Friday, 23 July 2010

Inilah erti merdeka.

Hari jumaat adalah hari paling bahagia buat pelajar² sekolah, sebab apa?? sebab esoknya sabtu dan lusanya ahad, hari cuti, tak perlu bangul awal pagi, tak perlu runsing pasal kerja sekolah lagi. Bagi mereka itu adalah erti merdeka dan sampai ke hari ini pastinya budak² yang sedang berada dibangku sekolah mempunyai jalan cerita yang sama dengan aku. tetapi mereka lupa, selepas hari ahad mereka perlu bangun tidur awal dan pergi sekolah seperti biasa, nak hadap muka² cikgu, muka² pengawas, muka buku latihan dan beg yang berat memang betul² memeritkan, sama juga pada mereka² yang bekerja 5 hari seminggu, hari isnin pasti jadi biru bila fikir nak hadap muka boss, muka pemandu² kereta waktu 'traffic jam' pagi hari, muka² sial yang suka tikam orang dari belakang dan banyak lagi. Pendek kata hari jumaat mereka merdeka tapi hari isnin mereka terkurung dan terseksa. Berbeza pula dengan aku, selepas Kapal berjaya terbang ke Instanbul semalam dan selepas aku berjaya menutup segala kertas kerja juga semalam, hari ini adalah hari paling 'merdeka' buat aku, esok dan ahad pula cuti dan yang paling menggembirakan adalah hari isnin masih tidak ada kapal baru dan ianya akan berterusan selama lebih 2 minggu,

Jadi, korang mesti cemburu pada aku kan..??..kan??

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law