Dari awal tahun lalu selain dari sibuk menguruskan hal² kahwin, aku dan 'super wife' juga sibuk menguruskan hal pembelian rumah, yes.. proses pembelian rumah dan tukar hak milik memang agak rumit tapi lawyer aku bekerja dengan agak progresif dan last two month kami telah berjaya dapat kunci. Walaubagaimana pun kami berdua masih lagi tidak berpindah kerumah baru kerana rasanya better kami memperkukuhkan lagi sumber kewangan sebelum berpindah, dalam erti kata lain kami ingin penuhkan dahulu dengan kelengkapan keperluan perabut baru fikir untuk pindah, lagi pun beli rumah 2ndhand memang banyak yang perlu diubah dari segi membersihkan rumah, tukar lampu, paip dan segala macam suis termasuklah kipas juga menukar warna baru pada dinding. Itu belum masuk lagi cerita 'mini garden' dibelakang rumah, semua perlu buat secara berperingkat-peringkat. Idea untuk ubah itu dan ini memang banyak, aku sangat² teruja untuk buat semua benda, tapi semuanya perlukan satu pelan perancangan yang paling ideal untuk kami supaya ianya dapat berjalan dengan sempurna.
Anyway kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui perjalanan juga idea² untuk 'decorate' rumah yang bakal aku dan 'super wife' aku lakukan boleh lah melawat di http://hyperhelluvalife.blogspot.com dan kepada sesiapa yang ada bertanya pada aku tentang hal² kahwin pula bolehlah melawat di http:\\themissbridetobe.blogspot.com disana ada banyak idea menarik untuk semua. Kedua² blog ini milik 'super wife' aku. So happy viewing.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment