Thursday, 22 July 2010

10 makanan penting yang harus dimakan sebelum kita tinggalkan negara ini.

Aku memang kaki makan, 'super wife' dan kawan-kawan aku juga sama dengan aku. Bagi kami menikmati hasil makanan yang sedap adalah sama seperti menghargai hasil seni abstrak yang agung. First thing sebagai kaki makan kami harus tahu dimanakah kedai-kedai makan yang terdekat dengan tempat kami tinggal dan mampu menghasilkan hidangan yang menarik perhatian. Kedua baru cari kedai makan yang berada diluar kawasan tempat tinggal, tapi pastikan hasilnya mampu tersemat didalam dada kita sampai bila-bila. Jadi secara ikhlas dari hati aku, ada sepuluh tempat makan kegemaran yang paling aku akan ingat sampai bila-bila dan kepada sesiapa yang rajin atau berminat untuk mencuba, jangan ragu-ragu serta segan silu. Aku tahu pasti ada ramai yang ingin cuba, sebab aku pun dah lama tak pergi makan di kedai² seperti dibawah.

Sila rujuk dibawah :-

1. GINGER BEEF KUEH TIAW - di Uptown lama damansara, nama kedai Bintang Henry. Menu lain aku tak pasti sedap atau tidak tapi masakan cina paling pekat dan sedap yang pernah aku rasa.

2. IKAN GORENG BAWAL with nasi, ulam & sambal belacan - juga di Uptown lama, kedai ini dimiliki oleh Emri, drummer band BLIND TRIBE.

3. STEAM BURGER - di Subang perdana juga sebuah lagi stall baru dibuka dihadapan banggunan Symphony area Ara Damansara. Daging burger dikukus dengan cara yang paling sihat dan dicampur pula bersama kuah black pepper yang sama taraf enaknya dengan black pepper di Victoria Station. Takkan taknak cuba kan..

4. SWEEDISH MEATBALL dan DAIM CAKE diminum bersama Black gold coffee - di Ikea. Siapa tak pernah cuba memang aku tak mampu nak cakap apa.

5. NASI KUKUS - di TTDI jaya, Shah Alam. Waktu operasi pukul 5 petang hingga 9 malam saja, harga sangat berpatutan. Kalau nak tengok waktu petang orang beratur panjang semata-mata nak makan nasi, sinilah tempatnya.

6. IKAN BAKAR FENDI - di Kelana Jaya, ikan pari bersama2 kuah asam pedas memang terbaik.

7. LASAGNA MEATBALL - di WILLIAM Taman Mayang, anda akan rasa seperti ada lembu hidup diatas meja. Macam biasalah kalau nak cerita pasal menu di William sampai minggu depan pun tak habis.

8. SATAY KAK TIMAH - di Pekan Subang, secucuk hanya rm 0.50 untuk saiz satay yang besar dan rasa yang jauh lebih sedap dari satay Hj.Samuri. Beberapa tahun lalu aku ada perkenalkan pada beberapa rakan aku warga Australia dan hingga kini mereka tidak berhenti untuk datang makan, ada yang siap bawa family untuk makan sama.

9. NASI KANDAR RAIHAN - Di Glenmarie Shah alam, berdekatan dengan workshop2 kereta. Ayam goreng berempah paling lazat aku pernah rasa

10. NASI AYAM WAK CORNER - di dalam area Kampung subang. 7 jenis beras dicampur ke dalam periuk untuk dikukus, nak lagi sedap mintak dia goreng nasi tersebut.

Jika kita lihat senarai diatas ada beberapa menu yang melibatkan nasi turut serta dalam menjayakan hidangan paling sedap yang aku suka makan dan sebenarnya ada banyak lagi makanan yang menarik boleh dikongsi bersama, tapi mungkin pada entri yang lain, lagipun aku belum cerita pasal food di Penang, Ipoh mahupun Melaka. So just wait and see.

Damn..!! kenapa nasi..!!??

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law