Wednesday, 28 July 2010

Ini lumrah.

Dari semalam lagi aku telah dipanggil oleh orang² atasan untuk membincangkan tentang 'job spec' aku sebagai 'planner'. Bekerja didalam sebuah syarikat penerbangan gergasi negara dibahagian kejuruteraan memang banyak tanggungjawab yang terpaksa aku pikul, hinggakan boss aku cakap, aku punya kuasa mutlak untuk tahan pesawat dari terbang jika aku tidak puas hati dengan segala dokumentasi ketas kerja yang ada. Dengar macam akulah yang paling hebat, tapi bila aku mula bicara tentang tanggungjawab yang berat dengan jumlah pendapatan bulanan yang aku dapat kurang setimpal, semua orang jahit mulut dan sumbat batu dalam telinga. Pagi ini sesudah aku sampai kedalam ruang pejabat, aku duduk sambil bancuh kopi lalu telefon berbunyi dan boss aku panggil semula untuk terus sambung berbincang hal semalam.

Kali ni aku pula jahit mulut dan potong terus telinga aku.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law