan menaikkan harga pada segala macam barang, aku 'suggest' korang buka kotak tv pada pukul 8 mlm setiap hari dan tengok berita² utama. Mesti korang akan tergelak besar mlihat pemimpin² bersuara tentang hak dan keistimewaan.

Dealing with conflict.

Hari ini aku mungkin sudah mampu untuk tarik nafas lega, walau bagaimanapun 'champange' masih belum boleh dibuka dalam ertikata yang lain kejayaan masih belum boleh diraikan. Itu adalah serba sedikit tentang perihal kerja yang sedang berselirat didalam jiwa aku, sejak dari bulan lalu. Yes, aku sedang bercerita tentang kerja ditempat kerja, kerja yang ditinggalkan oleh orang lain, disambung pula oleh orang lain dan kini aku pula yang terpaksa bersihkan segala kekotoran yang ada, segala kepincangan juga segala kekalutan yang berdiri teguh bersama kerja² yang ditinggalkan, mujurlah ada seorang lagi rakan yang tidak penat membantu sejak dari beberapa minggu yang lalu, cuma minggu ini aku keseorangan kerana rakan kerja aku terpaksa ambil cuti seminggu dan bawa emaknya ke Southampton,UK. untuk tujuan yang terlalu sukar aku terangkan. Jadi disebabkan dengan kerja² yang ada fikiran dan jiwa aku melekat dan tidak bebas untuk berbuat apa². Kita sebagai manusia memang tidak dapat lari dari konflik, aku percaya semua orang ada corak konflik masing² begitu juga dengan aku, selain dari kepayahan ditempat kerja ada banyak lagi konflik yang terpaksa aku serap satu persatu, menangis, kecewa, benci semua ada cuma aku cuba untuk terus berdiri secara positif dengan kukuh disamping 'super wife' aku yang sentiasa membantu untuk menyelesaikan setiap konflik yang ada. Yes dia memang 'super wife' yang cool, aku tak mungkin hadap dan telan semua yang ada jika tanpa dia.

Cuma bila kita rasa kita susah, cuba ingat bahawa masih ramai lagi yang susah disekeliling kita.

Saturday 17 July 2010

heavier than heaven.

Aku sibuk, aku penat, aku letih, kerja berselirat, konflik ber-urat-urat, nah lupakan semua, aku sedang bersiap-siap untuk pergi ke syurga. Jika Nazry rakan kerja aku akan naik flight pukul 10 esok dan turun di Heatrow Airport, kenapa aku tidak boleh walaupun hanya memandu selama empat jam untuk ke utara tanah air.

Penang wait for me and us..

Thursday 8 July 2010

Bad day for me.

Untuk tempoh 4 tahun yang akan datang aku takkan makan sotong....!!!!

walaupun sambal sotong mak aku sedap dimakan.

Wednesday 7 July 2010

Hari ini hari gembira.

Cuaca hari ini sangat kelam, dingin serta tenang, sama seperti hari sabtu dan ahad yang lalu. Aku sangat teruja dengan cuaca begini, kerana ianya mengingatkan aku pada Elmshorn iaitu sebuah kampung di dalam wilayah Hamburg, Jerman. Secara tidak lansung aku teringat pada Pak Mail dan keluarga, Pak Ya 'the lone ranger', Boris becker, Emilija dan Aleecja juga warga Elmshorn yang sangat baik hati dan peramah.Aku juga teringat pada denai² serta pokok² yang rimbun, pedestrian walk yang ada laluan khas untuk basikal, kawasan perumahan yang teratur serta luas, stesyen keretapi yang 'cool', tong sampah yang penuh dengan botol arak serta gabus, minimart yang jual coklat nutella dengan harga tak sampai 1 Euro untuk 10 paket, rokok yang dijual pada harga tak sampai 4 euro untuk 20 batang dan banyak lagi perkara yang menarik. Pendek kata suasana kehidupan di sana memang sangat menyeronokkan.

Jadi kalau orang tanya malam ni aku sokong team mana dan team mana yang akan menang?? korang semua dah tau kan..sabtu lalu cuaca sama macam hari ini dan Jerman akhirnya belasah Argentina 4-0.

Tuesday 6 July 2010

Aku Norah Jones, dia pula Dave Grohl #4


Rasa seperti di Australia.

Circle of trust.

Jika kau dalam perjalanan memandu kereta dari KL ke Taiping pada waktu petang dan dalam pada masa yang sama kawan kau pula dari Penang juga hendak menuju ke Taiping dimana kamu semua akan bertemu pada malam tersebut dan kawan kau ada 'tapau'kan rojak pasembor kedai pokok ceri dari Penang semata-mata hendak bagi kau hilang rindu, semata-mata hendak bagi hidup kau sempurna juga rasa puas. itulah erti sebuah persahabatan yang jitu.

Apa erti sahabat atau kawan rapat bagi anda??

Saturday 3 July 2010

Hail to the Dutchmen.

Pagi ini bangun dalam keadaan malas, mandi dalam keadaan terpaksa lalu pandu jentera pemusnah ke tempat kerja, sambil cuaca kelihatan sangat kelabu, angin kencang terbang melulu² manakala cahaya matahari tidak terang sebaliknya malu tersipu-sipu. Seperti hari² biasa aku gelumangkan tekak dengan hirupan kopi panas juga tangan mula nyalakan ribuan molekul untuk membakar segulung American eagle, berdiri dengan cemerlang bersandar di tiang besi dalam keadaan tenang sambil mata sayu melihat panorama pagi juga sambil hidung menghirup udara tenang dan dibilas dengan asap dari american eagle aku rasa sangat tenang. Kemudian datang seorang jejaka yang juga sama² kerja dengan aku hari ini dan kami mulakan perbicaraan.

"Eh kau tengok bola semalam" tanya Rizal pada aku sambil tangan sedang menyeluk poket untuk keluarkan sesuatu.

Sambil senyum aku balas "Tengok.."

"Oklah Holland menang..padan muka Brazil" Cantas Rizal sambil menyalakan rokok.

Aku terus bertanya "Tulah...kau pun anti brazil ke..??"

"Ahaha..lebih kurang ke...eh semalam kau sokong mane?? Holland ke Brazil..??" Tanya Rizal lagi.

Dalam keadaan malas aku jawab "Dua² bukan favourite team aku sebenarnye..tapi untuk game malam tadi aku support Holland..."

"Tulah...dorang main oklah, tapi tak power sangat lah, ade ke banyak kali tak boleh score..aku berbulu je tengok, yang time dari kiri dorang passing..pastu..bla..bla..bla..time betul² dah depan gol, defend takde pun tak boleh buat ape..bla..bla..bla..." Jawab Rizal sambil cuba untuk buat diskusi tentang perlawanan malam tadi.

Aku pula cantas "Tapi Zal aku sokong Holland bukan sebab dorang main terrer main bola.."

"Abis tu...??" Tanya Rizal.

Aku jawab "Sebab kat Amsterdam ade 'Red light district' best gile..".

"Cis tak gune..."

Thursday 1 July 2010

Run and hide.

Seperti yang semua maklum, usul RMK 10 telah pun berjaya diluluskan, macam mana mereka manipulasi parlimen ?? aku pun tak tahu (itu cerita lain). Anyway jika ditanya tentang perancangan aku untuk tempoh 5 tahun ini apa yang hendak aku capai, jawapannya

Tinggalkan negara dan pergi cari kerja lain seperti kutip buah epal di UK ataupun jadi roadie untuk RADIOHEAD.

Woohoo..!!!
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law